.

.

27 April 2015

PAS PASCA MESYUARAT AGUNG KAWASAN-KAWASAN

Ramai pemerhati politik melihat perkembangan keputusan Mesyuarat Agung PAS Kawasan-Kawasan akan membawa kesan besar perubahan dalam kepimpinan PAS pasca Muktamar Agung PAS pada Jun nanti,

Ini kerana hampir semua pimpinan PAS dari kalangan golongan profesional ditumbangkan pada pemilihan Mesyuarat Agung Kawasan-Kawasan. Antara pimpinan besar yang di'jatuh'kan adalah bekas MB Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Setiausaha PR Perak, Dr Khairuddin Abdul Malek, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman dan lain-lain.

Banyak aduan dibuat oleh pihak tertentu di mana pemilihan kali ini dicemari dengan tangan-tangan ghaib yang diketahui umum siapa di belakangnya. 

Bayangkan bagaimana pemilihan begitu caca marba di Melaka, di mana 3 mesyuarat agung Dewan Pemuda di Melaka ditangguhkan kerana masalah-masalah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin dan Masjid Tanah terpaksa mengadakan mesyuarat semula. Lebih malang lagi, Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Negeri juga terpaksa ditunda kerana adanya campurtangan pihak luar sehingga semua perwakilannya sebulat suara mencadangkan ianya ditangguhkan. 

Ada juga pihak yang membuat aduan terdapatnya risalah-risalah yang memburukkan calon-calon tertentu, terdapat pelobi-pelobi yang membuat panggilan kepada semua perwakilan untuk menyokong calon tertentu. Ini semua perangai Umno yang dicedok masuk ke dalam PAS atas nama untuk menyelamatkan PAS. 

Di Melaka juga, 4 pemimpin kanan PAS Negeri iaitu Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Setiausaha Perhubungan dan Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri tersungkur di kawasan masing-masing. 

Adalah dijangkakan PAS akan mengalami perubahan besar PASCA Muktamar ini. Ini kerana hampir semua pemiliha Kawasan di menangi oleh Ustaz-Ustaz dan ulama'-ulama'. Semoga PAS akan lebih maju dan hebat selepas berlakunya 'ethnic cleasing' ini. 

Kita tidak kisah jika berlakunya pertukaran kepimpinan kerana ianya perkara biasa di dalam PAS dan dalam mana-mana organisasi. Tetapi apa yang kita persoalkan ialah cara dan bagaiman pertukaran itu dibuat. Adakah ianya berjalan dengan baik dan berakhlaq ataupun ianya berlaku dengan adanya unsur-unsur tidak senonoh seperti lobi-melobi, jatuh menjatuhkan, keji mengeji, fitnah memfitnah dan sebagainya. Diharapkan perkara ini menjadi pengajaran kepada kita semua pada masa hadapan.

Bukan budaya Islam dan PAS untuk kita menukar kepimpinan dengan cara-cara tidak senonoh tersebut. Sudah tentu ianya akan mengguris hati sahabat-sahabat, melebarkan jurang pemisahan, merosakkan ukhuwwah dan menjahanam silaturrahim.

Berbalik kepada halatuju PAS pasca Muktamarnya Jun ini, ramai menjangkakan berlaku perubahan besar dalam 'line up' kepimpinannya. 'Line up' itu akan menentukan masa depan PAS dalam PR, gerak tari PAS dalam arena politik Malaysia, Adakah PAS akan bersendirian selepas ini semuanya akan ditentukan oleh 'line up' baru PAS nanti.

Ramai melihat bahawa PAS dilihat semakin tidak lunak dengan kawan-kawannya dalam PR. Perkembangan ini memungkinkan PAS akan keluar dari PR dan akan meminggirkan Adun mereka dari menganggotai barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan meninggalkan segala jawatan yang dipegang oleh mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang seperti Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ahli Majlis, GLC, JKKK dan sebagainya.

Malah yang paling rugi jika mereka meninggalkan PR, PAS akan kehilangan peluang untuk berdakwah di masjid dan surau kerana sekarang ini, ustaz-ustaz dan pendakwah mereka begitu aktif menyampaikan dakwah tanpa melibatkan politik di surau dan masjid di negeri-negeri PR. Malah kebanyakan masjid dan surau dipengerusikan oleh mereka-mereka yang professional yang tidak mencampuradukkan politik dengan pentadbiran masjid tidak seperti sewaktunya ianya ditadbir oleh kerajaan BN di Pulau Pinang dan Selangor.

Seperti yang kita ketahui ustaz-ustaz yang tidak berapa berkenan kepada PR inilah yang mengajar di masjid dan surau-surau di Selangor, di mana mereka begitu popular dan diminati ramai oleh pencinta agama di Selangor dan Pulau Pinang, semuanya kerana kekuasaan yang dimiliki oleh PR di kedua-dua negeri itu. Secara mudahnya jika PR tidak lagi berkuasa di kedua-dua negeri tersebut jangan harap untuk ustaz--ustaz dan pendakwah ini dapat berceramah dan berkuliah di masjid dan surau di negeri-negeri tersebut.

Semua ini harus difikirkan oleh pendokong dan pimpinan PAS. Namun apa yang penting bagi PAS ialah redha Allah .....Amin.

Nukilan
Amat Alang
Weblog Mutaligat

FUTSAL PIALA YB DR KHALID MERIAH, 30 PASUKAN TURUT SERTA

Kira-kira 30 pasukan menyertai kejohanan Futsal Piala Adun Bukit Baru, YB Dr Khalid Sabtu lalu. Kejohanan yang julung kali diadakan tersebut dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di Gelanggang Futsal Batu Berendam.

Pasukan Pemuda PAS Cawangan Bukit Katil (Pembuka) menjuarai kejohanan terbuka tersebut. Hadiah disampaikan sendiri oleh YB Dr Khalid Kassim.

Syabas diucapkan kepada Pemuda Cawangan Bukit Katil dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang berjaya menganjurkan pertandingan tersebut dengan gilang gemilang.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter