PMTG PAUH : ALI RUSTAM CUBA PERBODOHKAN PENGUNDI PERMATANG PAUH ~ Ref Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam cuba memperbodohkan pengundi Permatang Pauh dengan berkata bahawa beliau percaya dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh ahli UMNO Bahagian Permatang Pauh, Barisan Nasional (BN) mampu memberi tentangan hebat kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil di kawasan parlimen tersebut.
Beliau berkata demikian di dalam kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau juga mendakwa bahawa 3 orang yang bersaing untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh iaitu Abdul Jalil (Penyandang), Arif Shah (Timbalan Ketua) dan Pirdaus (Naib Ketua) sanggup melupakan persaingan mereka seketika untuk memberikan kerjasama penuh demi memastikan kemenangan BN.
Nampaknya Ali Rustam sanggup memperbodohkan orang Permatang Pauh sebagaimana beliau memperbodohkan orang Melaka 2 hari lepas dengan mendakwa 500 ahli pembangkang menyertai Umno.

Saya ingin menasihatkan Ali Rustam supaya sedar bahawa Orang Pulau Pinang terutama pengundi Permatang Pauh lebih matang dan cerdik berbanding dengan orang Umno Melaka. Oleh kerana itulah PKR tidak pernah tewas di Permatang Pauh sejak tahun 1999 dan kerana kecerdikan orang Pulau Pinang jugalah negeri tersebut berjaya dibebaskan dari cengkaman BN yang penuh dengan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Orang Permatang Pauh bukannya tidak kenal siapa Jalil, Arif dan Pirdaus. Ketiga-tiga mereka sebenarnya hanya berlakon tidak menentang sesama sendiri kerana Pilihanraya Kecil ini. Selepas pilihanraya kecil ini selesai sudah tentu mereka akan menzahirkan kembali kempen masing-masing untuk bertanding pada pemilihan Ketua Bahagian nanti. Malah ramai pemerhati berpendapat ada dikalangan penyokong ketiga-tiga mereka akan membuat sabotaj secara senyap semasa kempen dan hari mengundi nanti.
Saya juga ingin memperingatkan Mohd Ali supaya sedar bahawa kes liwat yang digunakan Umno untuk menumbang dan menamatkan karier politik Anwar langsung tidak memberikan kesan kepada sokongan pengundi kepada Anwar. Ini dibuktikan semasa hari penamaan calon 16 Ogos lalu apabila puluhan ribu mengiringi Anwar di Pusat Penamaan calon. Malah pemimpin dan ahli-ahli PAS semasa muktamar PAS Pusat semalam, sekali lagi menegaskan PAS akan terus memberikan sokongan padu kepada Anwar dan Pakatan Rakyat dalam kempen Pilihanraya Kecil ini.
Saya mencadangkan kepada Mohd Ali dan Jentera BN Melaka supaya pulang sahaja ke Melaka dan tumpukan usaha mencari ahli Umno yang baru di Melaka kerana dakwaan 500 ahli pembangkang masuk Umno dua tiga hari lepas adalah satu penipuan besar.
Lebih baik cari ahli -ahli baru yang benar-benar ujud dari menipu di media. Jadi tidak perlu buang masa di Permatang Pauh lebih baik tumpukan masa mencari 500 ahli baru yang benar-benar ujud.
Amacam logik tak cadangan saya supaya kawan-kawan kita Umno Melaka balik segera tak perlu buang masa, duit dan tenaga di Permatang Pauh kerana Insya Allah Pakatan Rakyat akan menang mudah.

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
malu betul la dgn ali rustam ni
masih dibayangi mimpi2 umno yang xpernah sudah..
inshaalah tuhan izinkan kemenangan pakatan rakyat!
mrf said…
ali rustam ketambola ni tunggu masa je nk kene libas..mangkuk ayun ni memang nak kene nih..habis melaka ntah jadi apa ntah..projek semua dapat kat cina..kata umno tolong melayu..mana developer melayu??aku tak jumpa lagi kat melaka nih..

bila nak beli rumah yg sepatutnya ada kuota bumi dgn harga diskaun untuk bumiputera, diorg kata rumah sold out..bila aku round tgk byk lagi rumah kosong belom terjual..nampak sgt diorg taknak rugi kalau jual kat bumi harga jd murah sikit