PMTG PAUH : 'SANTA CLAUS' MULA AGIHKAN HADIAH ~ Ref Malaysiakini

Walaupun Hari Krismas masih jauh lagi, namun penduduk dan pengundi Permatang Pauh beruntung kerana ramai 'instant' 'Santa Claus' berkampung di sana untuk memberikan hadiah kepada mereka. Ada juga 'Santa Klaus' yang sekali sekala datang untuk berkempen, namun jumlah hadiah yang diberikan bukan 'sikit-sikit' mencecah jutaan ringgit.

Adalah dijangkakan lebih banyak lagi hadiah akan disampaikan oleh 'Santa Klaus' jadian ini yang akan berkeliaran di merata-rata tempat di Permatang Pauh. Kalau kebiasaannya 'Santa Klaus' memakai baju merah, 'Santa Klaus' jadian di Permatang Pauh kebiasaannya memakai baju biru pekat atau warna-warna lain. Tetapi biasanya mereka memakai lambang dacing yang telah senget.

Berikut berapa hadiah yang telah diberikan oleh Santa Klaus kepada rakyat di Permatang Pauh :-

1) Peruntukan RM200,000 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sungai Lembu.
2) Peruntukan RM1 juta untuk 5 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Parlimen Permatang Pauh.
3) RM50,000 untuk Sekolah Tamil di Butterworth.
4) RM1,000 diberikan kepada sebuah keluarga yang kematian anak akibat lemas di Tanah Liat.

Selepas ini lebih banyak lagi hadiah menanti Penduduk Permatang Pauh kerana poket 'Santa Klaus' masih penuh mencari mangsa.

Comments