PMTG PAUH : AKHIRNYA KAU DATANG JUA ~ Ref Malaysiakini

Setelah menyepi diri selama 5 hari selepas penamaan calon pada 16 Ogos, akhirnya Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) bagi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Hanafi Mamat muncul untuk memulakan kempen beliau. AKIM telah mendirikan Markaz Besarnya di Bulatan Bukit Tengah.

Hanafi Mamat, yang terus pulang ke Kelantan selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Sabtu lepas, kelihatan sibuk membuat persediaan untuk memasang bendera AKIM ketika ditemui media semalam.

Beliau dan beberapa pembantunya, yang baru sampai dari Kelantan, kelihatan sedang giat memasang kain rentang dan mengedarkan posternya kepada orang ramai di kawasan Bukit Tengah.

Presiden AKIM itu yang memperjuangkan slogan 'Perpaduan Kesejahteraan Ummah', berkata beliau balik ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk menguruskan bahan-bahan yang akan digunakannya untuk kempen pilihan raya kecil itu memandangkan kos mencetak di negeri itu lebih murah daripada di Pulau Pinang.

Hanafi, 61, berkata Akim juga dalam proses mendirikan bilik gerakannya di Taman Pauh yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya.

Beliau yang akan lebih menumpukan kepada strategi kempen dari rumah ke rumah serta mengedarkan poster, berkemungkinan tidak akan mengadakan sebarang ceramah dalam menarik pengundi, katanya kepada Bernama di sini.

Apa agaknya matlamat sebenar AKIM bertanding. Mungkinkah ada orang-orang tertentu yang menaja AKIM supaya menjadi pengacau dalam pilihanraya kali ini sebagaimana Nenek Maimun yang berjaya 'mengalahkan' Mat Sabu di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihanraya Umum lalu.

Hanya Hanafi, orang-orang tersebut (jika benar) dan Allah sahaja yang tahu cerita sebenar

Sumber : Mstar

Comments