TAKTIK JAHAT BN UNTUK MERUNTUHKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK ~ Ref Malaysiakini

Saya mendoakan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dipelihara oleh Allah dari fitnah Umno/BN. Harapan saya fitnah yang dilemparkan kepada 2 orang Exconya nanti akan dibongkar oleh Allah agar si laknat yang membuat fitnah tersebut dihukum, kalau tidak didunia pun di Akhirat nanti.

Kepada Exco dan ADUN Perak, saya menasihati mereka supaya menjauhi apa juga perangkap dan jebak yang dipasang oleh Umno/BN. Berhati-hatilah dengan sesiapa sahaja yang mendekati YB semua, samada kawan atau lawan. Ini kerana kadang-kadang kawan boleh menjadi lawan kerana kawan juga boleh mempengaruhi kita melakukan kesalahan.

Di tangan YB-YB semua harapan rakyat yang tinggi yang mahukan kemerdekaan dari cengkaman BN yang memerintah lebih 50 tahun dahulu.

Semua orang tahu BN Perak telah berusaha dengan pelbagai cara untuk meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat(PR) Negeri Perak. Usaha mereka itu semuanya dengan cara yang diHARAMkan agama dan undang-undang.

BN Perak yang diterajui oleh Bekas Menteri Besar Perak telah didakwa beberapa kali cuba merasuah ADUN Pakatan Rakyat supaya melompat parti bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk menggantikan Kerajaan PR. Usaha mereka diteruskan sejak malam pengisytiharan kemenangan PR pada 8 Mac lalu.

BN Perak sentiasa mengintai peluang untuk menghancurkan kerajaan PR walau dengan apa juga cara dengan bantuan agensi-agensi tertentu yang sudah pasti menjadi kuda tunggangan mereka.

Mungkin dengan cara merasuah ADUN supaya masuk BN tidak berjaya mereka cuba pula cara lain iaitu mencipta perangkap supaya ADUN atau Exco Kerajaan Negeri Perak dilihat seolah-olah makan rasuah. Jadi bila Exco atau ADUN ini dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah sudah tentu hukuman yang dijatuhkan akan menyebabkan status ADUN mereka akan terlucut dan pilihanraya kecil boleh diadakan.

Kalau sebelum ini Anwar difitnah dengan tuduhan liwat pada tahun 1998 dan Jun lalu, kini tiba pula giliran dua orang Exco Perak menghadapi fitnah yang dahsyat ini. Kalau fitnah liwat pun mereka sanggup lakukan apalah dengan tuduhan rasuah sudah tentu orang-orang ini sanggup melakukannya demi untuk kesinambungan BN dan Umno. Tuduhan kita ini ada asasnya kerana BN/Umno telah beberapa kali cuba merasuah ADUN Pakatan Rakyat sebelum ini. Malah ketika kerajaan Kelantan memerintah dengan majoriti 1 kerusi pada tahun 2004 dulu, Umno/BN juga beberapa kali cuba merasuah ADUN PAS supaya lompat parti agar Kelantan dapat diperintah semula oleh BN. Tawaran mereka berjumlah jutaan ringgit.

Atas dasar inilah, Kerajaan negeri Perak mempertahankan dua ahli exconya yang ditahan Badan Pengecah Rasuah (BPR) kerana dipercayai terlibat dengan rasuah dan mendakwa ia berpunca daripada konspirasi politik,kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Kerajaan Pakatan Rakyat menafikan ada meluluskan mana-mana projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Projek tak wujud jadi mustahil kedua-dua exco boleh membantu meluluskan projek.

"Kami yakin kedua-dua exco dan rakan-rakan telah dianiaya. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus tadbir dan urus negeri seperti biasa," katanya mengulas kes penahanan dua ahlli exco atas tuduhan rasuah, selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di kediamannya di Ipoh hari ini.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah naib presiden PKR Dr Lee Boon Chye, pengerusi PKR negeri Ismail Yusof dan pengerusi DAP Datuk Ngeh Koo Kham serta Ahli Dewan Undangan Negeri pakatan itu, demikian menurut laporan Bernama.

Menurut Mohammad Nizar, kerajaan negeri tidak akan menghalang BPR daripada menjalankan siasatan ke atas mana-mana adunnya.

Hari ini, BPR menahan dua ahli exco kerajaan negeri Perak bersama empat lelaki lain kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat Ipoh.

Mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.

Menurut BPR, tiga daripada suspek termasuk seorang daripada ahli exco itu ditangkap sejurus selepas mereka disyaki menerima suapan lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan itu.

"Biarlah proses undang-undang berjalan," katanya, sambil menambah beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu untuk mendedahkan pembohongan dan penyelewengan kes itu.

Selain itu, Mohammad Nizar berkata Pakatan Rakyat juga akan menubuhkan panel peguam untuk membantu pembelaan.

Mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar itu berlangsung selama satu setengah jam.

Comments