PR BERPELUANG MENANG DI BEHRANG DAN CHANGKAT JERING ~ Ref Malaysiakini

PR berpeluang untuk menang di kedua-dua DUN iaitu Behrang dan Changkat Jering. Ini berdasarkan keadaan semasa dan mood rakyat memang meluat kepada BN. Buktinya rakyat menghukum BN di Kuala Terengganu 17 Januari lalu.

Apa yang penting jentera PR mesti bekerja kuat dalam satu pasukan demi memenangkan calon yang akan diketengahkan nanti.

Selain itu faktor calon juga amat penting demi memastikan kemenangan PR. Kita mesti memilihkan calon yang benar-benar meyakinkan rakyat. Kita tidak mahu calon yang menjual kerusi untuk kepentingan peribadi sebagaimana yang dilakukan oleh bekas kedua-dua wakil rakyat yang meletakkan jawatan.

Untuk kali ini PR mesti memilih calon-calon yang benar-benar berintegriti, bermaruah dan tahan uji. Bagi saya parti mana yang beliau wakili tidak penting yang penting beliau mestilah calon yang istiqamah dan tahan uji bukan calon yang boleh dibeli.

Tidak ada gunanya kita memilih calon yang tidak bermaruah yang akhirnya selepas menang menjual kerusi kepada BN.

Berhubung dengan peluang PR saya yakin mempunyai peluang cerah untuk menang kerana majoriti kemenangan PR pada PRU 8 Mac lalu adalah agak tinggi di mana PR menang 1,102 undi di Changkat Jering dan 1027 undi di Behrang.

Comments