HATI-HATI DENGAN PROVOKASI PIHAK TERTENTU ~ Ref Malaysiakini

Saya mencadangkan pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokognya berhati-hati dengan provokasi pihak tertentu yang ingin mengeruhkan suasana di Perak. Dalam situasi sekarang saya bimbang ada golongan tertentu yang mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan menyamar sebagai penyokong PR dan membuat kacau-bilau di Perak.
Kita mempunyai pengalaman bahawa suasana tegang dan panas sebegini sering diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan imej PR di mata rakyat.

Apa yang berlaku di Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar sekarang mungkin dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk membolehkan pihak keselamatan bertindak dengan jauh.
Pihak pimpinan PR di sana mesti memastikan penyokong PR bertenang dan pada masa yang sama memberikan kepercayaan kepada pimpinan untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak.
Memang kita tidak dapat menafikan bahawa perbuatan BN merampas kuasa di Perak adalah zalim dan tidak bertamadun namun kita mesti menghadapinya dengan tenang. Saya bimbang suasana tegang sebegini tidak memberikan keuntungan yang banyak kepada kita sebaliknya memberikan 'political mileage' kepada BN yang sudah tentu akan mengeksploitasikan isu ini dengan sehebat-hebatnya.
Tindakan YAB Menteri Besar dan YB Speaker DUN Perak untuk menyaman Sultan dan memohon Sultan memperkenankan Sidang tergembar DUN merupakan suatu tindakan yang bijak tanpa menimbulkan huru-hara ketegangan di kalangan rakyat dan pasukan keselamatan.
BN sebenarnya memang gembira dan merancang supaya ketegangan sebegini berlaku dan akhirnya mereka mempunyai sebab untuk melakukan tindakan yang lebih dahsyat dari menghalau MB dan Exco dari Bangunan SUK.
Apa tindakannya................Tuan-puan sudah tentu boleh memikirkannya......

Comments

Anonymous said…
Bukan Pakatan je fobia,satu Malaysia fobia tau tak.Gigit jari la semua lepas ni.