Selepas dinding-dinding universiti kita telah diselaputi dengan darah-darah para pembebas negara selepas dilepaskan tembakan ke atas mereka oleh penembak tepat dari Kementerian Dalam Negeri yang telah menghalakan peluru hidup ke muka dan dada para penunjuk perasaan Rabiatul Adawiyah dan jatuh berguguranlah para syuhada' yang tidak berdosa dalam pembunuhan kemanusiaan dalam bilangan yang tidak terjangkau dek akal.
Telah menjadi wajib ke atas kita untuk memenangkan saudara-saudara kita dan mempertahankan pelajar-pelajar dan universiti kita yang telah didakwa dengan pelbagai tohmahan, universiti kita yang memegang simbolik agama di mata dunia.
Dengan ini kami telah mengisytiharkan bahawa kami adalah Gerakan Azhariyun menentang rampasan kuasa dengan sepenuh kesetiaan kami :
1. Perarakan aman yang akan bertolak dari Madinat Jam'iyyah lil Banat (asrama pelajar perempuan) dan dari Tajammu' bermula pukul satu setengah tengah hari menuju ke Medan Rabiatul Adawiyah.
2. Perhimpunan aman ini akan bermula pada Zohor hari Rabu (31 Julai) dalam kawasan universiti di Universiti Al Azhar. Perhimpunan ini akan berlansung sehingga si pengkhianat Menteri Pertahanan dan para penembak tepatnya dibicarakan (kami tidak akan bertolak ansur dengan hukuman qisas)
3. Andai kata perbicaraan tetap tidak dilakukan sebagaimana permintaan kami, maka kami (Azhariyun) akan cetuskan pemberontakan besar-besaran menentang Syeikhul Azhar. Kami juga akan melangsungkan himpunan tandatangan untuk memecat dan menggugurkan mereka dari jawatan ini.
4. Kami ingin nyatakan bahawa gerakan kami ini bertambah ribuan dari hari ke hari, malah dari jam ke jam, maka berjaga-jagalah dari kemarahan Azhariyyun.
Allahlah tempat kami meminta pertolongan, Azhariyyun bersama bantahan rampasan kuasa.
Sumber : نبض رابعة
Comments