BUBAR ATAU TIDAK, SEMUA ORANG SEDANG TUNGGU ~ Ref Malaysiakini

Seluruh rakyat Malaysia sedang menanti dengan penuh debar perkembangan terkini politik negeri Perak samada DUN dibubarkan hari atau sebaliknya.

Menteri Besar, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dilaporkan mengadap Sultan Perak untuk memohon perkenan membubarkan DUN manakala BN pula dikatakan sedang menunggu masa untuk membentuk kerajaan negeri yang baru yang diperolehi dengan secara tidak bermaruah.

Najib diberitakan akan memanggil sidang akhbar jam 4 petang ini. Dipercayai beliau akan mengumumkan bahawa BN sudah memperolehi majoriti di DUN Perak dan berhak untuk membentuk kerajaan baru berikutan tindakan 3 ADUN PR yang keluar dari parti masing-masing dan memberi sokongan kepada BN.

Jadi sekarang ini ada 2 kemungkinan iaitu DUN akan dibubarkan atau BN akan membentuk kerajaan baru.

Seperti yang diketahui umum, BN memang takut untuk berdepan dengan rakyat jika DUN dibubarkan. Sebab itulah BN akan seboleh-bolehnya mengharapkan Sultan tidak memperkenankan permintaan Menteri Besar.

Walau apa pun yang berlaku mari kita sama-sama berdoa agar Allah menentukan sesuatu yang terbaik untuk perjuangan Islam dan perjuangan rakyat.

Comments