KERAJAAN PERAK : BERSERAH KEPADA ALLAH ~ Ref Malaysiakini

Seperti semua orang tahu kerajaan PR Negeri sedang menghadapi dugaan yang sangat hebat akibat dari usaha jahat BN yang menggunakan cara tidak bermaruah untuk merampas kuasa.
Tidak orang yang waras menerima cara dan kaedah jahat BN ini. Akibat dari tamakkan kuasa dan dengki kepada kejayaan PR memerintah Perak, BN menggunakan kaedah jahat untuk mendapatkan sokongan 4 ADUN PR.
Bagi menghadapi dugaan ini mari sama-sama kita bermunajat kepada Allah agar kerajaan PR terselamat atau sekurang-kurangnya DUN Perak dibubarkan oleh Tuanku Sultan Perak bagi memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru.

Comments

Anonymous said…
mungkin Najib kata.... wakakaka berserahlah korang pada Allah... apa yang Allah boleh tolong? Duit, duit aku yang paling berkuasa, kerana itu juga aku berkuasa, akulah yang maha kuasa... agaknya lah?

Naijb malam ni nak buat solat syukur ke rai kemenangan, ok tu Najib sendiri jadi imam.

atau Najib nak buat konsert dihadiri semua artis tanahair, percuma semuanya... yam sengg ada, amoi ada, makan ada, transpot ada, elaun ada pokoknya semua ada lah sebab duit Najib kan berkuasa.
Vesu said…
DI SINI SAYA PUJI PARTI PAS. ADUN DAN MP MEREKA. DAP DAN KEADILAN HARUS MENCONTOHI MEREKA. SAYA TAK SALAHKAN KEADILAN SEBAB SETENGAH ORANG KEADILAN INI BEKAS ORANG UMNO DAN MEREKA TERBAWA2 TABIAT BURUK MEREKA.
Anonymous said…
Bukan ke DSAI yang membawa dan mencanangkan budaya melompat.. mentang-mentanglah 16 sept tak jadi kenyataan..

Bagi aku itu yang terbaik untuk kerajaan negeri perak... Tahniah Dato seri Najib..