Dewan Undangan Negeri Perak sudah dibubarkan??? Keputusan samada ianya dibubarkan atau tidak mungkin terjawab seawal hari ini.
Pakatan Rakyat kemungkinan terpaksa mengambil jalan terakhir ini bagi memastikan Perak tidak terlepas ke tangan pemimpin-pemimpin yang didakwa rasuah, tidak bermaruah dan tidak beretika yang sudah pasti akan menjadi pemimpin kerajaan negeri jika BN memerintah.
Pakatan Rakyat tidak sanggup melihat mandat rakyat yang mahukan kerajaan berkebajikan terlepas percuma kepada BN lantaran tindakan beberapa ADUN PR yang menjual maruah diri melompat menyertai BN.
Ada laporan menyebut bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengadap Sultan Perak hari ini.
Persoalan yang paling ditunggu-tunggu oleh sekelian rakyat Malaysia ialah adakah DUN akan dibubarkan selepas Menteri Besar mengadap Sultan Perak.
Lain-lain persoalan yang juga tidak kurang pentingnya ialah (dipetik dari Blog Cina Islam) :-
PERTAMA : Apakah berita terkini mengenai Kapten Osman, kalau kelmarin Jamaluddin mengisytiharkan dia sudah jadi Bebas, apakah yang akan diumumkan oleh Osman. Selain itu semua juga menunggu apakah pengumuman mengenai kedudukan terkini mereka oleh Kerajaan Negeri Perak.
KEDUA : Sampai malam tadi sekitar jam 9 malam saya masih dapat berhubung dengan SMS dengan ADUN Jelapang, YB. Hee Yit Fong. Namun misteri dia yang sukar dihubungi sehingga saat ini menimbulkan banyak tanda tanya. Semua pihak juga menunggu berita beliau pada hari ini.
KETIGA : Bila status ADUN dan sekali gus terlucut juga jawatan Exco bagi Jamaluddin dan Osman, siapakah pengganti kepada mereka, adakah dipangku oleh Exco lain atau ada pengumuman siapakah pengganti kepada mereka.
Comments