PRK BEHRANG & CHANGKAT JERING : PR PERLUKAN CALON KOMITED, BERMARUAH DAN BOLEH MENANG ~ Ref Malaysiakini

Jika tidak ada aral melintang PR akan menghadapi 2 ujian getir berhadapan dengan BN pada Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Behrang dan Changkat Jering. Kedua-dua sangat penting bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan PR Negeri Perak yang sudah sedia kukuh.

Sepertimana Pilihanraya lain antara faktor penting menentukan kemenangan sesebuah parti adalah seperti di bawah :-

a) Calon
b) Kekuatan jentera
c) Isu
d) Permainan taktik kotor BN
e) dan lain-lain.

Namun pada posting saya ingin membincang hanya satu perkara penting yang mesti dipertimbangkan oleh PR bagi menghadapi kedua-dua PRK iaitu tentang CALON.

Bagi saya untuk memilih calon PR mesti mengenepikan kepentingan komponen parti tertentu kerana tidak ada gunanya kita menurunkan calon dari parti tertentu yang tidak boleh memenangkan PR. Selain satu perkara lagi yang maha penting ialah calon yang dipilih mestilah komited, istiqamah, tahan uji, bermaruah, berintegriti dan tidak mudah dibeli oleh pihak lawan. Tidak ada gunanya kita menang jika selepas menang masalah yang sama seperti yang dilakukan oleh Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Jailu diulangi oleh calon tersebut.

Oleh itu saya mengesyorkan supaya PR mencari calon-calon yang memenuhi kriteria di bawah :-

a) Calon hebat dari segala segi seperti bertaqwa, berakhlaq, pendidikan tinggi, muka yang manis, mesra rakyat, berpengalaman, anak tempatan, hebat berpidato & berhujah, tidak putus asa;
b) Komited, istiqamah, tahan uji, bermaruah, berintegriti dan tidak mudah dibeli pihak lawan
c) dan lain-lain.

PR mesti mengenepikan sentimen kepentingan parti masing-masing demi memastikan kemenangan PR dan kesinambungan kerajaan PR negeri Perak.

Dalam hal ini saya yakin PAS mempunyai calon-calon yang hebat untuk diketengah. Mereka ini semua Insya Allah tahan uji, istiqamah, berpengamalan, komited dan tidak mudah dibeli oleh BN. Malah saya yakin PAS juga akan membenarkan ahli-ahlinya bertanding di atas tiket PKR jika tiada calon yang paling layak di kalangan PKR.

Bagi saya apa penting kita mesti menang dan meletakkan calon terbaik dari kalangan ahli-ahli PR bukannya hanya terkongkong dalam parti-parti komponen PR sahaja. Tidak ada gunanya jika meletakkan calon dari PAS atau PKR malah DAP jika calon tersebut kalah. Sedangkan sebenarnya kita mempunyai calon-calon lain yang jauh lebih hebat dan sesuai untuk bertanding di DUN-DUN tersebut.

Bagi saya antara calon terbaik untuk bertanding mewakili PR di DUN Changkat Jering adalah Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat yang merupakan anak tempatan, berpendidikan tinggi, berkarisma, berpengalaman dan tahan uji. Beliau juga pernah bertanding di DUN tersebut pada pilihanraya kecil beberapa tahun lepas. Selain itu PAS sendiri memang mempunyai kekuatan dari segi jentera dan cawangan di DUN tersebut.

Selain dari Ustaz Idris, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang yang juga Naib Presiden PAS juga layak untuk bertanding di salah satu DUN tersebut.

Comments

azani said…
Saya setuju pendapat tuan.Ini penting utk masa depan rakyat.Taktik kotor BN semakin menjadi-jadi sekarang.Teruskan perjuangan.
Lebai Mangkuk said…
PKR tu kan ke keturunan dari darah daging UMNO?
Perangai tengkah laku BURUK UMNO masih kuat bersarang dlm jiwa PKR.

PR mesti calun kan wakil dari DAP keturunan melayu yg beragama Islam - sebagai contoh calun yg paling layak - lebai mangkuk
azhar said…
salam...
sahabat saya rasa antara calon yg boleh diketengahkan kali ini antaranya:
Ustaz Idris Ahmad
Ustaz Ahmad Awang
Saudara Idris Zakaria
Ustaz Norazli Musa
insyaallah tak boleh dibeli depa ni...
Pak Brahim said…
Assalamualaikum,

Tuan, pada pandangan saya, Ust. Idris Ahmad adalah calun yang sesauai bertanding di DUN Cangkat Jering.

Selain dari anak tempatan dan mempunyai keluarga yang terkenal dikawasan dewan tersebut saya juga melihat bahawa beliau dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab besar membantu MB Perak.

Walau bagaimana pun saya lebih menghormati keputusan yang bakal dibuat kepimpinan PR terutama DSAI.