ANDAI AKU BERTEMU LAILATUL QADAR, APA DOA YANG AKU PERLU MINTA


Doa Lailatulqadar Rasulullah

Ibu orang yang beriman, Aisyah RA pernah bertanya kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam jika beliau menemui Lailatulqadar maka apakah doa yang perlu diminta kepada Allah?

Maka baginda pun mengajarkan doa berikut ;

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

'Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka mengampunkan (hamba-Mu), maka ampunilah aku.' [riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah]

Pertama hadith ini mengajar kita antara kaifiyat berdoa ialah memohon kepada Allah dengan menyebut sifat-sifatNya seperti al-afwu (Maha pengampun atau pemaaf).

Kedua, baginda mengajar kita bahawa tiada doa atau permintaan yang lebih besar dan utama selain daripada memohon agar diampunkan dosa oleh Allah SWT. 

Jangan terlalu sibuk meminta doa yang pelbagai sehingga lupa meminta supaya diampunkan dosa oleh Allah SWT. 

Nampak kecil tetapi keampunan itulah pembuka segala rahmat dan nikmat dan penutup segala sengsara dan derita!

Sumber : Ustaz Emran Ahmad

Comments