Kedua-dua parti utama yang bertanding di PRK Pengkalan Kubor nampaknya tidak berani mendabik dada siapa yang akan menang pada pertarungan sengit kali ini. PAS maupun Umno lebih suka bersikap 'underdog' walaupun BN dilihat lebih berpeluang untuk mempertahankan kerusi yang mereka menangi sejak 3 penggal lalu.
PAS pula bersikap merendah diri apabila menyatakan bahawa sukar untuk parti itu menang pada PRK ini. Namun dari maklumat dalaman ada yang menyatakan peluang kedua-dua parti adalah 50:50. Ianya bergantung kepada sikap pengundi atas pagar yang dikatakan masih belum membuat keputusan sehingga ke saat akhir. Dianggarkan 20 % pengundi atas pagar hanya akan membuat keputusan untuk memilih calon yang mereka suka pada pagi hari pengundian.
Ada beberapa faktor yang dilihat mampu mempengaruhi keputusan PRK ini antaranya faktor calon di mana dilihat calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim lebih dikenali ramai berbanding calon BN. Selain dari itu faktor kepulangan pengundi luar yang dilihat cenderung mengundi PAS juga akan menentukan keputusan PRK ini.
Namun dari tinjauan akhir kami di Pengkalan Kubor kami dapat merumuskan bahawa kemenangan boleh berpihak kepada sesiapa sahaja dan majoritinya kemenangan mereka akan kurang dari 1000 . undi.
Comments