.

.

06 February 2009

KERAJAAN PEROMPAK DAN KATAK ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN yang baru ditubuhkan sebentar tadi adalah kerajaan haram yang dianggotai oleh 'perompak' dan 'katak'.
Mengapa saya berkata demikian? Ini kerana pimpinan kerajaan tersebut adalah perompak yang menyamun kuasa dari kerajaan PR yang dipilih oleh kerajaan. Perompak yang sememangnya ganas menculik ADUN-ADUN katak memaksa, mengugut dan menawarkan habuan dunia yang banyak untuk memastikan kerajaan haram ini ditubuhkan.
'Katak-katak' yang melompat dari PR menyertai BN merupakan katak yang tidak bermaruah, tiada otak dan memang hina. Katak-katak ini lupa bahawa mereka naik menjadi wakil rakyat adalah kerana dipilih oleh rakyat.
Kita tidak pelik dan hairan kalau mereka melompat dari parti rasuah, jahat dan zalim dan menyertai PR. Namun yang kita sedih mereka melompat dari parti yang baik, telus dan menganjurkan kebajikan dengan menyertai parti BN yang jijik lagi menjijikkan.

Saya yakin Allah akan memberikan pembalasan setimpal di atas kejahatan perompak dan katak-katak ini. Jika didunia mereka bergembira dan riang ria Insya Allah balasan yang lain menanti mereka pada Yaumil Mahsyar dan alam barzah.

POLIS LAWAN RAKYAT, BN TEPUK TANGAN ~ Ref Malaysiakini

Rakyat dipaksa bertempur dengan Polis hanya kerana angkara BN yang membuat onar di bumi Perak. Bila rakyat mengajak BN berlawan dalam Pilihanraya, BN menggunakan SPR dan lain-lain institusi untuk melarikan diri dari menentang rakyat dalam Pilihanraya.
BN memang pengecut dan penakut. Mereka tidak berani menentang rakyat kerana BN tahu jika pilihanraya berlaku sudah pasti mereka akan dimalukan sekali lagi sebagaimana malunya pada PRU 12, PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu.
Akhirnya mereka menggunakan Polis untuk 'berlawan' dengan rakyat.
Undang-undang dan etika mereka ketepikan semata-mata kerana nafsu, harta dan pangkat di dunia.
Hari ini 9 rakyat negeri Perak ditangkap Polis kerana terlibat dalam demonstrasi membantah kezaliman dan kebiadapan BN ini. Ketika rakyat 'berlawan' dengan Polis disekitar Masjid Ubudiah, pemimpin BN tersenyum gembira kerana Menteri Besar Kerajaan Haram telah mengangkat sumpah pada kira-kira jam 4.00 petang tadi.

KERAJAAN HARAM ANGKAT SUMPAH ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan haram negeri Perak yang ditubuhkan sebentar tadi merupakan kerajaan haram kerana ia dibentuk dalam keadaan tidak ketentuan kerana Speaker DUN Perak mendakwa bahawa 3 kerusi ADUN yang menyokong BN adalah kosong. Jadi bilangan kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 kerusi masing-masing.
Notis kekosongan ketiga-tiga DUN tersebut telah dihantar kepada SPR. Kerusi-kerusi tersebut ialah Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
BN menubuhkan kerajaan haram tersebut apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai 'menteri besar' Perak, memimpin kerajaan BN pada jam 4.00 petang tadi.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kerajaan tersebut adalah kerajaan haram kerana merampas hak kerajaan PR yang masih berkuasa.

RAKYAT MENANGIS, MASJID DISEMBUR DENGAN GAS

Laporan Malaysiakini
kemaskini 3.36pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi. Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
kemaskini 3.33pm Pemimpin PAS mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.
kemaskini 3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak. Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.
kemaskini 3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.
kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid. Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu. Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.
kemaskini 3.11pm Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.
kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

HATI-HATI DENGAN PROVOKASI PIHAK TERTENTU ~ Ref Malaysiakini

Saya mencadangkan pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokognya berhati-hati dengan provokasi pihak tertentu yang ingin mengeruhkan suasana di Perak. Dalam situasi sekarang saya bimbang ada golongan tertentu yang mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan menyamar sebagai penyokong PR dan membuat kacau-bilau di Perak.
Kita mempunyai pengalaman bahawa suasana tegang dan panas sebegini sering diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan imej PR di mata rakyat.

Apa yang berlaku di Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar sekarang mungkin dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk membolehkan pihak keselamatan bertindak dengan jauh.
Pihak pimpinan PR di sana mesti memastikan penyokong PR bertenang dan pada masa yang sama memberikan kepercayaan kepada pimpinan untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak.
Memang kita tidak dapat menafikan bahawa perbuatan BN merampas kuasa di Perak adalah zalim dan tidak bertamadun namun kita mesti menghadapinya dengan tenang. Saya bimbang suasana tegang sebegini tidak memberikan keuntungan yang banyak kepada kita sebaliknya memberikan 'political mileage' kepada BN yang sudah tentu akan mengeksploitasikan isu ini dengan sehebat-hebatnya.
Tindakan YAB Menteri Besar dan YB Speaker DUN Perak untuk menyaman Sultan dan memohon Sultan memperkenankan Sidang tergembar DUN merupakan suatu tindakan yang bijak tanpa menimbulkan huru-hara ketegangan di kalangan rakyat dan pasukan keselamatan.
BN sebenarnya memang gembira dan merancang supaya ketegangan sebegini berlaku dan akhirnya mereka mempunyai sebab untuk melakukan tindakan yang lebih dahsyat dari menghalau MB dan Exco dari Bangunan SUK.
Apa tindakannya................Tuan-puan sudah tentu boleh memikirkannya......

POLIS TEMBAK GAS, RAKYAT BERTAHAN

Laporan Malaysiakini :-
3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata. Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.
2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.kemaskini
2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.kemaskini
2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.kemaskini
2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan. Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.kemaskini
2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

TINDAKAN PR BUKAN DERHAKA, TETAPI BERLANDASKAN UNDANG-UNDANG ~ Ref Malaysiakini

Dua tindakan akan dikemukakan oleh PR :-
1) Menyaman Sultan Perak jika Kerajaan Baru BN ditubuhkan - belum diputuskan lagi.
2) Speaker DUN Perak, V Sivakumar memohon perkenan Sultan Perak untuk mengadakan Sidang tergempar DUN Perak.

Kedua-dua tindakan bukannya derhaka tetapi memohon pengadilan mahkamah terhadap ketidaktentuan kemelut politik di Perak.
Kalau hendak dikira siapa derhaka, Umno lah yang paling biadap dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu apabila meminda perlembagaan negara mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu awal tahun 90-an dahulu.

PENCURI MEROMPAK BARANG NIZAR DI PEJABATNYA ~ Ref Malaysiakini

Semua dokumen dan barangan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di'rompak' oleh pencuri professional pagi ini. Nizar mendapati pejabatnya kosong bila sampai ke situ pagi ini.

Siapa pencurinya ...........siapa lagi kalau bukan ...........

LAPORAN SAYA SILAP ~ Ref Malaysiakini

Saya mendapat sms dari Harakah bahawa Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan kesemua ADUN PR diterima menghadap Paduka Seri Sultan Perak pagi ini.
Namun berita itu sebenarnya silap. Harakah memohon maaf atas kesalahan tersebut. Sebenarnya MB berada di Bangunan SUK bukan di Istana.

PRU 13 : RAKYAT MUAK UNTUK MENGUNDI? ~ Ref Malaysiakini

Mungkinkah rakyat muak untuk mengundi terutama pengundi atas pagar. Ini kerana mereka mungkin takut tertipu dengan tindakan wakil-wakil rakyat yang menang tetapi selepas itu melompat parti.

Saya bimbang situasi ini akan menyebabkan mereka sudah tidak yakin lagi kepada calon-calon parti tertentu yang bertanding pada setiap kali pilihanraya.
Apa yang pasti rakyat dapat melihat bagaimana kuat dan jitunya pegangan dan akidah politik wakil-wakil rakyat PAS yang tidak seorang pun dapat dibeli dan diugut oleh BN. Dalam kes Kelantan pada PRU 11 umpamanya Barisan Alternatif Kelantan berjaya membentuk kerajaan negeri dengan hanya majoriti satu kerusi. Kerajaan ini berjaya dipertahankan walaupun hanya dengan satu majoriti.
Malangnya kerajaan negeri Perak yang mempunyai majoriti 3 kerusi gagal dipertahankan gara-gara pembelotan 3 ADUN yang semua orang sudah maklum.
Oleh itu PR mesti mengembalikan kepercayaan rakyat terutama pengundi atas pagar supaya memastikan calon-calon yang benar-benar layak dan berintegriti sahaja dibenarkan bertanding. Jangan kita berebut-rebut untuk bertanding tetapi selepas menang wakil-wakil rakyat kita dibeli oleh parti yang jahat dan tidak bertamadun ini.

AL FATIHAH : AJK PAS KAWASAN ALOR GAJAH MENINGGAL DUNIA

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Alor Gajah, Tuan Haji Abdul Talib meninggal dunia pagi ini di Hospital Serdang. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal.
Sepanjang hayatnya beliau adalah aktivis PAS yang banyak menghabis harta dan usianya untk perjuangan Islam. Beliau pernah diamanahkan sebagai Setiausaha PAS Kawasan Alor Gajah selama beberapa penggal sebelum melepaskan amanah tersebut atas faktor kesihatan.
Beliau telah lama mengidap penyakit buah pinggang dan masalah jantung.

Sama-samalah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada Allahyarham moga-moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Amin

PERAK AKAN ADA 2 MENTERI BESAR HARI INI ~ Ref Malaysiakini

Syabas rakyat Perak kerana akan mempunyai 2 Menteri Besar hari ini. Satu Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat selepas PR mendapat majoriti pada PRU 12 dan satu lagi Menteri Besar yang dilantik selepas BN mendapat majoriti kerana rasuah, ugut dan lain-lain cara yang tidak bermaruah.

Menteri Besar sekarang, YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan tegas menyatakan beliau tidak akan meletakkan jawatan selagi isu ini tidak diselesaikan melalui saluran perundangan.

Manakala satu pihak lagi mendakwa jika Nizar dan anggota Exconya tidak meletakkan jawatan dengan sendiri, maka jawatan-jawatan itu akan gugur secara automatik. Mana satu betul saya pun kurang arif.
Menteri Besar seorang lagi yang akan mengangkat sumpah pada jam 3.00 petang ini ialah Zambry Abdul Kadir, ADUN Pangkor yang terkenal dengan perangai keras dan degil pada Persidangan DUN Perak sebelum ini. BN memilih beliau dan diperkenankan oleh Sultan Perak semalam.

Saya berasa cukup sedih dengan situasi yang berlaku di negeri Perak kerana orang yang berkuasa tidak dapat memikirkan jalan terbaik untuk mengatasi kemelut ini.

Pada saya ada beberapa cara untuk mengatasi kemelut ini supaya ianya berakhir dengan baik. Badan yang berkuasa seperti Institusi Kesultanan dan SPR sepatutnya menggunakan budi bicara dan kearifan mereka berdasarkan undang-undang dan perlembagaan yang ada bagi mengatasi masalah ini.

Antara cara yang terbaik ialah :-

1) Membubarkan DUN berdasarkan kuasa Sultan atas nasihat Menteri Besar.

2) Menunggu keputusan Mahkamah terhadap kes yang difailkan oleh Speaker DUN Perak yang memberikan notis bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah kosong. Selepas kes ini diputuskan mahkamah barulah keputusan samada mengadakan Pilihanraya Kecil atau perlantikan Menteri Besar dari BN dilakukan. Mahkamah boleh bersidang secepat mungkin kerana ini adalah kes yang melibatkan kepentingan rakyat.

Malang sekali apabila pihak berkuasa membelakangkan mahkamah dan peruntukan undang-undang yang ada sehingga menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan wakil-wakil rakyat dan rakyat sendiri. Rakyat yang memilih PR sebagai parti yang mempunyai majoriti pada PRU 12 dahulu sudah pasti tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat semalam.

Apa akan terjadi jika selepas ada pula wakil rakyat dari BN melompat menyertai PR. Sudah tentu ianya menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan. Isu ini akan berterusan dan tidak habis.

05 February 2009

RAYUAN KEPADA RAKYAT PERAK ~ Ref Malaysiakini

Wahai sekelian rakyat Perak, kamu telah dizalimi. Kumpulan zalim dan jahat telah dipilih untuk memimpin kamu sedangkan kamu sudah menolak mereka pada PRU ke 12 dahulu.

Walaupun kamu dizalimi oleh manusia tetapi kamu ada Allah S.W.T yang sentiasa memakbulkan doa hambanya yang kena zalim.
Minta dan berdoalah kepadaNya kerana pintu-pintu langit sedang terbuka untuk menerima doa-doa kamu.

MENTERI BESAR BARU AKAN ANGKAT SUMPAH SEBENTAR LAGI ~ Ref Malaysiakini

Samada sah atau tidak tindakan Sultan dan BN ini, majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru akan diadakan hari ini juga. Majlis tersebut akan diadakan bila-bila masa.

Media melaporkan bahawa Najib Razak dan ADUN-ADUN BN sudah pun sampai ke Istana Kinta untuk majlis tersebut.

Siapa yang akan dipilih menjadi Menteri Besar baru belum diketahui.

Selepas ini Perak akan mempunyai 2 orang Menteri Besar.

Syabas rakyat Perak.

PEMIMPIN PAKATAN MAHU DUN DIBUBARKAN

Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata pemimpin PR menyokong sepenuhnya pendirian Menteri Besar yang enggan meletakkan jawatan tanpa pembubaran DUN dan Undi tidak percaya di Sidang Khas DUN.

Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkan Dato Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin PR mahu mengadap Sultan Perak untuk meyakinkan Baginda agar memperkenankan keputusan Menteri Besar untuk membubarkan DUN.

TERKINI : NIZAR TIDAK AKAN LETAK JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan selagi kedudukan 3 kerusi yang kosong sebagaimana notis dari Speaker DUN Perak tidak ditentukan oleh Mahkamah.

Beliau juga menyeru seluruh rakyat memberikan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang masih berkuasa sekarang.
Menurut beliau majoriti yang didakwa dipunyai oleh BN sekarang adalah tidak sah selagi Mahkamah belum memutuskan statusnya.

MB DAN AHLI-AHLI DIHALAU DARI PEJABAT ~ Ref Malaysiakini

Tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Rahman Hashim meminta Menteri Besar dan Ahli-ahli Exco Kerajaan negeri serta pegawai-pegawai mereka memulangkan kunci-kunci pejabat, kabinet-kabinet serta kunci kereta serta merta merupakan suatu tindakan biadap yang tidak menghormati kesemua ahli-ahli yang berhormat.
Mengapa begitu sekali kejamnya Setiausaha Kerajaan Negeri bertindak. Apakah Setiausaha Kerajaan Negeri tidak tahu bahawa Menteri Besar dan Ahli-ahli Exco masih belum meletakkan jawatan dan belum dilucutkan jawatan mereka.
Apakah Setiausaha Kerajaan Negeri merasakan BN akan terus berkuasa sehingga ke Hari Kiamat. Bagaimana kalau selepas PRU 13 PR berkuasa semula. Di mana Setiausaha Kerajaan Negeri hendak letakkan mukanya.???

PERUTUSAN MURSYIDUL AM PAS BERKENAAN ISU DI PERAK

RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.

TERKINI : DUN tidak dibubar, Nizar diminta letak jawatan

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri MohaMmad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
Tunggu llaporan persidangan akhbar Dato' Seri Mohammad Nizar di kediamannya jam 3.00 petang ini.

Laporan di atas saya petik dari Mstar.

TERKINI : NIZAR DIMINTA LETAK JAWATAN? ~ Ref Malaysiakini

Berita bahawa Nizar diminta supaya meletakkan jawatan adalah tidak rasmi. Rakyat diminta bertenang dan tidak percaya kepada khabar-khabar angin dan sms yang tidak bertaggungjawab ini.
Dalam lapora Bernama sebentar tadi, di laporkan bahawa Sultan meminta Nizar meletakkan jawatan bagi membolehkan peralihan kuasa secara licin dijalankan.

Diharapkan seluruh rakyat mendapatkan maklumat tepat yang keluar dari mulut Menteri Besar itu sendiri.

NIZAR KELUAR ISTANA DENGAN SENYUMAN ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin keluar dari Istana Kinta pada jam 1.05 petang tadi dengan senyuman sambil berkata "Good Sign. Alhamdulillah".

Beliau enggan mengulas lanjut. Dijangkakan beliau akan mengadakan Press Conference bersama Anwar Ibrahim di kediaman beliau jam 3.00 petang ini.

KEMANA TAJOL ROSLI PERGI? ~ Ref Malaysiakini

Menjadi tandatanya, ke mana Tajol Rosli pergi. Saya tidak melihat kelibat Bekas Menteri Besar itu dalam persidangan akhbar Najib Razak hari ini. Adakah Tajol Rosli juga di'culik' BN. Atau mungkinkah Tajol Rosli merajuk.
Tajol Rosli mungkin merajuk kerana nama beliau tidak termasuk dalam senarai bakal-bakal calon Menteri Besar yang bakal dilantik jika kerajaan baru BN dibentuk di Perak.
Sebelum itu Tajol meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak dan menyatakan hasrat untuk bersara selepas ini (penggal terakhir beliau berkhidmat sebagai Wakil Rakyat).

TERKINI : DUN PERAK : NIZAR PULA DIMINTA MENGHADAP ~ Ref Malaysiakini

YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pula diminta mengadap Paduka Seri Sultan Perak selepas Najib dan ADUN-ADUN BN dan Bebas berbuat demikian sebelum itu.

Beliau bergegas ke Istana pada jam 11.25 pagi selepas di minta menghadap Tuanku Sultan. Nizar sampai di Istana Kinta pada jam 12.45 tengahari tadi.

Najib seeblum itu tiba di Istana Kinta pada pukul 9.55 pagi dan kali kedua pukul 10.55 pagi.

Tidak dapat dipastikan samada Nizar masih berada di Istana atau telah keluar.

BUBAR DUN : YA ALLAH MAKBULKAN DOA HAMBAMU ~ Ref Malaysiakini

Kami seluruh umat Islam di Malaysia khususnya pencinta kepada perjuangan Islam berserah sepenuh-penuhnya kepadaMu Ya Allah agar memakbulkan doa dan permintaan kami supaya membuka hati Tuanku Sultan Perak agar memperkenankan pembubaran DUN Perak bagi membolehkan rakyat menghakimi perancangan jahat BN

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Hanya kepada Mu sahaja tempat kami bermohon dan berserah, tidak sesuatu pun yang dapat mengalahkan Mu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Ya Allah hancurkan golongan yang sentiasa dengki kepada perjuangan Islam yang kami, Ya Allah hancurkanlah segala perancangan jahat mereka,
Ya Allah makbulkan doa kami

Amin Ya Robbul A'lamin

KERAJAAN PILIHAN RAKYAT VS KERAJAAN TIDAK BERMARUAH ~ Ref Malaysiakini

Rakyat negeri Perak telah membuat keputusan untuk memilih PR pada 8 Mac 2008. Isyaratnya jelas mereka mahukan kerajaan berkebajikan, telus, adil dan tidak bersifat perkauman.

Setelah hampir setahun mereka diperintah oleh PR tidak ada tanda-tanda rakya gusar, susah hati dan tidak aman. Semua rakyat Perak hidup dalam suasana yang harmoni, selesa dan aman damai. Cuma yang tidak aman dan susah hati serta dengki ialah pemimpin-pemimpin Umno dan BN negeri Perak.

Akhirnya BN berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan cara yang paling tidak bermaruah. Usaha mereka ini telah dijalankan sejak dari pengumuman kemenangan PR pada malam 8 Mac lagi. Inilah parti yang paling jijik dan tidak bertamadun.

Kini BN berusaha untuk menubuhkan kerajaan baru dengan membelakangkan keputusan rakyat. Jelas jika kerajaan BN ditubuhkan maka kerajaan ini adalah kerajaan TIDAK BERMARUAH.

TERKINI : SULTAN BELUM BUAT KEPUTUSAN ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, memaklumkan sebentar tadi bahawa Tuanku Sultan Perak belum membuat keputusan samada untuk memperkenankan penubuhan kerajaan baru atau DUN akan dibubarkan.

Sultan Perak telah memanggil menghadap kesemua ADUN BN dan bebas menghadap pagi ini selepas Najib dan Zahid dipanggil menghadap terlebih dahulu.

Dari riak muka Najib jelas beliau tidak berapa gembira dengan perkembangan terbaru ini. Mungkin beliau menjangkakan Sultan Perak akan membuat keputusan dengan membenarkan penubuhan kerajaan baru, namun terbukti Sultan Perak akan menelitinya terlebih dahulu.

Sultan Perak menurut, Najib akan membuat keputusan secepat mungkin.

Daulat Tuanku.

3 KERUSI DUN PERAK KOSONG? ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak hari ini menfailkan kes di mahkamah memohon 3 kerusi DUN Perak iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong.

ALLAH AKAN BALAS KERJA JAHAT BN ~ Ref Malaysiakini

Senjata orang mukmin adalah doa dan munajat kepada Allah. Setiap kali kita ditimpa musibah hanya Allah tempat mengadu dan berserah. Itulah antara intisari ucapan AJK PAS Pusat Mazlan Aliman pada ceramah umum di Felda Bukit Senggeh malam tadi.

"Kita ada bukti lengkap bahawa ADUN-ADUN PR diugut, dijanjikan dengan pelbagai tawaran dan macam-macam lagi taktik kotor BN".

"Segala kerja jahat ini akan kita adukan kepada Allah dengan air mata kita, Insya Allah munajat kita akan diterima Allah dan balasan setimpal bakal diterima oleh BN" tegas Mazlan.

Menurutnya terlalu banyak hikmah dan pengajaran yang diperolehi dari rentetan kejahatan BN ini.

Selain itu rakyat Perak sudah pasti membezakan corak pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan BN.

"Jika BN berjaya dengan perancangan jahatnya kali ini, Insya Allah mereka akan dihukum pada PRU ke 13 nanti" ujar Mazlan yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Johor.

NAJIB DAN ADUN BN DIPANGGIL MENGHADAP SULTAN ~ Ref Malaysiakini

Media melaporkan Sultan memanggil Najib, Zahid dan semua ADUN BN serta bebas dipanggil menghadap Sultan. Ketika ini mereka masih berada di Istana Baginda Sultan Perak.

KERAJAAN PERAK : BERSERAH KEPADA ALLAH ~ Ref Malaysiakini

Seperti semua orang tahu kerajaan PR Negeri sedang menghadapi dugaan yang sangat hebat akibat dari usaha jahat BN yang menggunakan cara tidak bermaruah untuk merampas kuasa.
Tidak orang yang waras menerima cara dan kaedah jahat BN ini. Akibat dari tamakkan kuasa dan dengki kepada kejayaan PR memerintah Perak, BN menggunakan kaedah jahat untuk mendapatkan sokongan 4 ADUN PR.
Bagi menghadapi dugaan ini mari sama-sama kita bermunajat kepada Allah agar kerajaan PR terselamat atau sekurang-kurangnya DUN Perak dibubarkan oleh Tuanku Sultan Perak bagi memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru.

04 February 2009

ISU PERAK : BEBERAPA KEMUNGKINAN YANG BAKAL DILIHAT ~ Ref Malaysiakini

Beberapa kemungkinan yang bakal berlaku sehari dua ini ....

1) DUN Perak dibubarkan. Pilihanraya mengejut dijalankan
2) BN bentuk kerajaan baru. MB baru angkat sumpah secepat mungkin
3) BN ambil tindakan mahkamah halang Pilihanraya
4) PR ambil tindakan mahkamah halang MB baru angkat sumpah

dan lain-lain .................cukup menarik untuk diikuti ianya memberi seribu satu pengajaran kepada kedua-dua parti, rakyat dan kita semua.

BN TAWAR UNTUK BENTUK KERAJAAN, SPEAKER MAKLUMKAN KERUSI JELAPANG KOSONG ~ Ref Malaysiakini

Arkitek kepada kerja jahat BN untuk menumbangkan kerajaan PR Perak, Najib Razak mengumumkan bahawa BN telah memperolehi majoriti di DUN Perak dengan kemasukan 4 orang ADUN PR menyertai BN. Mereka ialah ADUN Behrang, Jamaludin Mohd Radzi; ADUN Changkat Jering, Osman Mohd Jailu; ADUN Jelapang Hee Yit Fong dan ADUN Bota Nasaruddin Hashim. Dengan itu menurutnya BN memperolehi 31 kerusi berbanding PR 27 kerusi.
Najib mengumumkan bahawa BN akan membentuk kerajaan negeri yang baru. Menurut Najib 3 orang ADUN tersebut telah memaklumkan kepada Sultan bahawa mereka sudah menyertai BN.
Sementara itu Speaker DUN Perak, YB V Sivakumar pula menghantar notis kepada SPR bahawa kerusi ADUN Jelapang kosong.
Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaludin pula masih menghadap Sultan Perak memohon perkenan untuk membubarkan DUN Perak. Beliau dibenarkan mengadap kira-kira jam 4 petang tadi.
Situasi ketidaktentuan terus menyelubungi politik Perak.
Perkembangan terkini bakal menyusul.

ADUN BOTA BERPALING TADAH ~ Ref Malaysiakini

Licik dan jahat sungguh permainan politik BN dan ADUN Bota. Hari ini ADUN Bota, Nasaruddin Hashim bertindak menyertai BN semula bersama-sama dengan 2 Bekas Exco kerajaan negeri iaitu Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu.

Dengan perkembangan ternyata penyertaan ADUN Bota menyertai PKR selama beberapa hari merupakan strategi dan taktik yang mungkin diatur oleh BN untuk mengabui mata PR.

Jadi sekarang sah BN mempunyai kerusi yang lebih banyak dari PR di mana BN sekarang mempunyai 31 kerusi dan PR 28 kerusi.

PERAK : NIZAR MENGADAP SULTAN PERAK 4 PETANG, ~ Ref Malaysiakini

Politik Perak terus diselubungi ketidaktentuan apabila Nizar yang berusaha untuk mengadap Sultan hanya dibenarkan berbuat demikian pada jam 5 petang. Sedangkan Najib akan membuat pengumuman penting pada jam 4 petang ini di Putra Jaya.
Persoalannya kini, BN sudah mendakwa bahawa mereka memperolehi 'simple majoriti' dengan sokongan 2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP yang mengisytiharkan diri menjadi ADUN bebas. Jadi mungkinkah calon Menteri Besar dari BN akan mengangkat sumpah sebelum sempat Nizar mendapat perkenan Sultan untuk membubarkan DUN Perak.
Kita mengharapkan Sultan Perak akan bertindak dengan bijaksana berlandaskan undang-undang dan perlembagaan negara kerana Baginda sendiri adalah seorang yang amat arif tentang undang-undang.
Apa yang pasti kemelut ini merupakan satu lagi bukti yang BN/Umno adalah sebuah parti yang paling kotor dan tidak bermaruah sehingga sanggup mengganggu gugat kerajaan PR yang dipilih oleh rakyat dan dinaungi oleh Sultan. BN/Umno langsung tidak menghormati Baginda Sultan dan rakyat negeri Perak.

BUBAR ATAU TIDAK, SEMUA ORANG SEDANG TUNGGU ~ Ref Malaysiakini

Seluruh rakyat Malaysia sedang menanti dengan penuh debar perkembangan terkini politik negeri Perak samada DUN dibubarkan hari atau sebaliknya.

Menteri Besar, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dilaporkan mengadap Sultan Perak untuk memohon perkenan membubarkan DUN manakala BN pula dikatakan sedang menunggu masa untuk membentuk kerajaan negeri yang baru yang diperolehi dengan secara tidak bermaruah.

Najib diberitakan akan memanggil sidang akhbar jam 4 petang ini. Dipercayai beliau akan mengumumkan bahawa BN sudah memperolehi majoriti di DUN Perak dan berhak untuk membentuk kerajaan baru berikutan tindakan 3 ADUN PR yang keluar dari parti masing-masing dan memberi sokongan kepada BN.

Jadi sekarang ini ada 2 kemungkinan iaitu DUN akan dibubarkan atau BN akan membentuk kerajaan baru.

Seperti yang diketahui umum, BN memang takut untuk berdepan dengan rakyat jika DUN dibubarkan. Sebab itulah BN akan seboleh-bolehnya mengharapkan Sultan tidak memperkenankan permintaan Menteri Besar.

Walau apa pun yang berlaku mari kita sama-sama berdoa agar Allah menentukan sesuatu yang terbaik untuk perjuangan Islam dan perjuangan rakyat.

DUN PERAK TAK JADI BUBAR? ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar memanggil sidang akhbar penting jam 1.00 petang ini. Segalanya akan terjawab pada sidang akhbar tersebut.
Dalam kenyataan media yang disiarkan oleh sebuah portal internet hari ini Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan dibubarkan bagi mengadakan pilihanraya negeri manakala pemangku bagi dua jawatan exco yang kosong akan ditentukan Jumaat ini.

Beliau berkata kerajaan negeri Perak tidak akan membubarkan DUN walaupun kerajaan negeri tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

Saya yakin tindakan untuk tidak membubarkan DUN Perak dalam sehari dua ini mencerminkan keyakinan PR bahawa keraajaannya masih stabil dan mampu bertahan walaupun sekarang ini mereka hanya mempunyai majoriti 1 kerusi. Situasi ini berlaku dengan mengambil kira kedua-dua bekas Exco iaitu Jamaludin Md Radzi dan Osman Md Jailu sudahpun menyokong BN walaupun mereka tidak mengakuinya.
Namun saya yakin kerajaan PR juga sudah mempunyai perancangan rapi untuk menghadapi situasi genting ini. Sudah semestinya mereka mempunyai Pelan A, Pelan B malah mungkin juga pelan C dan D.
Saya mendoakan kita semua iaitu penyokong perjuangan Islam, keadilan, kebaikan dan perjuangan rakyat tetap teguh berada di belakang pimpinan kita yang sudah tentu mempunyai pandangan jauh dan perancangan bagi menghadapi serangan jahat dari pihak musuh.

DUN PERAK BUBAR? ~ Ref Malaysiakini

Dewan Undangan Negeri Perak sudah dibubarkan??? Keputusan samada ianya dibubarkan atau tidak mungkin terjawab seawal hari ini.
Pakatan Rakyat kemungkinan terpaksa mengambil jalan terakhir ini bagi memastikan Perak tidak terlepas ke tangan pemimpin-pemimpin yang didakwa rasuah, tidak bermaruah dan tidak beretika yang sudah pasti akan menjadi pemimpin kerajaan negeri jika BN memerintah.
Pakatan Rakyat tidak sanggup melihat mandat rakyat yang mahukan kerajaan berkebajikan terlepas percuma kepada BN lantaran tindakan beberapa ADUN PR yang menjual maruah diri melompat menyertai BN.
Ada laporan menyebut bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengadap Sultan Perak hari ini.
Persoalan yang paling ditunggu-tunggu oleh sekelian rakyat Malaysia ialah adakah DUN akan dibubarkan selepas Menteri Besar mengadap Sultan Perak.
Lain-lain persoalan yang juga tidak kurang pentingnya ialah (dipetik dari Blog Cina Islam) :-
PERTAMA : Apakah berita terkini mengenai Kapten Osman, kalau kelmarin Jamaluddin mengisytiharkan dia sudah jadi Bebas, apakah yang akan diumumkan oleh Osman. Selain itu semua juga menunggu apakah pengumuman mengenai kedudukan terkini mereka oleh Kerajaan Negeri Perak.
KEDUA : Sampai malam tadi sekitar jam 9 malam saya masih dapat berhubung dengan SMS dengan ADUN Jelapang, YB. Hee Yit Fong. Namun misteri dia yang sukar dihubungi sehingga saat ini menimbulkan banyak tanda tanya. Semua pihak juga menunggu berita beliau pada hari ini.
KETIGA : Bila status ADUN dan sekali gus terlucut juga jawatan Exco bagi Jamaluddin dan Osman, siapakah pengganti kepada mereka, adakah dipangku oleh Exco lain atau ada pengumuman siapakah pengganti kepada mereka.

DUN PERAK : PR 30, BN 29 ~ Ref Malaysiakini

Walaupun pada hakikatnya Kerajaan PR di Perak masih mempunyai majoriti dalam DUN namun ianya sangat meruncing. Ini kerana kerajaan PR di Perak jauh berbeza dengan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS pada penggal 2004-2008 yang mempunyai majorit 1 kerusi. ADUN-ADUN PAS di Kelantan ketika itu memang tahan uji, istiqamah dan diyakini kesetiaan mereka kepada perjuangan Islam. Namun di Perak ianya jauh berbeza.
Kita tidak boleh menafikan bahawa kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering sudah pasti akan menyokong BN jika undi tidak percaya diusulkan pada persidangan DUN Perak. Hakikatnya sekarang BN ada 29 kerusi dan PR ada 30 Kerusi.
Jadi BN bila-bila masa sahaja boleh mendapatkan majoriti jika mereka berjaya memujuk seorang sahaja lagi ADUN dari PR. Suasana ini cukup genting dan menggerunkan.
Saya merasakan keyakinan dan keutuhan pegangan beberapa ADUN PR di Perak tidak sekental dan sekuat ADUN Kelantan dahulu. Mungkin dakwaan saya ini tidak disukai oleh orang Perak dan pimpinan PR Perak namun kita terpaksa menerima hakikat ini bagi mempersiapkan diri kita menghadapi situasi sukar ini.
Sesiapa sahaja boleh dijolok, dipujuk, dibelai malah diugut oleh BN supaya melompat menyertai BN. Bukan calang-calang manusia dapat bertahan dan istiqamah dengan ujian yang maha hebat ini.
Jadi bagi saya jika PR benar-benar yakin dan percaya PR boleh menang jika diadakan pilihanraya mengejut, maka bubarkan sahaja DUN Perak. Biarkan rakyat menilai dan menghukum manusia-manusia ganas, rakus, tamakkan kuasa dan tidak bermaruah ini.
Namun jika PR tidak yakin mereka boleh mencapai kemenangan dengan selesa, maka eloklah di cari opsyen lain yang lebih rendah risikonya. Antaranya 'enyaman' SPR kerana mencampuri urusan Speaker apabila enggan mengadakan pilihanraya kecil di kedua-dua DUN yang diisytiharkan kosong oleh Speaker.

JANGAN SAYANG DUIT : BAYAR BIL LEBIH UNTUK KESELAMATAN ~ Ref Malaysiakini

Saya menyarankan tuan rumah dan pemilih premis perniagaan memasang lampu di bahagian luar dan belakang premis masing-masing pada waktu malam, sebagai langkah berjaga-jaga mengekang kegiatan pecah rumah atau pencerobohan.
Ini terbukti dari kajian yang dibuat pihak berwajib bahawa premis yang memasang lampu kurang di'lawati' pencuri berbanding premis yang tidak berbuat demikian.
Ketua Polis negeri Melaka Datuk Mazlan Mansor,dalam kenyataan medianya semalam, berkata kajian pihaknya mendapati memasang lampu di setiap premis pada waktu malam sesuai untuk mencegah kejadian seperti itu berlaku walaupun langkah itu mungkin menyebabkan pemilik atau penghuninya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih.

ANTARABANGSA : IRAN SEMAKIN MAJU, MALAYSIA ?

Iran melangkah maju setapak lagi apabila menghantar satelit buatannya sendiri ke orbit semalam. Suatu kejayaan yang hebat bagi sebuah negara Islam.
Pemimpin Iran menyatakan pelancaran satelit itu sebagai pencapaian teknologi dan simbol kebanggaan negara.

Namun Amerika (negara Polis dunia) awal-awal memandang serong kejayaan Iran ini. Amerikan tetap percaya bahawa pelancaran satelit Iran semalam membuktikan negara itu semakin hampir untuk membina peluru berpandu nuklear jarak jauh yang boleh mengenai sasaran di Eropah dan Amerika Syarikat.
Kita mengharapkan Iran terus maju dan berjaya dalam segala perancangan.

PILIHANRAYA MENGEJUT, PILIHAN TERAKHIR PR ~ Ref Malaysiakini

Pilihanraya mengejut merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik Perak. Itulah intisari kenyataan akhbar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi. Walaupun ianya tidak dinyatakan secara terus terang namun secara dasarnya itu yang tersirat disebalik kenyataan tersebut.
Perkembangan terakhir semalam yang menggemparkan negara iaitu SPR mencabul undang-undang dengan enggan mengadakan PRK di Behrang dan Changkat Jering mempunyai signifikan yang cukup besar.
PR mula ragu dan sangsi dengan SPR yang dilihat ternyata tidak menjalankan tugas mengikut peruntukan undang-undang. Walaupun PR kemungkinan mempunyai surat perletakan jawatan tanpa tarikh bagi mana-mana ADUN yang melompat parti, namun jelas SPR tidak memperakuinya. Jadi selepas ini jika ada ADUN PR yang melompat parti maka PR sudah pasti tidak selamat.
Maka jalan terakhir bagi PR hanyalah membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya mengejut. Namun melihat kepada kebiadapan SPR, mungkin juga SPR akan membuat keputusan mengejut sekali lagi iaitu pembubaran tidak sah. Kalau ini yang berlaku eloklah SPR ditukar nama menjadi SPRBN.

03 February 2009

SPR KINI SUDAH AMBILALIH KUASA SPEAKER DAN MAHKAMAH ~ Ref Malaysiakini

SPR dibawah kepimpinan baru iaitu Aziz Yusof nampaknya semakin hebat dengan bertindak 'merampas' kuasa yang ada pada Speaker DUN dan mahkamah.
Kalau sebelum ini tugas SPR hanya menjalankan pilihanraya kini SPR sudah ada kuasa menentukan perletakan jawatan seseorang ADUN adalah sah atau tidak.
SPR juga kini sudah boleh menjatuhkan hukuman dan keputusan bahawa surat perletakan jawatan adalah sah atau tidak sah.
Bukti dakwaan diatas terpampang di depan mata kita apabila SPR tanpa segan silu membuat keputusan tidak menghormati kuasa Speaker DUN Perak yang memaklumkan kekosongan di dua buah DUN iaitu DUN Behrang dan Changkat Jering. SPR sebaliknya menyatakan ada keraguan terhadap surat perletakan jawatan tersebut. Persoalannya bila pula SPR boleh campurtangan adalah urusan perletakan jawatan ADUN. Bukankah tugas SPR adalah menjalankan Pilihanraya bila sesuatu kerusi disahkan oleh kosong oleh Speaker.
SPR tidak layak dan tiada kuasa untuk mencabar kesahihan surat perletakan jawatan itu. Orang yang paling layak mencabar keputusan Speaker ialah 2 orang ADUN yang terlibat iaitu Jamaludin Md Radzi dan Osman Md Jailu.
Saya sekali mencadangkan rakyat Malaysia, NGO dan parti-parti politik membuat laporan Polis terhadap tindakan SPR yang jelas bertindak diluar batasan kuasanya sendiri.

PENGERUSI BARU SPR MULA TUNJUK BELANG ~ Ref Malaysiakini

Rakyat memang menaruh harapan yang amat tinggi Pengerusi SPR yang baru, Tan Sri Abdul Aziz Yusof sebaik sahaja beliau menggantikan Pengerusi lama SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman.
Pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, rakyat agak gembira dengan perjalanan PRK tersebut di mana tidak banyak perkara yang disangsikan berlaku walaupun dari segi daftar masih terdapat perkara yang meragukan.
Malangnya kepercayaan dan harapan rakyat terungkai hari ini apabila SPR mengumumkan bahawa Pilihanraya Kecil Behrang dan Changkat Jering tidak perlu dijalankan kerana kerana SPR tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut, kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan "wujud keraguan" pada surat peletakan jawatan Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu - masing-masing Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang dan Changkat Jering.
"Oleh itu, SPR ... memutuskan bahawa kerusi-kerusi tersebut masih disandang oleh kedua-dua Adun berkenaan yang memenangi kerusi-kerusi tersebut pada pilihanraya umum ke-12 lepas," kata Abdul Aziz.
"SPR telah meneliti secara mendalam dan rapi dari pelbagai sudut perundangan dan dengan ini memaklumkan bahawa SPR mendapati wujud keraguan terhadap surat-surat peletakan jawatan oleh penyandang-penyandang kerusi berkenaan yang telah dihantar oleh Yang Dipertua DUN Perak itu memandangkkan kedua-dua penyandang kerusi terbabit sendiri secara sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuatkuasa," tambahnya.
Kenyataan Aziz ini cukup mengejutkan rakyat dan parti-parti politik kerana bidang kuasa menentukan kesahihan dan ketulenan surat perletakan jawatan ADUN bukan di bawah bidang kuasa SPR. Ianya adalah tanggungjawab Speaker DUN Perak bagi menentukan samada kerusi kosong atau tidak. Hanya mahkamah yang boleh menentukan dakwaan dan keputusan Speaker itu benar atau salah.
Malangnya SPR tidak faham atau sengaja buat tidak faham tentang tugas asasi mreka iaitu mengadakan Pilihanraya Kecil jika sesuatau kerusi itu kosong selepas menerima notis Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat. SPR tidak ada hak untuk menyiasat dan menentukan kesahihan atau 'validity' surat perletakan jawatan dan sebagainya.
Tindakan SPR ini menampakkan belang sebenar siapa Tan Sri Abdul Aziz yang dilantik oleh Kerajaan BN sekarang.
Sangka buruk saya kepada Abdul Aziz semakin bertambah dengan peristiwa ini. SPR bukan sahaja menghina Speaker DUN Perak, rakyat negeri Perak, undang-undang negara malah juga derhaka kepada Sultan Perak yang memperkenankan pembentukan kerajaan negeri dan perlantikan Exco kerajaan negeri.

Saya menggesa pimpinan dan ahli PAS membuat laporan Polis terhadap kebiadapan SPR dan pimpinannya.

TIADA PRK DI BEHRANG DAN CHANGKAT JERING : PR TIADA PILIHAN BUBAR DUN ? ~ Ref Malaysiakini

Apakah PR sudah tiada pilihan selain dari membubarkan DUN berikutan tindakan biadap SPR tidak mahu mengadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering.??

Ramai menyangka bahawa kerajaan PR di Perak akan tumbang dengan keputusan SPR tidak mahu mengadakan Pilihanraya Kecil. Sedangkan sebenarnya kerajaan PR masih gagah dan kukuh di mana tanpa kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering PR masih mempunyai 30 kerusi berbanding BN 27 kerusi. Andaikata kedua-duanya menyertai BN, PR masih mempunyai majoriti iaitu 1 kerusi.

Tidak ada apa yang hendak dibimbangkan kerana dengan majoriti satu kerusi pun kerajaan PR Perak tetap boleh mentadbir negeri dengan baik sebagaimana yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2004 hingga 2008 dahulu.

Saya yakin dengan perpaduan dan semangat setiakawan yang tinggi di kalangan parti-parti komponen PR, kerajaan negeri akan terus stabil dan kukuh. Tidak timbul soal pembubaran DUN dan sebagainya.

Marilah sama-sama kita berdoa agar kerajaan negeri Perak terus kukuh, stabil dan mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat negeri Perak yang sangat dahagakan sebuah kerajaan berkebajikan seperti kerajaan Pakatan Rakyat.

TIADA PRK DI PERAK : SPR CABUL UNDANG-UNDANG NEGARA ~ Ref Malaysiakini

SPR menumumkan sebentar tadi bahawa Pilihanraya Kecil Kecil di kedua-dua DUN iaitu Behrang dan Changkat Jering tidak akan diadakan. Alasannya SPR menerima notis dari Speaker DUN Perak yang menyatakan kerusi tersebut kosong dan pada masa yang sama kedua-dua ADUN yang menyatakan mereka tidak meletakkan jawatan.
Dalam mesyuaratnya hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi yang dilaporkan telah meletak jawatan kelmarin, masih sah sebagai wakil rakyat.

Ia diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi selepas mengadakan mesyuarat lebih dua jam di Putra Jaya hari ini.

Dengan itu pilihan raya kecil tidak akan diadakan.

Semalam Aziz berkata, mesyuarat berkenaan akan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk dari sudut perundangan bagi memastikan keputusan yang akan diambil tidak menimbulkan sebarang implikasi.

Tindakan SPR ini merupakan suatu tindakan biadap dan mencabul undang-undang negara kerana mengikut perlembagaan kuasa menentukan sesuatu kerusi DUN kosong terletak ditangan Speaker DUN bukannya SPR.

Alasan SPR takut akan ada pertentangan dengan keputusan mahkamah adalah tidak relevan kerana mahkamah akan berurusan dengan Speaker DUN bukannya dengan SPR dalam apa juga perbicaraan berkenaan kesahihan samada sesuatu DUN kosong atau tidak.

Jelas SPR telah gagal menjalankan tugasnya malah bukan sahaja tetapi mencabul undang-undang negara.

Saya mencadangkan kepada mana-mana rakyat Malaysia supaya membuat laporan Polis tentang kebiadapan SPR mencampuri urusan dan bidangkuasa Speaker DUN Perak.

2 ADUN PKR LETAK JAWATAN, HILANG SEGALA-GALANYA SEKELIP MATA ~ Ref Malaysiakini

Keputusan 2 bekas ADUN PKR, Jamaludin Md Radzi dan Osman Md Jailu berbaik-baik dan cenderung untuk masuk Umno/BN menyebabkan kedua-duanya hilang segala-galanya.
Mereka hilang kawan, hilang jawatan dan hilang kelayakan untuk mendapat pencen.
Sudah tentu mereka malu untuk bertemu dengan pimpinan dan ahli-ahli PKR, PAS dan DAP. Malah untuk bertemu pengundi-pengundi mereka sendiri pun mereka malu dan segan.
Tindakan mereka juga menyebabkan mereka hilang jawatan kerana mereka pernah menandatangani surat perletakan jawatan andaikata melompat parti. Akhirnya surat tersebut menjerat mereka yang dikatakan memang berniat untuk menyertai BN kerana sebab-sebab tertentu.
Bekas ADUN Behrang dan Changkat Jering itu juga sudah pasti akan kehilangan pencen kerana tempoh perkhidmatan mereka tidak sampai setahun sedangkan mereka mesti berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun bagi melayakkan mereka mendapat pencen wakil rakyat.
Akhirnya oleh kerana sikap sendiri kedua-duanya menjadi mangsa BN.

PRK BEHRANG & CHANGKAT JERING : PR PERLUKAN CALON KOMITED, BERMARUAH DAN BOLEH MENANG ~ Ref Malaysiakini

Jika tidak ada aral melintang PR akan menghadapi 2 ujian getir berhadapan dengan BN pada Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Behrang dan Changkat Jering. Kedua-dua sangat penting bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan PR Negeri Perak yang sudah sedia kukuh.

Sepertimana Pilihanraya lain antara faktor penting menentukan kemenangan sesebuah parti adalah seperti di bawah :-

a) Calon
b) Kekuatan jentera
c) Isu
d) Permainan taktik kotor BN
e) dan lain-lain.

Namun pada posting saya ingin membincang hanya satu perkara penting yang mesti dipertimbangkan oleh PR bagi menghadapi kedua-dua PRK iaitu tentang CALON.

Bagi saya untuk memilih calon PR mesti mengenepikan kepentingan komponen parti tertentu kerana tidak ada gunanya kita menurunkan calon dari parti tertentu yang tidak boleh memenangkan PR. Selain satu perkara lagi yang maha penting ialah calon yang dipilih mestilah komited, istiqamah, tahan uji, bermaruah, berintegriti dan tidak mudah dibeli oleh pihak lawan. Tidak ada gunanya kita menang jika selepas menang masalah yang sama seperti yang dilakukan oleh Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Jailu diulangi oleh calon tersebut.

Oleh itu saya mengesyorkan supaya PR mencari calon-calon yang memenuhi kriteria di bawah :-

a) Calon hebat dari segala segi seperti bertaqwa, berakhlaq, pendidikan tinggi, muka yang manis, mesra rakyat, berpengalaman, anak tempatan, hebat berpidato & berhujah, tidak putus asa;
b) Komited, istiqamah, tahan uji, bermaruah, berintegriti dan tidak mudah dibeli pihak lawan
c) dan lain-lain.

PR mesti mengenepikan sentimen kepentingan parti masing-masing demi memastikan kemenangan PR dan kesinambungan kerajaan PR negeri Perak.

Dalam hal ini saya yakin PAS mempunyai calon-calon yang hebat untuk diketengah. Mereka ini semua Insya Allah tahan uji, istiqamah, berpengamalan, komited dan tidak mudah dibeli oleh BN. Malah saya yakin PAS juga akan membenarkan ahli-ahlinya bertanding di atas tiket PKR jika tiada calon yang paling layak di kalangan PKR.

Bagi saya apa penting kita mesti menang dan meletakkan calon terbaik dari kalangan ahli-ahli PR bukannya hanya terkongkong dalam parti-parti komponen PR sahaja. Tidak ada gunanya jika meletakkan calon dari PAS atau PKR malah DAP jika calon tersebut kalah. Sedangkan sebenarnya kita mempunyai calon-calon lain yang jauh lebih hebat dan sesuai untuk bertanding di DUN-DUN tersebut.

Bagi saya antara calon terbaik untuk bertanding mewakili PR di DUN Changkat Jering adalah Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat yang merupakan anak tempatan, berpendidikan tinggi, berkarisma, berpengalaman dan tahan uji. Beliau juga pernah bertanding di DUN tersebut pada pilihanraya kecil beberapa tahun lepas. Selain itu PAS sendiri memang mempunyai kekuatan dari segi jentera dan cawangan di DUN tersebut.

Selain dari Ustaz Idris, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang yang juga Naib Presiden PAS juga layak untuk bertanding di salah satu DUN tersebut.

02 February 2009

SAH ADUN LINTANG, YB AHAMAD PAKEH ADAM ADA HATI SERTAI PKR ~ Ref Malaysiakini

BN semakin tersepit, niat mereka untuk mendapatkan 2 kerusi percuma akhirnya tidak kesampaian. Lebih malang ADUN mereka sendiri memang ada hati untuk menyertai PKR.

ADUN tersebut ialah Datuk Ahamad Pakeh Adam, ADUN Lintang yang mengaku mempunyai niat untuk menyertai PKR. Namun beliau masih mengambil sikap tunggu dan lihat tentang perkembangan semasa terutama isu 2 ADUN PKR yang kerusi mereka disahkan kosong oleh Speaker DUN Perak, YB V Sivakumar pagi tadi.

Nampaknya modus operandi Najib dan kuncu-kuncunya benar-benar gagal kali ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Najib memang tidak layak menjadi PM. Beliau bukan sahaja tidak cerdik malah dikatakan sanggup membelakangkan undang-undang dan moral bagi mencapai matlamat merampas kerajaan negeri Perak.

Sudah sampai masanya Umno mencari calon lain bagi menggantikan Pak Lah pada Persidangan Agong Umno Mac ini. Hanya ada satu cara lagi untuk memastikan Najib tidak naik iaitu perwakilan mesti mengusulkan undi tidak percaya kepada Najib pada persidangan agung Umno nanti.

Saya yakin masih ramai lagi pemimpin Umno yang jauh lebih layak dari Najib dari segi karisma, integriti, kebijaksanaan dan ketrampilan. Antaranya Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Malang sekali jika ahli Umno sengaja membiarkan Najib mengambilalih kepimpinan Umno dan negara sedangkan mereka sedar Najib tidak layak dan penuh dengan kontroversi.

KERAJAAN PERAK TERUS TEGUH, UTUH DAN BERSEMANGAT TINGGI ~ Ref Malaysiakini

Terbukti tidak ada yang perlu dibimbangi, kerajaan PR di Perak masih utuh, teguh dan bersemangat meneruskan pentadbirannya. Tohmahan dan fitnah media bahawa kerajaan tersebut akan runtuh dan bagaikan telur dihujung tanduk merupakan suatu tohmahan dan kenyataan yang tidak berasas dan berniat jahat.
Hakikatnya kerajaan PR negeri Perak masih mempunyai majorit 3 kerusi berbanding, di mana dengan kekosongan 2 kerusi di Behrang dan Changkat Jering PR masih mempunyai 30 kerusi dan BN 27 kerusi.
Insya Allah tidak ada apa yang perlu dibimbangi kerana kesemua ADUN PR berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar dan barisan Exco Perak yang lain. Begitu juga pegawai-pegawai kerajaan negeri tetap berdiri teguh memberikan kerjasama tidak berbelah bahagi kepada kerajaan negeri.
Rakyat negeri Perak terus taat dan setia kepada pemerintahan Duli Yang Maja Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan kerajaan negeri yang dipayungi baginda.
Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Perak juga sepakat menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kerajaan PR di Perak.
Dalam kenyataan BBC hari ini, Pengerusinya Drs Khalil Idham Lim yang juga ADUN Titi Serong menjelaskan bahawa :-
1. Kami (BBC) dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Kerajaan Negeri Perak pada waktu ini dalam keadaan yang disifatkan itu. Malah kami ingin tegaskan bahawa Kerajaan Perak masih lagi utuh, kuat dan segala urusan berkaitan pentadbiran berjalan seperti biasa.Ini dibuktikan dengan kehadiran seluruh pegawai kerajaan dari seluruh pelusuk negeri dalam majlis perhimpunan Bulan Excutive Talk pagi tadi.
2. BBC dengan ini meyatakan sikap berdiri teguh dibelakang YAB Menteri Besar Perak dan Kerajaan Negeri bagi meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang.
3. BBC juga mengambil sikap untuk bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya kecil Changkat Jering dan Behrang.
4. Sehubungan dengan itu kami menyeru kepada seluruh rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat untuk bersedia mengerakkan jentera PR masing-masing bagi memastikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat dalam PR kecil tersebut.
Dari bukti diatas saya yakin kita semua tetap yakin PR di Perak terus kukuh dan perpaduan di kalangan parti-parti komponen bertambah kukuh bagi menghadapi hari mendatang.

Sebenar sekarang BN yang sedang menangis dan merintih kerana tersilap percaturan. Mereka sudah tersilap langkah kerana memaksa 2 bekas ADUN tersebut melompat parti tanpa menyedari bahawa PR sudah bersedia lebih awal.

Akhirnya kerja jahat BN di balas oleh Allah. Rakyat akan menghukum BN sekali lagi pada PRK yang akan berlangsung di DUN Behrang dan Changkat Jering.

BN, JAMALAUDIN & oSMAN JAILU TERSILAP LANGKAH ~ Ref Malaysiakini

BN, bekas ADUN Behrang dan bekas ADUN Changkat Jering tersilap langkah. Malah kedua-dua ADUN tersebut menjadi mangsa permainan jahat dan kotor pihak tertentu. Akhirnya kedua-duanya menjadi mangsa kehilangan kerusi ADUN dan jawatan Exco. Mereka juga tidak boleh bertanding pada mana-mana Pilihanraya dalam masa 5 tahun. Maka tamatlah riwayat politik mereka. Kedua-duanya juga tidak layak mendapat pencen ADUN kerana belum cukup 2 tahun berkhidmat sebagai ADUN.
Dalam isu orang paling malang ialah Jamaludin dan Osman. Mungkin juga kedua-duanya tidak mendapat apa-apa ganjaran dan habuan kerana matlamat untuk menubuhkan kerajaan baru tidak tercapai. Mereka menyangka kedua-duanya akan masuk secara percuma bagi menambahkan kerusi BN namun hakikat BN terpaksa berdepan dengan rakyat pula. Ini paling BN takuti sekarang.

BN dan kedua-dua bekas ADUN tersebut ternyata tersilap langkah. Sedangkan kenyataan Pak Lah bahawa melompat parti adalah dibenarkan dan digalakkan seolah-olah memberikan isyarat kepada wakil rakyat BN supaya turut sama melompat menyertai PR.

Jadi mangsa sebenar dalam kes ini adalah Jamaludin dan Osman yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Dari satu jangan sesekali melanggar janji dan perjanjian dengan Allah dan rakyat.

BN TERDESAK, RAKYAT PASTI MENOLAK KERJA JAHAT BN PADA PRK BEHRANG DAN CHANGKAT JERING ~ Ref Malaysiakini

Jika tidak ada angin bertiup masakan pokok bergoyang.

Jika tidak bangkai masakan bau busuk menusuk hidung.

Itulah dua perumpamaan yang boleh saya ungkapkan untuk menafsirkan tindakan 2 bekas Exco Kerajaan Perak iaitu Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Md Jailu yang menghilangkan diri selama 5 hari dan tiba-tiba muncul semalam.

Semua rakyat yang waras akal fikirannya sudah tentu dapat meneka ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berjumpa. Semuanya seolah-olah telah dirancang bagi memastikan matlamat orang tertentu menjadi kenyataan.

Semenjak mula kes mereka ditangkap rasuah dan didakwa di mahkamah PR memang sudah bersedia dengan segala perancangan bagi menghadapi situasi ini. Manakala pihak satu lagi juga mempunyai perancangan yang sama.

Namun Allah menegaskan dalam firmanNya " mereka merancang, Allah juga merancang, tetap rancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan".

Jelas perancangan mereka untuk mendapatkan 2 kerusi percuma tidak kesampaian. Kalaupun mereka berjaya tetapi kejayaan itu tidak semudah yang disangka. Mereka terpaksa melalui 2 pilihanraya kecil yang sengit dan belum tentu memberikan kemenangan kepada mereka.

Dalam masa yang sama 3 ADUN BN sendiri juga kemungkinan akan melompat masuk PR. Antaranya YB Hamdi Abu Bakar, YB Hamidah Osman dan YB Ahamad Pakeh Adam.

Inilah yang memeningkan kepala mereka sekarang.

POLITIK PERAK : APA DRAMA HARI INI? ~ Ref Malaysiakini

Semalam kita 'menonton' drama hebat politik Perak. Speaker mendakwa menerima surat perletakan jawatan, namun ADUN terbabit menafikannya. Mana yang benar?

Hari ini beberapa persoalan mungkin terjawab. Antaranya :-

1) Mungkinkah MB membubarkan DUN Perak?
2) BN mengadap Sultan untuk membincangkan isu peralihan kuasa?
3) 2 ADUN terbabit sah meletakkan jawatan?
4) SPR umum kerusi kosong?
5) Ada ADUN BN melompat masuk PR?

sama-sama kita tunggu

POLITIK PERAK HANGAT : PANCING MEMANCING SIAPA DAPAT? ~ Ref Malaysiakini

Politik Perak kembali hangat setelah sebelum ini ianya panas dengan tindakan BN yang cuba membeli ADUN PR sebaik keputusan PRU 12 diumumkan 8 Mac lalu.
Semalam 2 ADUN PKR iaitu Osman Jailu dan Jamaludin Radzi meletakkan jawatan sebagai ADUN. Surat perletakan jawatan diterima oleh Speaker V Sivakumar 5.45 petang tadi.
Isu ini menjadi jelas setelah 5 hari ianya kabur berikutan kehilangan secara misteri kedua-dua ADUN yang semenangnya disangsikan kesetiaan mereka selepas isu tuduhan rasuah ke atas mereka sebelum ini.
Kini kekusutan terlerai sedikit dengan surat perletakan jawatan tersebut. Namun ianya kembali menjadi tergantung apabila Jamaludin menafikan beliau meletakkan jawatan ADUN dan turut menafikan beliau menyertai Umno. Beliau dilaporkan mungkin mengambil tindakan mahkamah terhadap Speaker DUN Perak tersebut.
Tidak kusut dengan isu 2 ADUN PKR ini sahaja, politik Perak juga mungkin bertambah kusut dengan ketidakhadiran 3 orang ADUN Umno pada majlis perjumpaan ADUN BN dengan pimpinan Umno semalam. Ketiga-tiga ADUN yang menghilangkan diri tersebut ialah Hamidah Osman (Sg Rapat); Ahamad Pakeh Adam (Lintang) dan Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu). Ketiga-tiga mereka memang dikaitkan dengan spekulasi 3 ADUN BN lagi akan melompat menyertai PR selepas ADUN Bota Nasaruddin Hashim melakukannya minggu lalu.
Nampaknya disaat BN ingin memancing ADUN PR, ADUN BN sendiri juga dipancing oleh PR. Yang menariknya PR sudah berjaya mendapat seekor 'ikan' sedangkan BN belum tentu lagi. Malah kemungkinan BN khasnya Umno kena tipu sekali lagi kerana yang jelas ADUN PR sudah menandatangani surat perjanjian iaitu sesiapa yang melompat parti kerusinya akan kosong kerana surat tersebut sudan ditandatangani tanpa tarikh dan 'valid' sehingga DUN dibubarkan.
Tuan-puan fikir siapa lebih hebat. Kasihan Najib dan Zahid mungkin kena tipu buat kesekian kalinya.

01 February 2009

CHANGKAT JERING ADA NOSTALGIANYA ~ Ref Malaysiakini

Kalau PRK Kuala Terengganu baru-baru ini mengembalikan nostalgia lama saya kepada Chendering yang pernah saya diami selama setahun pada tahun 1999-2000, Insya Allah PRK Changkat Jering juga akan mengimbau kembali sejarah silam saya.

Saya pernah datang ke Changkat Jering membawa misi penting pada tahun 1996 dahulu. Kalau tidak silap saya saya pernah melawat Kampung Bukit Chempedak yang letaknya di dalam DUN ini. Saya pasti kalau sahabat saya Mohamad Ismail (Bekas calon DUN Guar Chempedak Kedah pada PRU 12) membaca kisah ini beliau pasti tersenyum.

Tuan-tuan juga ramai yang mempunyai nostalgia di DUN Changkat Jering ini kerana sebelum ini satu PRK pernah dijalankan di sini di mana Ustaz Idris Ahmad bertanding menentang bekas wakil rakyat BN yang tewas pada PRU ke 12 lalu iaitu Isa Ismail.

Antara kampung lain yang masih terpahat di dalam ingatan saya ialah Kampung Jaha, Kampung Bendang Siam, Kampung Changkat Ibul dan Bukit Gantang.

Sahabat saya Adnan Rahman berasal dari Kampung Jaha, Khairul Akmal dari Kampung Bendang Siam dan Idris Zakaria dari Kampung Changkat Ibul.

Saya masih ingat kami sekereta pernah menziarahi rumah Idris Zakaria (Bekas calon PAS PRU 2004) untuk mengambil gambar besar beliau untuk urusan percetakan poster pilihanraya kampus sessi 91/92.

Idris, saya, Zainal Abidin Hussein (IKS Kelantan), Hj Hashan Aladi Hj Ahmad (Timbalan Pengarah PASTI Pusat), Roslan Rashid, Budiman Radzi, Maimun Harun, Norliza Sajad, Wan Abdul Latif, Bodurol Hisam dan lain-lain bersama-sama bertanding pada Pilihanraya Kampus kami sessi 1991/1992. Kami gagal mencapai kemenangan majoriti pada sessi tersebut tetapi sahabat kita Budiman Radzi dilantik menjadi Presiden atas strategi licik yang kita buat. Saya sendiri menang tanpa bertanding pada pilihanraya kampus tersebut.

Umno TERJERAT KERANA KEBODOHAN SENDIRI ~ Ref Malaysiakini

Hasrat Umno untuk memancing kedua-dua ADUN PKR di Perak akhirnya bakal menjerat lehernya sendiri.
Strategi ini mungkin diilhamkan oleh Najib dan Zahid yang memimpin Umno Perak sekarang. Mereka berdua perasan bahawa mereka handal dan cerdik bermain politik sedangkan PR lebih hebat dan jauh lebih cerdik dari mereka berdua yang merupakan budak suruhan Anwar suatu ketika dahulu.
Kini Umno terjerat kerana kedua-dua 'ikan' yang dipancing mereka bakal kehilangan kerusi DUN masing-masing dan Pilihanraya Kecil bakal diadakan dalam masa 60 hari.

Speaker DUN Perak V Sivakumar mengesahkan akan memberikan notis kekosongan kerusi DUN Behrang yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi dan DUN Changkat Jering diwakili Osman Mohd Jailu.
Kedua-dua ADUN tersebut lupa sebenarnya mereka pernah menandatangani surat meletakkan jawatan jika mereka melompat parti. Mungkin Najib tidak terfikir akan perkara ini. Inikah standard bakal Perdana Menteri???
Najib sudah tentu berada dalam keadaan terdesak sekarang kerana beliau masih trauma untuk menghadapi pilihanraya kecil kerana telah kalah 2 kali dalam masa 5 bulan. Mahu tidak mahu Najib terpaksa menghadapinya sekali lagi sedangkan mood rakyat ternyata terus memihak kepada PR. Di tambah lagi kedua-dua DUN tersebut dimenangi dengan agak selesa oleh PKR pada PRU 8 Mac lalu. Jamaluddin dan Osman menang masing-masing dengan majoriti 1027 undi dan 1102 undi.

ISU POLITIK PERAK : ULASAN MENARIK TENTANG STRATEGI ANWAR MALUKAN UMNO ~ Ref Malaysiakini

Satu analisis menarik yang dibuat oleh blogger Nuraflah tentang strategi licik Anwar. Betul atau salah boleh fikirkan!!!!!
DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan.
Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” [di sini], memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’. Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru.
Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh diperkatakan oleh peminat politik. Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar.
Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS. Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP. Nizar terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil.Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat beragama.
Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) yang tinggal di negeri Perak.Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar.
Bagaimanapun, tindakan Nizar mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah dituduh menderhaka kepada Rajanya. Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap.
Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini. Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah.
Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai sesuatu yang lojik dan patut disokong. Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR.
Usaha Anwar berjaya, Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan. Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka.
Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan mudah. Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti.
Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO. Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat Saman Kati di blog peribadinya malam tadi.
Semua ini dilakukan untuk mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun turut terpedaya dengan strategi ini.
Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini]. Anwar memang sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak.
Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu.Fikir-fikirkanlah.
Nur Aflah: Sebelum ini ada yang bertanya, kenapa Nasaruddin masuk PKR dan bukannya PAS? Jawapannya mudah. Pemimpin PAS tidak meminang Nasaruddin.

ADUN KATA BELUM LETAK JAWATAN, SPEAKER TELAH TERIMA SURAT, MANA YANG BETUL? ~ Ref Malaysiakini

ADUN Behrang yang juga Exco kerajaan negeri Perak, Jamaludin Mohd Radzi menafikan beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN kawasan tersebut. Sedangkan Speaker DUN Perak V Sivakumar mengesahkan beliau telah menerima surat tersebut petang tadi. Kini timbul persoalan mana satu yang benar?
Jamaludin mendakwa surat perletakkan jawatan yang difaks kepada Sivakumar hari ini adalah surat lama tidak bertarikh yang disediakan untuk semua ADUN PKR selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu sebagai persediaan jika ada yang ingin melompat parti.
Kini DUN Perak berada dalam ketidaktentuan. Jika benar dakwaan Jamaluddin maka PR mesti mendapatkan nasihat peguam adakah surat yang difaks kepada Sivakumar 'valid' atau tidak. Jika ianya 'valid' maka sudah pastilah suatu pilihanraya kecil akan dilangsungkan.
Apa yang menarik Jamaludin juga mengaku bahawa beliau masih ADUN PKR dan tidak menyertai Umno.
Saya menjangkakan ini adalah taktik Jamaludin untuk mempastikan supaya beliau dapat menyertai Umno tanpa melepaskan jawatan ADUNnya. Jadi beliau akan mencabar keputusan Speaker yang akan memberikan notis kepada SPR esok bahawa kerusi Behrang dan Changkat Jering telah dikosongkan.
Menurutnya beliau akan meminta nasihat peguam untuk mencabar keputusan Speaker.
Terbukti bahawa Jamaludin sudah menunjukkan sikapnya yang sebenar iaitu menentang kerajaan PR. Jika beliau masih ikhlas bersama PR sudah tentu beliau hadir dalam pertemuan dengan pimpinan PR sejak beberapa hari lalu. Malangnya beliau menghilang selama 5 hari dan baru hari ini beliau muncul
Kita tunggu babak seterusnya. Kemelut politik Perak ini amat menarik untuk diikuti seterusnya/

'CULIK' PAKSA ADUN LETAK JAWATAN : SATU KONSPIRASI PALING TIDAK BERMARUAH ~ Ref Malaysiakini

Keputusan 2 ADUN PKR di Perak meletakkan jawatan sebagai ADUN merupakan suatu konspirasi paling tidak bermaruah yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi meruntuhkan kerajaan PR di Perak.

Modus Operandi yang dilakukan dengan 'menculik' dan mengkuarantinkan mereka berdua merupakan suatu tindakan paling tidak bermaruah dan tidak bertamadun dilakukan oleh pihak terbabit.

Kita tidak kisah jika mereka yang melompat parti atau meletakkan jawatan atas kehendak sendiri tidak dipaksa dan ditawarkan dengan habuan. Namun jika mereka dipaksa diugut dan ditawarkan dengan habuan itu merupakan suatu yang bercanggah dengan Islam dan demokrasi serta moral.

Saya mengharapkan ADUN-ADUN PR lain tidak menjejaki tindakan kedua-dua ADUN PKR ini. Apa yang penting ini merupakan pengajaran kepada PR supaya memilih calon-calon yang berintegriti dan mempunyai maruah yang tinggi.

KEPUTUSAN PRU 2008 BAGI DUN BEHRANG DAN CHANGKAT JERING ~ Ref Malaysiakini

N 14 Changkat Jering

MAT ISA BIN ISMAIL (BN) - 8,309 undi
MOHD OSMAN BIN MOHD JAILU (PKR) - 9,411 undi

JUMLAH PEMILIH :24,864
KERTAS UNDI DITOLAK :334
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 18,114
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 60
PERATUSAN PENGUNDIAN : 72.85%

MAJORITI : 1,102


N.59 - BEHRANG
JAMALUDDIN BIN MOHD RADZI (PKR) - 6,771 undi
RAMASAMY A/L MUTHUSAMY(BN) - 5,744 undi

JUMLAH PEMILIH :18,552
KERTAS UNDI DITOLAK :512
KERTAS UNDI DIKELUARKAN :13,067
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 40
PERATUSAN PENGUNDIAN : 70.43%

MAJORITI : 1,027

PR BERPELUANG MENANG DI BEHRANG DAN CHANGKAT JERING ~ Ref Malaysiakini

PR berpeluang untuk menang di kedua-dua DUN iaitu Behrang dan Changkat Jering. Ini berdasarkan keadaan semasa dan mood rakyat memang meluat kepada BN. Buktinya rakyat menghukum BN di Kuala Terengganu 17 Januari lalu.

Apa yang penting jentera PR mesti bekerja kuat dalam satu pasukan demi memenangkan calon yang akan diketengahkan nanti.

Selain itu faktor calon juga amat penting demi memastikan kemenangan PR. Kita mesti memilihkan calon yang benar-benar meyakinkan rakyat. Kita tidak mahu calon yang menjual kerusi untuk kepentingan peribadi sebagaimana yang dilakukan oleh bekas kedua-dua wakil rakyat yang meletakkan jawatan.

Untuk kali ini PR mesti memilih calon-calon yang benar-benar berintegriti, bermaruah dan tahan uji. Bagi saya parti mana yang beliau wakili tidak penting yang penting beliau mestilah calon yang istiqamah dan tahan uji bukan calon yang boleh dibeli.

Tidak ada gunanya kita memilih calon yang tidak bermaruah yang akhirnya selepas menang menjual kerusi kepada BN.

Berhubung dengan peluang PR saya yakin mempunyai peluang cerah untuk menang kerana majoriti kemenangan PR pada PRU 8 Mac lalu adalah agak tinggi di mana PR menang 1,102 undi di Changkat Jering dan 1027 undi di Behrang.

SAH PILIHANRAYA KECIL SEKALI LAGI ~ Ref Malaysiakini

Kedua-dua Exco Perak yang dilaporkan hilang sejak 5 hari lalu akhirnya menamatkan spekulasi apabila menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Speaker DUN Perak,V. Sivakumar petang tadi.
Dengan ini sahlah 2 Pilihanraya Kecil akan diadakan dalam masa 60 hari dari sekarang.
Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi esok.
Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Maka seluruh ahli PAS dan PR diharapkan bersedia dari sekarang untuk berjuang bagi menyelamatkan kerajaan negeri Perak.
Walaupun begitu andainya BN memenangi kedua-dua DUN ini, PR masih mempunyai majoriti 1 kerusi untuk memerintah negeri Perak.

NIZAR TIADA PILIHAN, TERPAKSA BUBAR DEWAN? ~ Ref Malaysiakini

Seluruh ahli PAS di minta bersedia bila-bila masa untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya mengejut di Perak. Ini kerana jika benar 3 orang ADUN PR iaitu Jamaludin Md Radzi, Osman Mohd Jailu dan Hee Yit Foong keluar dari PR dan menyertai BN maka PR tidak ada jalan lain melainkan membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri Perak.

Hanya ini sahaja jalan untuk tidak memberikan laluan percuma kepada BN merampas negeri Perak. Maka rakyat diberikan kuasa untuk memilih kerajaan baru yang lebih kuat.

Jika ini berlaku maka kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin adalah antara kerajaan negeri paling pendek tempoh pemerintahannya iaitu tidak sampai setahun.

Saya yakin pimpinan PR akan memikirkan semasak-masaknya tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi situasi tegang ini. Pembubaran DUN merupakan pilihan terakhir kerana peluang untuk menang adalah 50-50. Namun begitu kita yakin rakyat akan tetap bersama PR kerana mereka tahun semua ini adalah akibat dari permainan politik kotor BN.

DUN PERAK AKAN DIBUBARKAN ~ Ref Malaysiakini

Mungkinkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan? Persoalan mula diperkatakan oleh rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Perak. Kemungkinan ini tetap ada jika dilihat kepada senario politik terkini di Perak yang seolah-olah tidak menentu sekarang.
Jika benar dakwaan Perdana Menteri bahawa dua Exco Kerajaan Perak dari PKR iaitu Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu akan menyertai BN maka PR hanya mempunyai majoriti 1 kerusi sahaja iaitu PR - 30 dan BN - 29 kerusi. BN juga dikatakan sedang memujuk ADUN Bota, YB Nasaruddin Hashim supaya kembali kepada BN dan ditawarkan jawatan Menteri Besar.
Maka hanya ada satu cara sahaja lagi untuk memastikan kerajaan negeri Perak tidak jatuh ke tangan BN iaitu membubarkan DUN dan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru.
Saya yakin dengan mood rakyat yang cenderung menyokong PR, kita akan berjaya mempertahankan kerajaan PR jika Pilihanraya mengejut diadakan di Perak.
Takbir.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter