DUN PERAK : PR 30, BN 29 ~ Ref Malaysiakini

Walaupun pada hakikatnya Kerajaan PR di Perak masih mempunyai majoriti dalam DUN namun ianya sangat meruncing. Ini kerana kerajaan PR di Perak jauh berbeza dengan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS pada penggal 2004-2008 yang mempunyai majorit 1 kerusi. ADUN-ADUN PAS di Kelantan ketika itu memang tahan uji, istiqamah dan diyakini kesetiaan mereka kepada perjuangan Islam. Namun di Perak ianya jauh berbeza.
Kita tidak boleh menafikan bahawa kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering sudah pasti akan menyokong BN jika undi tidak percaya diusulkan pada persidangan DUN Perak. Hakikatnya sekarang BN ada 29 kerusi dan PR ada 30 Kerusi.
Jadi BN bila-bila masa sahaja boleh mendapatkan majoriti jika mereka berjaya memujuk seorang sahaja lagi ADUN dari PR. Suasana ini cukup genting dan menggerunkan.
Saya merasakan keyakinan dan keutuhan pegangan beberapa ADUN PR di Perak tidak sekental dan sekuat ADUN Kelantan dahulu. Mungkin dakwaan saya ini tidak disukai oleh orang Perak dan pimpinan PR Perak namun kita terpaksa menerima hakikat ini bagi mempersiapkan diri kita menghadapi situasi sukar ini.
Sesiapa sahaja boleh dijolok, dipujuk, dibelai malah diugut oleh BN supaya melompat menyertai BN. Bukan calang-calang manusia dapat bertahan dan istiqamah dengan ujian yang maha hebat ini.
Jadi bagi saya jika PR benar-benar yakin dan percaya PR boleh menang jika diadakan pilihanraya mengejut, maka bubarkan sahaja DUN Perak. Biarkan rakyat menilai dan menghukum manusia-manusia ganas, rakus, tamakkan kuasa dan tidak bermaruah ini.
Namun jika PR tidak yakin mereka boleh mencapai kemenangan dengan selesa, maka eloklah di cari opsyen lain yang lebih rendah risikonya. Antaranya 'enyaman' SPR kerana mencampuri urusan Speaker apabila enggan mengadakan pilihanraya kecil di kedua-dua DUN yang diisytiharkan kosong oleh Speaker.

Comments