.

.

03 August 2013

TAHUKAH ANDA BAJU RAYA APAKAH YANG PALING POPULAR TAHUN INI?

Inilah baju raya yang paling popular tahun ini iaitu baju kalis peluru.

Dam dum bunyi mercun...tetiba ternampak baju raya ekslusif dlm fb ni. Sama ada takut kena mercun atau kena tembak gamaknya..... 

Tapi kalau baju kali peluru raya ni...mesti gempak punya. Apapun Selamat Menyambut Hari Raya wat semua.

~ FB Md Zaini Zainal

02 August 2013

SERUAN HIMPUNAN BANTAH KUDETA

Seruan Himpunan Jutaan Membantah Rampasan Kuasa

Bila mana isu rakyat Mesir telah menjadi isu setiap para penyokong kebebasan yang mulia di seluruh dunia, di mana sebuah revolusi telah menentukan hak rakyat dalam bersuara bagi memilih siapa yang layak memimpin mereka dan membantah rampasan kuasa tentera.

Oleh itu pakatan rakyat yang menyokong legitimasi dan membantah rampasan kuasa dengan ini ingin menyeru kepada semua penyokong kebebasan dari seluruh negara di dunia untuk turun berhimpun secara aman dalam Himpunan jutaan 'Mesir menentang rampasan tentera' pada hari Jumaat bersamaan dengan 2 Ogos 2013 (24 Ramadhan 1434)

Demikian adalah perhimpunan bersama rakyat Mesir yang turut diseru untuk berhimpun secara besar-besaran di seluruh Medan-Medan dan jalan-jalan di Mesir di seluruh wilayah, bandar dan kampung.

Sepertimana yang telah diumumkan oleh pakatan rakyat, tempat permulaan di mana perarakan-perarakan ini akan mula bergerak selepas solat Jumaat di seluruh Kaherah :

1. Masjid Khazandar, Shubra
2. Masjid Suhaib Ar Rumi Asy Syarabiyah.
3. Masjid Taqwa, Shubral Khaimah.
4. Masjid Al Quds Al Marg, Jalan Ain Shams.
5. Masjid Nur Muhammadi, Medan Al Matariyyah.
6. Masjid Al Aziz Billah, Zaituun.
7. Masjid Salam, Hayy Al Asyir, Madinah Nasr.
8. Masjid Al Maskan, Alf Maskan.
9. Masjid Al Fath, Al Khalafawi.
10. Masjid Al Hamd, Tajammu' Khamis.
11. Masjid Al Hamdi, Madinah Salam.
12. Masjid Al Maraghi, Helwan.
13. Masjid Ar Rayyan, Maadi.
14. Masjid Abu Bakr Siddiq, Dar Salam.
15. Masjid Amru Ibn As, Misr Qadimah.
16. Masjid Ar Rahman Ar-rahim, Jalan Salah Salem.
17. Masjid Nur, Abbasiyah.
18. Masjid Al Fath, Ramsis.
19. Masjid Al Jalaa, Ramsis.
20. Masjid Tauhid, Ghamrah.
21. Masjid Abu Jamus, Misr Qadimah.
22. Masjid Istiqamah, Medan Giza.
23. Masjid Al Asad Ibn Furat, Dokki.
24. Masjid Khatim Mursalin, Al-umraniyah.
25. Masjid Khalid Ibn Walid, Jalan Al-kit kaat.
26. Masjid Mustafa mahmud, Mohandisin.
27. Masjid Al Maghfirah, Mohandisin.
28. Masjid As Sobah, Jalan Haram.
29. Masjid Misyari, Jalan Haram.
30. Masjid Ar Rahmah, Al-haram.
31. Masjid Tauhid Nasiah, Jalan Al-arish dan Faisal.
32. Masjid Al Hasriy, 6 Oktober.
33. Masjid Raghib, 6 Oktober.

Semoga Allah menjaga Mesir, rakyatnya dan tenteranya dari perbuatan segelintir dari rakyatnya. Sesungguhnya Allah maha besar, Hidup Mesir!

Pakatan rakyat menyokong legitimasi dan menentang rampasan kuasa.

Sumber : نبض رابعة

01 August 2013

MALAYSIA AMAN : PURATA 6 KES ROGOL SEHARI, NENEK PUN TAK SELAMAT

Statistik kes rogol 1997 - 2004 - Purata 4.7 kes rogol sehari.

Tetapi sekarang telah meningkat menjadi purata 6 kes rogol sehari.

Malaysia Aman, Selamat dan Makmur ..........

Beranikah tuan-tuan melepaskan anak dara, isteri dan nenek tuan berjalan seorang-orang sekarang.

UST ABDUL GHANI ABD RAHMAN MASUK ICU SEKARANG DI KPJ DAMANSARA


AJK PAS Pusat, YDP PAS Masjid Tanah dan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abd. Ghani Abd. Rahman dimasukkan ke ICU di Hospital KPJ, Damansara. 


Mohon doakan semoga di sembuhkan Allah S.W.T. 

Makluman diperolehi dari Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Melaka, Bahiki Ismail. 

Beliau sebelum ini telah uzur agak lama kerana mengidap sakit buah pinggang.

PETISYEN PRAYA : UST MISBAHUL JADI PEGUAM HEBAT


Petisyen Dun Rungkup ditolak oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hanya kerana masalah teknikal. Setelah hakim membuat keputusan menolak dgn kos, saya sebagai pemetisyen memberanikan diri bangun unt minta izin bercakap. Kelihatan pegawai polis yg bertugas cuba bangun unt menghalang tetapi Yg Arif Hakim membenarkan saya bercakap. Dlm kesempatan itu saya bercakap 2 perkara. 

Yg pertama mohon kos yg dikenakan ditolak @ dikurangkan kadarnya. Krn kos yg dikenakan membebankan dan mendera pemetisyen. Saya beritahu kos yg dikenakan kpd semua pemetisyen sebelum ini terlalu tinggi dan tidak munasabah. 

Yg kedua saya bercakap sepatutnya kes ini tidak perlu ditolak hanya krn masalah yg begitu teknikal. Penolakan petisyen ini menyekat hak pemetisyen unt membuktikan dakwaan yg terkandung dalam afidavit. Namun hakim tetap dgn keputusannya menolak dgn kos sebanyak 35 ribu. 30 ribu kpd spr dan 5 ribu kpd adun bn. 

Saya menghormati keputusan yg arif. Teknikalnya, ada satu salinan avidavit dlm bahasa Melayu dlm satu halaman ditanda tangani oleh loyer, tetapi satu salinan lg dlm bahasa Inggeris saya menanda tangani. Namun kesilapan penanda tangan itu telah diperbetulkan sebelum ini. 

Yg hairan loyer kita tidak pula dibenarkan bercakap unt berhujah di mahkamah. Saya sebagai pemetisyen dibenarkan pulak oleh mahkamah bercakap selepas hakim buat keputusan. Klu begitu apa guna ada loyer, lebih baik pemetisyen shj yg mewakili dirinya sendiri unt berhujjah lawan peguam spr dan umno. Tak faham betul sistem perbicaraan pilihanraya kali ini. 

Persoalan lain mengapa kos2 yg dikenakan berbeza antara satu sama lain. Rungkup rasanya yg paling rendah berbanding yg lain, ada yg dikenakan sehingga lebih 100 ribu. Isu penolakannya pula berkisar isu teknikal shj. Ini menunjukkan hakim boleh guna budi bicara bg menentukan kos. 

Adilkah sistem perundangan di negara ini?, rakyat berhak buat petisyen bila meragui perjalanan pilihanraya, tetapi petisyen ditolak mentah2 di peringkat awal lg tanpa membenarkan pihak loyer menjawab di mahkamah. Sepatutnya bantahan itu yg ditolak supaya bila perbicaraan dijalankan masing2 pihak akan buat penghujahaan. Pemetisyen ada hujahnaya, responden jg ada hujahnya. Selepas itu hakim buatlah keputusan. 

Saya percaya pemetisyen dan rakyat lebih puas hati dgn cara begini sekalipun keputusan tidak menyebelahinya. Sebelum ini rakyat sering dicabar oleh SPR, kerajaan dan umno untuk failkan petisyen dimahkamah klu tidak puas hati. Bila petisyen dibuat, peringkat awal lg ditolak dgn alasan2 yg begitu teknikal dan setengah tu tidak munasabah.

Jadi apa ertinya petisyen dibenarkan tetapi keputusannya seolah2 sudah ada. Ini menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap sistem perjalanan bicara pilihanraya di negara ini.


~ fb misbahul munir

GEMPAR : DAP AKAN DISIASAT KERANA BUKTIKAN MEREKA ANTI ISLAM?

DAP sekali lagi menggemparkan negara kita di mana parti itu bakal disiasat dan diambil tindakan kerana menunjukkan sikap anti Islam.

Banner di sebelah ini mengesahkan sikap mereka yang begitu anti Islam. Lihat bagaimana mereka menjalankan kerja-kerja anti Islam dalam banner itu.

Kita harap pihak berwajib tindakan sewajarnya. Perkasam sudah tentu marah dan akan membela Islam hingga titisan darah terakhir kerana anti anti Islam seperti diterjemahkan dalam banner ini.

Kerajaan yang dikatakan cenderung kepada komunis di Pulau Pinang menunjukkan sikap anti Islam apabila memberikan sumbangan kepada guru KAFA, Sekolah Agama Rakyat dan para Huffaz dan Pusat Tahfiz di negeri itu.

31 July 2013

ULAMA' AZHAR TERUS BANTAH KUDETA


[Kenyataan Kedua dari Gerakan Azhariyun Bersama Bantahan Rampasan Kuasa Tentera]

Selepas dinding-dinding universiti kita telah diselaputi dengan darah-darah para pembebas negara selepas dilepaskan tembakan ke atas mereka oleh penembak tepat dari Kementerian Dalam Negeri yang telah menghalakan peluru hidup ke muka dan dada para penunjuk perasaan Rabiatul Adawiyah dan jatuh berguguranlah para syuhada' yang tidak berdosa dalam pembunuhan kemanusiaan dalam bilangan yang tidak terjangkau dek akal.

Telah menjadi wajib ke atas kita untuk memenangkan saudara-saudara kita dan mempertahankan pelajar-pelajar dan universiti kita yang telah didakwa dengan pelbagai tohmahan, universiti kita yang memegang simbolik agama di mata dunia.

Dengan ini kami telah mengisytiharkan bahawa kami adalah Gerakan Azhariyun menentang rampasan kuasa dengan sepenuh kesetiaan kami :

1. Perarakan aman yang akan bertolak dari Madinat Jam'iyyah lil Banat (asrama pelajar perempuan) dan dari Tajammu' bermula pukul satu setengah tengah hari menuju ke Medan Rabiatul Adawiyah.

2. Perhimpunan aman ini akan bermula pada Zohor hari Rabu (31 Julai) dalam kawasan universiti di Universiti Al Azhar. Perhimpunan ini akan berlansung sehingga si pengkhianat Menteri Pertahanan dan para penembak tepatnya dibicarakan (kami tidak akan bertolak ansur dengan hukuman qisas)

3. Andai kata perbicaraan tetap tidak dilakukan sebagaimana permintaan kami, maka kami (Azhariyun) akan cetuskan pemberontakan besar-besaran menentang Syeikhul Azhar. Kami juga akan melangsungkan himpunan tandatangan untuk memecat dan menggugurkan mereka dari jawatan ini.

4. Kami ingin nyatakan bahawa gerakan kami ini bertambah ribuan dari hari ke hari, malah dari jam ke jam, maka berjaga-jagalah dari kemarahan Azhariyyun.

Allahlah tempat kami meminta pertolongan, Azhariyyun bersama bantahan rampasan kuasa.

Sumber : نبض رابعة

CATATAN PERJALANAN SANG MANUSIA

Ini cerita di zaman sekolah menengahku. Aku tinggal agak jauh dari bandar. Sekolahku jaraknya kira-kira 25 km dari rumahku. Hendak tinggal di asrama emak dan abah tidak benarkan.

'Nanti awak jadi jahat ikut perangai budak-budak di asrama tu, duduk di rumah lagi baik, kami boleh tengok-tengokkan" kata emak padaku bila ditanya tentang penginapan di asrama.

Mahu tidak mahu terpaksalah aku berulang-alik dari sekolah ke asrama.

Pagi-pagi pukul 5.00 pagi mesti kena bangun untuk pastikan bas pertama yang sampai ke 'bus stop' aku sebelum pukul 6.00 pagi (ini waktu dulu bukan waktu Mahathir). Dengan mata pejam, air liur basi terpaksalah aku menapak dalam kegelapan untuk ke Sungai mandi dan membersihkan diri.

'Fuuuuh, sejuk gila air sungai awal-awal pagi, macamana hendak mandi.'

'Namun ku gagahi juga kesejukan pagi itu dengan menerjunkan diriku ke dalam sungai selepas menanggalkan pakaian (sensor niiiih) .......mana ada orang nampak pukul 5 pagi, kata hatiku memujuk"

5 minit dah siap mandi........jarak 'jamban' (istilah kampung ku untuk tempat atau pengkalan untuk mandi) dengan rumahku lebih kurang 200 meter.

Solat subuh pakai baju dan bersiap tak sampai 10 minit dah siap .....express rakyat. Siap pakai baju emak dah siap sarapan biasanya Nescafe Susu dan biskut tawar. Itupun amat menyelerakan ...nafsu budak remajalah katakan.

Habis sarapan, dengan pantas aku ambil kunci dan terus 'melompat' atas kudaku Honda C70, CF 6680 ......banyak jasanya pada aku kudaku ini. Selepas 10 minit sudah sampai di Bus Stop. Silap haribulan bas terlepas. Biasanya ada tiga empat orang teman-teman yang sama-sama menunggu bas menghala ke sekolahku. Classmate ku Tengku S, SS kelas sebelah dan lain-lain sudah tercegat.............to be continued ....

GEMPAR : PAS BAKAL HANCUR, KEPIMPINAN PAS BERPECAH

Ramai yang bertanya kepada saya, benarkah PAS sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius? Ada kelompok kepimpinan, kem-kem tertentu, diresapi fahaman Islam Liberal, menganut ajaran Syiah dan lain-lain.

Saya mula-mula berjinak dengan PAS sejak tahun 1985 dan secara rasmi sebagai ahli tahun 1986. Bermula sebagai ahli biasa yang menampal poster, pasang bendera, kutip derma masa ceramah, kawal lalu lintas dan berbagai tugasan yang diamanahkan.

Dari ahli biasa, meniti hirarki kepimpinan sampai pada waktu ini. Bergaul dengan macam-macam jenis manusia melalui program pentarbiahan dan dalaman parti; hingga percampuran dengan masyarakat di luar. Latar belakang ahli tentulah berbeza. Ada yang dulunya Umno, Arqam, Tabligh, Jim, Abim; hingga kepada penganut Tareqat dan sesetengahnya beramal dengan ajaran yang 'pelik2' yg diwarisi sebelum menyertai PAS.

Alhamdulillah, manhaj tarbiah yang dipelolehi dari PAS atas nama Usrah, Tamrin, Kuliah dan lain-lain dapat menyelaraskan Wehdatul Fiqh dan Wehdatul Amal. Namun, bezanya dalam PAS ialah keterbukaannya. Samada pandangan pimpinan sendiri yang dinukilkan dalam buku-buku yang diterbitkan seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hj Hadi, Ustaz Fadhil Nor, Hj Yusof Rawa, Ustaz Yahya Osman(sekadar beberapa nama) atau Tokoh Gerakan Islam luar, antaranya Yusof Qardhawi, Syed Qutb, Hassan Al Banna dan lain-lain, ianya dijadikan sandaran ilmu dalam memperkasa jamaah, khususnya dasar perjuangan PAS yang bersesuaian dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Dalam tempoh lebih 25 tahun bersama PAS, hari ini, PAS telah berada di landasan yg terbaik. Berkembang dengan pesat, organisasi yang kian tersusun dan tentunya jumlah ahli dan penyokong jutaan orang. Saya melaluinya sendiri dari zaman Yusof Rawa hingga ke era Tuan Guru Hj Hadi. Ahli PAS bebas memberi pandangan dan mengkritik parti menerusi program dalaman, penulisan; hatta mesyuarat parti hingga ke Muktamar Tahunan PAS. Seperti mana Ketua Cawangan PAS ditegur dalam mesyuarat hinggalah Presiden PAS pun turut di kritik dan di nasihati oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat bulanannya.

Selain AJK PAS Pusat, saya juga adalah anggota Lajnah Politik PAS Pusat dan berbagai jawatankuasa lain yg ditubuhkan oleh parti. Ahli mesyuarat bebas memberikan pandangan berasaskan tahap intelektual masing-masing. Kehebatan berhujah adalah keistimewaan yang dimiliki termasuk Pesuruhjaya negeri-negeri. Presiden PAS selaku Pengerusi mesyuarat sangat terbuka dalam meraikan semua pandangan. Presiden parti tidak menggunakan kuasa Veto, akur keputusan bersama.

Saya merasai detik-detik mendebarkan dan perbincangan hangat tatkala memutuskan kedudukan Dato' Dr Hassan Ali, polemik Kedah dan isu kerusi Kota Damansara. Namun, bagaimana panas sekalipun, ia tetap dalam ruang lingkup akhlak. Maknanya, tidak benar jika ada yang menuduh sesetengah AJK PAS Pusat bersikap kurang ajar dan tidak wala' dengan keputusan mesyuarat.

Justeru, tidak benar, hanya perbezaan pandangan dan kritikan tajam dianggap berpecah. Pimpinan PAS kekal mantap dan dihormati kawan dan lawan.

Kebiasaannya mesyuarat di mulakan dengan Usrah, selesai mesyuarat yang kadangkala berlarutan lebih 5 jam; kami makan bersama dalam suasana santai dan penuh mesra. Apa yang didebatkan dalam mesyuarat meskipun berbeza pandangannya, menjadi keputusan yang mesti dipatuhi. Semangat syura yang hidup dan segar, menjadi rahsia kekuatan PAS hari ini.

Adalah tidak benar apabila muncul tuduhan-tuduhan dalam facebook, blog dan lain-lain, kononnya ada berbagai puak dalam parti, dakwaan tidak wala'; apatah lagi tuduhan sesetengah pimpinan menganut fahaman tertentu. Jika ada aduan resmi, maka Jawatankuasa Disiplin parti akan bicarakan dengan adil. Sejarah pemecatan ahli dalam parti akibat kesalahan tertentu, ada dan jelas.

Saya tegaskan hal ini sebagai gambaran bahwa PAS sebenarnya sebuah parti dan gerakan Islam yg mantap dan tentulah cabaran mengurus organisasinya bukan mudah. Hakikatnya, PAS lebih mantap dari Umno dan parti-parti lain di Malaysia. Meskipun bersikap terbuka, tapi ada peraturannya; kritiklah, tapi jangan membuat fitnah.

Melabel pemimpin tertentu hingga timbul cakap-cakap untuk jatuhkan seseorang yang tidak sehaluan adalah hak perwakilan. Tetapi adalah menyedihkan, jika tokoh yang mahu ditolak itu adalah berdasarkan emosi semata-mata, marah atau sebab-sebab yang tidak jelas. Lebih malang, kalau tokoh itu sangat menyerlah, ada wibawa; tapi tidak disenangi kerana kelantangannya.

Kita sayang pada PAS, jamaah yang kita sertai berasaskan kefahaman dan kesedaran kita. Daripada menuding jari dan melabel orang, lebih baik tumpukan pada tanggungjawab yang diamanahkan. Tidak cukup masa kita untuk cari salah orang lain, kalau kita sibuk dengan urusan perjuangan!.

Kita sebuah parti yang kukuh, ada kerajaan yang kita kuasai pemerintahannya, harapan rakyat terlalu tinggi kepada kita. Jangan buang masa berbalah. Hentikan prasangka sesama kita. Eratkan perpaduan, perkukuh saf disemua peringkat. Mainkan peranan masing-masing, samada berjawatan atau tidak.

Samada kita Ulama', Profesional, aktivis atau siapa pun kita; semuanya bertanggungjawab kepada parti. Betulkan nawaitu, ikhlaskan diri kerana Allah.

Teringat kata-kata Tuan Guru Hj Abd Hadi, 'maqam taqwa ahli biasa yang kerjanya hanya penampal poster boleh jadi lebih tinggi dari Presiden parti'.

SELAMAT BERPUASA
Mazlan Aliman via FB

APA ISTIMEWANYA KAMU WAHAI MUHAMMAD MURSI?


[Nukilan wartawan Mahmud Murad untuk Dr Muhammad Mursi]

Saudaraku yang mulia, Dr Muhammad Mursi,

Aku ingin mengetahui apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga Dia memikul bagi pihakmu kerisauanmu dalam memerintah dan Dia biarkan engkau mengisi masamu sepenuhnya di dalam bulanNya yang agung ini untuk beribadah kepadaNya, dan Dia menyibukkan kami semua tentang dirimu?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga semua doa dari seluruh umat Islam di semua tempat ditujukan untuk kemenanganmu, menyokongmu dan mengharap kejayaanmu?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau menjadi harapan golongan yang tertindas di Suria, di Palestin dan lain-lain supaya mereka dapat hidup mulia dan merdeka?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga seluruh kekuatan jahat bersatu untuk menyingkirkanmu dari memerintah Mesir?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau bertukar kedudukan daripada hanya seorang professor di sebuah universiti di Zaqaziq engkau menjadi lambang manusia yang merdeka di semua tempat di dunia ini.

Ya Allah, sekiranya Engkau Mengetahui bahawa hambaMu Muhammad Mursi tidak menggunakan apa yang Engkau anugerahkan kepadanya; kerajaan dan kekuasaan untuk menzalimi seseorang dari kalangan makhlukMu, maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan dia dikuasai oleh sesiapapun. Janganlah Engkau serahkan dia kepada seseorangpun. Peliharalah dia dengan pemeliharaanMu. Lindungilah dia dengan perlindunganMu. Takdirkanlah untuknya dan untuk kami kebaikan di mana jua kami berada.

A.A.E

Terjemahan oleh : Ustazah Maznah Daud
Sumber : ألتراس نهضاوى (قوتنا فى وحدتنا)
#mesirkini

ANDAI AKU BERTEMU LAILATUL QADAR, APA DOA YANG AKU PERLU MINTA


Doa Lailatulqadar Rasulullah

Ibu orang yang beriman, Aisyah RA pernah bertanya kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam jika beliau menemui Lailatulqadar maka apakah doa yang perlu diminta kepada Allah?

Maka baginda pun mengajarkan doa berikut ;

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

'Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka mengampunkan (hamba-Mu), maka ampunilah aku.' [riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah]

Pertama hadith ini mengajar kita antara kaifiyat berdoa ialah memohon kepada Allah dengan menyebut sifat-sifatNya seperti al-afwu (Maha pengampun atau pemaaf).

Kedua, baginda mengajar kita bahawa tiada doa atau permintaan yang lebih besar dan utama selain daripada memohon agar diampunkan dosa oleh Allah SWT. 

Jangan terlalu sibuk meminta doa yang pelbagai sehingga lupa meminta supaya diampunkan dosa oleh Allah SWT. 

Nampak kecil tetapi keampunan itulah pembuka segala rahmat dan nikmat dan penutup segala sengsara dan derita!

Sumber : Ustaz Emran Ahmad

JANGAN 'MENARI' IKUT RENTAK MUSUH

Sehari dua ini kita dihidangkan isu syiah yang hebat diperkatakan di media. Sebagaimana yang kita tahu, pendirian PAS jelas iaitu istiqamah berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ianya tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja. PAS menolak fahaman Syiah dan tidak pernah berusaha untuk mengembangkan ajaran tersebut.

Kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa ahli-ahli PAS yang menganut ajaran dan fahama Syiah secara automatik terbatal keahliannya adalah satu kenyataan yang tegas dan tepat. Maka sewajarnya isu ini tidak dikaitkan dengan PAS walaupun tuduhan dan firnah dilemparkan kepada PAS.

Rakyat dihidangkan dengan juadah lazat berkaitan 'Syiah' sehingga masalah hidup rakyat seperti kenaikan harga ayam dan barangan lain serta juga isu pembunuhan bersenjata tenggalam.

Bila kita berkata demikian, tidak bermakna kita tidak menyokong hasrat untuk mengawal, menasihat dan menghukum golongan syiah yang dilakukan oleh pihak berwajib sekarang. Kita sokong penuh .........jangan ada pula manusia yang mengeksploitasi kenyataan ini dengan menyatakan PAS itu SYiah, SYiah itu PAS sebab itu PAS berdiam diri. PAS tidak pernah berdiam diri terus menerus memastikan aqidah yang bercelaru dan caca marba tidak meresap masuk dalam parti dan masyarakat.

PAS sama sekali tidak bersetuju dengan Syiah sama seperti PAS menentang ajaran Ayah Pin; ajaran sesat, Fahaman sekular, assobiyyah dan seumpamanya.

Pada masa yang sama ahli-ahli PAS diminta bersabar dengan segala provokasi, fitnah dan pembohongan pihak lawan. Kita serahkan kepada kebijaksanaan Majlis Syura dan Pimpinan PAS Pusat untuk menanganinya. Jangan kita bergaduh dan berpolemik dengan orang yang sama-sama seperti kita yang bukan ahli dalam bidang yang kita polemikkan. Kita halakan 'senjata' dan tenaga kepada musuh sebenar iaitu Syaitan dan rakan-rakannya.

~ catatan perjalanan 22 Ramadhan 1434

TAZKIRAH BUAT DIRI SENDIRI MANFAATKAN MASA YANG BERBAKI


  • Ramadhan sudah masuk hari ke 22, tinggal 8 hari sahaja termasuk hari ini sebelum bulan nikmat ini meninggalkan kita
  • Tiada siapa yang yakin boleh bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan
  • Muhasabah - sudah berapa juzuk Al Qur'an telah kita baca; berapa rakaat solat tahajjud, solat sunat taubat, solat hajat dan sebagainya telah kita dirikan
  • Berapa banyak infaq/sedekah yang telah kita keluarkan.
  • Masa belum terlabat, mari sama-sama kita kejar 'Lailatul Qadar' dan kita tingkatkan amalan pada 10 hari terakhir Ramadhan
  • Insaf dan kenangkan nasib saudara-saudara kita yang fakir miskin; bagaimana nasih para amilin jemaah yang mewaqafkan diri mereka untuk perjuangan; abadi dan renungkan perjuangan sahabat-sahabat kita di Mesir, Palestin, Syira dan lain-lain. Mereka bermandikan peluru bukan hanya gas pemedih mata
  • Ayuh kita perhebatkan pecutan amal ibadat kita di akhir Ramadhan, semoga mendapat rahmat, makfirah dan selamat dari api neraka bila kita selesai menjalani tarbiah di madrasah Ramadhan ini.
AMIN, Bt Berendam 8.29 am 22 Ramadhan 1434.

30 July 2013

PAS DISERANG DENGAN ISU SYIAH MANAKALA DAP DISERANG ROS

Media pencacai melaporkan bahawa Pemimpin kanan PAS dikenal pasti sebagai tokoh politik yang dikaitkan dengan gerakan Syiah di negara ini seperti didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), kelmarin.


Beberapa sumber agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan pembabitan pemimpin terbabit dalam gerakan Syiah di negara ini, namun masih berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Semalam Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan bahawa terdapat pemimpin PAS yang terlibat dengan syiah. 

Jadi siapa yang kita hendak percaya media pencacai yang sentiasa mencacai atau Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.


Hari ini pula media melaporkan keputusan Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu membatalkan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), sebelum perkara itu dimaklumkan secara bertulis.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi semalam di majlis berbuka puasa di Putrajaya, tetapi surat daripada ROS kepada DAP hanya dimuktamadkan pagi ini, ketika anggota CEC Anthony Loke pergi ke ibu pejabat suruhanjaya itu untuk pengesahan.

"Kami masih belum menerima notis secara hitam putih. Kami hanya tahu melalui surat khabar," kata Loke.

Loke enggan mengulas lanjut selain mendedahkan bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat CEC malam esok.

Menurut in Chew Daily, Zahid memberitahu pemberita bahawa ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung masalah semasa pemilihan jawatankuasa itu sebelum ini.

Zahid juga dilapor menegaskan, beliau tidak campur tangan dengan keputusan ROS.

Apakah ada perancangan dan strategi pihak tertentu untuk menyerang PAS dan DAP atau inikah cara mereka mengalihkan perhatian rakyat kepada isu-isu besar yang melanda rakyat sekarang seperti isu kenaikan harga barang, isu keselamatan dan sebagainya.

TAHUKAH ANDA MALAYSIA NEGARA PALING AMAN DI DUNIA!!!

Malaysia adalah negara paling aman di dunia sebab itu ramai di antara anggota keselamatan bukannya menjaga keselamatan tetapi terlibat menjadi SB politik mengawasi aktiviti parti-parti selain BN.

Ini bukti Malaysia negara paling aman. (SILA KLIK ATAS LINK DI BAWAH).

https://www.facebook.com/photo.php?v=541566905909514

http://m.malaysiakini.com/news/237041

http://www.astroawani.com/news/show/rambo-bentong-didakwa-bunuh-dan-rogol-remaja-17-tahun-19382

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-di-balakong-polis-tahan-penyelenggara-lif-1.145043

http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-arah-polis-berkas-segera-penjenayah-tembak-mati-tkp-kastam-1.154465

http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-buru-4-lelaki-kes-tetak-ikat-dan-tembak-1.164871

http://www.sinarharian.com.my/5-kes-tembak-di-kelantan-ada-kaitan-kumpulan-dadah-1.179943

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tahan-seorang-lelaki-bantu-siasatan-kes-tembak-1.47708

http://www.sinarharian.com.my/kes-tembak-3-beradik-antara-7-ditahan-1.37550

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kes-tembak-polis-minta-lelaki-serah-diri-1.161801

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-polis-cari-lelaki-bantu-siasatan-1.157629

http://www.sinarharian.com.my/semasa/suspek-kes-tembak-guru-mungkin-pembunuh-upahan-1.180660

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130719/je_01/Lagi-guru-mati-ditembak-dalam-kereta

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-polis-minta-saksi-bantu-siasatan-1.179635

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/suspek-tembak-peraih-ikan-dikenal-pasti-1.163979

http://www.sinarharian.com.my/lelaki-cedera-parah-kena-tembak-1.164731

http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/nekad-tembak-tuan-rumah-1.128099

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/budak-kena-tembak-1.182017

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/ditembak-selepas-balik-bersenam-1.186586

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pemandu-lori-peladang-ditembak-1.187327

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/lelaki-ditemui-maut-kesan-tembakan-di-kepala-1.184775

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/peniaga-kosmetik-cedera-ditembak-1.184705

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/guru-cedera-ditembak-1.179043

http://www.sinarharian.com.my/mangsa-tembak-meninggal-1.177033

http://www.sinarharian.com.my/tembak-perut-selepas-samun-1.171458

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/mangsa-tembak-stabil-1.161107

http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/nyaris-maut-kena-tembak-1.156004

http://www.sinarharian.com.my/semasa/peniaga-runcit-anak-ditembak-1.182938

http://www.sinarharian.com.my/semasa/lelaki-maut-ditembak-selepas-beli-tosai-1.179277

http://www.sinarharian.com.my/semasa/pemandu-bas-sekolah-cedera-ditembak-1.167030

http://www.idhamlim.com/2013/07/lelaki-ditembak-mati-dua-parah-ketika.html

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengerusi-mywatch-ditembak-berada-dalam-keadaan-kritikal
~ ha

MESIR : WARTAWAN TOLAK RAMPASAN KUASA TENTERA


Lebih dari 300 orang wartawan Mesir yang bekerja di syarikat media barat menyertai perhimpunan aman di Rabiatul Adawiyah serta mengisytiharkan penolakan mereka kepada rampasan kuasa oleh pihak tentera.


Mereka tidak akan berganjak dari perhimpunan itu sehinggalah legitimasi dikembalikan.

Petugas Media antarabangsa berbuka puasa bersama pimpinan Ikhwan Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan di tapak demonstrasi Rabiatul Adawiah selepas melawat sekitar kawasan tersebut. 

Medan Rabiatul Adawiah sentiasa dibuka untuk dilawati umum,media antarabangsa dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia. Pemeriksaan keselamatan dilakukan sebelum memasuki tapak medan dimana pengenalan diri dan barang-barang peribadi akan diperiksa, sebelum mereka bebas untuk bergerak di kawasan demonstrasi aman tersebut serta bergaul dan menemubual sesiapa sahaja. 

Sumber : fjp.com

MESIR : AS SYAHID KHALID AHMAD DIBAKAR DENGAN KEJAM

Muhammad Khalid Ahmad, 26 tahun dari Port Fuad (dalam Port Said) seorang yang sangat baik dan miskin.


Muhammad mati terbakar hari ini semalam dalam serangan samseng ke atas salah satu kedai Islamik di Port Said, nama kedai tersebut adalah kedai Minyak Wangi Mukmin.

Muhammad telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang baru mencapai usia 45 hari.

mereka membakarnya kerana beliau berjambang.
-------------------------------------------
Kenyataan lain :
Muhammad dibunuh di sebuah kedai minyak wangi, mereka mengunci beliau di dalam kedai dan membakar kedai itu bersama beliau di dalamnya.

Samseng telah membunuhnya dalam gerakan serangan ke atas orang berjambang di Port Said yang dilancarkan semalam.

Sumber : أنا إنسان - أنا مصري/نبض رابعة

29 July 2013

ISTERI GANAS : SEPAK SUAMI ....DUNIA TERBALIK

Seorang isteri bukan saja sanggup memaki hamun suami dan ibu mentua, tetapi juga bertindak kejam dengan meminta bantuan ahli keluarganya membelasah kedua-duanya di rumah mereka di Batu Caves.

Tindakan terlampau wanita berusia 30-an itu berpunca apabila suami berusia 34 tahun itu menegur sikapnya yang gemar memburukkan-burukkan ibu lelaki itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

Akibat dibelasah keluarga isteri, lelaki itu dan ibunya cedera pada muka, belakang badan dan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Si suami turut diugut bapa mentua yang mahu mematahkan kakinya.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi Jumaat itu, wanita itu bertengkar dengan suaminya apabila dia dimarahi kerana menghina ibu lelaki terbabit.

“Wanita terbabit yang tidak berpuas hati dimarahi suaminya naik angin lalu menyerang lelaki terbabit dengan menendang dan menumbuk mukanya.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut menghubungi ahli keluarga untuk mengadu masalah dan meminta mereka datang ke rumah membantunya,” katanya.

Sebaik tiba di rumah berkenaan, kata sumber itu, ahli keluarga wanita terbabit yang dalam keadaan marah menyerang lelaki itu, malah abang iparnya yang hilang kawalan diri memukul mangsa hingga terjatuh.

Menurutnya, mujur bapa saudara si isteri meleraikan pergaduhan terbabit sebelum meminta mangsa menjelaskan perkara sebenar.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dengan isterinya. Malah, dia juga menghubungi ibunya supaya datang ke rumah bagi membantu menyelesaikan masalah terbabit,” katanya.


Bagaimanapun, sebaik ibu lelaki itu sampai, dia dimaki hamun dan diserang menantunya itu.


“Pertengkaran berlaku beberapa minit sebelum kedua-dua beranak itu keluar rumah untuk membuat laporan polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.


~ hm

SAGUHATI RM500 TAK CUKUP UNTUK SAMBUT RAYA

PAS Perak melihat pemberian khas sempena Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam dari gred 1 hingga 59 tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat, khususnya kepada penjawat awam yang berpangkat rendah, jelas YB Ustaz Abu Bakar Hussian Pesuruhjaya PAS Perak yang juga ADUN Titi Serong.

PAS Perak memuji langkah kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam Selangor yang dilihat lebih mesra rakyat. Inilah contoh negeri berkebajikan yang mengutamakan keperluan rakyat.

Beliau juga menyatakan, sebagai parti politik yang sentiasa mendasari isu rakyat,PAS Perak melihat kenaikan drastik barang-barang keperluan asas sangat membimbangkan. 

Peningkatan harga ayam dan barang-barang keperluan asas yang lain dilihat melampau dan tidak munasabah.Jelaslah kerajaan BN tidak mampu menunaikan Akujanji PRU 13 mereka bagi mengawal harga barang.

Menurut beliau lagi, hal ni bukan menjadi mainan mulut masyarakat marhaen sahaja, malahan golongan peniaga kecil juga merasai kesan kenaikan ini.Rata-rata peniaga memberitahu keuntungan Ramadhan tahun ini tidak selumayan dulu kerana sebahagian mereka terpaksa menyerap kesan kenaikan harga barang disamping cuba mengekalkan harga lama. 

Dimanakah peranan Kementerian Perdagangan dalam Negeri,Koperasi dan Penggunaan?
Justeru beliau menyatakan PAS Perak mendesak kerajaan BN supaya melunaskan janji-janji untuk mengawal harga keperluan asas. 

Apa yang penting ialah langkah-langkah mengurangkan beban kenaikan harga barang perlu dilaksanakan segera bagi menghadapi hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

~ email.

MESIR : 2 PEMIMPIN PARTI WASAT DITAHAN


Pasukan keselamatan Mesir telah menahan dua pimpinan Parti Wasat setelah beberapa waran tangkap dikeluarkan, wartawan Al Jazeera Rawya Rageh melaporkan.

Abul Ela Madi dan Essam Sultan telah didakwa menghasut dan menghina badan kehakiman.

Parti Wasat adalah pecahan kepada Ikhwan Muslimin yang telah ditubuhkan pada pertengahan 1990-an.

Sumber : AlJazeera

MESIR : KENYATAAN TERBARU SHEIKH QARADHAWI


Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Syeikh Yusuf Qaradhawi mengeluarkan kenyataan terbaru seperti yang disiarkan oleh "Al-Jazeera". Antara mesej yang disampaikan oleh beliau ialah:

1) Kepada Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As Sisi yang telah mengkhianat janji sewaktu mengangkat sumpah dilantik ke jawatan itu di hadapan Mursi. Sisi juga beranggapan dia telah diberikan "kuasa" melalui himpunan menyokongnya Jumaat lepas manakala selain mereka itu bukan rakyat Mesir bahkan bukan manusia. Lalu dia menggunakan "kuasa" itu melakukan apa yang disukainya.

2) Menyifatkan Adly Mansour, Presiden sementara sebagai "boneka"dan kerajaan kudeta pimpinan Perdana Menteri Hazim Beblawi sebagai "kerajaan zalim".

3) Sisi sebelum menyingkir Mursi telah memansuhkan perlembagaan 2012 yang telah diperakui dengan sokongan 64 peratus pengundi. Lalu Sisi membentuk jawatankuasa penggubal yang terdiri hanya 10 orang dalam tempoh hanya sebulan bagi mengadakan pindaan perlembagaan. Sedangkan pada zaman Mursi tahun lalu, perlembagaan dibincang oleh 100 orang panel yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh 6 bulan sebelum diadakan pungutan suara pada Disember 2012.

4) Syeikh Qaradhawi turut menyalahkan Sisi terlibat dengan pembunuhan terbesar yang membunuh lebih 140 orang dan mencederakan 4,500 yang lain.

5) Beliau mempersoalkan pendirian Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib. "Siapa yang kata bunuh manusia merupakan perkara yang lebih ringan dari dua dhoror (kaedah akhaffu dhororoin)? Pernahkah anda meminta pandangan Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar? Wajib bagi anda untuk undur kembali dari pendirian ini. Saya menyeru saudara-saudara saya dalam Haiah Kibar Ulamak dan Lembaga Penyelidikan Islam untuk sama-sama mengkaji pendirian Syeikh Al-Azhar."

6) Mengecam media Mesir yang tidak profesional dalam melaporkan kejadian yang berlaku. "Saya menyeru Majlis Keselamatan PBB, mereka yang mulia di seluruh dunia untuk datang sendiri ke Mesir bagi melihat apa yang sebenarnya berlaku."

7) Menyeru kepada rakyat Mesir untuk turun ke Raba'ah dan "jangan takut". Turun bersama-sama keluarga dengan penuh berani. "Termasuk warga Kristian juga datang bersama-sama orang Islam lain ke Raba'ah."


Terjemahan Oleh : Ustaz Abdul Malik
Sumber : AlJazeera

ADUN DAP EDAR BUBUR LAMBUK KE KAMPUNG MELAYU

Siapa kata DAP anti Melayu dan anti Islam? Jawapannya sudah tentu Umno/BN lah yang menuduh demikian. 

Bila kerajaan Pulau Pinang tambah peruntukan hal ehwal Islam, beri elaun pada para huffaz dan lain-lain program Islamik, mereka tuduh itu semua adalah wayang untuk ambil hati orang Islam. 

Namun bila MCA hina Islam, kata macam-macam pada hukum hudud dan hukum Islam, mereka diam seribu bahasa, duduk senyap-senyap tidak berani memberi komen. 

Kini sudah menjadi tradisi Wakil Rakyat DAP bersama-sama berbuka puasa bersama rakyat di masjid dan surau; memberi sumbangan kepada fakir miskin sempena Ramadhan dan Aidil Fitri; mengedarkan bubur lambuk dan sebagainya..........mereka juga menuduh itu semua wayang. Tidak apa wayang pun wayanglah, yang pasti rakyat mendapat manfaat sedikit sebanyak dari kebajikan yang dilakukan oleh Wakil Rakyat PR dari DAP, PKR dan PAS.

Semalam Ahli Dewan Undangan DAP Kawasan Ayer Keroh, Saudara Khoo Poay Tiong telah mengedarkan bubur lambuk di sekitar Kg Tun Razak, Bukit Katil dalam kawasannya. Lebih dari 100 kampit bubur lambuk diedarkan bersama-sama dengan pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil iaitu Naib Yang Dipertua Kawasan, Haji Yassim Musa dan Ketua Penerangan, Cikgu Yusof Wahab. Lebih manis lagi bubur lambuk itu dimasak oleh pimpinan dan ahli PAS Kg Sungai Putat diketuai sendiri oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Ali Sharif.

Sambutan rakyat terhadap program agihan bubur lambuk ini amat memberangsangkan. Selain bubur lambuk mereka juga diberi risalah berkaitan PR sebagai tatapan mereka sebelum berbuka puasa.

Khoo Poay Tiong dalam kenyataan ringkasnya semalam menyatakan program sebegini memang sudah menjadi rutin sejak beberapa tahun lalu.

'Kita sebagai rakyat Malaysia mesti memahami agama, adat dan budaya rakyat Malaysia. Kita mesti bersama-sama meraikan semua rakyat bagi memastikan hubungan kita terus mantapdan padu".

'Saya lihat mak cik-pak cik dan kawan-kawan kita menerima sumbangan yang kita beri dengan gembira dan ikhlas, tanpa ada rasa curiga dan syak wasangka"ujar Khoo.

Sementara itu Haji Yassim Musa berkata program ini amat baik untuk diteruskan bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PR sentiasa berusaha untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dengan rakyat. 

'Wakil Rakyat PR tidak kira bangsa dan agama pun sekalipun sentiasa prihatin dengan musim dan perayaan setiap kaum dan agama, mereka tidak mengira warna kulit dan agama rakyat, semua mereka mesti ditolong dan disantuni dengan baik dan hormat".

'PR tidak mengamalkan dasar perkauman sempit dan diskriminasi terhadap sesiapa juga, rakyat mesti dihindarkan dari politik perkauman dan balas dendam yang diamalkan oleh sesetengah pihak sejak dari dahulu" tegas beliau.

Menurutnya, program pengagihan bubur lambuk anjuran Adun DAP Ayer Keroh semalam mendapat sambutan yang baik dari penduduk Kg Tun Razak dan pengguna jalanraya di sekitar kampung tersebut.

'Menerimanya dengan senyum dan berbual ringkas dengan kami tanpa ada rasa kekok dan tidak selesa, jelas rakyat semakin selesa dan boleh bekerjasama dengan PR' tambah beliau.

Sejak dipilih menjadi Adun Ayer Keroh penggal lalu, Khoo Poay Tiong seringkali mengadakan program yang sesuai dengan musim perayaan dan bulan puasa. Beliau sering menghadiri program berbuka puasa anjuran PAS dan rakyat malah beliau juga pernah menghadiri program usrah Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil suatu ketika dahulu. 
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter