.

.

05 January 2011

DENDAM KESUMAT DAN NIAT JAHAT ATASI KEPENTINGAN RAKYAT

Puak-puak yang melantik Khusrin Munawi sebagai SUK Negeri Selangoor bukannya tidak tahu bahawa perlantikan itu sudah tentu akan menimbulkan masalah. Tetapi mereka melantiknya semata-mata untuk menimbulkan masalah dan mengeksploitasi keadaan itu untuk kepentingan politik mereka.

Mereka faham jawatan SUK amat 'powerful' dalam sesebuah pentadbiran kerajaan negeri. Inilah yang berlaku di Perak sehingga SUK boleh mengherdik Menteri Besar dan menggunakan kuasanya untuk menentang kerajaan negeri yang berkuasa samada secara terang-terang atau senyap-senyap.

Kini peristiwa dan skrip yang sama dengan apa yang berlaku di Perak dan Kelantan suatu masa dahulu akan berulang. Puak-puak berhati busuk ini mempunyai niat untuk memporak perandakan pentadbiran kerajaan negeri dan dari situlah mereka mendapat keuntungan politik dengan mereka menuding jari menuduh kerajaan negeri PR tidak pandai memerintah dan berada dalam keadaan kucar-kacir.

Saya yakin dengan kebijaksanaan dan kesabaran pemimpin PR Selangor semua kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan baik. Allah akan membalas segala kejahatan dan kebusukan hati puak-puak yang sentiasa cuba memperokperandakan keamanan dan keharmonian kerajaan dan rakyat.

04 January 2011

SUK SELANGOR : HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG-SORONG

Tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor lantikan pusat, Khusrin Munawi hadir ke pejabat kerajaan negeri semalam boleh diibaratkan sebagai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Ini kerana beliau tanpa rasa amlu dan segan datang ke pejabat dengan tidak mendapat kerjasama dari kerajaan negeri. Bagaimana beliau boleh menjalankan tugasnya jika'boss'nya tidak setuju denga perlantikan tersebut.

Mana mungkin seorang yang tidak dipersetujui oleh 'boss'nya mendapat kerjasama. Tindakan pusat melantik Khusrin jelas membelakangkan kerajaan negeri yang dilantik oleh rakyat.

Semalam Khusrin berkata beliau masih boleh menjalankan tugas-tugas termasuk membabitkan pentadbiran kerajaan negeri, sumber manusia dan perkara-perkara merancang.

"Saya akan buat kerja mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada selagi tiada arahan selanjutnya dari JPA. Kalau hari ini saya diarahkan pergi (oleh JPA), saya akan pergi...tiada masalah," katanya.

03 January 2011

SUK SELANGOR : KEMELUT BERAKHIR HARI INI?

Hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Khusrin Munawi yang dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan memulakan tugasnya. Beliau dilihat begitu komited dengan tugasnya apabila masuk pejabat seawal jam 6.45 pagi.

Namun begitu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim masih berusaha untuk menyelesaikan isu perlantikan Khusrin yang dilihat cuba membelakang Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor yang diberi mandat oleh rakyat.

Khalid dijadual menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam jam 11.00 pagi ini.

Mungkinkah kemelut itu akan berakhir hari ini. Itu yang kita harapkan.

KEMBALI SIBUK : TUNTUTLAH ILMU DGN IKHLAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH

Hari ini 3 Januari 2011, ibubapa kembali kepada rutin harian yang kembali sibuk kerana anak-anak kembali ke sekolah menuntut ilmu.

Ada yang terpaksa outstation menghantar anak bersekolah di luar kawasan. Semuanya demi kepentingan masa depan anak-anak supaya menjadi insan soleh dan musleh, memperhambakan diri kepada Allah S.W.T.

Setelah hampir 2 bulan ibubapa 'berehat' dari menyediakan anak-anak ke sekolah, menghantar mereka ke sekolah dan membantu mereka belajar kini rutin itu kembali semula.

Saya doakan semua kita bersabar dengan kerenah dan perangai anak-anak yang kadang-kadang bila hilang sabar pening kepala dibuatnya.

Di doakan semua kita diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk menempuh dugaan dan cubaan ini. Amin.

02 January 2011

MENTERI AGAMA NASIHAT YB TEO TETAPI BIARKAN ISTERI PEMIMPIN UMNO TAK TUTUP AURAT

Menteri Agama Kerajaan Najib, Jamil Khir Baharom berkata orang bukan Islam termasuk ahli politik tidak dihalang memasuki masjid tetapi adabnya seperti etika berpakaian perlulah dihormati.

Tetapi menurutnya ahli politik yang memahami pandangan masyarakat berhubung isu keagamaan seharusnya tidak melakukan tindakan yang boleh menyentuh perasaan penganut agama tersebut apatah lagi mengulangi perbuatannya.

Saya tidak faham siapa yang sebenarnya yang tersinggung kerana setakat ini orang yang riuh rendah cuma pemimpin dan penyokong Umno sahaja sedangkan ahli kariah masjid yang terlibat pun tidak bising. Malah Nazir masjid yang berkenaan iaitu Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Hj Azman Idris pun berkata bagi beliau isu itu bukanlah suatu isu yang sensitif dan besar.

Yang saya tahu, pemimpin Umno dan Utusan Meloya beriya-iya memainkan isu ini untuk kepentingan politik mereka. Apakah mereka benar-benar ikhlas membuat teguran dan nasihat kepada YB Teo sedangkan pada semua orang tahu ramai dikalangan orang Islam yang memasuki masjid tidak menutup aurat khususnya ketika majlis akad nikah dan lain-lain. Apakah masjid tidak tercemar dengan gelagat wanita Islam yang sengaja tidak menutup aurat di dalam masjid.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jamil Khair kerana begitu prihatin terhadap YB Teo tetapi tidak pula sensitif kepada amalan tidak menutup aurat isteri-isteri pemimpin Umno dan pemimpin-pemimpin wanita/puteri Umno yang tidak menutup aurat. Adakah aurat TIDAK WAJIB bagi orang Umno sehingga ianya dipersendakan, sekali tutup kepala sekali tidak. Tutup kepala pun tidak memenuhi tuntutan menutup aurat, jambul nampak, leher nampak dan kadang-kadang jarang pula.

Di harapkan pada masa hadapan Jamil Khair terus sensitif terhadap isu-isu YB yang bukan beragama Islam yang datang masjid tetapi pada masa yang sama berani menasihat dan memberi peringatan kepada isteri-isteri 'boss'nya yang terus ingkar perintah Allah supaya menutup aurat.

ALI RUSTAM MESTI DISIASAT - ADLY

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari sekali lagi menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2009 yang menunjukkan terdapatnya keraguan dalam pengurusan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang dipengerusikan beliau.

Adly berkata laporan Ketua Audit Negara tersebut secara jelas mendedahkan kegagalan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) membina Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyebabkan agensi itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat.

Beliau melahirkan rasa kesal di atas kelalaian yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN yang diketuai Dato' Seri Mohd Ali Rustam sehingga menyebabkan tanah milik MAIM terlepas kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan Melaka melalui MAIM juga dilihat gagal memantau projek yang dilaksanakan oleh RMSB yang telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada 13 Jun 2004.

Sebaliknya, tegas beliau, RMSB membina projek pembangunan lima tingkat Kompleks Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas tapak PT 83.

Adly mendedahkan, MAIM telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan RMSB pada 13 Disember 2002.

"RMSB dikehendaki membina Kompleks MAIM di PT 1155, Bandar Bukit Baru, Daerah Melaka Tengah dalam tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM10.16 juta."

"Sebagai balasan, RMSB diberi hak membangunkan tanah di PT 83 dan MAIM akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Kompleks MAIM selesai," tulis beliau di dalam blognya adlyzahari.blogspot.com.

Dakwa Adly lagi, pihak RMSB telah memecah PT 83 kepada lima lot kecil iaitu Lot 105 hingga Lot 109 dengan kelulusan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka pada 14 Disember 2006

RMSB, katanya telah menjual Lot 106 pada 7 Februari 2007 kepada BC Lim Enterprise dengan harga RM10.5 juta dan Lot 105 kepada Universiti Terbuka Malaysia pada 8 Oktober 2007 dengan harga RM10.4 juta, jelas beliau.

MAIM, menurut Adly yang dipengerusikan Ali Rustam sepatutnya bertanggungjawab sehingga menyebabkan wang zakat sebanyak RM13.85 juta digunakan, disamping kehilangan tanah di Lot 105 dan Lot 106.

"Sikap kerajaan Umno-BN yang membenarkan tanah wakaf dijual pada pihak ke 3 adalah gambaran perangai hipokrit Umno yang kononnya berusaha menyelamatkan Melayu dan Islam."

"PAS Melaka mendesak SPRM melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan ketelusan dan mereka yang melakukan penyelewengan di hadapkan kemuka pengadilan" tegas Adly.

Adly yang menulis di dalam blognya berkata kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Mohd Ali, gagal menguruskan harta wakaf dan wang zakat sehingga banyak kelemahan dikenalpasti dalam sebuah negeri yang dikatakan berstatus 'Negeri Maju'.

Beliau berkata nilaian tanah milik MAIM telah berkurangan daripada RM18.81 juta pada tahun 2006 kepada RM9.11juta sahaja pada 2008.

"Penggunaan wang Baitulmal sebanyak RM1.8 juta bagi pengubahsuaian komplek perniagaan MAIM, yang disewakan kepada JAIM."

"Selain itu MAIM juga gagal mendaftar sebanyak 20% dari tanah yang diwakafkan malah proses mendaftar tanah wakaf mengambil masa dari 21 hingga 164 bulan." jelas Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Menururnya kelemahan lain adalah berkaitan penyelenggaraan daftar harta wakaf, harta faraid dan sewa hartanah, pencerobohan tanah Baitulmal erta tanah wakaf tidak dapat dikenalpasti lokasinya.

SPRM BUTAKAN MATA, PEKAKKAN TELINGA

Walaupun pelbagai fakta dan pendedahan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahun 2009 terhadap salah laku dan penyelewengan dalam pengurusan kewangan kerajaan negeri Melaka dan agensi-agensinya, sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih membutakan mata dan memekakkan telinga tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

Ibaratkan sudah terang lagi bersuluh segala fakta dan angka-angka diberikan di dalam laporan tersebut, apa lagi SPRM mahukan, tetapi mereka tetap diam seribu bahasa. Tetapi jika ia melibatkan pemimpin PAS, DAP, PKR hanya khabar-khabar angin kedengaran sepantas kilat SPRM membuka kertas siasatan. Ibarat laporan dibuat hari ini siasatan sudah dimulakan semalam. Itulah rupa sebenar SPRM walaupun ianya dijenamakan semula dari BPR kepada SPRM tetapi tidak nampak banyak perubahan berlaku.

Inilah yang amat dikesalkan kerana laporan Ketua Audit Negara 2009 tersebut dengan jelas mendedahkan kelemahan dan penyelewengan pengurusan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), pengurusan wang zakat, pengurusan tanah wakaf dan sebagainya tetapi semuanya tidak memberi bekas kepada SPRM. Begitu juga dengan kelemahan pengurusan PKNM, MITC, Hospital Pakar Putera dan lain-lain hanya tinggal di atas kertas tanpa sebarang tindakan dilakukan oleh SPRM.

Saya selagi ingin mendesak SPRM supaya segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan semua isu di atas.

Kepada pembaca yang ingin mendapatkan laporan penuh Ketua Audit Negara sila klik di sini.

SIAPA YANG TENTANG HUKUM ALLAH, KARPAL ATAU UMNO?

Hari ini sekali lagi Utusan menyiarkan berita yang menggelikan hati saya. 2 orang, seorang Pensyarah dan seorang bekas Felo IKIM mengeluarkan kenyataan agar Ahli Parlimen Kota Baharu, Cikgu Wan Rahim Wan Abdullah bertaubah lantaran mengeluarkan kenyataan agar langkah mayatnya jika ada yang 'mengusik' Karpal Singh.

Pensyarah USM, Ahmad Atory Hussien berlagak bagaikan Ustaz menasihati Wan Rahim supaya bertaubat kerana menurutnya sebagai orang Islam tidak sepatutnya (Wan Rahim) membuat sesuatu pendirian sanggup mati kepada bukan Islam kerana soal politik dunia tidak boleh dicampur aduk dengan hal akhirat.

Katanya, beliau (Wan Rahim) harus berfikir dan kembali ke pangkal jalan serta kewarasan agama kerana Islam mempunyai batasan tertentu dengan bukan Islam khususnya berkaitan akidah dan kenyataan itu jelas sudah terkeluar daripada ajaran Islam.

Hebat sungguh Ustaz Atory sehingga boleh memberikan fatwa dan berani pula mendakwa tindakan itu sudah terkeluar dari ajaran Islam. Pondok mana dan Pusat Pengajian Islam mana yang Atory belajar adakah pondok telefon????. Bagi saya biarlah orang yang faham dan mahir agama sahaja mengeluarkan fatwa dan kenyataan seumpama ini.

Utusan juga tidak habis-habis mengulangi kenyataan Karpal bahawa beliau menentang sekeras-kerasnya pembentukan negara Islam yang dicita-citakan PAS. Tetapi pada masa yang sama Utusan tidak pula menyiarkan kenyataan terbaru Karpal bahawa isu negara Islam adalah isu penting yang mesti dibincangkan oleh pimpinan tertinggi PR. Karpal sudah mula menunjukkan sikap keterbukaannya kepada isu negara Islam.

Seperti mana yang sudah beribu kali saya nukilkan di dalam blog ini bahawa saya tidak pelik jika Karpal dan orang bukan Islam menentang pelaksanaan negara Islam, hukum Islam, hukum hudud dan sebagainya. APA YANG SAYA PELIK IALAH MENGAPA PIMPINAN UMNO SENDIRI YANG MENOLAK NEGARA ISLAM, HUKUM ISLAM , HUDUD DAN SEBAGAINYA. BUKANKAH MEREKA ORANG ISLAM MENGAPA MEREKA SENDIRI MENOLAK ISLAM????? INI YANG MEMELIKKAN SAYA.

Saya mengharapkan Ahmad Atory memberikan komen tentang penolakan negara Islam, hukum Islam, hudud dan sebagainya yang dibuat oleh pemimpin Umno ini. Apa hukumnya tolong Ustaz Atory komen sedikit.

Apa nak dihairkan kalau orang bukan Islam takut kepada Islam tetapi macamana pula dengan Orang Islam sendiri yang takut dan tidak yakin kepada Islam? Pernahkah kita dengar ada orang yang memberikan komen sebegini, kalau hukum Islam berjalan nanti boleh kita makan sup tangan, kalau hukum Islam berjalan nanti habis batu digunakan untuk merejam dan perlembagaan negara akan membatalkan apa juga undang-undang yang bercanggah dengannya.

Siapa yang membuat kenyataan tersebut????? Ahmad Atory, pemimpin Umno dan pengikut Umno sudah tentu tahu siapa mereka itu????
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter