APA TUJUAN POLIS TEMPATKAN UTK DAN KOMANDO DI PMTG PAUH ~ Ref Malaysiakini

Saya mempersoalkan tindakan Polis yang menempatkan semakin ramai anggotanya bertugas di Permatang Pauh. Tidak cukup dengan anggota Polis biasa dan FRU kini Unit Tindakan Khas dan Komando pula diarahkan bertugas di sana. Berapa banyak duit rakyat hangus hanya Allah sahaja yang tahu.

Jelas sekali seolah-olah akan ada rusuhan dan amukan besar-besaran berlaku di Permatang Pauh sedangkan kita semuanya terutama penyokong pembangkang amat inginkan keamanan.

Apakah strategi menempatkan seramai mungkin anggota Polis ini adalah sebagai ulangan kepada 'kejayaan' Umno menakut-nakutkan pengundi seperti yang dilakukan pada kempen pilihanraya kecil Bukit Payong pada penghujung tahun 90-an dahulu.

Saya masih ingat dalam kempen tersebut, Polis berkumpul dengan begitu ramai di semua pusat-pusat pembuangan undi sehingga menakutkan pengundi untuk keluar mengundi. Mereka berbaris di sepanjang jalan berhampiran tempat pembuangan undi sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Apakah Polis ingin menjadi kuda tunggangan Umno/BN sekali lagi dengan membantu BN secara halus bagi mengurangkan majoriti Anwar atau mengalahkan Anwar.

Saya sangat kesal dengan perkembangan ini kerana Pilihanraya bukan medan untuk bergaduh satau berkelahi. Malangnya Umno/BN sengaja melakukan provokasi sehingga berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Dalam kenyataan kepada media hari ini Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, Polis akan menggunakan khidmat Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69 untuk mengawal keselamatan di Permatang Pauh berikutan pelbagai ancaman yang mungkin dihadapi apabila kawasan itu mula dibanjiri orang luar.

Menurutnya, langkah berkenaan diambil bagi menunjukkan polis memandang serius aspek keselamatan menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Gambar di atas hiasan semata-mata.

Comments