.

.

11 April 2014

WANITA LOMPAT KELUAR KERETA ELAK DICULIK

KOTA
KINABALU: Seorang kerani wanita berusia 22 tahun menempuh detik cemas apabila diculik dua lelaki yang melarikan kenderaannya di Plaza Juta Likas, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun  yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan, dekat sini, bagaimanapun terselamat apabila berjaya melarikan diri dengan melompat keluar  daripada kenderaan di satu lokasi, berhampiran Alam Mesra, di sini.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa meletakkan kereta jenis Perodua  Myvi miliknya di parkir Plaza Juta, Likas untuk pergi ke pejabatnya di kawasan berkenan.
Bagaimanapun ketika keluar daripada kenderaannya, dia telah  dihampiri dua lelaki tidak dikenali yang bertindak menolak masuknya ke tempat duduk belakang, sebelum melarikan kereta bersama mangsa.
Suspek kemudian memandu kereta terbabit ke arah Alam Mesra sebelum  berlaku pergelutan di antara mangsa dan suspek, namun akhirnya mangsa  bertindak berani dengan melompat keluar daripada kenderaan itu.
Mangsa yang tercedera akibat tercampak di atas jalan raya kemudian  meminta pertolongan orang awam lalu membuat laporan polis.
Difahamkan juga, mangsa mengalami kerugian lebih RM60,000 akibat  kejadian itu selepas kereta, beg tangan dan beberapa dokumen penting  dilarikan suspek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner  Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata  siasatan masih dijalankan.
“Siasatan awal mendapati mangsa telah bertindak menolak mangsa  sebelum melarikan kenderaan itu bersama mangsa,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan kejadian itu ada kaitan  dengan insiden curi kenderaan membabitkan seorang mangsa kanak-kanak  di Likas, Isnin lalu.
“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan dihospital susulan kecederaan yang dialaminya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa  berhati-hati sekirannya berada di kawasan gelap dan sunyi.
“Kalau boleh, cuba elakkan daripada meletakkan kenderaan di kawasan  gelap dan sunyi, lebih-lebih lagi ketika berseorangan,” katanya sambil  menambah kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -WB

~ Sumber borneoinsider 

'RUMAH' PANDA 20 JUTA, RUMAH RAKYAT TUNGGANG LANGGANG


10 April 2014

SEMUA AHLI PARLIMEN PR KELUAR DEWAN


Semua Ahli Parlimen PR keluar dewan sebagai bantahan dengan tindakan Speaker yang menghalau keluar 2 Ahli Parlimen PR iaitu Gombak dan Sepang. 


Jelas tindakan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak memberi peluang untuk Ahli-Ahli Parlimen PR menyebabkan persepsi kepada Speaker Dewan Rakyat menjadi tidak baik. 

Sebelum keluar dari Dewan Ahli Parlimen Puchong sempat berkata kepada Speaker Shortly before leaving the House, Bukit Gelugor MP Karpal Singh sternly told the speaker, “Don’t play play with the constitution.”

~ Gambar Azmin ketika keluar Dewan

AHLI PARLIMEN SEPANG PULA DIARAHKAN KELUAR DEWAN

Sehubungan dengan bantahan terhadap tindakan menghalau Ahli Parlimen Gombak sebelum ini, Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin pula diperintah keluar Dewan. Ini menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan Ahli-ahli Dewan dari Pakatan Rakyat.

AHLI PARLIMEN GOMBAK DIHALAU KELUAR DARI PARLIMEN

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia menghalau keluar Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali yang didakwa engkar dengan arahannya supaya duduk dan tidak meneruskan 'argument' dengan keputusan Speaker yang menolak usul Azmin berkaitan kelakuan hakim-hakim.

Azmin yang terus tidak berpuashati dengan susunan nombor usulnya, akhirnya dihalau keluar oleh Speaker. Ini menimbulkan sikap tidak puashati di kalangan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat antaranya Puchong dan Sepang.


08 April 2014

PELIK KALAU DAP SOKONG HUDUD, HAIRAN UMNO TOLAK HUDUD

Kita sudah tentu berasa pelik jika DAP sebuah parti yang dipimpin oleh orang bukan Islam menyokong pelaksanaan hudud. Ini kerana mereka tidak faham akan kehebatan dan keadilan hudud. Sebab itu mereka terus menentang hudud. Pemimpin DAP yang paling lantang menentang hudud ialah Ahli Parlimen Bukit Gelugor iaitu Karpal Singh. 

Namun begitu apa yang lebih menghairan dan memelikkan kita ialah keengganan pimpinan Umno tertinggi Umno menyokong dan membantu ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan yang mana undang-undang hudud telah diluluskan di Kelantan sejak era 90-an lagi. Walaupun pemimpin-pemimpin bawahan khususnya dari Kelantan menyatakan kesediaan mereka menyokong pelaksanaan hudud namun pemimpin tertinggi terus berdiam diri malah mereka tidak menarik balik kenyataan-kenyataan mereka yang menghina hudud tidak berapa lama dulu. Malah mantan pimpinan yang mereka puja juga masih kekal menentang pelaksanaan hudud tidak pernah menarik balik semua kenyataan yang jelas menghina Islam, hudud dan Rasulullah S.A.W.

Hari ini media menyiarkan kenyataan Karpal yang menentang pelaksanaan hudud. Ianya sedikitpun tidak menghairankan kita semua. Namun kita hairan jika Ahli Parlimen Umno dan BN yang beragama Islam tidak menyokongnya jika nanti ia dibentangkan di Parlimen.

Media hari ini melaporkan bahawa Ahli Parlimen DAP tetap tidak akan menyokong usaha Kelantan memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberikan kebenaran kepada negeri itu melaksanakan hudud.

Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh berkata, mengikut perlembagaan, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini.

Menurutnya, Dun Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan kelulusan enakmen ini dari pada Parlimen.

"38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha Pas ini atas dasar kepentingan negara.

"Saya telah berkata berkali-kali, dan saya ulangi, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini," katanya.

Beliau berkata, dalam isu ini Umno dan Pas seperti mahu mencari sokongan politik bagi merealisasikan hudud.

"Ini berdasarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menegaskan Pas akan mendapatkan sokongan Parlimen untuk merealisasi hudud di negeri tersebut.

"Ia disokong oleh kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan Ahli Parlimen Umno dari Kelantan menyokong usaha itu," katanya.

Katanya, walaupun Parlimen meluluskan hudud sebagai undang-undang jenayah yang terpakai bagi seluruh negara atau negeri yang seperti Kelantan, ia bermakna Parlimen telah bertindak tanpa mengikut perlembagaan.

"Jika ini berlaku, bermakna undang-undang akan memusnahkan salah satu struktur asas perlembagaan," katanya.

HARI INI BERSELAWAT ESOK BENARKAN PROGRAM MAKSIAT UNDANG BALA ALLAH

Hari ini berselawat....esok buat maksiat....mereka ada kuasa utk mencegah tetapi sebaliknya mereka boleh tutup mata apa yang sedang berlaku...

Satu parti yang dinamakan Topleas Friday Beach Party akan diadakan pada 11 April 2014 di Pool Jalan Ampang. 

Apa makna 'Topless" ? Maknanya tiada pakaian di atas .......Memang mereka ini tidak serik-serik dengan bala Allah. Baru-baru 5 orang meninggal dunia dalam konsert. Itupun mereka tak insaf dan serik lagi terus membenarkan konsert maksiat seperti diadakan.

~ Sumber Yuzi Azhar

MEJAR ZAIDI SEDANG DIBICARAKAN

Mejar Zaidi sedang dibicarakan di Mahkamah Tentera Kem Sg Besj atas dakwaan kesalahan membuat laporan Polis tentang dakwat kekal semasa PRU 13 Mei tahun lalu.

Moga beliau kuat menghadapi dugaan ini.

JANGAN NERUNGUT JIKA IBU MOHON PERTOLONGAN


07 April 2014

YDP PAS BERA ALAMI STROK, PENDARAHAN OTAK DIBAWA KE HKL

Mohon doa sahabat-sahabat, Ustaz Sulaiman Mohamad AKA Aki Net ditimpa musibah kena strok di mana berlaku pendarahan di otak.

Sekarang berada di Hospital Kuala Lumpur. Sahabat-sahabat yang berkesempatan boleh menziarahi beliau.

Boleh PM,Wan isteri Aki Net di https://www.facebook.com/aki.net.10

Amin.

AHLI PARLIMEN KALABAKAN GESA MENTERI DALAM NEGERI LETAK JAWATAN DAN ESSCOM DIBUBARKAN

Ahli Parlimen Kalabakan, Ghapor Salleh menggesa Menteri Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri, Zahidi Hamidi atau Timbalannya meletakkan jawatan jika mereka tidak memohon maaf di atas keceluparan mereka menyatakan supaya semua resort di Timur Sabah ditutup.

"Jika Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tidak mahu mohon maaf di atas kenyataan mereka mahu tutup resort di Timur Sabah sila letak jawatan, rakyat Sabah marah dengan kenyataan ini" ujar Ahli Parlimen Kalabakan.

Di akhir ucapannya, Ghapor mencadangkan supaya ESSCOM dibubarkan kerana tiada kuasa untuk memberi arahan kepada Polis dan Askar.

"Ketua Pengarah ESSCOM tiada kuasa untuk memberi 'command' sebab dia orang biasa"tambah Ghapor.

MENTERI-MENTERI PENCEN GANGGU AZMIN ALI BERBAHAS

Menteri-menteri pencen seperti Ahli Parlimen Tg Karang, Noh Omar; Ahli Parlimen Tampin, Shaziman Abu Mansor dan Ahli Parlimen Rompin, Noh Omar bangun mengganggu Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali ketika membahaskan rang undang-undang GST.

Bekas menteri pencen ini takut mendengar pendedahan demi pendedahan di buat oleh Azmin berkaitan tender runding terus tanpa tender terbuka berkaitan penganugerahan kontrak dan ketirisan.

Di akhir perbahasan beliau, YB Azmin mengajak seluruh Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia menolak rang undang-undang cukai berkaitan GST ini.

KERAJAAN JANGAN TERUSKAN DASAR MALAS 'GST' UNTUK KAUT UNTUNG

Ahli Parlimen Klang, YB Charles Santiago menempelak kerajaan  dengan memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mengamalkan dasar malas iaitu GST untuk menambahkan pendapatan.

"Kerajaan jangan laksanakan dasar malas GST untuk mengaut keuntungan sebaliknya hapuskan ketirisan, amalkan produktiviti yang baik dan sebagainya" ujar beliau ketika membahaskan rang undang-undang GST.

Amat tepat sekali pandangan YB Santiago ini.

'QARUN' JADI PENASIHAT KERAJAAN LAKSANAKAN GST - TUAN GURU HAJI HADI

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) bimbang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan April tahun depan dibuat hasil nasihat “Qarun” luar negara seperti Tabung Kewangan Dunia (IMF) dan “penyangak kewangan”.

Membaca sepotong ayat al-Quran mengisahkan seorang raja menolak permintaan mengenakan cukai kepada kaum lemah, Abdul Hadi berkata, pelaksanaan GST perlu dibuat dengan melihat situasi kewangan negara.

"Adakah negara kira dalam keadaan darurat sehingga memerlukan cukai GST (dan) percukaian yang sentiasa dibuat semasa ke semasa. Saya berpendapat menggunakan kaedah percukaian ini adalah (daripada) nasihat yang salah.

"Saya bimbang, (pelaksanaan cukai) ini nasihat daripada 'Qarun' luar negara. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, penyangak-penyangak kewangan termasuk yang ada dalam negara kita.

"Penyangak-penyangak kewangan yang mahu menggalakkan diri mereka menunaikan amanah dan tanggungjawab, untuk menimpa dan mengenakan (cukai) kepada rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang GST di Dewan Rakyat tengah hari ini.

Abdul Hadi berkata pelaksanaan itu boleh dielak apabila negara menguruskan sumber dengan "petunjuk yang betul" bagi menambah pendapatan termasuk memanfaat hasil sedia ada tanpa mengadakan cukai baru kepada rakyat.

"Soalnya apakah pengurusan hasil bukan cukai seperti Petronas dan lain-lain diuruskan dengan betul bagi menambah hasil negara?

"Adakah cukai daripada mereka layak, sepatutnya membayar cukai selama ini diurus dengan baik, sehingga (boleh) membanyakkan hasil negara.

"Ini perlu dilihat dengan petunjuk dengan betul untuk mengendali sumber sedia ada," katanya.

Selain itu, Abdul Hadi turut menempelak sikap kerajaan yang berdepan 'penyakit' "membazir, boros, bocor, hutang, rasuah dan tak mampu berjimat" dengan projek dilaksanakan.

"Projek itu ada tapi membazir (seperti) projek mewah, saja nak tunjuk lagak, nak berhibur. Boros dapat dilihat projek ditambah peruntukan..." katanya sambil beberapa MP BN bangun untuk mencelah bagi mendapatkan penjelasan daripadanya.

'Kami bukan Melayu mudah lupa'

Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak mengendahkan permintaan mereka memandangkan "masa tidak cukup" dan meneruskan perbahasannya.

Speaker Datuk Ismail Mohamed Said turut menegur pemimpin BN yang kerap mencelah sedangkan peraturan mesyuarat 37(2) menetap supaya tidak perlu mencelah jika seseorang MP enggan memberi laluan.

Abdul Hadi kemudiannya berkata kerajaan seringkali menyediakan perbekalan tambahan yang didakwanya dibuat kerana boros dan kebocoran dan bukan disebabkan oleh perkara yang sebenarnya.

"Berlakunya bocor, hutang dengan riba yang semakin meningkat. Inilah yang merudumkan ekonomi kuasa besar dunia (seperti) Amerika dan Eropah.

"Kalau mampu berjimat, tak ada boros, membazir, hutang dan rasuah diatasi, maka tak perlu GST. GST diadakan untuk menampung defisit," katanya sambil sekali lagi beberapa MP BN termasuk Tasek Gelugor Shabudin Yahya bangun mencelah untuk mendapatkan penjelasan.Selepas beberapa kali Shabudin berdiri meminta celahan, akhirnya Abdul Hadi memberi laluan kepadanya yang menempelak kenyataan Abdul Hadi supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaannya.Dan pada masa yang sama, Shabudin menjelaskan negara memerlukan wang dengan melaksanakan projek pembangunan dan juga integriti yang dimantap dari masa semasa bagi mengelakkan penyakit yang dimaksudkan Abdul Hadi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga ADUN Rhu Rendang kemudiannya bangun dan membidas sinis dan berkata:

"Mungkin Yang Berhormat tidak baca Laporan Audit Negara. Mesti baca laporan audit negara tiap-tiap tahun, dan kami bukan Melayu yang mudah lupa.

"Kami tidak lupa peristiwa IMF, Perwaja, KWSP, Tabung Haji, kapal terbang Skyhawk, kapal selam dan lain-lain lagi. Tidak ada apa-apa tindakan.

"Tindakan terhadap ikan bilis kecil, yang besar tak ada tindakan, yang kena tindakan pegawai, orang politik tak ada tindakan, menteri tak kena tindakan... Mana integriti?" katanya sambil diiringi sorakan daripada MP Pakatan Rakyat.

06 April 2014

PEMUDA HINA ROSMAH DITAHAN POLIS

Pemilik akaun media sosial Facebook yang didakwa menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.

Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul berkenaan dengan penyebaran satu gambar cebisan daging mayat manusia yang dikatakan Datin Seri Rosmah Mansor.

Polis turut merampas beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan yang lain yang disyaki digunakan dalam penyebaran gambar tersebut.

Suspek kini ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.  

Pada Jumaat lalu, laman media sosial seperti Facebook dan Twitter telah dibanjiri dengan sebuah berita yang dimuatnaik dari sebuah akaun Facebook dari seorang lelaki 'Syed Saifullah' yang menyatakan bahawa "pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas di Lautan Sumatera Selatan"

Bersama-sama kenyataan tersebut turut disertakan sekali gambar ngeri berupa cebisan daging mayat yang hancur berkecai dan dikatakan ianya milik Datin Seri Rosmah Mansor.

Gambar sekadar hiasan.

Sumber : astro awani.com 

VAN KEBAJIKAN DUN BUKIT BARU DILANCARKAN

Van kebajikan Pusat Khidmat Dun Bukit Baru dilancarkan oleh Adun Bukit Baru YB Dr Khalid Kassim pagi ini sempena program hari terbuka PAS Cawangan Bukit Bayan di perkarangan Pejabat PAS Bukit Bayan.

Van ini akan digunakan sepenuhnya untuk program kebajikan rakyat DUN Bukit Baru.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter