.

.

26 September 2014

PRK PENGKALAN KUBOR : PAS KALAH, UNDERDOG TAPI YAKIN

PAS mangakui telah menjangka kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ekoran penurunan peratus keluar mengundi berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengarah Operasi Induk PAS PRK Pengkalan Kubor, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata peratus mengundi pada PRK itu ialah 72.8 peratus berbanding 78.9 peratus pada PRU-13.

"Sebagaimana yang kita jangkakan, ia (penurunan peratusan) akan meninggalkan kesan kepada PRK ini dan kami menerima (kekalahan) dengan hati terbuka," katanya kepada pemberita.

Tuan Ibrahim berkata faktor hari pengundian pada hari bekerja menyebabkan pengundi berdaftar DUN itu yang berada di luar kawasan tidak balik mengundi dan ia menyumbang kepada penurunan peratusan mengundi.

"Kami ucapkan tahniah kepada calon BN (Barisan Nasional) dan pikul amanah yang telah diberikan oleh rakyat sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, yang hilang wang pertaruhan pada PRK itu apabila hanya meraih 38 undi, berkata beliau tidak kecewa dengan kekalahan keduanya itu.

Beliau berkata rakyat Pengkalan Kubor sebenarnya terpengaruh dengan janji-janji pilihan raya.

"Saya tidak kecewapun kalah buat kali kedua ini tetapi saya khuatirkan nasib penduduk di Pengkalan Kubor yang lalai akan janji-janji yang ditaburkan itu," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Pada PRU lalu, Izat Bukhary memperoleh 65 undi dan ketika ditanya undi yang terus merosot pada PRK ini, beliau berkata pengundi telahpun membuat pilihan.

"Saya tidak mahu ulas sangat perkara ini, biarlah. Pada masa yang sama juga, saya reda dengan keputusan itu," katanya.



Keputusan ini bagi kami di blog mutaligat, tidak memberi kesan besar kerana sudah sememangnya BN akan turun all out, dengan pelbagai jentera dan dana ditaburkan samada secara halal atau tidak halal malah halam.

Apa yang penting kita rapatkan saf, betulkan mana yang bocor dan teruskan usaha dan jihad.

PRK PENGKALAN KUBOR : PAS KALAH, APA KESANNYA???

PAS kalah pada PRK Pengkalan Kubor semalam. Apa pengajaran???

~ Rakyat tolak PAS terima BN. Sebab apa???
~ DAP langsung tidak menolong PAS berkempen
~ Pemimpin besar PKR tidak menolong PAS berkempen
~ Politik lama masih terus digunakan - rasuah pengundi, penyelewengan, penyalahgunaan jentera
~ Rakyat mudah ditipu dan digula-gulakan
~ dll

25 September 2014

PRK PENGKALAN KUBOR : KIRA-KIRA 73 % KELUAR MENGUNDI SELEPAS TAMAT MASA PENGUNDIAN 5.00 PTG

5.00 PTG : PAS melahirkan kegembiraan dengan jumlah pengundi yang keluar mengundi kira-kira 73 %. PAS awal-awal lagi melahirkan kebimbangan akan kalah teruk jika pengundi tidak keluar mengundi.

Dari tinjauan krew kami di tempat pengundian, ramai pengundi luar yang pulang mengundi. Ini amat menggembirakan jentera pilihanraya PAS yang banyak bergantung kepada pengundi luar untuk memberikan tentangan sengit kepada BN.

Namun begitu adalah dijangkakan PAS masih belum mampu untuk menyaingi BN pada kali ini walaupun jumlah pengundi luar ramai yang pulang mengundi. 

EXCO SELANGOR KEKAL : 4 PAS, 3 PKR DAN 3 DAP

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyatakan bahawa kedudukan Exco Kerajaan negeri di bawah pimpinannya mengekalkan komposisi exco iaitu 4 PAS, 3 DAP dan 3 PKR. 


Beliau membuat kenyataan itu dipetik dari Bernama. Beliau juga mengumumkan bahawa kesemua exco tersebut telah diperkenankan oleh Sultan Selangor selepas dipersembahkan olehnya hari ini. 

Kejayaan Azmin menyelesaikan isu perlantikan exco dengan cepat menggambarkan keberkesanan beliau mengepalai kerajaan negeri Selangor. Adalah diharapkan kejayaan ini akan terus dipertahankan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

PRK PENGKALAN KUBOR : 72 % PENGUNDI TELAH TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB

4.00  PTG : Jangkaan SPR bahawa 72 % pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka di Pengkalan Kubor telah dicapai pada jam 4.00 petang tadi. Adalah dijangkakan kira-kira 75 % akan keluar mengundi sebaik sahaja pusat pengundian ditutup kira-kira 40 minit lagi. 

Sekarang di kesemua 11 pusat pengundian masih ada pengundi yang datang membuang undi terutama pengundi-pengundi yang tinggal di luar dari Pengkalan Kubor dan Kelantan. Ada juga pengundi yang terdiri petani dan nelayan yang pergi bekerja di sebelah pagi dan pulang mengundi sebaik sahaja tamat kerja mereka. 

Di Pusat Pengundian Simpangan dan Ketil, krew kami melaporkan bahawa masih ada pengundi yang keluar mengundi.

Sementara itu jentera Pilihanraya PAS mengingatkan petugas di setiap peti undi supaya sentiasa mengawasi pengundi-pengundi yang mencurigakan terutama di saat-saat akhir ini. Arahan ini dikuatkan lagi dengan penangkapan seorang pengundi yang mencurigakan di peti undi Bendang Pak Yong tengahari tadi.

Menurut sumber, pengundi meragukan itu ditangkap di pusat mengundi Bendang Pak Yong oleh anggota jentera pilihan raya PAS sebelum peguam Juham memeriksa kad pengenalannya dan menyoalnya.

PRK PENGKALAN KUBOR : KEDUA-DUA PARTI TAK BERANI CAKAP BESAR

Kedua-dua parti utama yang bertanding di PRK Pengkalan Kubor nampaknya tidak berani mendabik dada siapa yang akan menang pada pertarungan sengit kali ini. PAS maupun Umno lebih suka bersikap 'underdog' walaupun BN dilihat lebih berpeluang untuk mempertahankan kerusi yang mereka menangi sejak 3 penggal lalu.

PAS pula bersikap merendah diri apabila menyatakan bahawa sukar untuk parti itu menang pada PRK ini. Namun dari maklumat dalaman ada yang menyatakan peluang kedua-dua parti adalah 50:50. Ianya bergantung kepada sikap pengundi atas pagar yang dikatakan masih belum membuat keputusan sehingga ke saat akhir. Dianggarkan 20 % pengundi atas pagar hanya akan membuat keputusan untuk memilih calon yang mereka suka pada pagi hari pengundian.

Ada beberapa faktor yang dilihat mampu mempengaruhi keputusan PRK ini antaranya faktor calon di mana dilihat calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim lebih dikenali ramai berbanding calon BN. Selain dari itu faktor kepulangan pengundi luar yang dilihat cenderung mengundi PAS juga akan menentukan keputusan PRK ini. 

Namun dari tinjauan akhir kami di Pengkalan Kubor kami dapat merumuskan bahawa kemenangan boleh berpihak kepada sesiapa sahaja dan majoritinya kemenangan mereka akan kurang dari 1000 . undi.

PRK PENGKALAN KUBOR : 65 % SUDAH MEMBUANG UNDI PADA JAM 3.30 PTG

3.45 PTG : Kira-kira 65% pengundi telah membuang undi pada jam 3.30 petang tadi. Ini merupakan petanda baik bagi PRK walaupun ianya diadakan pada hari bekerja. 
Dari tinjauan kami didapati ramai pengundi muda yang tinggal di luar Kelantan pulang menunaikan tanggungjawb mereka. Ini mungkin hasil kerja kuat parti-parti yang bertanding yang mahu semua pengundi luar pulang mengundi.
Sementara itu PAS melihat pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor agak positif memandangkan sebahagian besar daripada kira-kira 1,700 pengundi yang berada di luar, pulang membuang undi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pengundi luar kebanyakan golongan muda pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

PRK PG KUBOR : CALON PAS TETAP DISOKONG PENGUNDI SIAM DAN TIONGHUA


Calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim tetap menjadi pilihan pengundi-pengundi bukan Melayu khususnya pengundi Tionghua dan Siam. 


Buktinya dapat dilihat apabila mereka turut sama menjadi perayu undi bagi pihak PAS di beberapa pusat pengundian di Pengkalan Kubor,

PRK PG KUBOR : 43 % TELAH MENGUNDI SEHINGGA JAM 11 PAGI.

11.15 PAGI : Kira-kira 43 % pengundi telah membuang undi di kesemua 11 pusat pengundian pada PRK Pengkalan Kubor sehingga jam 11 pagi tadi. 

Adalah dijangkakan lebih ramai akan mengundi menjelang pukul 1 petang ini. 

PRK PG KUBOR : PETI UNDI SIMPANGAN SEDIKIT KECOH

11.00 PAGI : Berlaku sedikit kekecohan di SK Simpangan apabila seorang petugas BN memakai lencana dacing 'senget' di pintu masuk tempat pembuangan undi di sekolah tersebut.

Ianya telah dibantah sendiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof kepada Pegawai SPR yang bertugas. Akhirnya ia dapat diselesaikan secara baik. 

Sehingga keadaan terkawal di semua tempat. Di mana petugas-petugas melaksanakan tugas dengan mengikut peraturan walaupun kadang-kadang agak panas dan tegang. 

PRK PENGKALAN KUBOR : POLIS TAMBAH ANGGOTA DI KAWASAN PANAS

10.50 PAGI : Ketua Polis Kelantan menyatakan bahawa PDRM menambah anggota mereka di kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai panas iaitu di peti undi-undi yang ramai perayu undi PAS dan BN. Beliau berkata demikian dipetik dari Bernama.

Ini bagi mengawal suasana di kawasan-kawasan dikhuatiri adanya kejadian yang tidak diingini berlaku. 

PRK PENGKALAN KUBOR : 27 % KELUAR MENGUNDI SEHINGGA 10 PAGI

10.45 PAGI : Kira-kira 27 % pengundi telah membuang undi di kesemua 11 pusat pengundian pada PRK Pengkalan Kubor. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR.

PRK PENGKALAN KUBOR : CUACA BAIK DAN CERAH

9.15 PAGI : Cuaca di Pengkalan Kubor di awal pagi ini kelihatan baik dan cerah. Ini membolehkan para pengundi keluar membuang undi tanpa masalah. Namun tidak dipastikan pada sebelah petang. Jentera Pilihanraya PAS menyeru kepada semua pengundi supaya keluar membuang undi beramai-ramai di sebelah pagi bagi mengelakkan hujan yang mungkin turun pada sebelah petang.

SPR menjangkakan 70 % pengundi akan membuang undi hari ini.

SEMUA 11 PETI UNDI MAKIN MERIAH

9.10 PAGI : Kesemua 11 pusat pengundian kelihatan semakin meriah dengan pelbagai ragam yang ditunjukkan oleh petugas-petugas kedua-dua parti. 

Seperti biasa mereka bertakbir, menyanyi, selawat dan sebagainya. Keadaan masih terkawal. Petugas-petugas PAS lebih ramai dari BN. Mereka kelihatan sibuk melayan pengundi-pengundi yang datang ke pondok panas untuk membuat semakan dalam daftar pemilih.

Semua 11 pusat pengundian ialah Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1), Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.

11 PUSAT PENGUNDIAN DIBUKA SEAWAL 8 PAGI


Sebanyak 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.
    
Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup pada pukul 5 petang ini.
    
Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini.
    
Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.
    
Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).
    
Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.
    
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus, iaitu kurang daripada lebih 80 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
    
Abdul Aziz juga menjangkakan keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor itu dapat diumumkan kira-kira, 9 malam ini.
    
Sementara itu, pengundi dinasihat supaya keluar awal mengundi
berikutan cuaca diramal elok pada sebelah pagi ini.
    
PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
    
PRK itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat daripada BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
    
Pada PRU Umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

- Bernama

PRK PENGKALAN KUBOR : PETUGAS PAS TERUS BERSEMANGAT

8.55 PAGI : Perayu-perayu undi PAS dilihat semakin bersemangat membuat rayuan terakhir sebelum pengundi masuk membuang undi di kesemua peti undi. Krew kami di Pengkalan Kubor melaporkan bahawa semua peti undi didominasi oleh perayu-perayu undi dari PAS dan jumlah mereka semakin bertambah.

Perayu undi dari PAS Kawasan Bukit Katil, Yassim Musa, 62 berkata mereka akan kekal menjalankan kerja-kerja merayu undi di situ sehingga masa pengundian tamat.

"Ini usaha terakhir kami setelah berpenat lelah berkempen beberapa hari lalu. Kami harap pengundi akan mengundi PAS" ujar beliau.

Yassim dan beberapa orang sahabatnya dilihat begitu bersemangat menjalankan kerja kerja merayu undi tersebut. 


PRK PENGKALAN KUBOR : CALON PAS SELESAI BUANG UNDI


8.50 PAGI : Calon PAS, Was Rosdi Wan Ibrahim selesai menunaikan tanggungjawabnya mengundi di SK Bendang Pok Yong kira-kira jam 8.10 minit tadi. 


Beliau diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato Ahmad Yaakob. Sebaik sahaja selesai mengundi Ahmad dan Wan Rosdi dlihat menaiki kenderaan untuk melawat peti-peti undi lain. 

Gambar ihsan dari TMI

PRK PENGKALAN KUBOR : KEADAAN MULA PANAS DI PONDOK PANAS


8.20 : Keadaan di beberapa tempat pengundian mula panas dengan petugas kedua-dua parti mula berbalas-balas kata. Perayu undi PAS dan Umno kelihatan mula membanjiri tempat-tempat pengundian terutama di beberapa pintu masuk sekolah yang dijadikan tempat pengundian. 


Pondok-pondok panas yang didirikan diluar dari kawasan larangan dipenuhi oleh perayu-parayu undi yang memegang gambar calon, bendera dan sebagainya, Keadaan masih terkawal di semua peti undi. Pasukan keselamatan juga kelihatan dapat mengawal dengan baik.

Adalah dijangkakan keadaan ini akan menjadi lebih panas selepas ini. Calon PAS dan BN diberitakan telah mula melawat peti undi. Tidak ada berita tentang calon bebas. 

PAS TETAP MAHU 4 EXCO : APA PANDANGAN ANDA?

Apa pandangan anda apabila Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menggesa bilangan exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor dikurangkan dari 4 kepada 3,2 atau 1. Wajar atau tidak???

Pada masa yang sama Pesuruhjaya PAS Selangor membantah cadangan tersebut. Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad bertegas akan mempertahankan komposisi empat orang exconya dalam pentadbiran Selangor.

Iskandar berkata adalah tidak patut meminta PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengurangkan kuota empat orang exconya.

"Kita pertahan (empat orang Exco). Itu jelas.

"Kita dah buat keputusan keputusan itu kita dah bagi kepada PAS Pusat untuk direstui terlebih dulu," kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Selangor hari ini.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin sebelum ini menyatakan kuota exco Pakatan Rakyat seharusnya dikaji semula kerana PAS sebelum ini tidak menyokong calon menteri besar dari PKR dan DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut melabel empat exco PAS - salah satunya Iskandar – sebagai pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan selepas mantan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat enam exco lain dari PKR dan partinya.

Iskandar sebelum ini menyatakan tujuan empat exco PAS tidak meletakkan jawatan adalah untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sementara itu Iskandar berkata PAS Selangor telah memutuskan cadangan nama exco kepada PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama Exco terbabit sama ada kekal atau ada perubahan.

"Sekarang ini kita perlu beri kepada PAS pusat statementtersebut. Tak boleh keluarkan senarai nama sekarang.

Menteri Besar Azmin Ali menyatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mengemukakan nama 10 orang exco negeri.

Iskandar bagaimanapun menyatakan tiada lagi perbincangan antara pihak PAS Selangor dan Azmin berkaitan perkara tersebut.

"Belum ada lagi perbincangan (dengan menteri besar)," kata beliau.

Sumber Mkini

AIDIL ADHA 5 OKTOBER

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Ahad, 5 Okt, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial
Syed Ahmad mengumumkan malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1435 Hijrah ialah pada 26 Sept 2014 Masehi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 5 Okt 2014," katanya.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

- Bernama

TERKINI PENGKALAN KUBOR : PENGUNDI BERPUSU-PUSU KELUAR MENGUNDI

8.15 pagi : Pengundi dilihat berpusu-pusu keluar mengundi di beberapa peti undi antaranya di peti undi Kg Ketil. Kebanyakan yang keluar mengundi di awal pagi adalah di kalangan mereka yang tidak bekerja atau bekerja sendiri. Ini kerana mereka-mereka yang bekerja terpaksa melaporkan diri di pejabat dan selepas itu barulah keluar membuang undi.

SPR menjangkakan kira-kira 70 % pengundi akan keluar membuang undi hari ini. Jumlah pengungi berdaftar di sini ialah kira-kira 24,000 orang di mana lebih dari 90 % adalah pengundi melayu.

22 September 2014

RAYUAN DARI AHLI BAWAHAN KEPADA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Sebagai seorang anggota penyokong gabungan besar seperti Pakatan Rakyat, saya merayu kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghayati sifat-sifat di bawah dan cuba laksanakan walaupun pahit. Saya sebagai anggota biasa yakin jika ianya dilakukan rakyat akan kembali menyokong PR sepenuhnya ....jangan ego, besar kepala, keras kepala dan sebagainya.

Ayuh, fikirkan samada apa yang saya nukilkan ini baik atau sebaliknya untuk para pemimpin PR :

1) Seorang pemimpin mesti berjiwa besar, berjiwa seorang negarawan.
2) Bersedia memohon maaf dan memaafkan orang lain.
3) Mengaku kesilapan sendiri, mengakui kelebihan dan kekurangan orang lain
4) Berlapang dada
5) Cermat mengeluarkan setiap kenyataan
6) Berpegang kepada janji dan setia dengan sahabat
7) Bersedia berbincang dengan sesiapa sahaja
8) Bersedia menerima pandangan dan teguran orang lain khususnya sahabat.
9) Berusaha untuk memperbaiki diri dan organisasi
10) Mohon maaf kepada seluruh rakyat atas apa juga kesilapan dan keterlanjuran

.... dan banyak lagi.

Ahmad Alang
Ahli PAS Melaka

INI CARA UNTUK SELAMATKAN PAKATAN RAKYAT .........

Kerosakan telah berlaku. Siapa yang salah, siapa yang menambahkan kerosakan bagi saya sudah tidak penting. Apa yang penting sekarang Pakatan Rakyat mesti memperbetulkan keadaan. Semua orang kena mengaku bersalah dan berjiwa besar mengakui manusia tidak sunyi dari kesalahan. 

Oleh itu saya mencadangkan langkah2 yang ideal untuk menyelamatkan keadaan :

1) Majlis Presiden mesti membuat kenyataan bersama bahawa ketiga-tiga parti komited untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

2) Ketiga-tiga parti melupakan dan memaafkan semua kesalahan dan persengketaan yang berlaku.

3) Membuat kenyataan bahawa Pakatan Rakyat akan sentiasa mengutamakan rakyat dan mengurangkan politiking sesama sendiri.

4) Menerima dan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh Sultan menjadi MB Selangor demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

5) Berjanji untuk tidak lagi menyusahkan rakyat dengan langkah dan tindakan yang merugikan rakyat seperti perletakan jawatan Adun dan sebagainya.

Jika ketiga-tiga parti tidak bersedia untuk melakukan perkara di atas pada pandangan saya masa depan Pakatan Rakyat adalah malap dan semua pihak akan rugi tiada yang untung.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter