SIAPA WANITA PERTAMA

Sehingga kini rakyat tertanya-tanya siapa wanita pertama Malaysia. Ini kerana nampaknya hanya Rosmah Mansor yang terlibat dan menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama hari ini.

Malah dalam program itu hanya Perdana Menteri dijemput merasmikan program tersebut tanpa melibatkan pembesar lain. Ucaptama juga disampaikan Datin Seri Rosmah Mansor.

Seramai 15 Wanita Pertama menghadiri Sidang Kemuncak dengan tema “Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok” yang diadakan buat julung kali, turut dihadiri enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.

Kita mengharapkan kerajaan dapat membuat kenyataan siapa sebenarnya Wanita Pertama Malaysia.

Comments

Anonymous said…
Pergi temuramah dengan wanita pertama negara lain, tanya pada mereka, Adakah mereka mengetahui siapakah wanita pertama Malaysia yang sebenar?