CATATAN PERJALANAN SANG MANUSIA

Ini cerita di zaman sekolah menengahku. Aku tinggal agak jauh dari bandar. Sekolahku jaraknya kira-kira 25 km dari rumahku. Hendak tinggal di asrama emak dan abah tidak benarkan.

'Nanti awak jadi jahat ikut perangai budak-budak di asrama tu, duduk di rumah lagi baik, kami boleh tengok-tengokkan" kata emak padaku bila ditanya tentang penginapan di asrama.

Mahu tidak mahu terpaksalah aku berulang-alik dari sekolah ke asrama.

Pagi-pagi pukul 5.00 pagi mesti kena bangun untuk pastikan bas pertama yang sampai ke 'bus stop' aku sebelum pukul 6.00 pagi (ini waktu dulu bukan waktu Mahathir). Dengan mata pejam, air liur basi terpaksalah aku menapak dalam kegelapan untuk ke Sungai mandi dan membersihkan diri.

'Fuuuuh, sejuk gila air sungai awal-awal pagi, macamana hendak mandi.'

'Namun ku gagahi juga kesejukan pagi itu dengan menerjunkan diriku ke dalam sungai selepas menanggalkan pakaian (sensor niiiih) .......mana ada orang nampak pukul 5 pagi, kata hatiku memujuk"

5 minit dah siap mandi........jarak 'jamban' (istilah kampung ku untuk tempat atau pengkalan untuk mandi) dengan rumahku lebih kurang 200 meter.

Solat subuh pakai baju dan bersiap tak sampai 10 minit dah siap .....express rakyat. Siap pakai baju emak dah siap sarapan biasanya Nescafe Susu dan biskut tawar. Itupun amat menyelerakan ...nafsu budak remajalah katakan.

Habis sarapan, dengan pantas aku ambil kunci dan terus 'melompat' atas kudaku Honda C70, CF 6680 ......banyak jasanya pada aku kudaku ini. Selepas 10 minit sudah sampai di Bus Stop. Silap haribulan bas terlepas. Biasanya ada tiga empat orang teman-teman yang sama-sama menunggu bas menghala ke sekolahku. Classmate ku Tengku S, SS kelas sebelah dan lain-lain sudah tercegat.............to be continued ....

Comments