SAGUHATI RM500 TAK CUKUP UNTUK SAMBUT RAYA

PAS Perak melihat pemberian khas sempena Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam dari gred 1 hingga 59 tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat, khususnya kepada penjawat awam yang berpangkat rendah, jelas YB Ustaz Abu Bakar Hussian Pesuruhjaya PAS Perak yang juga ADUN Titi Serong.

PAS Perak memuji langkah kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam Selangor yang dilihat lebih mesra rakyat. Inilah contoh negeri berkebajikan yang mengutamakan keperluan rakyat.

Beliau juga menyatakan, sebagai parti politik yang sentiasa mendasari isu rakyat,PAS Perak melihat kenaikan drastik barang-barang keperluan asas sangat membimbangkan. 

Peningkatan harga ayam dan barang-barang keperluan asas yang lain dilihat melampau dan tidak munasabah.Jelaslah kerajaan BN tidak mampu menunaikan Akujanji PRU 13 mereka bagi mengawal harga barang.

Menurut beliau lagi, hal ni bukan menjadi mainan mulut masyarakat marhaen sahaja, malahan golongan peniaga kecil juga merasai kesan kenaikan ini.Rata-rata peniaga memberitahu keuntungan Ramadhan tahun ini tidak selumayan dulu kerana sebahagian mereka terpaksa menyerap kesan kenaikan harga barang disamping cuba mengekalkan harga lama. 

Dimanakah peranan Kementerian Perdagangan dalam Negeri,Koperasi dan Penggunaan?
Justeru beliau menyatakan PAS Perak mendesak kerajaan BN supaya melunaskan janji-janji untuk mengawal harga keperluan asas. 

Apa yang penting ialah langkah-langkah mengurangkan beban kenaikan harga barang perlu dilaksanakan segera bagi menghadapi hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

~ email.

Comments