TIADA PRK DI PERAK : SPR CABUL UNDANG-UNDANG NEGARA ~ Ref Malaysiakini

SPR menumumkan sebentar tadi bahawa Pilihanraya Kecil Kecil di kedua-dua DUN iaitu Behrang dan Changkat Jering tidak akan diadakan. Alasannya SPR menerima notis dari Speaker DUN Perak yang menyatakan kerusi tersebut kosong dan pada masa yang sama kedua-dua ADUN yang menyatakan mereka tidak meletakkan jawatan.
Dalam mesyuaratnya hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi yang dilaporkan telah meletak jawatan kelmarin, masih sah sebagai wakil rakyat.

Ia diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi selepas mengadakan mesyuarat lebih dua jam di Putra Jaya hari ini.

Dengan itu pilihan raya kecil tidak akan diadakan.

Semalam Aziz berkata, mesyuarat berkenaan akan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk dari sudut perundangan bagi memastikan keputusan yang akan diambil tidak menimbulkan sebarang implikasi.

Tindakan SPR ini merupakan suatu tindakan biadap dan mencabul undang-undang negara kerana mengikut perlembagaan kuasa menentukan sesuatu kerusi DUN kosong terletak ditangan Speaker DUN bukannya SPR.

Alasan SPR takut akan ada pertentangan dengan keputusan mahkamah adalah tidak relevan kerana mahkamah akan berurusan dengan Speaker DUN bukannya dengan SPR dalam apa juga perbicaraan berkenaan kesahihan samada sesuatu DUN kosong atau tidak.

Jelas SPR telah gagal menjalankan tugasnya malah bukan sahaja tetapi mencabul undang-undang negara.

Saya mencadangkan kepada mana-mana rakyat Malaysia supaya membuat laporan Polis tentang kebiadapan SPR mencampuri urusan dan bidangkuasa Speaker DUN Perak.

Comments