Siapa kata DAP anti Melayu dan anti Islam? Jawapannya sudah tentu Umno/BN lah yang menuduh demikian.
Bila kerajaan Pulau Pinang tambah peruntukan hal ehwal Islam, beri elaun pada para huffaz dan lain-lain program Islamik, mereka tuduh itu semua adalah wayang untuk ambil hati orang Islam.
Namun bila MCA hina Islam, kata macam-macam pada hukum hudud dan hukum Islam, mereka diam seribu bahasa, duduk senyap-senyap tidak berani memberi komen.
Kini sudah menjadi tradisi Wakil Rakyat DAP bersama-sama berbuka puasa bersama rakyat di masjid dan surau; memberi sumbangan kepada fakir miskin sempena Ramadhan dan Aidil Fitri; mengedarkan bubur lambuk dan sebagainya..........mereka juga menuduh itu semua wayang. Tidak apa wayang pun wayanglah, yang pasti rakyat mendapat manfaat sedikit sebanyak dari kebajikan yang dilakukan oleh Wakil Rakyat PR dari DAP, PKR dan PAS.
Semalam Ahli Dewan Undangan DAP Kawasan Ayer Keroh, Saudara Khoo Poay Tiong telah mengedarkan bubur lambuk di sekitar Kg Tun Razak, Bukit Katil dalam kawasannya. Lebih dari 100 kampit bubur lambuk diedarkan bersama-sama dengan pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil iaitu Naib Yang Dipertua Kawasan, Haji Yassim Musa dan Ketua Penerangan, Cikgu Yusof Wahab. Lebih manis lagi bubur lambuk itu dimasak oleh pimpinan dan ahli PAS Kg Sungai Putat diketuai sendiri oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Ali Sharif.
Sambutan rakyat terhadap program agihan bubur lambuk ini amat memberangsangkan. Selain bubur lambuk mereka juga diberi risalah berkaitan PR sebagai tatapan mereka sebelum berbuka puasa.
Khoo Poay Tiong dalam kenyataan ringkasnya semalam menyatakan program sebegini memang sudah menjadi rutin sejak beberapa tahun lalu.
'Kita sebagai rakyat Malaysia mesti memahami agama, adat dan budaya rakyat Malaysia. Kita mesti bersama-sama meraikan semua rakyat bagi memastikan hubungan kita terus mantapdan padu".
'Saya lihat mak cik-pak cik dan kawan-kawan kita menerima sumbangan yang kita beri dengan gembira dan ikhlas, tanpa ada rasa curiga dan syak wasangka"ujar Khoo.
Sementara itu Haji Yassim Musa berkata program ini amat baik untuk diteruskan bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PR sentiasa berusaha untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dengan rakyat.
'Wakil Rakyat PR tidak kira bangsa dan agama pun sekalipun sentiasa prihatin dengan musim dan perayaan setiap kaum dan agama, mereka tidak mengira warna kulit dan agama rakyat, semua mereka mesti ditolong dan disantuni dengan baik dan hormat".
'PR tidak mengamalkan dasar perkauman sempit dan diskriminasi terhadap sesiapa juga, rakyat mesti dihindarkan dari politik perkauman dan balas dendam yang diamalkan oleh sesetengah pihak sejak dari dahulu" tegas beliau.
Menurutnya, program pengagihan bubur lambuk anjuran Adun DAP Ayer Keroh semalam mendapat sambutan yang baik dari penduduk Kg Tun Razak dan pengguna jalanraya di sekitar kampung tersebut.
'Menerimanya dengan senyum dan berbual ringkas dengan kami tanpa ada rasa kekok dan tidak selesa, jelas rakyat semakin selesa dan boleh bekerjasama dengan PR' tambah beliau.
Sejak dipilih menjadi Adun Ayer Keroh penggal lalu, Khoo Poay Tiong seringkali mengadakan program yang sesuai dengan musim perayaan dan bulan puasa. Beliau sering menghadiri program berbuka puasa anjuran PAS dan rakyat malah beliau juga pernah menghadiri program usrah Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil suatu ketika dahulu.
Comments