.

.

23 August 2008

APA LAGI LABEL DAN FITNAH YANG BN AKAN GUNAKAN LAWAN ANWAR? ~ Ref Malaysiakini

Anwar kaki liwat
Anwar kacau bini orang
Anwar agen Yahudi
Anwar agen kristian
Anwar agen Amerika
Anwar pengkhianat Melayu
Anwar jual Islam
Anwar jual Melayu
Anwar kaki rasuah
Anwar lulus lesen judi
Anwar kaki betina
Anwar hidung belang
Anwar kaki buntut
Anwar gila kuasa
Anwar berangan jadi Perdana Menteri
Anwar tidak sedar diri
Anwar jual negara

Anwar ..................... selepas ini sudah tentu banyak lagi fitnah, tuduhan dan label yang akan digunakan oleh pemimpin Umno dan BN untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Pembangkang.

Sesungguhnya pemimpin Umno dan BN ini tidak takut kepada hukum Allah yang bakal menanti mereka bagi sesiapa yang memfitnah orang yang tidak bersalah.

ARIF TAKUT NAK BERDEBAT? ~ Ref Malaysiakini

Bila agaknya calon-calon pilihanraya Kecil Permatang Pauh ingin berdebat antara satu sama lain terutama calon PKR dan BN(Calon AKIM tidak perlu berdebatlah.)

Saya menyokong saranan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) yang bersedia untuk menjadi orang tengah bagi perdebatan mereka berdua.

Semalam Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, debat itu juga dapat memperlihatkan calon mana - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Datuk Arif Shah dari Umno - yang mampu mengutarakan visinya yang jelas, bukan sahaja untuk Permatang Pauh, tetapi juga untuk negara.

"Kami mencadangkan debat ini diadakan pada 24 Ogos 2008 jam 2 petang di mana-mana kawasan di dalam Parlimen Permatang Pauh.

"Kami berhasrat debat ini dapat ditonton serta didengari oleh penduduk Permatang Pauh dan seluruh Malaysia. Oleh itu, kami mencadangkan debat ini juga dapat disiarkan secara siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, TV9 dan Astro Awani," katanya.

Saya yakin di pihak Anwar bila-bila masapun boleh. Namun saya kurang yakin yang Arif Shah berani berdebat dengan Anwar. Persoalannya mengapa Arif tidak berani, bukankah beliau anak jantan dan dikatakan ayam tambatan Umno yang paling layak menentang Anwar di Permatang Pauh.

Di dalam kempennya bukan main lantang Arif Shah berkempen memperlekehkan Anwar dan Pakatan Rakyat. Jadi ada baiknya beliau berdebat secara berdepan bagi memberikan peluang kepada rakyat siapa yang mempunyai visi dan misi yang diyakini.

Kalau Arif Shah takut untuk berdebat dengan Anwar saya cadangkan AlNajib turun mewakili Arif. Takkan AlNAjib pun takut untuk berdebat dengan Anwar.???

RASUAH EXCO PERAK : BILA TAJOL ROSLI NAK BERSUMPAH ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dengan tegas dan berani mendakwa dua orang Exco Perak yang dituduh terlibat dengan rasuah sebenarnya diperangkap dan ianya merupakan konspirasi puak-puak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan PR Perak.

Semalam Kerajaan Perak memberi tempoh 24 jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf terbuka berikutan penyiaran laporan yang mencemarkan nama baik dua anggota Exconya yang dikaitkan dakwaan menerima rasuah.

Nizar berkata jika gagal kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang meminta ganti rugi daripada pihak terbabit yang membuat dan menyiarkan laporan berkenaan.

Beliau berkata dua Exco yang disiasat BPR kerana disyaki menerima rasuah seks dan wang tunai lebih RM100,000 berkaitan projek perumahan RM180 juta itu juga tidak perlu meletak jawatan atau digantung tugas kerana mendakwa ia konspirasi politik.

Kedua-duanya, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO negeri, Kapten (B) Osman Mohd Jailu hadir pada mesyuarat Exco semalam dan terbabit secara aktif ketika proses membuat keputusan.

Bahkan, katanya, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga bertitah supaya kerajaan negeri tetap teguh dan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan ketika beliau memberi taklimat khas kepada baginda mengenai kes berkenaan kelmarin.

Pada sidang akhbar semalam, Mohammad Nizar secara terbuka menamakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli sebagai orang yang bertanggungjawab kepada tohmahan berkenaan. “(Dalam taklimat khas itu) Saya menyatakan dengan terang dan jelas apa yang berlaku. Saya menafikan apa-apa berita yang keluar dalam akhbar dan saya menyatakan kerajaan akan terus melaksanakan kerja harian kami. Itu saya laporkan kepada Tuanku.

“Saya memberi penjelasan dan gambaran yang jelas apa yang berlaku. Saya menafikan apa-apa berita negatif, tohmahan dan niat yang jahat di sebalik cerita yang mereka buat. Ini perbuatan mereka dengan niat memfitnah dan memburuk-burukkan YB Osman dan YB Jamaluddin dan memfitnah kerajaan negeri.

“Oleh kerana Ogos adalah tarikh yang disebut oleh Tajol Rosli, kami menganggap mereka yang bertanggungjawab, sebab dia dah sebut,” katanya.

Tajol Rosli bulan lalu menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang menjelang 31 Ogos ini tetapi tidak menyatakan punca kerajaan itu tumbang. Mohammad Nizar berkata, BPR juga mungkin bersekongkol dengan Tajol Rosli dan Umno untuk memerangkap kedua-dua Exco berkenaan kerana bertindak pantas selepas laporan serta mengeluarkan kenyataan media yang tidak benar.

Jadi selepas ini saya yakin Tajol Rosli akan mengikut jejak Imam 2 Islam Hadhari BERSUMPAH MENAFIKAN DAKWAAN MENTERI BESAR INI.

BILA AGAKNYA TAJOL NAK BERSUMPAH. SAYA CADANGKAN TAJOL PERGILAH KE MASJID WILAYAH DAH BERJUMPA DENGAN 'IMAM' RAMLANG PORIGI UNTUK MENJADI SAKSI. INI KERANA KEMUNGKINAN BESAR IMAM-IMAM DI PERAK TIDAK MAHU BERSEKONGKOL DENGAN BELIAU.

SEMUA ORANG TAHU SUMPAH SEOLAH-OLAH TELAH DITERIMA OLEH UMNO SEBAGAI CARA UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI DAN MENYELAMATKAN DIRI DARI DI HUKUM DIDUNIA.

TETAPI INGATLAH DIAKHIRAT ALLAH AKAN BERIKAN HUKUMAN SETIMPAL DENGAN APA JUGA YANG KITA KERJAKAN DI DUNIA.


Sumber : Ulitmayang

PERCAYAKAH ANDA KEPADA PEMIMPIN UMNO ~ Ref Malaysiakini

Sudah menjadi lumrah kepada pemimpin Umno apa yang mereka nafikan itulah yang sebenarnya berlaku. Dalilnya Pak Lah nafikan parlimen dibubarkan, tetapi keesokan harinya beliau bubarkan parlimen; Pak Lah minyak dinaikkan, tetapi beberapa selepas itu minyak dinaikkan.

ADAKAH ANDA PERCAYA DENGAN PENAFIAN DI BAWAH INI?

1) Kes liwat Saiful bukan konspirasi politik untuk jatuhkan Anwar?

2) Najib tidak kenal AlTantuya?

3) Penurunan harga minyak tiada kaitan dengan politik (Pilihanraya Permatang Pauh)?

4) Saiful bersumpah diliwat Anwar tiada kaitan dengan Pilihanraya Permatang Pauh?

5) Projek segera di Permatang Pauh adalah secara kebetulan dgn PRK Permatang Pauh?

6) Tiada perbalahan antara Jalil-Pirdaus-Arif Shah?

7) Semua bakal calon Permatang Pauh sebulat suara sokong Arif Shah?

Dan bermacam-macam lagi penafian yang dibuat oleh Imam 1 Hadhari dan Imam 2 Hadhari. Percayakah anda kepada kenyataan kedua-dua Imam 'Maksum' ini?

SUMPAH JADI SENJATA BARU UMNO/BN ~ Ref Malaysiakini

Sumpah nampaknya menjadi 'senjata' baru pemimpin Umno untuk membersihkan diri. Terfikir di dalam kotak mindaku apakah ini akan terus digunakan oleh mereka untuk menyelamatkan segala kerja jahat, kotor, jijik, penyelewengan dan lain-lain yang didakwa dilakukan oleh mereka.

Bagi mereka bersumpah tidak menjadi hal mereka asalkan sebahagian rakyat 'terpukau' dengan sumpah mereka. Sekurang-kurangnya ramai yang akan percaya kepada mereka, itu niat dan hajat dalam hati mereka.

Maka selepas ini sudah tentu deretan sumpah akan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dengan meneladani perbuatan Imam Hadhari no 2, Najib yang bersumpah bahawa tidak mengenali Altantuya semalam. Imam Hadhari no 2 tersebut bersumpah di sebuah masjid di Parlimen Permatah Pauh dalam usaha untuk menangkis dakwaan bahawa beliau mengenali AkTantuya.

Jadi saya rasa selepas akan ada pemimpin Umno yang bersumpah tidak mengenali si polan, bersumpah tidak makan suap, bersumpah tidak mengamalkan politik wang, bersumpah tidak pernah berjumpa dengan Si Polan dan seribu satu macam sumpah demi untuk meneruskan kesinambungan kuasa dan pangkat yang sedang disandang mereka sekarang.

Selepas ini ramailah pemimpin Umno yang belajar bersumpah untuk menyebut kalimah-kalimah sumpah supaya betul 'makhraj' dan hukum tajwidnya. Walaupun mungkin ada yang akan tergeliat lidahnya untuk menyebut kalimah sumpah dalam Bahasa Arab tetapi mesti berusaha juga agar tidak ada yang gelakkan mereka semasa bersumpah nanti.

Saya cadangkan Umno dan kerajaan BN menubuhkan suatu Jabatan Sumpah di bawah JAKIM untuk menguruskan hal sumpah ini. Umno pula boleh tubuhkan Biro Sumpah dan Imam Hadhari No 2 boleh mengetuainya kerana beliau merupakan pengasas atau 'founder' kepada sumpah ini.

PMTG PAUH : 'CEK' DATANG NI ~ Ref Malaysiakini

Kerinduan kepada Pulau Pinang memang tidak pernah padam dalam diriku. Negeri yang pernah menjadi 'rumahku' selama lebih 10 tahun ini sentiasa ku ingati. Bak kata pepatah, Tempat Jatuh Lagi Dikenang Inikan Pula Tempat Bermain.

Sudah lama ku berangan-angan untuk ke Pulau Pinang menziarahi tempat 'permainan' ku ini. Namun oleh kerana kekangan masa, kerja dan tanggungjawab lain ku terpaksa lupakan dan tangguhkan sehingga kini.

Tak semena-mena Presiden PKR Wan Azizah meletakkan jawatan. Maka lantas ku berfikir inilah masanya untuk ku 'kembali' ke Pulau Pinang khasnya Permatang Pauh untuk membantu kempen Pilihanraya Kecil di sana.

Sahabat-sahabat lama ku sudah berkali-kali 'menelefon' ku bertanya, Bila nak Mai?. Jawabku ringkas, Insya Allah aku akan ke sana.

NAJIB TERPAKSA BERSUMPAH UNTUK BANTU KEMPEN BN ~ Ref Malaysiakini

Demi untuk sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti kemenangan Anwar di Permatang Pauh, AlNajib terpaksa bersumpah tidak mengenali AlTantuya.

Nampaknya Najib terpaksa melakukan apa sahaja demi untuk menjaga nama dan imejnya walaupun ramai yang tidak meyakini kebenarannya. Semua orang tahu siapa Najib, apa rekod lama dan latarbelakang Najib.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.

‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Imam Dua Hadhari tersebut.

Tidak cukup dengan bersumpah, Najib menguatkan lagi sumpahnya dengan menjemput sama Konsul Kehormat Mongolia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi yang turut berucap berkata: “Sumpah Datuk Seri Najib benar dan diakui Datuk Seri Najib tiada kaitan dengan Altantuya.”

Syed Abdul Rahman berkata, apabila kes pembunuhan Altantuya berlaku, beliau adalah orang Malaysia pertama yang mempunyai maklumat itu dan beliau juga merupakan “orang pertama pergi ke Mongolia dan telah membuka semua peti besi yang mengandungi dokumen Altantuya”.

“Tiada satu dokumen pun, mahupun gambar, mahupun video yang babitkan Datuk Seri Najib,” katanya.

Begitu usaha Najib untuk 'memperdayakan' pengundi Permatang Pauh.

Najib tidak sedar bahawa sekarang ini semua rakyat sudah matang dan cerdik untuk menentukan yang mana kaca yang mana intan.

22 August 2008

PENGUNDI HILANG + PENGUNDI TAK DIKENALI = BN MENANG? ~ Ref Malaysiakini

Jentera Pakatan Rakyat mesti berhati-hati dengan taktik kotor BN yang menggunakan 'parti komponennya' SPR bagi mengalahkan Anwar Ibrahim di Permatang.

Semua orang tahu SPR akan 'memainkan' lagu lama mereka seperti kewujudan pengundi tidak dikenali yang ramai di sesebuah rumah; kehilangan nama pengundi-pengundi lama; nama pemilih yang ujud lebih dari satu dan seribu satu macam taktik kotor dan penipuan SPR yang bersekongkol dengan BN.

Malah perkara ini telah dibuktikan oleh petugas PKR dan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (MAFREL) selepas mereka meneliti Daftar Pemilih yang diserahkan oleh SPR kepada calon-calon semasa penamaan calon 16 ogos lalu.

Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Mafrel, sebuah badan pemerhati pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mengesan beberapa rumah kampung di Permatang Pauh yang mempunyai jumlah pengundi yang tidak munasabah.

Sebuah rumah di Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya, umpamanya, mempunyai 83 pengundi berdaftar di kalangan lelaki keturunan India dan India Muslim.

Penyelaras Mafrel Wilayah Utara, Ong Boon Keong berkata, pihaknya juga mengesan ada rumah yang mempunyai lebih 60 pengundi.

"Itu yang Mafrel kesan daripada 50 rumah yang diperiksa setakat ini," katanya dalam sidang media di Seberang Jaya hari ini.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution Ismail mendakwa 26 nama pemilih telah dikeluar oleh SPR tanpa sebarang pameran awam.

Mengulas perkara ini, Ong berkata, angka sebenar yang hilang itu ialah 25 orang dan ini menimbulkan tandatanya kerana tidak mengetahui puncanya.

700 pengundi tidak dikenali

"SPR pula tidak menjelaskan mengenai perkara ini. Bulan Jun lalu, senarai itu masih ada tetapi kini sudah hilang.

"Adakah mereka telah mati dalam tempoh sebulan ini," katanya lagi.

Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, penyelaras Mafrel, Jamaluddin Abdullah berkata, pihaknya mengesan kira-kira 700 pengundi yang tidak dikenali.

Katanya, ada satu kawasan penempatan penduduk yang mempunyai 20 rumah di mana terdapat sekurang-kurangnya dua pengundi baru pada setiap rumah.

"Beberapa keluarga di kawasan perumahan di Seberang Jaya pula mendakwa alamat rumah mereka telah didaftarkan dengan pengundi baru yang mereka tidak mengenalinya," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengundi hantu, Jamaluddin berkata, sehingga ini pihak belum mengesan kehadiran mereka.

MINYAK TURUN : TERIMA KASIH KEPADA WAN AZIZAH ~ Ref Malaysiakini

Kalaulah tidak kerana keputusan Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh belum tentu harga petrol akan diturunkan secepat ini. Ini semua adalah gara-gara BN ingin memancing undi agar sekurang-kurangnya BN dapat mengurangkan majoriti pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Besar jasa Wan Azizah dan Anwar kepada rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya dapat kita mengurangkan sedikit belanja harian.

Namun tuan-puan kena ingat walaupun harga petrol diturunkan namun harga barangan sudah pasti tidak akan diturunkan. Harga beras tidak akan menjadi lebih murah seperti sebelum ini dimana 10 kg hanyalah antara RM17-RM19 sahaja. Jangan mimpi.

Rakyat jangan lupa kezaliman BN yang menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen pada awal Jun lalu sehingga menyebabkan harga barangan melambung tinggi tidak masuk akal. Kini BN cuba menipu rakyat dengan menurunkan harga minyak 15 sen sahaja seliter tetapi kerajaan BN sudah pasti tidak berupaya memaksa peniaga menurunkan harga barang.

Awas pengundi Permatang Pauh jangan termakan dengan jerat dan jebak yang dipasang oleh BN yang begitu pandai berlakon menjadi orang 'maksum'.

Adalah diharapkan pengundi Permatang Pauh tetap memberikan undi kepada Anwar kerana pengorbanan Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh akhirnya berjaya 'memaksa' Pak Lah dan kuncu-kuncunya menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen seliter.

Kepada Pak Lah dan kuncu-kuncunya jangan Tuan memperbodohkan rakyat. Rakyat akan tetap ingat 'jasa' kamu menaikkan harga minyak yang menyebabkan kita terus menderita tanpa kesudahan.

Fakta penurunan harga minyak

Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter berkuatkuasa esok.

Pada masa ini, harga minyak petrol RON97 adalah RM2.70 seliter.

Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.

Penurunan harga bahan bakar itu berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini.

PMTG PAUH : KESIAN ZAHID CERAMAH KEPADA KERUSI, ORANG TAK RAMAI ~ Ref Malaysiakini

Ceramah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 'Ustaz'Zahid Hamidi malam tadi dihadiri lebih ramai oleh orang yang bernama Encik Kerusi daripada orang yang bernama orang sebenar. Kesian kepada 'Ustaz' Zahid.Saya cadangkan 'Ustaz' Zahid kembalilah menyokong Anwar kerana sewaktu Anwar di dalam Umno dulu 'Ustaz' merupakan salah seorang tukang bodek Anwar nombor 'wahid'. 'Takkan dah lupa kot.'

Inilah senario yang berlaku kepada ceramah-ceramah BN pada kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Malam tadi BN sekali lagi menggunakan kemudahan awam untuk berkempen iaitu Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti. Namun ianya tetap tidak dapat menarik minat rakyat untuk mendengar fitnah dan janji-janji kosong pemimpin parti jijik tersebut. Mungkin rakyat tidak bersetuju dengan tindakan BN yang tidak habis-habis memfitnah Anwar dan juga rakyat meluat kerana BN menggunakan kemudahan awam tanpa segan silu.

Sesungguhnya rakyat sudah meluat dan menyampah dengan BN dan pemimpin-pemimpin BN. Ianya berbeza dengan program yang dianjurkan Pakatan Rakyat, ribuan rakyat akan turun padang serta kerusi tidak akan mencukupi untuk menampung kehadiran.

Namun apa yang terjadi malam tadi di satu program Barisan Nasional yang dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Hamidi hanyalah kira-kira 50 orang sahaja yang hadir.

Sumber : AMKMLK

MALAYSIA NEGARA MAJU?? KES MAHKAMAH TERTUNGGAK BERLAMBAK-LAMBAK - Ref Malaysiakini

Malaysia dikatakan akan mencapai status negara maju. Serba serbi maju pada tahun 2020. Namun saya sangsi dengan fakta tersebut kerana melihat kepada segala segi sebenarnya Malaysia jauh tersasar dari kemajuan dalam erti kata sebenar.

Hanya mengambil perkara asas saya rasa kerajaan perlu mengambil langkah drastik untuk memperbaikinya agar nanti kita tidak ditertawakan oleh orang luar. Seperti kata pepatah 'Angkat Bakul Sendiri'.

Pertamanya dari segi Demokrasi. Sistem Demokrasi di Malaysia ini saya yakin 50 tahun mundur dari sistem demokrasi sebenar malah jauh lebih terkebelakang jika kita bandingkan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Apa tidaknya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih dikongkong oleh pemerintah, BPR 'sujud' pada pemerintah, Polis jadi seolah-olah 'parti komponen' pemerintah dan macam-macam lagi.

Selain itu sistem federalisme negara juga tidak diamalkan dengan telus dan adil. Negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dianaktirikan dari semua segi termasuk bantuan perka pita, geran dan sebagainya.

Semalam kita juga dikejutkan dengan 'pembukaan pekung' kita sendiri apabila dilaporkan terdapat 10,000 kes tertunggak melibatkan rayuan jenayah dan sivil yang bertimbun-timbun sejak 10 tahun lalu.

Baru semalam Mahkamah Rayuan buat pertama kali mencatat sejarah apabila menubuhkan satu panel khas bagi mempercepatkan penyelesaian kes-kes tersebut. Mengapa sebelum ini ia tidak ditubuhkan????? Tindakan yang lambat dan pasif tidak melambangkan Malaysia bergerak dengan pantas untuk mencapai taraf negara maju dalam segenap segi.

Persoalannya mampukah Malaysia mencapai targetnya untuk menjadi negara maju 2020 sedangkan permasalahan asas dari segi ekonomi, politik, demokrasi, kredibiliti pemimpin, karisma pemimpin jauh tertinggal ke belakang berbanding negara-negara lain.

BILA NAK GUBAL UNDANG-UNDANG LINDUNGI UMNO? ~ Ref Malaysiakini

Setiap kali berlakunya kemelut politik dan dakwaan terhadap seseorang musuh politik pemerintah maka undang-undang baru akan digubal. Manakala undang-undang lama yang tidak memberikan kredit kepada parti pemerintah akan dirombak dan ditambah.

Inilah dakwaan yang dilakukan oleh pemerhati politik terhadap kerajaan BN yang sanggup mengubah undang-undang sedia ada atau menggubal undang-undang baru bagi memberikan keuntungan kepada mereka.

Sudah banyak kali perkara ini berlaku. Antaranya penambahan umur 66 tahun untuk Pengerusi SPR bersara wajib yang dilihat sebagai usaha untuk memastikan RaSHIT dapat mengetuai SPR bagi menjalankan PRU ke 13 baru-baru ini.

Begitu juga dengan penggubalan undang-undang DNA yang dibentang di Parlimen baru-baru ini, yang dilihat tergesa-gesa dibentang bagi bagi memastikan Anwar di'paksa' memberikan DNAnya selepas ini.

Semalam Ahli Parlimen Temerloh, Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan pula mencadangkan kerajaan akan menggubal undang-undang baru bagi menghukum sesiapa yang terlibat mempermainkan simbol negara seperti lagu negaraku, bendera Malaysia dan lain-lain.

Menurutnya, sebelum ini ada pihak mempermainkan lagu Negaraku dan sekarang ada pihak cadangkan pula supaya kibar Jalur Gemilang secara terbalik.

Saifuddin juga berkata, kita sepatutnya mengambil tindakan terhadap golongan ini sebagai pengajaran kepada mereka yang berhasrat mempermainkan simbol-simbol negara pada masa depan.

Terdetik di dalam hati dan minda saya bila agaknya Kerajaan BN ingin menggubal undang-undang untuk menghukum sesiapa yang menentang Umno dan BN.????

SESIAPA YANG INGIN KE PERMATANG PAUH MALAM INI SILA TUNGGU DI PASTI JAYA INSAN JAM 9.00 MALAM

PAS Kawasan Bukit Katil akan menghantar petugasnya bagi membantu kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.

Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama ke Permatang Pauh bolehlah menghubungi telefon 019-6551818 (Hj Ali) atau 017-6882140 (Yani).

Cepat tempat terhad.

PMTG PAUH : SIAPA YANG AKAN DIKUBURKAN ~ Ref Malaysiakini

Siapa yang akan dikuburkan Anwar atau Arif Shah akan ditentukan 26 Ogos ini. Khairy dengan angkuh mendakwa Anwar akan dikuburkan oleh pengundi Permatang Pauh.

Pemerhati pula berpendapat BN akan menguburkan Anwar tetapi realitinya RAKYAT AKAN MENGUBURKAN BN dan Arif.

Ramalan pemerhati ini ada asasnya di mana pada hari penamaan calon ini, rakyat sudah memberikan signal apabila jumlah orangramai yang mengiringi Anwar jauh lebih ramai dari penyokong BN. Dianggarkan 50,000 yang bersama Anwar dan lebih kurang 5,000 orang sahaja yang bersama BN dan AlNajib serta Arif.

Manakala sambutan pengundi terhadap Anwar juga jelas memihak kepada Penasihat PKR itu. Ceramah-ceramah beliau mendapat sambutan yang jauh lebih hebat dari ceramah BN. Malah BN terpaksa membawa Lee Chong Wei untuk berkempen di sini.

Hakikat ini sebenarnya disedari oleh jentera BN. Sebab itulah BN terpaksa memperhebatkan kempennya mencaci Anwar dengan isu liwat dan isu-isu lain. Jelas sekali BN gagal menangkis hujah Anwar dari segi ekonomi, negara berkebajikan, harga minyak & barangan juga dari segi kezaliman kerajaan BN.

Selain itu rata-rata pengundi Permatang Pauh tidak yakin Anwar terlibat dengan kes liwat. Begitu juga pengundi-pengundi Permatang Pauh juga merasa sangsi dengan kes rasuah dua orang Exco Perak dari PKR. Mereka begitu yakin dengan kenyataan akhbar Menteri Besar Perak bahawa ada unsur perangkap dan penipuan dalam isu rasuah ini.

Nampaknya walaupun Anwar dan PKR diftinah, ditohmah dan dicaci dengan pelbagai isu tetapi sokongan rakyat semakin bertambah. Semakin banyak fitnah dan tohmah sokongan kepada Anwar semakin meningkat.

Oleh itu saya mencadangkan kepada BN supaya menukar cara berkempen mereka jika mereka tidak mahu dimalukan dengan kekalahan yang teruk pada 26 Ogos ini. Pemerhati politik menjangkakan jika BN terus dengan cara berkempen sekarang kemungkinan besar Anwar boleh menang dengan majoriti lebih dari 18,000 undi.

21 August 2008

APA TUJUAN POLIS TEMPATKAN UTK DAN KOMANDO DI PMTG PAUH ~ Ref Malaysiakini

Saya mempersoalkan tindakan Polis yang menempatkan semakin ramai anggotanya bertugas di Permatang Pauh. Tidak cukup dengan anggota Polis biasa dan FRU kini Unit Tindakan Khas dan Komando pula diarahkan bertugas di sana. Berapa banyak duit rakyat hangus hanya Allah sahaja yang tahu.

Jelas sekali seolah-olah akan ada rusuhan dan amukan besar-besaran berlaku di Permatang Pauh sedangkan kita semuanya terutama penyokong pembangkang amat inginkan keamanan.

Apakah strategi menempatkan seramai mungkin anggota Polis ini adalah sebagai ulangan kepada 'kejayaan' Umno menakut-nakutkan pengundi seperti yang dilakukan pada kempen pilihanraya kecil Bukit Payong pada penghujung tahun 90-an dahulu.

Saya masih ingat dalam kempen tersebut, Polis berkumpul dengan begitu ramai di semua pusat-pusat pembuangan undi sehingga menakutkan pengundi untuk keluar mengundi. Mereka berbaris di sepanjang jalan berhampiran tempat pembuangan undi sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Apakah Polis ingin menjadi kuda tunggangan Umno/BN sekali lagi dengan membantu BN secara halus bagi mengurangkan majoriti Anwar atau mengalahkan Anwar.

Saya sangat kesal dengan perkembangan ini kerana Pilihanraya bukan medan untuk bergaduh satau berkelahi. Malangnya Umno/BN sengaja melakukan provokasi sehingga berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Dalam kenyataan kepada media hari ini Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, Polis akan menggunakan khidmat Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69 untuk mengawal keselamatan di Permatang Pauh berikutan pelbagai ancaman yang mungkin dihadapi apabila kawasan itu mula dibanjiri orang luar.

Menurutnya, langkah berkenaan diambil bagi menunjukkan polis memandang serius aspek keselamatan menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Gambar di atas hiasan semata-mata.

PMTG PAUH : AKHIRNYA KAU DATANG JUA ~ Ref Malaysiakini

Setelah menyepi diri selama 5 hari selepas penamaan calon pada 16 Ogos, akhirnya Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) bagi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Hanafi Mamat muncul untuk memulakan kempen beliau. AKIM telah mendirikan Markaz Besarnya di Bulatan Bukit Tengah.

Hanafi Mamat, yang terus pulang ke Kelantan selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Sabtu lepas, kelihatan sibuk membuat persediaan untuk memasang bendera AKIM ketika ditemui media semalam.

Beliau dan beberapa pembantunya, yang baru sampai dari Kelantan, kelihatan sedang giat memasang kain rentang dan mengedarkan posternya kepada orang ramai di kawasan Bukit Tengah.

Presiden AKIM itu yang memperjuangkan slogan 'Perpaduan Kesejahteraan Ummah', berkata beliau balik ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk menguruskan bahan-bahan yang akan digunakannya untuk kempen pilihan raya kecil itu memandangkan kos mencetak di negeri itu lebih murah daripada di Pulau Pinang.

Hanafi, 61, berkata Akim juga dalam proses mendirikan bilik gerakannya di Taman Pauh yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya.

Beliau yang akan lebih menumpukan kepada strategi kempen dari rumah ke rumah serta mengedarkan poster, berkemungkinan tidak akan mengadakan sebarang ceramah dalam menarik pengundi, katanya kepada Bernama di sini.

Apa agaknya matlamat sebenar AKIM bertanding. Mungkinkah ada orang-orang tertentu yang menaja AKIM supaya menjadi pengacau dalam pilihanraya kali ini sebagaimana Nenek Maimun yang berjaya 'mengalahkan' Mat Sabu di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihanraya Umum lalu.

Hanya Hanafi, orang-orang tersebut (jika benar) dan Allah sahaja yang tahu cerita sebenar

Sumber : Mstar

PMTG PAUH : ANWAR AKAN MENANG - KADIR JASIN ~ Ref Malaysiakini

Saya nukilkan di sini pandangan, tenungan dan analisa blog kadirjasin tentang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh :-

Mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh pula, saya terus berpegang kepada pendapat bahawa ketua de facto pembangkang, Anwar Ibrahim akan kembali mewakili kawasan itu selepas 26 Ogos ini.

Namun ciri-ciri berikut mungkin berlaku:

1. Kelebihan undi Anwar mungkin lebih kecil daripada yang diperoleh isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya umum 8 Mac lalu;

2. Adalah kebiasaan bagi Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil dengan kelebihan undi yang lebih besar. Dalam beberapa pilihan raya kecil, BN berjaya merampas balik kerusi daripada parti lawan;

3. Penyokong setia Anwar akan tetap mengundi beliau biar apa sekalipun dakwaan, tuduhan dan hukuman ke atas beliau;

4. Ramai akan mengundi beliau kerana percaya beliau adalah mangsa konspirasi tidak kira bahawa penuduh beliau sudah bersumpah dengan nama Allah mengatakan dia telah diliwat oleh Anwar;

5. Pasti ada sebahagian pemilih yang akan mengundi Anwar kerana mereka benci kepada BN, khasnya kepemimpinan Umno yang ada sekarang;

6. Pasti ada yang akan merosakkan undi atau tidak keluar mengundi sebagai tanda protes terhadap kepemimpinan BN dan Umno;

7. BN dan Pakatan Rakyat pasti menggunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada pada mereka untuk saling jatuh menjatuhkan;

8. Permatang Pauh akan menjadi medan perjuangan menentukan hala tuju politik negara dan masa depan watak-watak utama seperti Anwar, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak;

9. Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menguji kewibawaan dan penerimaan ke atas pasangan setia Abdullah-Mohd Najib dalam proses pemilihan kepemimpinan Umno yang sedang berlangsung sekarang; dan

10. Ia akan menjadi pentas untuk menguji keakraban dan iltizam pendukung Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan BN biar apa sekalipun yang akan terjadi kepada Anwar.

UMNO PARTI RASUAH, SELAMATKAN DIRI ANDA WAHAI AHLI UMNO ~ Ref Malaysiakini

Nampaknya Umno sudah tidak dapat diselamatkan lagi rasuah. Rasuah sudah menjadi makanan, pakaian dan zikir mereka setiap hari. Musim pemilihan Umno kali ini walaupun belum sampai ke peringkat bahagian dan pusat, gejala jijik rasuah begitu hebat berlaku di peringkat pemilihan cawangan-cawangan.

Jelas sekali lagi Umno sebenarnya dipimpin dan dianggotai oleh pengamal-pengamal rasuah yang langsung tidak takut kepada balasan Allah. Rasuah bagi pemimpin dan ahli-ahli Umno adalah halal seumpama memberi sedekah atau hadiah. Nas dan dalil mana yang mereka pakai kita pun tidak tahu.

Mungkin rasuah diHALALkan oleh Islam Hadhari agaknya sebab itu rasuah gagal dibendung lagi di dalam Umno. Ini kerana kalau seseorang calon yang bertanding walau diperingkat mana sekalipun mereka mesti memberi rasuah kalau hendak menang. Kalau tidak alamatlah tergolek pada setiap pemilihan.

Hari ini dakwaan saya ini terbukti apabila Lembaga Disiplin Umno telah menerima 226 aduan sejak mesyuarat peringkat cawangan bermula 17 Julai lalu, kata Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail

Daripada jumlah tersebut, katanya, 33 aduan dirujuk kepada Panel Penyiasatan untuk siasatan lanjut.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, sebanyak 13 aduan pula telah dihantar ke Borang "A" bagi bukti tambahan.

Manakala 49 lagi, tambahnya, dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Sehingga kini, Bernama memetik beliau sebagai berkata, Lembaga Disiplin masih menerima aduan berhubung pelanggaran tataetika ahli Umno.

"Saya telah dimaklumkan berkenaan betapa berleluasanya aduan rasuah politik dan kesalahan lain di bawah etika tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malangnya Umno sengaja menutup kes rasuah seperti dari tindakan BPR. Pada pemilihan lepas tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang disabitkan dengan kesalahan rasuah ini walaupun Jawatankuasa Disiplin Umno berjaya membuktikan beberapa orang pemimpin mereka terlibat dengan rasuah antaranya Isa Samad, Amid Nordin, Zaid Ibrahim dan lain-lain.

Jelas sekali janji Pak Lah untuk membenteras rasuah hanyalah menanam tebu dibibir mulut. Ianya hanya menjadi slogan untuk memancing undi supaya rakyat menyokong BN.

Kepada ahli-ahli Umno saya mengharapkan Tuan-Puan cepat-cepat keluar dari Umno dan masuk PAS agar Tuan-Puan tidak terpalit sama dengan kejahatan pemimpin dan ahli Umno yang menjadikan rasuah sebagai darah daging mereka.

SUMPAH SAIFUL : GAMBAR DI BAWAH MENERANGKAN SEGALANYA?? ~ Ref Malaysiakini

Gambar 'Imam' bersalam dengan Saiful.
Benar atau tidak maklumat ini Tuan-tuan boleh rujuk Jakim dan Pejabat Agong Umno.
Saya mendapat email bertajuk 'Imam Masjid Wilayah', dari seorang sahabat yang menghantar gambar 'Imam' Masjid Wilayah yang menyaksikan Saiful Bukhari Azlan bersumpah serta jawatan sebenar Imam dan juga bukti 'Imam' tersebut ahli Umno di Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Fakta dari gambar di atas :-

1) 'Imam' tersebut bernama : Ramlang bin Porigi
2) Jawatan sebenar beliau bukan Imam tetapi hanyalah Pembantu Hal Ehwal Islam.
3) Beliau juga merupakan Ahli Umno dan pengundi di DUN Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh.

JADI PECAHLAH TEMBELANG SAIFUL DAN IMAM INI?????

UNTUK MENGESAHKAN KESAHIHAN MAKLUMAT DI ATAS TUAN-PUAN BOLEH MEMBUAT SEMAKAN DI JAKIM DAN PEJABAT AGONG UMNO


Sila renungkan bukti di bawah ini dan buatlah penilaian kalian dengan jujur.

MUTU KOMUTER & LRT : PERDANA MENTERI KECEWA, TAKKAN BARU SEKARANG TAHU? ~ Ref Malaysiakini

Media melaporkan bahawa Perdana menteri tidak berpuas hati dengan perkhidmatan keretapi komuter dan LRT selepas menaiki pengangkutan awam itu dari Serdang ke Masjid Jamek hari ini.

Imam Hadhari menyaksikan sendiri masalah kesesakan terutama pada waktu puncak serta berbual-bual dengan penumpang bagi mendapatkan maklumat balas mengenai perkhidmatan itu.

Apa yang saya kesalkan perkhidmatan Komuter dan LRT ini bukan baru dijalankan, malah ianya sudah bertahun-tahun diperkenalkan di Kuala Lumpur. Takkan baru sekarang Perdana Menteri sedar akan kelemahannya. Sebelum ini Perdana Menteri tidak sedar ke?

Rakyat sudah lama menanggung kesengsaraan atas kelemahan sistem pengangkutan awam walaupun Imam Hadhari berbuih-buih mulut berjanji untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya dengan duit subsidi minyak yang ditarik.

Sudahlah rakyat disiksa dengan kenaikan harga minyak dan barangan, rakyat juga disengsarakan dengan sistem pengangkutan awam yang begitu teruk mutunya.

Kepada Perdana Menteri saya mengharapkan beliau rajin-rajinlah turun padang bagi menyelami masalah dan penderitaan rakyat. Jangan terlampau percaya dengan laporan orang bawahan sahaja kerana biasanya laporan kuncu-kuncu beliau semuanya baik tanpa ada masalah. Beliau kena sedar bahawa di keliling kelalang beliau itu ramai pembodek dan yes man. Rakyat yang mangsanya.

PROGRAM PAK LAH TIADA SAMBUTAN? - Ref Malaysiakini

MELAKA:Ada sahabat memberitahu bahawa program Perhimpunan Jambori Keamanan Pengakap Antarabangsa Ke-3 di Dataran Pahlawan, Melaka semalam yang dilancarkan oleh Perdana Menteri tidak mendapat sambutan.

Jadi bagi meramaikan orang untuk mengelakkan Ali Rustam malu, kerajaan negeri di dakwa mengarahkan Ketua2 Jabatan,Pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan wajib hadir ke program tersebut untuk memenuhkan kerusi-kerusi yang disediakan pihak penganjur.

Sahabat saya juga mendakwa sebanyak 9 Bas digunakan, 11 kereta persendirian dan 6 kenderaan agensi kenderaan terlibat untuk program ini.

Sahabat saya juga kesal kerana cuti kakitangan kerajaan yang menghadiri program ini juga dipotong sedangkan kehadiran mereka pada program tersebut bukan atas kerelaan sendiri.

Gambar : Utusan Meloya.

MEMALUKAN PARLIMEN BOCOR LAGI ~ Ref Malaysiakini

Ada jejambat, jejambat bocor (MRR2); ada parlimen,parlimen bocor; ada projek, projek tiris. Apa nak jadi dengan Malaysia ini. Bukan sahaja projek tiris, bangunan yang ada pun bocor. Bangunan yang bocor pun bukan calang-calang bangunan, Bangunan Parlimen pulak tu. Malah ini bukan kali pertama bocor dah beberapa kali. Sungguh memalukan. Bangunan yang mulia yang menjadi tempat menggubal undang-undang dan perbincangan untuk memastikan kesejahteraan negara boleh bocor.

Hari ini kita dimalukan sekali lagi apabila dilaporkan bahawa bilik media bocor akibat hujan lebat. Kebocoran ini menyebabkan 3 peti televisyen rosak.

Persoalannya bagaimana bangunan ini boleh bocor sedangkan kos yang tinggi telah digunakan untuk membaikinya.

Menteri Kerja Raya dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada pembaikian bangunan ini mesti memberikan laporan, sebab musabab kebocorannya serta apakah langkah yang akan diambil untuk mengelakkan perkara ini berulang.

Siasatan menyeluruh mesti dilakukan terhadap proses pembaikian ini bermula dari pemberian tender, pembelian barangan untuk kerja-kerja pembaikian, spesifikasi pembaikian, pemeriksaaan dan sebagainya. Hasil siasatan ini mesti dibentangkan kepada umum. Jika berlaku sebarang penyelewengan maka pihak terbabit mesti dibawa ke muka pengadilan.

Maka benarlah kata-kata Bekas Menteri Kerja Raya bahawa "kalu lain urang jaga ni kementerian, you ingat tarak bocor ka".

The parliament sitting today is however not interrupted by the incident.

TOK GURU NIK AZIZ MASUK HOSPITAL, DOAKAN BELIAU CEPAT SEMBUH ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin Ulung negara kesayangan semua lapisan masyarakat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital Selasa lalu. Beliau dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana selepas mengaku berasa letih.

Tok Guru yang berumur 78 tahun sekarang ini dilaporkan stabil dan sedang berehat. Pemimpin kesayangan semua kaum itu sebenarnya terlampau penat selepas menghadiri Muktamar PAS Pusat dan penamaan calon Parlimen Permatang Pauh pada Sabtu lepas.

Saya mengharapkan seluruh rakyat Malaysia supaya mendoakan Tok Guru agar cepat sembuh seperti sedia kala.

Kami sebenarnya amat dahagakan ilmu dan bimbingan Tok Guru bagi menghadapai cengkaman dan kezaliman BN ke atas rakyat Malaysia sekarang ini.

TAKTIK JAHAT BN UNTUK MERUNTUHKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK ~ Ref Malaysiakini

Saya mendoakan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dipelihara oleh Allah dari fitnah Umno/BN. Harapan saya fitnah yang dilemparkan kepada 2 orang Exconya nanti akan dibongkar oleh Allah agar si laknat yang membuat fitnah tersebut dihukum, kalau tidak didunia pun di Akhirat nanti.

Kepada Exco dan ADUN Perak, saya menasihati mereka supaya menjauhi apa juga perangkap dan jebak yang dipasang oleh Umno/BN. Berhati-hatilah dengan sesiapa sahaja yang mendekati YB semua, samada kawan atau lawan. Ini kerana kadang-kadang kawan boleh menjadi lawan kerana kawan juga boleh mempengaruhi kita melakukan kesalahan.

Di tangan YB-YB semua harapan rakyat yang tinggi yang mahukan kemerdekaan dari cengkaman BN yang memerintah lebih 50 tahun dahulu.

Semua orang tahu BN Perak telah berusaha dengan pelbagai cara untuk meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat(PR) Negeri Perak. Usaha mereka itu semuanya dengan cara yang diHARAMkan agama dan undang-undang.

BN Perak yang diterajui oleh Bekas Menteri Besar Perak telah didakwa beberapa kali cuba merasuah ADUN Pakatan Rakyat supaya melompat parti bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk menggantikan Kerajaan PR. Usaha mereka diteruskan sejak malam pengisytiharan kemenangan PR pada 8 Mac lalu.

BN Perak sentiasa mengintai peluang untuk menghancurkan kerajaan PR walau dengan apa juga cara dengan bantuan agensi-agensi tertentu yang sudah pasti menjadi kuda tunggangan mereka.

Mungkin dengan cara merasuah ADUN supaya masuk BN tidak berjaya mereka cuba pula cara lain iaitu mencipta perangkap supaya ADUN atau Exco Kerajaan Negeri Perak dilihat seolah-olah makan rasuah. Jadi bila Exco atau ADUN ini dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah sudah tentu hukuman yang dijatuhkan akan menyebabkan status ADUN mereka akan terlucut dan pilihanraya kecil boleh diadakan.

Kalau sebelum ini Anwar difitnah dengan tuduhan liwat pada tahun 1998 dan Jun lalu, kini tiba pula giliran dua orang Exco Perak menghadapi fitnah yang dahsyat ini. Kalau fitnah liwat pun mereka sanggup lakukan apalah dengan tuduhan rasuah sudah tentu orang-orang ini sanggup melakukannya demi untuk kesinambungan BN dan Umno. Tuduhan kita ini ada asasnya kerana BN/Umno telah beberapa kali cuba merasuah ADUN Pakatan Rakyat sebelum ini. Malah ketika kerajaan Kelantan memerintah dengan majoriti 1 kerusi pada tahun 2004 dulu, Umno/BN juga beberapa kali cuba merasuah ADUN PAS supaya lompat parti agar Kelantan dapat diperintah semula oleh BN. Tawaran mereka berjumlah jutaan ringgit.

Atas dasar inilah, Kerajaan negeri Perak mempertahankan dua ahli exconya yang ditahan Badan Pengecah Rasuah (BPR) kerana dipercayai terlibat dengan rasuah dan mendakwa ia berpunca daripada konspirasi politik,kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Kerajaan Pakatan Rakyat menafikan ada meluluskan mana-mana projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Projek tak wujud jadi mustahil kedua-dua exco boleh membantu meluluskan projek.

"Kami yakin kedua-dua exco dan rakan-rakan telah dianiaya. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus tadbir dan urus negeri seperti biasa," katanya mengulas kes penahanan dua ahlli exco atas tuduhan rasuah, selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di kediamannya di Ipoh hari ini.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah naib presiden PKR Dr Lee Boon Chye, pengerusi PKR negeri Ismail Yusof dan pengerusi DAP Datuk Ngeh Koo Kham serta Ahli Dewan Undangan Negeri pakatan itu, demikian menurut laporan Bernama.

Menurut Mohammad Nizar, kerajaan negeri tidak akan menghalang BPR daripada menjalankan siasatan ke atas mana-mana adunnya.

Hari ini, BPR menahan dua ahli exco kerajaan negeri Perak bersama empat lelaki lain kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat Ipoh.

Mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.

Menurut BPR, tiga daripada suspek termasuk seorang daripada ahli exco itu ditangkap sejurus selepas mereka disyaki menerima suapan lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan itu.

"Biarlah proses undang-undang berjalan," katanya, sambil menambah beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu untuk mendedahkan pembohongan dan penyelewengan kes itu.

Selain itu, Mohammad Nizar berkata Pakatan Rakyat juga akan menubuhkan panel peguam untuk membantu pembelaan.

Mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar itu berlangsung selama satu setengah jam.

20 August 2008

PARLIMEN DIGUNA SEWENANG-WENANG UNTUK KEKALKAN KERAJAAN BN ~ Ref Malaysiakini

Ramai mendakwa bahawa Kerajaan BN kerapkali menggunakan parlimen untuk mengekalkan kuasa mereka. Kerajaan BN didakwa akan menggubal apa sahaja undang-undang baru demi kepentingan BN.

Antara yang biasa kita lihat ialah persempadanan baru pilihanraya setiap 10 tahun, perlanjutan umur Pengerusi SPR,pengurangan kuasa raja-raja melayu dan macam-macam lagi.

Terbaru undang-undang berkaitan dengan DNA yang sedang dibentangkan di parlimen sekarang.

Dua hari lalu Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar membentang Rang Undang-Undang DNA bagi mewajibkan suspek kes jenayah memberi sampel DNA kepada pihak berkuasa.

Ramai beranggapan rang undang-undang ini dibentangkan secara tergesa-gesa untuk menangani keengganan Anwar memberikan sampel DNAnya kepada pihak berkuasa.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, semua orang nampak rang undang-undang itu dibawa secara tergesa-gesa dengan mengambil kira dakwaan liwat membabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri.

"Kenapa setelah tujuh tahun baru nak dibentangkan. Kenapa tak dibentangkan tahun hadapan biar pun akta tersebut sudah dirancang sejak 2001.

"Ini menjelaskan kerajaan yang ada ini begitu buruk sehingga terpaksa menggunakan parlimen untuk mengenakan musuh politik mereka," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini, dipetik dari Harakahdaily.

Perdana Menteri Pak Lah menafikan dakwaan Husam tersebut. Namun bagi saya penafian Imam Hadhari itu menunjukkan dakwaan Husam adalah benar. Ini kerana Perdana Menteri 'kesayangan' Umno itu memang suka bercakap bohong.

Jadi untuk membendung penyalahgunaan kuasa dan menamatkan kebongkakan kerajaan dan pemimpin BN saya menyeru seluruh pengundi di Permatang Pauh menolak BN pada 26 Ogos ini. Diharapkan calon BN akan hilang wang pertaruhan (deposit).

Selepas itu setelah Anwar menang di Permatang Pauh saya mengharapkan akan ada 30 ahli Parlimen BN melompat menyertai Pakatan Rakyat untuk kita membentuk Kerajaan Pusat yang baru bagi memerdekakan rakyat dari belenggu rasuah, kezaliman dan penindasan BN selama 51 tahun.

SABAH & SARAWAK MPs, READY TO JOIN PAKATAN RAKYAT?~ Ref Malaysiakini

Vice President's of PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan declared that 13 'frogs' from Sabah and Sarawak will join Pakatan Rakyat.

Deputy Prime Minister AlNajib has dismissed the claim and said that,
there is no truth to the claim.

Who are the LIAR, AlNajib or Jeffrey. Of course one of them is a LIAR, and the LIAR are not qualified to be our leader. AlNajib or Jeffery is the LIAR. From past experience, who can tell me the high profile LIAR in Malaysia? Lied about Parliament dissolution date and so on.

I am sure, Whether the claimed made by Jeffrey is true or not, AlNajib now is very worried. AlNajib has claimed many times during his speech in Permatang Pauh yesterday that there is no frogs from Sabah and Sarawak.

"You can ask Sabah and Sarawak's leader, Datuk Abang Jo is here, we can ask him" Najib shout during his speech last night.

AlNajib as BN campaign manager is quiet worry about Cina and India voters as well as protest vote from Umno members. That's why he try to hide his worries by claim Jefferey are making false statement.

On Monday, Sabah-based PKR vice-president Jeffrey Kitingan said the 13 MPs would join the opposition if Anwar Ibrahim wins the Permatang Pauh by-election on Aug 26.

"We speak the truth. I am talking about the 13 MPs who will join Pakatan Rakyat after Anwar wins this (Permatang Pauh) by-election ... they are just waiting (to cross over)," he told a ceramah.

For me, I'm sure Permatang Pauh voters are matured enough to think about this issue. As we know Permatang Pauh is PKR and PAS stronghold. Both parties have their tradisional supporters. They will not change their mind although easily.

They will make the decision on 26 August and most of the observers confident that Anwar will win with big majority compare with PRU 11 and PRU 12.

DEBAT GUAN ENG VS TSU KOON MALAM INI DI TV3

Jangan lupa debat Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dan Bekas Ketua Menteri Koh Tsu Koon malam ini disiarkan secara langsung oleh TV3.

PENAHANAN DUA EXCO PERAK TIDAK JEJAS IMEJ - NIZAR ~ Ref Malaysiakini


Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, penahanan dua Exco Kerajaan Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah tidak menjejaskan imej kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu.

Ini kerana kata beliau, kedua-dua anggota Exco berkenaan cuma ditahan reman untuk siasatan dan belum lagi dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

``Apa yang saya maksudkan ialah setiap orang tidak dianggap bersalah selagi dia tidak dibuktikan bersalah," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyampaian Skim Insentif Sukan Malaysia (SUKMA) XII Kontinjen Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Umno gesa MB gantung tugas dua Exco terbabit

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta Menteri Besar Perak menggantung tugas dua anggota exco kerajaan negeri yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, walaupun mereka belum didapati bersalah sehingga mahkamah membuat keputusan tetapi telah menjadi amalan biasa mereka perlu digantung tugas semasa mereka membela diri.

``Jika Menteri Besar tidak ambil tindakan gantung mereka, rakyat akan persoalkan slogan kerajaan bersih Perak adalah temberang semata-mata dan melucukan,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan dua Exco Kerajaan Perak merupakan antara enam orang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Nota : Kalau pemimpin Umno dah bersalah pun tidak digantung atau diminta letak jawatan, contohnya Isa Samad, Amid Nordin dan lain-lain.

- Utusan Meloya.

ANTARA 10 % KOUTA BUKAN MELAYU DAN SONGKOK UIA ~ Ref Malaysiakini


Apabila Pelajar UiTM dihasut supaya mengadakan demonstrasi menentang cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim media melaporkannya secara besar-besaran sehingga seolah-olah berlaku gempa bumi di Shah Alam. Semuanya gara-gara ianya dianggap boleh memberikan kredit kepada BN lebih-lebih ketika menghadapi situasi kritikal di Permatang Pauh.

Media memainkan isu ini tanpa henti sehingga meluat mendengarnya. Si misai melintang bukan main samseng membuat kenyataan seolah-olah hendak membaham Khalid Ibrahim hidup-hidup.

Namun apabila 3,158 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya, media boleh dikatakan langsung tidak melaporkannya.

Pihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.
Songkok sebagai simbol orang Melayu sepatutnya dipertahankan pemakaiannya untuk majlis graduasi siswazah UIA. Mengapa dalam isu ini Umno tidak menghasut pelajar berdemonstrasi. Bukankah songkok itu pakaian rasmi Umno.??? Pejuang-pejuang Melayu 'pembodek' BN pun senyap seribu bahasa tidak berang seperti marahkan Khalid Ibrahim.

Mengapa media tidak pula membuat temuramah dengan pejuang-pejuang bangsa Melayu tentang hal ini.???

Jahat sungguh media arus perdana kita ini. Mengapa mereka sanggup melanggar etika kewartawanan semata-mata kerana membodek kerajaan BN yang sekarang bagaikan telur dihujung tanduk. Mengapa mereka begitu jahat dan sanggup menjadi kuda tunggangan BN yang tidak kenal dosa pahala.

Saya mengharapkan supaya media lebih terbuka dan beretika ketika melaporkan sesuatu berita dan peristiwa. Tidak ada gunanya media menutup isu-isu yang tidak menguntungkan BN kerana walaupun ditutup ianya tetap bocor kerana media alternatif seperti Harakah, KeADILan, Roket, Harakahdaily, Malaysiakini, Tranungkite dan blog-blog bebas tersedia untuk melaporkan peristiwa sebenar.

Kerajaan BN dan media sebenarnya tidak belajar dari kesilapan lalu. Semakin ditutup berita-berita tersebut, rakyat semakin berusaha untuk mencari alternatifnya.

Insaf wahai kerajaan dan Media pengampu/pembodek.

PMTG PAUH : 'PENYAKIT' KEBETULAN BERJANGKIT KEPADA ORANG LAIN PULA ~ Ref Malaysiakini


Kalau sebelum ini Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sering menggunakan alasan kebetulan terhadap langkah-langkah kerajaan dan program-program yang kerajaan laksanakan kini ianya berjangkit pula kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong semalam.

Wee semalam berkata peruntukan berjumlah RM1.2 juta yang diluluskan kementerian itu untuk enam sekolah Cina di Permatang Pauh adalah 'kebetulan' dan tiada kena-mengena dengan pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu.

Beliau berkata permohonan daripada sekolah berkenaan diterima pada Jun dan Julai lepas dan dengan kelulusan yang diberikan itu setiap sekolah itu akan menerima peruntukan RM200,000 bagi membaikpulih atau menaiktaraf kemudahan sekolah masing-masing sepertimana yang dikemukakan dalam permohonan mereka.

"Pihak kementerian turut meluluskan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Prai dan SJKT Mak Mandin masing-masing sebanyak RM50,000 untuk kerja-kerja baikpulih walaupun kedua-dua sekolah bukan dalam kawasan Permatang Pauh.

"Ini membuktikan bahawa kita bukan memberi kelulusan atau memberi peruntukan kepada kawasan Permatang Pauh saja," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek kepada enam wakil sekolah Cina berkenaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Sungai Lembu dekat sini.

Beliau mengulas pertanyaan kemungkinan pemberian peruntukan itu akan dikaitkan pembangkang sebagai usaha BN memancing undi di Permatang Pauh.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu Datuk Arif Shah Omar Shah. BERNAMA

TIDAK SYAK LAGI SELEPAS INI SEMUA MENTERI DAN PEMIMPIN BN AKAN TERKENA WABAK 'KEBETULAN'.

SIASAT DUA EXCO PERAK SECARA TELUS DAN ADIL ~ Ref Malaysiakini


Hari ini media melaporkan bahawa 2 orang Exco Kerajaan Negeri Perak telah ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). Mereka ditangkap bersama 4 yang lain. Seorang dari Exco terbabit ditangkap jam 10.30 pagi tadi.

Anggota Exco terbabit didakwa menerima rasuah berjumlah lebih RM105,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

Syabas dan tahniah kepada BPR kerana bertindak sepantas kilat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR)berbanding dengan tindakan yang diambil ke atas pemimpin BN yang kadang-kadang berpuluh-puluh laporan dibuat kertas siasatan pun tidak dibuka oleh BPR.

Semua orang sudah kenal siapa BPR. Khir Toyo, Rafidah Aziz, Samy Vellu dan lain-lain pemimpin BN adalah diantara pemimpin yang sering didakwa melakukan rasuah dan penyelewengan. Namun mereka boleh dikatakan langsung tidak disiasat.

Saya mengharapkan BPR akan menyiasat kes ini dengan telus dan adil. Jika benar berlakunya rasuah dan penyelewengan pihak terbabit mestilah dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan maka mereka mesti dihukum.

Andaikata mereka ini dianiaya atau berlakunya fitnah dan perangkap saya memohon pihak yang terbabit menganiaya atau memerangkap mereka juga dihadapkan ke mahkamah dan dihukum jika mahkamah berjaya membuktikan kesalahan mereka. Saya mengharapkan tidak ada pihak yang teraniaya dalam kes ini.

Dalam keadaan sekarang, pelbagai pihak dilihat cuba menangguk di air keroh dengan berusaha sedaya upaya untuk meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang hanya mempunyai majoriti 3 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN)Perak. Sebelum ini pelbagai usaha dilakukan oleh BN untuk membeli dan merasuah wakil-wakil rakyat PR. Namun aduan dan laporan Polis dan BPR terhadap BN seolah-olah tidak diendahkan oleh pihak berwajib.


Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara," kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.

"Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?" tegasnya.

Beliau juga menyentuh tentang 'tindakan pantas" BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan.

"Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?" soalnya.

Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelulm kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.

"Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri," tambahnya.

Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dijangka akan membuat kenyataan akhbar petang ini.

PMTG PAUH : MENGAPA PERLAKUAN BURUK PENYOKONG BN TIDAK DIDEDAHKAN MEDIA ~ Ref Malaysiakini






Cuba saudara-saudari lihat gambar-gambar gelagat para penyokong BN pada hari penaamaan calon. Sungguh TIDAK SENONOH dan TIDAK BERADAB mereka ini. MENGAPA MEDIA tidak mendedahkan keBIADAPAN perangai buruk mereka ini.

INILAH HASIL TARBIYAH UMNO/BN KEPADA AHLI DAN PENYOKONG MEREKA?

Gambar dari SILEMBIKS

PMTG PAUH : MANA LEBIH RAMAI?



Perarakan di hari penamaan calon - Penyokong PKR



Perarakan di hari penamaan calon - Penyokong BN

Gambar dari Mstar.

PMTG PAUH : TIBA-TIBA SAJA PANDAI KE MASJID DAN LAWAT ORANG SUSAH


PMTG PAUH : 'SANTA CLAUS' MULA AGIHKAN HADIAH ~ Ref Malaysiakini

Walaupun Hari Krismas masih jauh lagi, namun penduduk dan pengundi Permatang Pauh beruntung kerana ramai 'instant' 'Santa Claus' berkampung di sana untuk memberikan hadiah kepada mereka. Ada juga 'Santa Klaus' yang sekali sekala datang untuk berkempen, namun jumlah hadiah yang diberikan bukan 'sikit-sikit' mencecah jutaan ringgit.

Adalah dijangkakan lebih banyak lagi hadiah akan disampaikan oleh 'Santa Klaus' jadian ini yang akan berkeliaran di merata-rata tempat di Permatang Pauh. Kalau kebiasaannya 'Santa Klaus' memakai baju merah, 'Santa Klaus' jadian di Permatang Pauh kebiasaannya memakai baju biru pekat atau warna-warna lain. Tetapi biasanya mereka memakai lambang dacing yang telah senget.

Berikut berapa hadiah yang telah diberikan oleh Santa Klaus kepada rakyat di Permatang Pauh :-

1) Peruntukan RM200,000 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sungai Lembu.
2) Peruntukan RM1 juta untuk 5 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Parlimen Permatang Pauh.
3) RM50,000 untuk Sekolah Tamil di Butterworth.
4) RM1,000 diberikan kepada sebuah keluarga yang kematian anak akibat lemas di Tanah Liat.

Selepas ini lebih banyak lagi hadiah menanti Penduduk Permatang Pauh kerana poket 'Santa Klaus' masih penuh mencari mangsa.

ZAMAN PAK LAH PERINTAH SEMUANYA KEBETULAN ~ Ref Malaysiakini

Nampaknya zaman Imam Hadhari memerintah Malaysia semuanya kebetulan.

Perlanjutan umur Pengerusi SPR kebetulan ....
Dakwaan Anwar meliwat kebetulan...
Pembentangan Rang Undang-undang DNA kebetulan...
Saiful bersumpah di Masjid Wilayah kebetulan ...
Penetapan Tarikh pilihanraya Kecil Permatang Pauh kebetulan ...
Minyak naik pada bulan Jun kebetulan ...

Semuanya kebetulan, tidak ada langsung perancangan awal, jangka pendek atau jangka panjang. Biasanya sesuatu perkara besar yang dilakukan secara KEBETULAN tidak baik kerana tiada perancangan rapi ....

Semalam sekali lagi perkataan kebetulan terpacul dari mulutnya bila ditanya tentang rang undang-undang DNA yang akan dibentang di Parlimen pada sidang yang berlangsung sekarang.

Imam Hadhari meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Sambil menolak tanggapan kononnya rang undang-undang itu ada kaitan dengan kes meliwat yang dihadapi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri berkata hal yang berkaitan dengan DNA dan akta itu sudah lama hendak dibawa oleh kerajaan ke Dewan Rakyat.

Kalaupun DNA menjadi satu isu dalam kes berkenaan, "itu satu kebetulan", katanya di Batu Berendam, Melaka.


Adalah lebih semua itu dirancang dan mempunyai sebab-sebab KONKRIT mengapa sesuatu tarikh dipilih.

Kalau macam inilah gaya Imam Hadhari memerintah saya bimbang negara kita akan lingkup kerana tiada perancangan yang rapi dan teratur.

PASCA MUKTAMAR : PERWAKILAN MELAKA PUASHATI - Ref Malaysiakini

Semabok : Rata-rata perwakilan PAS Negeri Melaka yang mewakili PAS Kawasan-kawasan dan Dewan-dewan negeri Melaka berpuashati dengan perjalanan muktamar serta penjelasan yang diberikan oleh saf kepimpinan dalam Muktamar PAS Pusat kali ke 54 di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak hujung minggu lalu.
Perwakilan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh menyatakan rasa syukur di atas perjalanan muktamar yang berjalan dengan baik walaupun ramai menjangkakan muktamar kali ini akan berlansung dalam keadaan panas.

"Jelas sekali ahli-ahli PAS amat matang dan professional dalam membahaskan apa juga isu dan masalah, kepimpinan pusat dan para perwakilan telah berbahas dengan terbuka dan jujur tanpa sebarang masalah"

"Di sini kita dapat melihat betapa hebatnya orang PAS, mereka tidak dipengaruhi oleh nafsu dan emosi sebaliknya mereka sentiasa berbincang dan berbahas secara berakhlaq" kata Khirul.

Perwakilan PAS Masjid Tanah,Imran Abdul Rahman pula berkata, ahli-ahli PAS sentiasa menunjukkan disiplin dan wala' yang baik terhadap kepimpinan PAS.

Menurutnya kepatuhan kepada pimpinan bukanlah kepatuhan yang membuta tuli tetapi ianya mengikut ajaran Islam, di mana kepatuhan kepada manusia ada batasnya iaitu selagi pemimpin tidak melanggar agama Islam selagi itulah ahli wajib patuh kepada pemimpin.

"PAS berbeza dengan Umno, ahli Umno patuh kepada pemimpin secara membuta tuli, di mana kebanyakan mereka adalah 'yes man' patuh kepada pemimpin walaupun kadang-kadang tindakan pemimpin mereka berlawanan dengan Islam" kata Imran yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah.

Perwakilan dari PAS Kawasan Jasin, Yuhaizad Abdullah pula berpendapat, ucapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas dan tepat pada masanya di mana ianya merungkaikan kekeliruan dan kecelaruan ahli-ahli PAS terhadap isu muzakarah dan muqabalah.

"Menjadi harapan agar ucapan Tuan Guru Mursyidul Am membantutkan usaha seorang dua pemimpin PAS yang ingin 'bersama' Umno".

"Mubahalah boleh dilakukan dengan sesiapa sahaja hatta dengan George Bush tetapi mesti diketahui parti tidak secara gelap-gelap" kata Yuhaizad yang juga merupakan Pemangku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Bagi Perwakilan PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Mohd Ali Sharif pula, beliau sedikit kesal dengan beberapa kecacatan kecil dalam perjalanan Muktamar PAS Pusat tersebut.

Menurutnya agenda seperti pelancaran buku Tuan Guru, tayangan Nisa', gimik pelancaran harakah dan tayangan multimedia yang tidak sempurna mencacatkan sedikit muktamar kali ini.

"Sepatutnya pihak terbabit mestilah menyediakan bahan-bahan tersebut dengan lebih professional dan proses 'editing' mesti dilakukan dengan berhati-hati".

Selain itu beliau juga kesal kerana masih ada para perbahasan yang tidak berkait dengan usul yang dibahaskan, malah Pengerusi Tetap kadang-kadang juga tidak mengawal pembahas-pembahas berucap melebihi waktu yang ditetapkan.

"Kali ini juga tidak ada gerai pameran dari PAS negeri-negeri dan lajnah-lajnah serta pameran sejarah PAS, ini sedikit sebanyak membuatkan muktamar kali ini sedikit hambar" kata Ali dengan nada kesal.

Walaubagaimanapun beliau merakamkan jutaan tahniah kepada PAS Perak yang berjaya menjalankan program ini di Stadium Indera Mulia setelah kerajaan negeri di perintah oleh Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Kawasan Bukit Katil, Ramli Dalip pula berkata, jelas sekali pemimpin-pemimpin PAS membuktikan bahawa mereka sepakat dalam isu muzakarah ini walaupun sebelum muktamar ramai ahli-ahli PAS melihat adanya percanggahan pendapat antara kepimpinan PAS sendiri.

"Saya yakin semua ahli dan penyokong PAS menarik nafas lega dengan keterbukaan PAS yang boleh bertemu dan berbincang dengan sesiapa sahaja, kerana selagi PAS berpegang kepada prinsip Islam selagi itulah PAS tidak akan berganjak dari prinsip perjuangannya"

"Malah Presiden dengan yakin dan tegas menyatakan bahawa PAS tidak akan sekali-kali menyertai BN yang penuh dengan kejijikan dan kekotoran" kata Ramli yang menjadi perwakilan PAS Kawasan Bukit Katil pada muktamar tersebut.

Ditanya tentang sindiran Pengerusi Tetap PAS Pusat terhadap kegagalan PAS Melaka memenangi sebaran kerusi pada pilihanraya yang ke 12 lalu, Ramli berkata, jawapan yang diberi oleh Ustaz Kamaruddin Sidek selaku pembahas ucapan dasar dari Melaka adalah memuaskan walaupun beliau menjawab secara berjenaka.

Kamaruddin semasa membahaskan ucapan dasar Presiden menjelaskan bahawa PAS Melaka telah berusaha sedaya untuk memastikan PAS menang pada pilihanraya umum lalu.


"PAS Melaka berusaha untuk menang dengan cuba menambahkan bilangan pengundi PAS sehingga terpaksa berpoligami" kata Ustaz Kamaruddin merujuk kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang mempunyai dua isteri.

Muktamar PAS Pusat yang bermula pada 15 Ogos berakhir pada 18 Ogos lalu. Muktamar tahun ini dimulakan dengan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang berlangsung pada 13 Ogos.

19 August 2008

PMTG PAUH : 2 TOK GURU DAN SELURUH RAKYAT DOAKAN ANWAR MENANG ~ Ref Malaysiakini

Anwar mendapat sokongan semua lapisan masyrakat, dari orang buta, tepok, cacat sehinggalah kepada orang sihat dan normal. Dari kaki judi, penagih dadah hinggalah kepada Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi.

Jadi tidak ada apa lagi yang Anwar perlu gusarkan. Semua rakyat berdiri teguh di belakang beliau. Insya Allah 26 Ogos ini bakal menyaksikan BN jatuh tersungkut ibarat kaca terhempas ke batu.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa agar Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim diberikan kemenangan oleh Allah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos depan.

Di sebalik keuzuran dan kesibukan beliau menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke 54 di Ipoh, Tok Guru bergegas ke Permatang Pauh seusai menunaikan solat subuh, untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar.

Tok Guru Haji Hadi pula pada Muktamar PAS Pusat Ahad lalu membuat penegasan bahawa PAS komited membantu Anwar di Permatang Pauh dan dengan jelas berkata PAS akan memastikan Anwar menang di sana.

AHLI UMNO AYUH MASUK PAS ~ Ref Malaysiakini

Saudaraku ahli Umno,

Saya menyeru sekalian ahli Umno seluruh Malaysia khasnya di Melaka supaya sama-sama memerdekakan diri dari belenggu Umno dengan menyertai PAS. Ini kerana jelas sekarang ini Umno bukanlah parti yang bergerak atas landasan Islam dan demokrasi sebenar.

Sudahlah Umno jauh menyimpang dari Islam, demokrasi sendiripun Umno tidak menurutinya.

Saudaraku ahli Umno,

Cuba saudara lihat negara kita yang diperintah oleh BN/Umno sejak 51 tahun dulu. Rasuah semakin parah, murtad berlaku, maksiat semakin parah, anak luar nikah semakin ramai, pemuda-pemudi semakin suka kepada maksiat, jenayah meningkat, rakyat menderita kerana kenaikan harga minyak dan barangan, biasiswa untuk anak-anak kita sudah tiada, ekonomi orang Islam dan Melayu semakin teruk, agama dikesampingkan, Bahasa Melayu dianaktirikan dan seribu satu masalah lain. Semuanya gara-gara pemimpin Umno yang menjauhi Islam dan mementingkan diri sendiri.

Saudaraku ahli Umno,

Cuba saudara lihat dan kaji latarbelakang pemimpin-pemimpin Umno (tak payah saya sebut nama mereka saudara pun tahu), rata-rata mereka, anak, menantu dan kaum kerabat mereka kaya raya dengan rumah besar, kereta besar, projek besar, business besar dan macam-macam lagi. Ada yang rumah mereka sampai 16 bilik, nilainya puluhan juta ringgit, mana mereka dapat duit???? Adalah ini selaras dengan ajaran Islam.

Cuba saudara lihat dan kaji perlembagaan Umno, adakah Umno meletakkan Al Qur'an dan Sunnah serta Ijma' & Qias sebagai hukum tertinggi di dalam Umno. Tidak ada saudara ku.

Cuba saudaraku lihat gelagat pemimpin Umno, terutama pemimpin wanita dan puteri serta isteri dan anak-anak pemimpin Umno adakah pakaian mereka menepati kehendak Islam. Sebagai pemimpin, akhlaq dan kelakuan mereka sudah tentu akan mencerminkan rupa sebenar dan halatuju sebuah parti. Ini membuktikan bahawa Umno tidak mementingkan suruhan agama sehingga perkara aurat itupun belum beres.

Cuba saudaraku lihat gelagat pemimpin Umno yang berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan sehingga mengamalkan rasuah (politik wang). Sudah banyak aduan malah pada pemilihan lalu Naib Presiden Umno pun terlibat dengan rasuah. Kali ini sudah banyak laporan dibuat terhadap perjalanan mesyuarat agung cawangan yang menimbulkan kekecohan dan pergaduhan. Semua gara-gara tamakkan kuasa kerana mereka tahu dengan jawatan tersebut mereka boleh mengumpul kekayaan.

Banyak lagi yang ingin saya perkatakan (akan saya sambung nanti), namun saya yakin fakta-fakta di atas sudah cukup untuk saudaraku berfikir dan insaf untuk kembali kepada perjuangan Islam bersama PAS. Hidup kita tidak lama saudaraku, apa guna kita berjuang di dalam parti yang sesat lagi menyesatkan.

Jadi marilah saudaraku sekelian bersama-sama dengan kami berjuang di dalam PAS untuk mendaulatkan Islam. Islam selamat Melayu, Cina, India semua selamat.

18 August 2008

BANYAKNYA SESUMPAH DI PERMATANG PAUH ~ Ref Malaysiakini

Adakah anda kenal dengan binatang yang dinamakan sesumpah. Kalau anda belum tahu sila baca posting saya ini yang kongsikan dengan tuan-puan takut-takut nanti 'digigit' sesumpah yang begitu banyak berkeliaran di Permatang Pauh sekarang ini sehingga 26 Ogos nanti.

Sesumpah ialah sejenis binatang seperti biawak dan cicak. Namun saiznya lebih besar dari cicak tetapi lebih kecil dari biawak. Bentuk badan, kaki dan lain-lain tidak jauh bezanya dengan biawak. Pendek kata Sesumpah sepupu atau dua pupu cicak dan biawak ini.

Keistimewaan sesumpah ini ialah kulit binatang ini boleh bertukar warna sama seperti keadaan sekelilingnya. Kalau keadaan disekelilingnya berwarna coklat kulitnya bertukar menjadi coklat. Kalau warna disekelilingnya berwarna hijau dia pun bertukar menjadi hijau. Inilah keajaiban dan kekuasaan Allah S.W.T.

Namun sifat sesumpah ini kadang-kadang ditiru oleh manusia. Kadang-kadang dengan meniru inipun baik juga bukan semua tidak baik.

Saya berpengalaman di dalam banyak pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil. Semasa kempen inilah ada orang yang tidak pernah atau jarang pakai tudung akan berlakon pakai tudung, ada yang jarang pakai ketayap putih akan pakai ketayap putih, ada yang jarang ke surau atau ke masjid berjemaah akan rajin ke masjid, ada yang jarang pakai kain pelikat tiap-tiap hari pakai kain pelikat keluar masuk kampung, ada yang jarang ziarah orang sakit akan ziarah sampai 3 atau 4 kali terhadap orang yang sama.

Apa guna mereka berlakon atau bertukar warna kulit macam sesumpah?
Jawapannya ialah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka juga pakai tudung, pakai kopiah dan sebagainya supaya mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik percaya yang mereka ini sama-sama tutup aurat, alim dan suka kepada surau dan masjid. Maksudnya mereka juga mahu dilihat serupa dengan pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik, tiada bezanya. Jadi mudah untuk mereka memancing undi. Bukankah ini sama sifatnya dengan sesumpah......suka mengikut persekitaran untuk menyelamat diri, cuma 'Sesumpah' Permatang Pauh bukan untuk selamat diri tetapi untuk dapat upah dan duit serta dapat projek dan sebagainya.

PMTG PAUH : RABA, PUKUL, TAKTIK LAMA, CARI LAH TAKTIK BARU ~ Ref Malaysiakini

Pukul wartawan, jurufoto, raba dan sebagainya merupakan taktik lama BN untuk memburukkan pembangkang. Ingat kah kita kepada dakwaan BN terhadap Abe Jak sehingga kes selak kain tunjuk 'anu' tersebut di bawa ke mahkamah. Dalam dakwaan tersebut, seorang Puteri Umno mendakwa Abe Jak, selak kain dan tunjuk 'anu' kepadanya ketika kempen Pilihanraya Kecil Anak Bukit, Kedah. Akhirnya mahkamah memutuskan Abe Jak tidak bersalah.

Kini BN ingin memainkan semula 'lagu lama' ini semata-mata untuk mencalarkan reputasi Pakatan Rakyat. Tidak adakah cara lain untuk BN berpolitik. Ini bukannya masa untuk menipu, menfitnah dan sebagainya.

Masa kempen ini sepatutnya digunakan untuk memperkenalkan calon, menerangkan agenda calon, membentangkan agenda dan perancangan parti jika menang. Selain itu parti yang bertanding juga sepatutnya membentangkan 'track record' calon dan parti yang memerintah. Dengan itu parti lawan boleh membentangkan pula apa perancangan mereka untuk membetulkan perkara salah yang dilakukan oleh parti satu lagi.

Umpamanya kalau BN kerjanya menaikkan harga minyak, maka mungkin kali ini BN ingin menerangkan kepada rakyat bagaimana masalah kenaikan harga minyak ini ditangani. Atau mungkin BN ingin memohon maaf kepada Melayu Pulau Pinang kerana peratusan tanah milik Melayu di Pulau Pinang semakin kecil, dan BN ingin menebus 'dosa' mereka ini dengan langkah-langkah tertentu. Ini barulah kita katakan kempen secara professional, bukannya menabur fitnah, mendakwa dipukul dan diraba sana-sini. Tuduhan ini siapa pun boleh cipta di saat begitu ramai orang yang mengambil kesempatan sempena kempen pilihanraya ini.

Saya pun naik hairan dengan Umno dan BN yang sejak dari dahulu, kini dan selamanya tidak mahu berubah. Pemikiran mereka masih ditakuk lama seperti zaman Parameswara dahulu. Sepatutnya politik kolot seperti ini sudah lama dibuang di zaman orang bercakap tentang nano teknologi, IT, menghantar angkasawan dan sebagainya. Yang peliknya pemimpin Umno dan BN yang dikatakan cerdik dan bijak sama sahaja taraf pemikiran mereka dengan JKKK kampung dan Wanita Kemas yang kadang-kadang baca surat khabar pun terbalik. (Bukan niat untuk memperkecilkan mereka tetapi ingin menunjukkan bahawa orang cerdik pun tidak boleh berfikir dek kerana ketamakan kepada kuasa).

RAMAINYA 'BODY GUARD', RAMAI MUSUH KE? ~ Ref Malaysiakini


Berlainan sekali dengan pemimpin PAS yang kalau berjalan atau melawat ke mana-mana pun jarang sekali kita melihat adanya 'body guard' mengekori atau mengawal mereka. Cuba Tuan-Puan tengok AlNajib ini, 'body guard' dia punyalah ramai.
Gambar ini saya petik dari laman web Mstar, gambar ketika AlNajib berarak mengiringi calon BN bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Arif Shah Omar Shah. Turut kelihatan dalam gambar Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.

Pada pendapat saya orang yang 'pasang' 'body guard' ramai macam ini biasanya ramai musuh. Tak tahu lah saya kalau AlNajib ramai musuh????

Peringatan kepada diri saya dan Tuan-Puan : Nanti dalam kubur kita duduk 'sorang-sorang' juga. Betul tak?

PMTG PAUH : ALI RUSTAM CUBA PERBODOHKAN PENGUNDI PERMATANG PAUH ~ Ref Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam cuba memperbodohkan pengundi Permatang Pauh dengan berkata bahawa beliau percaya dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh ahli UMNO Bahagian Permatang Pauh, Barisan Nasional (BN) mampu memberi tentangan hebat kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil di kawasan parlimen tersebut.
Beliau berkata demikian di dalam kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau juga mendakwa bahawa 3 orang yang bersaing untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh iaitu Abdul Jalil (Penyandang), Arif Shah (Timbalan Ketua) dan Pirdaus (Naib Ketua) sanggup melupakan persaingan mereka seketika untuk memberikan kerjasama penuh demi memastikan kemenangan BN.
Nampaknya Ali Rustam sanggup memperbodohkan orang Permatang Pauh sebagaimana beliau memperbodohkan orang Melaka 2 hari lepas dengan mendakwa 500 ahli pembangkang menyertai Umno.

Saya ingin menasihatkan Ali Rustam supaya sedar bahawa Orang Pulau Pinang terutama pengundi Permatang Pauh lebih matang dan cerdik berbanding dengan orang Umno Melaka. Oleh kerana itulah PKR tidak pernah tewas di Permatang Pauh sejak tahun 1999 dan kerana kecerdikan orang Pulau Pinang jugalah negeri tersebut berjaya dibebaskan dari cengkaman BN yang penuh dengan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Orang Permatang Pauh bukannya tidak kenal siapa Jalil, Arif dan Pirdaus. Ketiga-tiga mereka sebenarnya hanya berlakon tidak menentang sesama sendiri kerana Pilihanraya Kecil ini. Selepas pilihanraya kecil ini selesai sudah tentu mereka akan menzahirkan kembali kempen masing-masing untuk bertanding pada pemilihan Ketua Bahagian nanti. Malah ramai pemerhati berpendapat ada dikalangan penyokong ketiga-tiga mereka akan membuat sabotaj secara senyap semasa kempen dan hari mengundi nanti.
Saya juga ingin memperingatkan Mohd Ali supaya sedar bahawa kes liwat yang digunakan Umno untuk menumbang dan menamatkan karier politik Anwar langsung tidak memberikan kesan kepada sokongan pengundi kepada Anwar. Ini dibuktikan semasa hari penamaan calon 16 Ogos lalu apabila puluhan ribu mengiringi Anwar di Pusat Penamaan calon. Malah pemimpin dan ahli-ahli PAS semasa muktamar PAS Pusat semalam, sekali lagi menegaskan PAS akan terus memberikan sokongan padu kepada Anwar dan Pakatan Rakyat dalam kempen Pilihanraya Kecil ini.
Saya mencadangkan kepada Mohd Ali dan Jentera BN Melaka supaya pulang sahaja ke Melaka dan tumpukan usaha mencari ahli Umno yang baru di Melaka kerana dakwaan 500 ahli pembangkang masuk Umno dua tiga hari lepas adalah satu penipuan besar.
Lebih baik cari ahli -ahli baru yang benar-benar ujud dari menipu di media. Jadi tidak perlu buang masa di Permatang Pauh lebih baik tumpukan masa mencari 500 ahli baru yang benar-benar ujud.
Amacam logik tak cadangan saya supaya kawan-kawan kita Umno Melaka balik segera tak perlu buang masa, duit dan tenaga di Permatang Pauh kerana Insya Allah Pakatan Rakyat akan menang mudah.

PMTG PAUH : NAJIB TAK HORMATI PENGUNDI ~ Ref Malaysiakini

Apa yang tidak kena dengan gambar ini? Kalau ya pun nak sangat undi pengundi wanita ini, jangan sampai tidak hormat kepada mereka, atau tidak memberikan tauladan yang baik kepada rakyat.

Gambar ini saya ambil dari Utusan Meloya, di mana ianya menunjukkan AlNajib sedang bersalam dengan kaum ibu di Kampung Permatang Janggus (orang Penang kata Matang Jagguih) semalam.

Jelas sekali kaum ibu (ada yang bertudung labuh) itu agak keberatan untuk bersalam dengan Najib, mereka hanya menggunakan hujung jari sahaja untuk bersalam dengan AlNajib. Kaum ibu ini sudah tentu tahu hukum bersalam dengan bukan muhrim. Mungkin juga ada anak-anak gadis yang turut sama bersalam dengan AlNajib.

Walaupun mungkin Islam Hadhari meng'HALAL'kan lelaki dan wanita bukan muhrim bersalam, AlNajib seharusnya sedar bahawa bukan semua kaum hawa di Permatang Pauh 'menganut' Islam Hadhari sepertinya,

Malangnya AlNajib masih terus mahu bersalam dengan mereka tanpa segan silu, tidak ada langsung rasa hormat AlNajib kepada kaum hawa ini.

Kot ya pun nak dapat pancing undi, jangan lah sampai hukum agama diketepikan dan rasa hormat kepada orang lain tiada langsung.

PMTG PAUH : PELUANG ARIF SHAH MAKIN GELAP, PEMIMPIN GERAKAN SECARA TERBUKA SOKONG ANWAR ~ Ref Malaysiakini

Sejak hari perletakkan jawatan Wan Azizah sehingga ke saat ini, tidak ramai yang meramalkan BN akan memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Malah telahan ini diperkuatkan lagi dengan jumlah kehadiran penyokong Pakatan Rakyat yang begitu ramai semasa hari penamaan calon. Di anggarkan sekitar 15,000 hingga 20,000 penyokong PR yang hadir berbanding penyokong BN yang diupah yang berjumlah antara 5,000 hingga 8,000 sahaja.

Setelah pengumuman calon dibuat oleh BN kekalahan mereka semakin hampir kerana calonnya, Arif Shah Omar Shah langsung tidak dapat menandingi karisma, pengalaman, kredibiliti dan personaliti calon PR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Satu lagi faktor yang diharapkan oleh BN untuk menolong mereka iaitu Umno mengharapkan keretakan di dalam PR juga tidak menjadi kenyataan. Malah PAS semakin tegas menyatakan bahawa PAS akan tetap bersama PR dan tidak berniat langsung untuk bersama BN. PAS akan turun habis-habis dalam kempen membantu PKR di Permatang Pauh. Arahan jelas itu disampaikan sebelum muktamar dan semasa muktamar berlangsung.

Semalam BN sekali lagi menerima tamparan hebat, apabila pemimpin Parti Gerakan Pulau Pinang, Dr Toh Kin Woon (gambar) secara terbuka menyokong Anwar. Beliau sendiri turun melawat bilik gerakan PKR di Permatang Pasir. Toh berkata, beliau sangat yakin kepada Anwar dalam memperkuatkan suara pembangkang dan peluang untuk mempertingkatkan demokrasi dan memperluaskan semangat demokratik.

Jadi kalau pemimpin Gerakan yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini sudah menyokong Anwar, saya rasa rakyat terutama kaum cina dan ahli-ahli Gerakan sudah tentu akan memberikan undi kepada Anwar.

Kasihan Arif Shah, bersedialah kamu dengan 'kain kapan' untuk dikapankan pada 26 Ogos ini.

KESAL DENGAN LAPORAN MEDIA AHLI PAS MELAKA KELUAR PARTI ~ Ref Malaysiakini


PAS Kawasan Bukit Katil sangat kesal dengan laporan media baru-baru ini yang menyiarkan laporan kononnya seorang ahli jawatankuasa PAS Bukit Katil, Mansor Shah Gulam telah menyertai Umno dengan menyerahkan borang keahlian Umno pada satu majlis di Padang Awam Taman Seri Jati, Sg Putat.

Laporan ini merupakan siri pembohongan Umno Negeri Melaka kepada rakyat. Sebenarnya tidak ada seorang pun ahli jawatankuasa PAS Bukit Katil yang bernama Mansor Shah Gulam.

"Siapa yang dia orang ambil jadi ahli Umno ini, tidak ada seorang pun AJK PAS Bukit Katil malah ahli PAS Bukit Katil pun tiada yang bernama Mansor Shah Gulam" kata Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Selamat Amin.

"Mana Umno cekup ini, lain kali kalau nak keluarkan berita dalam media pun periksa lah dulu betul ke orang itu AJK PAS Bukit Katil, kalau tidak nanti orang gelak kat Umno sebab suka menipu" kata Selamat ketika ditemui di Muktamar PAS Pusat di Ipoh semalam.

Bekas Setiausaha PAS Kawasan Batu Berendam (kini Bukit Katil), Ramli Dalip pula berkata, tidak pernah ada dalam keahlian PAS Batu Berendam maupun Bukit Katil sejak dari dahulu, individu yang bernama Mansor Shah Gulam.

"Ini betul-betul cerita hindustan, Umno sengaja mencari publisiti murahan mendakwa ahli PAS masuk Umno".

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Bakrin Sidek (gambar) berkata, inilah perangai Umno dan media mengampunya yang suka menipu seluruh rakyat terutama pembaca media tersebut.

"Umno sekarang dalam keadaan terdesak sehingga sengaja mereka-reka cerita yang jelas karut dan tidak ada fakta".

"Saya hairan mengapa Umno sanggup menipu semacam ini sedangkan perkara ini ada 'black and white' PAS boleh semak keahlian kita serta merta, jelas Mansor Shah Gulam ini tiada dalam senarai keahlian kita" kata Haji Bakrin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri.

Utusan Malaysia 15 Ogos lalu menyiarkan berita bahawa 50 ahli DAP cawangan Bachang, 30 ahli Pas Semabok, 20 ahli Pas dan PKR Bukit Baru, serta 60 ahli Pas dan PKR cawangan Peringgit.

Berita itu menyebut bahawa seorang ahli PAS Mansur Shah, 37, berkata, penyertaannya ke dalam UMNO adalah kerana dia sudah hilang kepercayaan terhadap Pas terutama tindakan pemimpin parti itu yang gemar caci mencaci umat Islam daripada parti lain.

‘‘Sehingga kini, Pas terus memainkan isu kafir mengkafir dalam majlis ceramah mereka.

‘‘Isu ini dijadikan senjata oleh Pas untuk mempengaruhi orang Melayu supaya menyertai perjuangan Pas, ujarnya.

Laporan Utusan Malaysia dan Berita Hairan ini jelas tidak tepat di mana nama individu yang terlibat juga tidak sama. Sekali Mansor Shah sekali Mansor Shah Gulam.

Ketua Penerangan PAS Bukit Katil, Khirul Che Salleh berkarta, setahu beliau yang terlibat secara langsung dengan ceramah PAS di seluruh Melaka, isu kafir mengkafir ini sudah puluhan tahun tidak disebut di dalam ceramah PAS, malah sebenarnya ia tidak pernah ujud, hanya Umno sahaja yang tidak faham tentang kandungan ceramah PAS. Jelas sekali kenyataan Mansur Shah itu hanyalah rekaan semata-mata.

Beliau menuntut Utusan Malaysia dan Berita Hairan terutamanya menarik balik laporan tersebut dan menyiarkan berita sebenar bahawa Mansor Shah Gulam bukannya AJK PAS Bukit Katil dan bukannya ahli PAS.

Beliau juga mengharapkan Umno supaya menjaga maruahnya janganlah mengutip orang ditepi jalan dan mengarahkan si pulan itu mengaku sebagai ahli PAS.

"Kalau hendak berpolitik pun biarlah secara professional dan anak jantan" kata Khirul yang juga merupakan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter