PARLIMEN DIGUNA SEWENANG-WENANG UNTUK KEKALKAN KERAJAAN BN ~ Ref Malaysiakini

Ramai mendakwa bahawa Kerajaan BN kerapkali menggunakan parlimen untuk mengekalkan kuasa mereka. Kerajaan BN didakwa akan menggubal apa sahaja undang-undang baru demi kepentingan BN.

Antara yang biasa kita lihat ialah persempadanan baru pilihanraya setiap 10 tahun, perlanjutan umur Pengerusi SPR,pengurangan kuasa raja-raja melayu dan macam-macam lagi.

Terbaru undang-undang berkaitan dengan DNA yang sedang dibentangkan di parlimen sekarang.

Dua hari lalu Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar membentang Rang Undang-Undang DNA bagi mewajibkan suspek kes jenayah memberi sampel DNA kepada pihak berkuasa.

Ramai beranggapan rang undang-undang ini dibentangkan secara tergesa-gesa untuk menangani keengganan Anwar memberikan sampel DNAnya kepada pihak berkuasa.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, semua orang nampak rang undang-undang itu dibawa secara tergesa-gesa dengan mengambil kira dakwaan liwat membabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri.

"Kenapa setelah tujuh tahun baru nak dibentangkan. Kenapa tak dibentangkan tahun hadapan biar pun akta tersebut sudah dirancang sejak 2001.

"Ini menjelaskan kerajaan yang ada ini begitu buruk sehingga terpaksa menggunakan parlimen untuk mengenakan musuh politik mereka," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini, dipetik dari Harakahdaily.

Perdana Menteri Pak Lah menafikan dakwaan Husam tersebut. Namun bagi saya penafian Imam Hadhari itu menunjukkan dakwaan Husam adalah benar. Ini kerana Perdana Menteri 'kesayangan' Umno itu memang suka bercakap bohong.

Jadi untuk membendung penyalahgunaan kuasa dan menamatkan kebongkakan kerajaan dan pemimpin BN saya menyeru seluruh pengundi di Permatang Pauh menolak BN pada 26 Ogos ini. Diharapkan calon BN akan hilang wang pertaruhan (deposit).

Selepas itu setelah Anwar menang di Permatang Pauh saya mengharapkan akan ada 30 ahli Parlimen BN melompat menyertai Pakatan Rakyat untuk kita membentuk Kerajaan Pusat yang baru bagi memerdekakan rakyat dari belenggu rasuah, kezaliman dan penindasan BN selama 51 tahun.

Comments