MUTU KOMUTER & LRT : PERDANA MENTERI KECEWA, TAKKAN BARU SEKARANG TAHU? ~ Ref Malaysiakini

Media melaporkan bahawa Perdana menteri tidak berpuas hati dengan perkhidmatan keretapi komuter dan LRT selepas menaiki pengangkutan awam itu dari Serdang ke Masjid Jamek hari ini.

Imam Hadhari menyaksikan sendiri masalah kesesakan terutama pada waktu puncak serta berbual-bual dengan penumpang bagi mendapatkan maklumat balas mengenai perkhidmatan itu.

Apa yang saya kesalkan perkhidmatan Komuter dan LRT ini bukan baru dijalankan, malah ianya sudah bertahun-tahun diperkenalkan di Kuala Lumpur. Takkan baru sekarang Perdana Menteri sedar akan kelemahannya. Sebelum ini Perdana Menteri tidak sedar ke?

Rakyat sudah lama menanggung kesengsaraan atas kelemahan sistem pengangkutan awam walaupun Imam Hadhari berbuih-buih mulut berjanji untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya dengan duit subsidi minyak yang ditarik.

Sudahlah rakyat disiksa dengan kenaikan harga minyak dan barangan, rakyat juga disengsarakan dengan sistem pengangkutan awam yang begitu teruk mutunya.

Kepada Perdana Menteri saya mengharapkan beliau rajin-rajinlah turun padang bagi menyelami masalah dan penderitaan rakyat. Jangan terlampau percaya dengan laporan orang bawahan sahaja kerana biasanya laporan kuncu-kuncu beliau semuanya baik tanpa ada masalah. Beliau kena sedar bahawa di keliling kelalang beliau itu ramai pembodek dan yes man. Rakyat yang mangsanya.

Comments