PAS DISERANG DENGAN ISU SYIAH MANAKALA DAP DISERANG ROS

Media pencacai melaporkan bahawa Pemimpin kanan PAS dikenal pasti sebagai tokoh politik yang dikaitkan dengan gerakan Syiah di negara ini seperti didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), kelmarin.


Beberapa sumber agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan pembabitan pemimpin terbabit dalam gerakan Syiah di negara ini, namun masih berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Semalam Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan bahawa terdapat pemimpin PAS yang terlibat dengan syiah. 

Jadi siapa yang kita hendak percaya media pencacai yang sentiasa mencacai atau Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.


Hari ini pula media melaporkan keputusan Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu membatalkan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), sebelum perkara itu dimaklumkan secara bertulis.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi semalam di majlis berbuka puasa di Putrajaya, tetapi surat daripada ROS kepada DAP hanya dimuktamadkan pagi ini, ketika anggota CEC Anthony Loke pergi ke ibu pejabat suruhanjaya itu untuk pengesahan.

"Kami masih belum menerima notis secara hitam putih. Kami hanya tahu melalui surat khabar," kata Loke.

Loke enggan mengulas lanjut selain mendedahkan bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat CEC malam esok.

Menurut in Chew Daily, Zahid memberitahu pemberita bahawa ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung masalah semasa pemilihan jawatankuasa itu sebelum ini.

Zahid juga dilapor menegaskan, beliau tidak campur tangan dengan keputusan ROS.

Apakah ada perancangan dan strategi pihak tertentu untuk menyerang PAS dan DAP atau inikah cara mereka mengalihkan perhatian rakyat kepada isu-isu besar yang melanda rakyat sekarang seperti isu kenaikan harga barang, isu keselamatan dan sebagainya.

Comments