JANGAN 'MENARI' IKUT RENTAK MUSUH

Sehari dua ini kita dihidangkan isu syiah yang hebat diperkatakan di media. Sebagaimana yang kita tahu, pendirian PAS jelas iaitu istiqamah berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ianya tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja. PAS menolak fahaman Syiah dan tidak pernah berusaha untuk mengembangkan ajaran tersebut.

Kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa ahli-ahli PAS yang menganut ajaran dan fahama Syiah secara automatik terbatal keahliannya adalah satu kenyataan yang tegas dan tepat. Maka sewajarnya isu ini tidak dikaitkan dengan PAS walaupun tuduhan dan firnah dilemparkan kepada PAS.

Rakyat dihidangkan dengan juadah lazat berkaitan 'Syiah' sehingga masalah hidup rakyat seperti kenaikan harga ayam dan barangan lain serta juga isu pembunuhan bersenjata tenggalam.

Bila kita berkata demikian, tidak bermakna kita tidak menyokong hasrat untuk mengawal, menasihat dan menghukum golongan syiah yang dilakukan oleh pihak berwajib sekarang. Kita sokong penuh .........jangan ada pula manusia yang mengeksploitasi kenyataan ini dengan menyatakan PAS itu SYiah, SYiah itu PAS sebab itu PAS berdiam diri. PAS tidak pernah berdiam diri terus menerus memastikan aqidah yang bercelaru dan caca marba tidak meresap masuk dalam parti dan masyarakat.

PAS sama sekali tidak bersetuju dengan Syiah sama seperti PAS menentang ajaran Ayah Pin; ajaran sesat, Fahaman sekular, assobiyyah dan seumpamanya.

Pada masa yang sama ahli-ahli PAS diminta bersabar dengan segala provokasi, fitnah dan pembohongan pihak lawan. Kita serahkan kepada kebijaksanaan Majlis Syura dan Pimpinan PAS Pusat untuk menanganinya. Jangan kita bergaduh dan berpolemik dengan orang yang sama-sama seperti kita yang bukan ahli dalam bidang yang kita polemikkan. Kita halakan 'senjata' dan tenaga kepada musuh sebenar iaitu Syaitan dan rakan-rakannya.

~ catatan perjalanan 22 Ramadhan 1434

Comments