ARIF TAKUT NAK BERDEBAT? ~ Ref Malaysiakini

Bila agaknya calon-calon pilihanraya Kecil Permatang Pauh ingin berdebat antara satu sama lain terutama calon PKR dan BN(Calon AKIM tidak perlu berdebatlah.)

Saya menyokong saranan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) yang bersedia untuk menjadi orang tengah bagi perdebatan mereka berdua.

Semalam Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, debat itu juga dapat memperlihatkan calon mana - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Datuk Arif Shah dari Umno - yang mampu mengutarakan visinya yang jelas, bukan sahaja untuk Permatang Pauh, tetapi juga untuk negara.

"Kami mencadangkan debat ini diadakan pada 24 Ogos 2008 jam 2 petang di mana-mana kawasan di dalam Parlimen Permatang Pauh.

"Kami berhasrat debat ini dapat ditonton serta didengari oleh penduduk Permatang Pauh dan seluruh Malaysia. Oleh itu, kami mencadangkan debat ini juga dapat disiarkan secara siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, TV9 dan Astro Awani," katanya.

Saya yakin di pihak Anwar bila-bila masapun boleh. Namun saya kurang yakin yang Arif Shah berani berdebat dengan Anwar. Persoalannya mengapa Arif tidak berani, bukankah beliau anak jantan dan dikatakan ayam tambatan Umno yang paling layak menentang Anwar di Permatang Pauh.

Di dalam kempennya bukan main lantang Arif Shah berkempen memperlekehkan Anwar dan Pakatan Rakyat. Jadi ada baiknya beliau berdebat secara berdepan bagi memberikan peluang kepada rakyat siapa yang mempunyai visi dan misi yang diyakini.

Kalau Arif Shah takut untuk berdebat dengan Anwar saya cadangkan AlNajib turun mewakili Arif. Takkan AlNAjib pun takut untuk berdebat dengan Anwar.???

Comments

makanfree said…
Bab berdebat ni yang paling saya suka tengok. Tak perlu ajak orang terentu dari BN/UMNO untuk berdebat, hantar saja scapegoat seperti dalam debat minyak. Berbuih mulut shabery mahu pertahankan polisi BN/UMNO

Kalau Anwar debat dengan Arif, disaksikan oleh penyokong setia Anwar dan PKR, saya dapat ramalkan Arif tentunya kecut perut. XD