PENGUNDI HILANG + PENGUNDI TAK DIKENALI = BN MENANG? ~ Ref Malaysiakini

Jentera Pakatan Rakyat mesti berhati-hati dengan taktik kotor BN yang menggunakan 'parti komponennya' SPR bagi mengalahkan Anwar Ibrahim di Permatang.

Semua orang tahu SPR akan 'memainkan' lagu lama mereka seperti kewujudan pengundi tidak dikenali yang ramai di sesebuah rumah; kehilangan nama pengundi-pengundi lama; nama pemilih yang ujud lebih dari satu dan seribu satu macam taktik kotor dan penipuan SPR yang bersekongkol dengan BN.

Malah perkara ini telah dibuktikan oleh petugas PKR dan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (MAFREL) selepas mereka meneliti Daftar Pemilih yang diserahkan oleh SPR kepada calon-calon semasa penamaan calon 16 ogos lalu.

Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Mafrel, sebuah badan pemerhati pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mengesan beberapa rumah kampung di Permatang Pauh yang mempunyai jumlah pengundi yang tidak munasabah.

Sebuah rumah di Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya, umpamanya, mempunyai 83 pengundi berdaftar di kalangan lelaki keturunan India dan India Muslim.

Penyelaras Mafrel Wilayah Utara, Ong Boon Keong berkata, pihaknya juga mengesan ada rumah yang mempunyai lebih 60 pengundi.

"Itu yang Mafrel kesan daripada 50 rumah yang diperiksa setakat ini," katanya dalam sidang media di Seberang Jaya hari ini.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution Ismail mendakwa 26 nama pemilih telah dikeluar oleh SPR tanpa sebarang pameran awam.

Mengulas perkara ini, Ong berkata, angka sebenar yang hilang itu ialah 25 orang dan ini menimbulkan tandatanya kerana tidak mengetahui puncanya.

700 pengundi tidak dikenali

"SPR pula tidak menjelaskan mengenai perkara ini. Bulan Jun lalu, senarai itu masih ada tetapi kini sudah hilang.

"Adakah mereka telah mati dalam tempoh sebulan ini," katanya lagi.

Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, penyelaras Mafrel, Jamaluddin Abdullah berkata, pihaknya mengesan kira-kira 700 pengundi yang tidak dikenali.

Katanya, ada satu kawasan penempatan penduduk yang mempunyai 20 rumah di mana terdapat sekurang-kurangnya dua pengundi baru pada setiap rumah.

"Beberapa keluarga di kawasan perumahan di Seberang Jaya pula mendakwa alamat rumah mereka telah didaftarkan dengan pengundi baru yang mereka tidak mengenalinya," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengundi hantu, Jamaluddin berkata, sehingga ini pihak belum mengesan kehadiran mereka.

Comments