.

.

19 July 2008

BIAR SAYA JADI POPULIST UNTUK RAKYAT BUKAN IBLIS CURI HARTA RAKYAT - ANWAR ~ Ref Malaysiakini

Simpang Kemendor, Jasin : "Biar saya jadi 'Populist' jaga kebajikan rakyat bukan iblis curi harta rakyat", itulah antara kata-kata sinis yang dilontarkan oleh Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah perdana di Dataran Komplek PAS Kawasan Jasin, di sini malam tadi.

Ceramah beliau yang dihadiri kira-kira 8,000 orang itu bermula pada jam 10.15 malam selepas beliau mengadakan pertemuan dengan masyarakat Tionghua di Cheng.
Menurut Anwar beliau akan terus menentang sebarang percubaan untuk menyumbatnya ke dalam penjara.
"Ini bukan soal Anwar, tetapi ini soal kedaulatan rakyat, saya akan tetap menentang sebarang tekanan untuk menhentikan perjuangan saya".
"Lawan tetap lawan" kata beliau disambut oleh hadirin.
Terdahulu dari itu ketika berceramah di Cheng, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.

"Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.

"Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi," katanya.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.

ketika menyampaikan ceramah politik di Cheng, Melaka malam ini, Bernama melaporkan Anwar berkata, sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.

'Beralas simen'

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya "corrobotive evidence" (bukti yang memberi pengesahan).

"Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil...ingat," katanya bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.

Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lepas.

Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lalu seolah-olah beliau "Osama Laden" .

"Saya telah "diiringi" oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya," katanya.

Katanya semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri.

18 July 2008

PILIHANRAYA KECIL KULIM? MEDAN RAKYAT LAWAN KERAJAAN ZALIM - Sumber Malaysiakini

Andaikata Allah mentakdirkan Pilihanraya Kecil Kulim berlaku ianya sudah pasti menjadi medan Rakyat Tertindas lawan Kerajaan Zalim. Kita akan pastikan seluruh rakyat yang tertekan dan tertindas sekarang bangkit menentang kerajaan Zalim yang langsung tidak prihatin masalah rakyat marhaen yang menderita sekarang.
Keputusan samada Pilihanraya Kecil ini berlaku atau tidak akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Alor Star yang akan mendengar kes ini pada Ahad ini.

Petisyen calon BN, memohon supaya dibatalkan keputusan pilihanraya bagi kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, di selatan Kedah.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, calon PKR, Zulkifli Noordin menang dengan majoriti 5,583 undi. Zulkifli mendapatkan 22,255 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.

Hakim Balia Yusoff Wahi telah menetapkan kes itu dengar mulai Ahad hingga Khamis depan, selepas menolak bantahan yang dibangkitkan oleh Zulkifli untuk membatalkan petisyen tersebut.Petisyen tersebut difailkan oleh Aziz atas alasan Zulkifli telah gagal mengemukakan kenyataan perbelanjaannya sewaktu kempen pilihanraya umum 2004.
Mengikut akta pilihanraya, setiap calon yang tidak mengemukakan kenyataan perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya seterusnya.

Apa yang menarik jika kerusi ini diisytiharkan kosong maka akan berlaku pilihanraya kecil. Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di kerusi ini jika ia diputuskan kosong.

Maka jika ini menjadi kenyataan bermakna pertembungan pejuang rakyat yang berjuang sejak dari muda untuk rakyat akan menentang pengampu kerajaan zalim ATAU ringkasnya Rakyat Tertindas VS Kerajaan Zalim.

MUZAKARAH BUKAN SEKARANG - Ref Malaysiakini

Apa Prof Hamirdin Ithnin kata tentang Muzakarah PAS-Umno, Saya sokong 100 %.

Kata Prof :


Sekarang UMNO sibuk melaungkan bahawa ia mau bermuzakarah dengan PAS. Presiden PAS menunjukkan kesediaannya untuk bermuzakarah, tetapi Najib memberi amaran kalau nak bermuzakarah, jangan letak apa-apa syarat. Berita hari ini memetik Tuan Guru Nik Aziz mahukan ada pihak ketiga yang turut sama, sekiranya muzakarah itu hendak bei.rlangsung.

Perkara pertama yang perlu kita ketahui ialah apabila UMNO hendak bermuzakarah, maka itu adalah pertanda bahawa ia sedang nazak. Kalau ia berada dalam keadaan segar bugar, kelibat PAS pun akan diludahinya.

Kedua, pada masa ini, UMNO itu yang lebih memerlukan muzakarah berbanding dengan PAS, oleh itu PAS tidak perlu tergesa-gesa mengadakannya.

Ketiga, dalam kes liwat 2 DSAI, persepsi rakyat Malaysia ialah keterpalitan puak ni. Sehingga isu ini selesai, maka muzakrah adalah sesuatu yang merugikan PAS dan bukan menyelesaikan pergolakan orang Melayu dan umat Islam.

Muzakarah boleh diadakan. Cuma timingnya mestilah sesuai. Ia bukan sekarang.

dari blog : http://hamirdin.blogspot.com

HARGA MINYAK TERUS JATUH ....KERAJAAN BN BILA NAK TURUNKAN HARGA MINYAK? Ref Malaysiakini

Media hari ini melaporkan bahawa harga minyak mentah dunia terus jatuh semalam selepas merosot lebih AS$10 (RM32.30) dua hari sebelum itu, ekoran kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan menjejaskan permintaan minyak mentah, kata pelabur.

Kontrak utama New York untuk minyak berkualiti tinggi light sweet bagi penghantaran Ogos, jatuh 42 cent (RM1.35) kepada AS$134.18 (RM433.40) setong selepas jatuh AS$4.44 (RM14.34) Rabu lalu.

Kejatuhan itu adalah selepas penurunan sebanyak AS$6.44 (RM20.80) pada Selasa lepas, yang merupakan kejatuhan harian paling banyak sejak Januari 1991.

Minyak London Brent North Sea bagi penghantaran September jatuh 21 cent (RM0.67) kepada AS$135.60 (RM437.98), kontrak Ogos telah luput pada Rabu jatuh AS$2.56 (RM8.26) pada AS$136.19 (RM439.89).

Harga pasaran merudum selepas mencatatkan rekod tertinggi melebihi AS$147 (RM474.81) setong, kejatuhan melampau pada Rabu lalu disebabkan oleh simpanan minyak AS adalah lebih daripada dijangka, kata penganalisis.

Penganalisis Barclay Capital, David Woo berkata, harga minyak jatuh mendadak Rabu lalu disebabkan inventori minyak dan gasolin AS meningkat tanpa diduga.

Malangnya Kerajaan BN yang menzalimi rakyat dengan menaikkan harga minyak 4 Jun lalu terus membisu tidak memberikan sebarang harapan yang harga minyak akan diturunkan sebagaimana yang dilakukan oleh Singapura.
Inilah resam kerajaan zalim. Bila minyak naik cepat-cepat dinaikkan harga minyak dalam negara kita tanpa memikirkan penderitaan dan kesengsaraan rakyat.
Tetapi bila harga minyak turun mereka diam seribu bahasa.....ayuh rakyat sedarlah jangan kita bermimpi lagi. Mari kita sama-sama menyedarkan rakyat bahawa kena sekarang ini sedang ditindas dan ditipu oleh kerajaan zalim. Mari kita ramai-ramai mendaftar sebagai ahli parti-parti komponen Pakatan Rakyat supaya kerajaan sedar bahawa mereka semakin ditolak rakyat.
Wahai sahabat-sahabatku ahli Umno ayuh masuk PAS dan PKR, sahabatku yang berbangsa Tionghua dan India serta kaum lain mari ramai-ramai masuk DAP atau PKR, jangan tunggu lama-lama. Mari kita ajar kerajaan BN yang zalim ini.

ALI RUSTAM AJAK RAKYAT MELAKA SERTAI FLORATHON, BERAPA JUTA DUIT RAKYAT AKAN HANGUS? Ref Malaysiakini

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di dalam blognya mengumumkan bahawa sempena Malaysia Flora Fest 2008 (MFF) ini Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Kementerian Pelancungan melalui majlis Tindakan Pelancungan Negeri Melaka dan (MTPNM) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengadakan Florathon 2008 bertempat di Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka pada 20 Julai ini.

Katanya, ini adalah salah satu usaha kerajaan negeri untuk terus mempromosi sector pelancongan yang menjadi nadi utama dalam ekonomi negeri Melaka. Manakala florathon ini adalah salah satu dari 8 acara utama yang diadakan sempena MFF 2008.

Mohd Ali juga memberitahu bahawa acara Florathon ini adalah “BRIST WALKING” sejauh 3 km dimana para peserta akan dinilai berdasarkan kepada tema, kreativiti pakaian, ketrampilan dan usaha menghias diri.
Menurutnya lagi, acara itu sungguh unik dan ini juga secara tidak langsung untuk mempromosi produk eco-tourism.

Bagi baguslah kerajaan negeri hendak mengadakan Florathon ini. Sudah tentu ramai Kak TON dan Mak Cik ZeTON akan mengambil bahagian. Cuma apa yang kita harapkan program Florathon ini tidak membazirkan duit rakyat sehingga hutang negeri Melaka semakin bertambah.
Jadikan program ini berbenar-benar bermanfaat dan mempunyai impak yang baik untuk rakyat.
Kalau setakat nak bersuka ria dan gagal menarik minat pelancong lebih baik buat program lain. Kita pun tidak diberitahu berapa kos mengendalikan acara ini. Mungkin menelan jutaan ringgit. Ramai lagi orang miskin, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim yang memerlukan wang.
Seperkara lagi minta tolong Datuk Seri supaya memastikan program ini bebas dari pergaulan lelaki dan wanita sehingga menimbulkan fitnah dan juga pastikan tidak ada konsert hiburan yang melalaikan rakyat Melaka. Ingatlah negeri Melaka sekarang ini penuh dengan program maksiat tidak cukup dengan konsert, hotel-hotel murah pusat pelacuran pun terus beroperasi, kes hamil luar nikah terus meningkat dan sebagainya
Saya harap program-program kerajaan negeri tidak dijadikan program untuk menyuburkan lagi maksiat dan pergaulan bebas. Insya Allah.
Minta tolong sungguh-sungguh Datuk Seri anak muda sekarang ini semakin hanyut.

MUZAKARAH TAK PERLU ORANG TENGAH KALAU UMNO IKHLAS - Sumber Malaysiakini

Muzakarah Umno-PAS tidak memerlukan orang tengah sebagai perantara kalau Umno benar-benar ikhlas. Mengapa sebelum ini Umno tidak menjawab surat PAS yang telah lama dihantar untuk bermuzakarah.
Mengapa baru sekarang terhegeh-hegeh ajak muzakarah setelah Umno/BN kalah di 5 buah negeri. Baru sekarang sedar kedaulatan Melayu terhakis, agama Islam ternoda dan sebagainya.

Sedangkan sebelum ini siapa yang menghumban Bahasa Melayu dari sekolah dan IPT. Siapa yang menggadaikan biasiswa untuk bumiputera, siapa yang menyokong IFC dan banyak isu yang jelas membuktikan Umno tidak membela Islam dan Melayu.
Saya ingin nyatakan tidak perlu Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) menjadi 'orang tengah' bagi menjayakan muzakarah antara Umno dan PAS dalam membincangkan soal perpaduan Melayu dan umat Islam.
Kalau pemimpin Umno ikhlas hubungi sahaja Setiausaha Agong PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar. Jawablah surat PAS yang dihantar puluhan tahun dahulu. Mungkin surat itupun hilang. Setiausaha Agong PAS dan Setiausaha Umno silih berganti tetapi Umno masih enggan bermuzakarah. Kalau ikhlas tidak perlu buat kenyataan akhbar terus sahaja tentukan masa dan tempat. Sudah pasti pimpinan PAS akan pertimbangkan kerana minta untuk bermuzakarah dari dahulu lagi ialah PAS. Masalahnya Umno yang buat 'dek' sahaja.
Laporan Malaysiakini hari ini - Ketua Umum BBPM Osman Abu Bakar berkata, BBPM sedia menjadi orang tengah demi perpaduan parti politik ini. "Adalah menjadi objektif utama BBPM untuk melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini mencari kebaikan dan perdamaian supaya keadaan politik negara lebih mantap.
"Dengan itu, dunia luar akan memberi tumpuan kepada politik Malaysia dan membawa kepada pelaburan yang banyak sekaligus, meningkatkan ekonomi negara," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kesediaan PAS bermuzakarah dengan Umno, melalui pihak ketiga. Itu pandangan Tuan Guru. Saya rasa pandangan pemimpin lain mungkin berbeza. Terpulang kepada pimpinan untuk membuat keputusan.
Di peringkat akar umbi pula ada ahli yang setuju PAS bermuzakarah dengan Umno manakala ramai juga yang tidak bersetuju. Mereka yang tidak bersetuju mungkin serik dengan perangai Umno yang jelas bongkak dan tamak kuasa. Ramai yang mungkin tidak dapat memaafkan Umno yang memenjarakan tahanan ISA tanpa bicara sehingga nak ziarah anak yang sakit tenat pun tak boleh. Ramai yang tersiksa dengan kenaikan harga minyak dan barangan. Tidak kurang yang dizalimi dalam bentuk-bentuk lain.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberikan syarat supaya pihak ketiga menjadi orang tengah sebagai salah satu jaminan bahawa PAS tidak diperangkap oleh permainan politik UMNO sebagaimana yang pernah dialami sebelum ini sehingga wujud keretakan besar dalam PAS.
Tuan Guru sendiri merasai bagaimana Umno mempermainkan PAS dengan 'menendang' PAS keluar dari Barisan Nasional tahun 1977 dahulu.

CERAMAH PERDANA DATUK SERI ANWAR, DATUK SERI ABDUL HADI AWANG DAN YB LIM KIT SIANG - Ref Malaysiakini

Seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Melaka dijemput untuk menghadiri ceramah perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang pada 18 Julai (malam ini) bermula jam 9.00 malam bertempat di Dataran Kompleks PAS Jasin di Simpang Kemendor.

Ceramah ini amat penting untuk seluruh rakyat Malaysia kerana Insya Allah ketiga-tiga penceramah akan mengupas isu-isu terkini yang panas yang melibatkan semua rakyat. Antara isu liwat, isu minyak, pembentukan Kerajaan Pusat baru, isu debat, isu undi tidak percaya dan lain-lain.
JANGAN LEPASKAN PELUANG.

MANA LAPORAN POLIS SAIFUL? - Sumber Malaysiakini

Mana perginya Laporan Polis Saiful Bukhari Azlan. Mengapa begitu susah Polis mengeluarkannya untuk diberikan kepada Anwar Ibrahim. Bukankah orang yang dituduh berhak mendapatkan laporan tersebut. Mana punya undang-undang kamu pakai da?
Sejak dari hari pertama laporan dibuat (28 Jun) Anwar dan peguamnya memohon untuk mendapatkannya namun pelbagai alasan diberikan. Demokrasi kah ini? Mengapa susah dan mahal sangat harganya? Biasanya laporan itu harganya RM2.00 bukannya RM2Bilion ringgit macam kerajaan 'bail out' syarikat-syarikat kroni.
Apa muslihatnya? Ada udang disebalik mee ka? Apakah babak 'drama 1998' akan berulang lagi?Semuanya menjadi persoalan yang berlegar di dalam kepala kita manusia yang waras. Hanya manusia yang tidak siuman atau separuh siuman sahaja yang redha dan tunduk dengan alasan pihak berkuasa.
Mahukah kita semua menjadi manusia yang tidak waras? Kalau saya sudah tentu saya tidak mahu termasuk dalam jemaah tidak waras ini. Atau mungkin ada manusia yang waras tetapi buat-buat tidak waras demi untuk menjaga periuk nasi, takut-takut nanti dapur tak berasap.
Jangan kita hanya mementingkan perut sahaja kerana berkata benar dan bersama-sama dengan pihak yang benar adalah tuntutan agama. Sebab itu salah satu dosa besar di sisi Islam ialah SAKSI BOHONG kerana akibatnya sangat dahsyat sehingga seorang yang tidak bersalah pun boleh dihukum oleh sebab SAKSI BOHONG. JAUHI GOLONGAN TIDAK WARAS INI.

DR M : LIWAT LAGI, KERAJAAN TIDAK SEBEGITU BODOH - Ulasan laporan Malaysiakini

Dr Mahathir (Dr M) bersuara lagi. Kali ini beliau memperkatakan tentang isu liwat yang mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Jelas sekali Dr M masih berdendam dan bermusuh dengan DSAI. Apa sahaja DSAI buat semuanya tak betul dan semua tuduhan kepada DSAI acapkali disokong oleh Dr M.

Dalam Malaysiakini semalam Dr M dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan tidak begitu bodoh untuk menuduh DSAI meliwat pembantunya.

Katanya lagi, sudah tentu kerajaan akan mencipta cerita yang lebih berkredibiliti jika mahu membuat konspirasi terhadap DSAI. Maknanya kalau kerajaan hendak memerangkap DSAI sudah tentu kerajaan mencipta cerita yang lebih logik dan diterima rakyat bukannya isu liwat. Dengan lain perkataan Dr M seolah-olah yakin memang DSAI meliwat budak Saiful tu.

Beliau juga mengulang balik sejarah 1998 di mana katanya dua orang berjumpa dengannya menceritakan bahawa mereka diliwat oleh DSAI. Tetapi katanya mereka berdua tidak mahu membuat laporan dan menjadi saksi di Mahkamah.

Salah seorang dari mereka, kata Dr M berjumpa dengan Bekas Imam Besar Masjid Negara ( Ustaz Taib Azzamudin- Ahli Parlimen Baling sekarang) untuk mendapatkan nasihat dari segi agama.

Itulah pandangan Dr M yang jelas ingin menyokong laporan yang dibuat oleh Saiful pada 28 Jun bahawa DSAI meliwatnya.

Bagi saya, tidak hairan kalau Dr M mengiyakan perkara ini, kalaupun ia tidak benar sekalipun. Dr M pasti takut kalau-kalau DSAI ditakdirkan menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Rakyat. Sudah tentu Dr M akan diheret ke Mahkamah kerana beliau antara yang terlibat secara langsung dengan kes seperti yang di dakwa oleh DSAI. Malah sehingga kini Dr M sendiri tidak pernah disapina oleh mahkamah dalam apa juga kes seperti kes liwat DSAI, Kes Eric Chia dan lain-lain. Begitulah kebalnya Dr M. Kekebalan ini dijangka akan berakhir jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Ini yang paling ditakuti oleh Dr M dan pemimpin-pemimpin Umno/BN yang merasakan mereka ada membuat kesalahan.

Semua orang tahu bahawa sesiapa yang bersalah sudah tentu takut untuk diadili dan dibicarakan. Sebab itu pemimpin mana-mana kerajaan yang membuat kesalahan amat takut untuk kehilangan kuasa.

17 July 2008

SHABERY MESTI LETAK JAWATAN, SURVEY MALAYSIAKINI JADI JUSTIFIKASINYA

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mesti meletakkan jawatannya serta merta bagi menunaikan janjinya untuk berbuat demikian jika beliau gagal dalam debatnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang jelas Shabery gagal menerangkan dengan jelas rasional mengapa kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak iaitu kira-kira 41 % awal Jun lalu. Sebaliknya Anwar berjaya meyakinkan pendengar bahawa cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen adalah logik dan boleh diterimapakai.

Anwar mengemukakan fakta yang jelas bahawa penurunan harga minyak sebanyak 50 sen hanya memerlukan belanja sebanyak RM5 bilion sahaja dan ini boleh diambil dari wang sumbangan Petronas kepada kerajaan sebanyak RM1bilion; langkah berjimat cermat dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dalam projek-projek kerajaan dan dari sumber lain. cadangan Anwar ini diperkukuhkan lagi dengan kadar keuntungan Petronas yang terus meningkat di mana keuntungan Petronas untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2008 menunjukkan Petronas memperolehi sebanyak RM61 bilion.

"Mengapa kerajaan begitu senang membantu syarikat-syarikat asing dengan menggunakan istilah insentif, mengapa kerajaan begitu mudah membantu syarikat-syarikat tempatan yang 'sakit' dengan istilah 'bail out' , jumlah insentif dan 'bail out' ini adalah berbilion-bilion ringgit, tetapi pada masa sama begitu payah untuk membantu rakyat bagi mengurangkan harga minyak. Malah istilah subsidi yang digunakan untuk mengurangkan harga minyak cukup negatif dan saya tidak bersetuju dengan istilah ini" soal Anwar dan ianya gagal di jawab oleh Shabery dengan meyakinkan.

Selain itu Shabery juga gagal memberikan fakta yang meyakinkan malah soalan dari wakil Anwar iaitu Zulkifli Sulong yang bertanyakan kemana perginya wang yang diambil dari pengurangan subsidi minyak sebelum ini, juga gagal di jawab oleh Shabery. Sebaliknya beliau banyak bercakap tentang perkara yang tidak berkaitan dengan soalan.

Malah tinjauan selama 12 jam Portal Media Internet, Malaysiakini yang dimulakan sebaik sahaja perdebatan selesai mendapati daripada 18,684 pembaca yang menyertai tinjauan pendapat tersebut, 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan. Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Maka tidak syak lagi Shabery jelas gagal dalam misinya untuk menerangkan rasional kenaikan harga minyak dan beliau semesti meletakkan jawatannya sebagai Menteri Penerangan serta merta. Jangan berdalih lagi atau jangan memberikan alasan bahawa kedudukannya hanya ditentukan oleh Perdana Menteri seperti yang dinyatakan semalam ketika ditemubual oleh media. Jika beliau seorang yang bermaruah beliau mesti meletakkan jawatan serta merta.

PAS PARTI PALING SETIA DALAM PERSAHABATAN - Ulasan berita malaysiakini

Sehari dua ini riuh rendah Umno memukul canang untuk bertemu dan berbincang dengan PAS demi untuk kedaulatan bangsa melayu dan agama Islam kata mereka.
Sebenarnya gendang inilah yang dipalu oleh Umno oada setiap kali mereka mengalami kekalahan atau kemerosotan undi pada setiap Pilihanraya umum. Semua orang tahu bahawa baru-baru ini Umno dilanda tsunami yang dahsyat sehingga BN kehilangan 4 buah negeri dan gagal merampas Kelantan pada cubaan mereka kali yang ketiga setelah tewas pada tahun 1990.
Seperti dijangka sekali lagi Umno menghulurkan tangan kepada PAS untuk berbaik-baik kononnya demi ketuanan Melayu dan memelihara Islam. Bila pula Umno mengutamakan Melayu dan Islam. Sebelum ini wirid harian mereka hanyalah projek, business dan bagaimana nak menang pada pemilihan Umno?
Seperti dijangka PAS sebagai sebuah parti Islam yang mengamalkan dasar terbuka untuk bekerjasama dengan siapa sahaja menyambut baik 'gendang' Umno tersebut. Namun PAS sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah. PAS mempunyai Lajnah Politik yang sentiasa innovatif dan kreatif memikirkan apa juga langkah ke hadapan.
PAS memang terkenal sebagai sebuah parti yang paling setia kepada rakan-rakan politiknya. Sejarah telah membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengkhianati persahabatannya.

Semasa Perikatan kalah teruk pada pilihanraya umum 1969, mereka menghulurkan tangan kepada PAS untuk bergabung di bawah payung Barisan Nasional. Atas kepentingan melayu dan Islam PAS bersetuju untuk menjadi parti komponen Barisan Nasional. Namun akhirnya PAS diterajang keluar dari BN oleh Umno atas alasan-alasan yang tidak logik pada tahun 1977. Siapa yang tidak setia kepada persahabatan, PAS atau Umno? Sudah tentu jawapannya Umno.

Semasa krisis Ku Li-Dr Mahathir 1987/1988 PAS sekali lagi menjalinkan persahabatan atas nama Tahaluff Siyasi dan bergabung dengan Parti Ku Li iaitu Semangat 46, Hamim dan Berjasa membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Pada Pilihanraya Umum 1990 APU menang bergaya di Kelantan apabila tidak memberikan sebarang kerusi kepada BN di Kelantan. Malah APU hampir membuat kejutan di seluruh Malaysia jika tidak kerana permainan kotor BN yang menggunakan isu Ku Li memakai sigah berlambang salib.

Selepas itu pada Pilihanraya Umum 1995 APU semangat merosot.Ku Li mula resah dan mencipta berbagai alasan yang mula menikam PAS. Akhirnya Ku Li terhegeh-hegeh bersama-sama dengan Ahmad Shabery, Rais Yatim membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno secara beramai-ramai dan parti Semangat 46 dibubarkan. Siapa yang tidak setia kepada persahabatan PAS atau Semangat 46? Sudah tentu jawapannya Semangat 46.

Sekali lagi apabila krisis Dr Mahathit-Anwar memuncak akhirnya Anwar difitnah. Anwar dipecat dari kabinet dan Umno. Parti KeADILan Nasional (PAN) ditubuhkan oleh penyokong-penyokong Anwar dipimpin oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail. PAS menghulurkan tangan untuk bergabung membentuk Barisan Alternatif dengan turut sama disertai oleh DAP dan PRM. Siapa yang lebih terbuka kalau bukan PAS. Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadzil Noor menjadi pencetus kepada gerakan rakyat (GERAK) yang menjadi asas kepada pembentukan Barisan Alternatif (BA). Anwar merengkok dalam penjara 6 tahun atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa.

BA telah mencapai kemenangan gilang gemilang apabila berjaya meraih banyak kerusi parlimen dan merampas Terengganu dari BN dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti kerusi DUN yang besar. Namun DAP merasakan bahawa sokongan kaum cina kepada DAP berkurangan dan mengambil keputusan keluar dari BA. Siapa yang tidak setia kepada BA?

Namun pada pilihanraya 2004, BN mencapai kemenangan yang besar dengan bantuan SPR, media dan penyelewengan. DAP kembali mendapat kerusi majoriti bagi pembangkang di parlimen. PAS dan PKR berkabung kerana tewas dengan begitu teruk. Terengganu terlepas, Kelantan hanya dipertahankan dengan majoriti 1 kerusi. Malah satu kerusi majoriti PAS tersebut dimenangi dengan kelebihan 2 undi sahaja iaitu DUN Kemuning.

Selepas Anwar dibebaskan beliau dan pimpinan PAS terus memperkuatkan BA dan mengatur strategi yang unik bagi menarik sokongan kaum India dan Cina. DAP tidak menyertai BA bagi menghadapi Pilihanraya 2008. Hasilnya BA dan DAP merampas 4 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah selain mempertahankan Kelantan. Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang terpaksa diperintah dengan kerajaan campuran demi untuk memastikan kehendak rakyat dipenuhi iaitu menafikan BN menjadi kerajaan. Akhirnya dengan kesedaran bahawa terdapat banyak persamaan antara BA dan DAP iaitu mewujudkan kerajaan berkebajikan dan kerajaan yang adil, maka DAP, PAS dan PKR akhirnya membentuk Pakatan Baru iaitu Pakatan Rakyat. PAS secara terbuka boleh bekerjasama dengan siapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi. Ini dibuktikan apabila PAS tidak pernah menolak untuk berkawan dengan sesiapa diatas persamaan matlamat perjuangan.

Kini ada pihak mempertikaikan kesetiaan PAS. Saya ingin tekankan bahawa sepanjang sejarah PAS tidak pernah mengkhianati persahabatan. Walaupun PAS terpaksa kehilangan segelintir ahli yang tidak setuju dengan persahabatan dengan Semangat 46, PKR dan DAP namun PAS tetap berpegang kepada janji setia persahabatan kerana perjuangan PAS adalah Islam yang boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja asalkan sahabatnya ikhlas tidak seperti Umno yang pernah menendang PAS dulu. FIKIRKAN.......................

ISU DNA : ANWAR KATA BOLEH, PEGUAM KATA TAK PERLU - Ulasan kepada laporan Malaysiakini

Dilema samada perintah mahkamah supaya sampel DNA diberi atau tidak kepada Polis menjadi topik perbincangan di kalangan rakyat sekarang.
Di pihak Anwar beliau berkata, akan memberikan kerjasama kalau perintah mahkamah diperolehi Polis. Manakala peguamnya, Sankara Nair pula berkata Anwar boleh bertegas tidak memberinya kerana kes duluan pernah berlaku di Mahkamah Tinggi di mana Mahkamah tidak membenarkan sampel DNA di ambil.
Ini satu babak menarik seterusnya. Yang pasti Polis akan bertindak cepat untuk mendapatkan perintah Mahkamah. Kalau boleh sekarang pun Polis hendak dapatkan.
Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membenarkan polis mengambil sampel DNA darinya jika mahkamah memerintah demikian, kata peguamnya, Sankara Nair hari ini.
Bercakap kepada pemberita di kediaman Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, Sankara berkata, polis boleh memohon kepada mahkamah jika mereka mahu sampel DNA tersebut.Semalam, sewaktu ditahan, Anwar enggan memberi contoh DNA darinya kepada pihak polis bila mereka membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Bagaimanapun, Sankara berkata, usaha polis itu mungkin dikecewakan seperti dalam kes-kes duluan sebelum ini."Terdapat satu kes yang didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang tidak membenarkan polis memaksa sesiapa memberi contoh darah atau contoh dari badan," katanya.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pihak polis akan menggunakan ruang undang-undang yang ada untuk mendapatkan contoh DNA Anwar.Pada 28 Jun lalu, seorang bekas pembantu Saiful Bukhary Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.Manipulasi laporan polisDalam perkara berkaitan, Sankara berkata, beliau telah mencuba sebanyak lim akali - secara lisan dan bertulis - untuk mendapatkan laporan polis Saiful.
Katanya, pada 3 Julai lalu, polis Brickfields telah bersetuju memberi salinan laporan tersebut tetapi enggan berbuat demikian pada hari berikutnya."Laporan polis adalah dokumen awam dan tertuduh patut diberikan satu salinan," katanya.
Peguam dan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya menjelaskan, kebiasaannya, polis akan merahsiakan laporan untuk melindungi identiti pengadu, tetapi dalam kes ini, identiti Saifaul sudah diketahui umum.
"Apa yang kami bimbangkan ialah laporan polis tersebut dimanipulasikan selepas polis mengambil kenyataan Anwar," katanya.Sebelum itu, Sankara berkata Anwar juga enggan menyerahkan pasportnya seperti yang diminta oleh pegawai penyiasat kerana beliau belum lagi didakwa di mahkamah.Katanya, pergerakan Anwar tidak boleh disekat dan menegaskan ketua umum PKR itu akan melaporkan diri di ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada 18 Ogos seperti yang diminta.
"Ketika itu, mereka boleh memilih untuk melanjutkan tempoh ikatjamin, memutuskan tidak perlu lagi siasatan lanjut atau mendakwa beliau," tambahnya.Anwar ditangkap semalam untuk membantu siasatan polis terhadap laporan Saiful itu. Beliau dibebaskan dengan ikatjamin polis pada jam 9.45 pagi tadi.

POLIS AKAN DAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH UNTUK DAPATKAN SAMPEL DNA - Malaysiakini

Seperti biasa Polis akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan bukti dari sesiapa yang mereka ingini. Timbalan Ketua Polis Negara, Ismail Omar berkata Polis akan cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan sampel DNA Anwar Ibrahim.

Jika ianya diperolehi maka sudah tentu Anwar tidak ada pilihan terpaksa menurut perintah ini. Jika beliau enggan ianya dikira melanggar undang-undang negara.

Begitulah episod seterusnya. Maka babak seterusnya ialah :-

1) Polis dapatkan perintah mahkamah
2) Arahkan Anwar beri sampel darah
3) Kalau Anwar enggan tangkap dengan gunakan Polis bertopeng dan pakai jaket
4) Sumbat dalam lokap untuk siasatan

dan seterusnya ............babak yang lagi hebat............MACAM CERITA HINDUSTAN.

INILAH JADINYA KALAU MANUSIA SUDAH TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH S.W.T.

INGATLAH KITA SEMUA AKAN MENGADAP ALLAH. DI SANA KITA SEMUA AKAN DITANYA WALAUPUN SEBESAR ZARAH PUN KESALAHAN KITA.

SOKONG PENUH CADANGAN PRESIDEN PAS TOLAK PENGGUNAAN DNA (Seperti dilaporkan Malaysiakini)

Kita sebagai pencinta keadilan sudah pasti mahu sesuatu kes diadili dengan seadil-adilnya tanpa ada keraguan. Maka sudah tentu apa juga bukti yang boleh dimanipulasi dan direkacipta semestinya diketepikan.
Oleh itu tindakan Anwar enggan memberikan sampel darahnya merupakan suatu tindakan yang tepat demi untuk keadilan.
Saya menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Presiden bahawa PAS amat bersetuju dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak membenarkan darahnya diambil untuk dijadikan sampel DNA.
Jangan pula nanti ada pihak yang mempertikaikan keengganan Anwar memberikan sampel DNA tersebut. Itu adalah haknya yang sangsi dan ragu takut-takut ianya dimanipulasi oleh pihak tertentu. Buktinya kes liwat 1998 yang menjadi sejarah hitam dimana berlaku 'fabrication of evidence'.
Dalam kenyataanya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyokong keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan membenarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri akan dimanipulasi pihak berkuasa.
Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, yang juga ahli Parlimen Bachok di Parlimen hari ini, beliau berkata PAS mengambil pendirian menolak sebarang tuduhan yang berbentuk andaian dan spekulasi.
"Begitu juga dengan penggunaan DNA yang pada bila-bila masa boleh di manipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah bagi menafikan keadilan yang sebenar.
"Saya menyeru kepada semua agar berpegang teguh kepada prinsip Islam dan undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti kesalahannya di mahkamah yang diadili. "
Asas ini harus dipegang dalam menilai tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Di samping itu, Bernama melaporkan beliau juga mengalu-alukan pembebasan Anwar namun memandang berat cara penangkapan yang dibuat terhadapnya.
"Kami memandang berat cara penangkapan Anwar yang dibuat polis semalam yang tergesa-gesa dan kasar walaupun beliau bersedia melaporkan diri dan memberi kerjasama.

TAHNIAH ANWAR, ANDA BERTEGAS UNTUK KEBENARAN (Polis : Anwar enggan beri sampel - Malaysiakini)

Saya memuji ketegasan Anwar yang enggan memberikan sampel DNA. Polis dalam kenyataan hari ini memberitahu bahawa Anwar enggan memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA.
Sudah tentu Polis ingin menggunakan DNA Anwar untuk tujuan tertentu yang disangsikan oleh Anwar. Mungkin beliau bimbang sampel DNA itu akan disalahgunakan untuk tujuan memerangkap beliau. Ini bukan cerita baru sebab kes liwat 1998 menjadi bukti bahawa manusia-manusia terkutuk memang tidak takut kepada hukum Allah dan balasan dari Allah. Yang penting yes bosss ...............kami akan buat.
Anwar ditangkap pada kira-kira jam 12.55 tengahari semalam dan terus disoalsiasat di IPK KL. Pada sebelah malamnya beliau dibawa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dan pengambilan sampel DNA. Namun beliau berkeras tidak mahu memberikan darahnya.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis, Ismail Omar berkata bahawa tangkapan terhadap Anwar yang dilakukan oleh Polis bertopeng dan memakai jaket semalam adalah prosedur biasa. Hal ini amat disangsikan oleh orang ramai kerana biasanya pasukan sedemikian digunakan untuk menangkap penjenayah berat sahaja. Apakah Anwar penjahat yang amat ditakuti yang boleh membahayakan semua orang?
Ismail berkata, kehadiran polis bertopeng dalam pasukan yang menangkap Anwar semalam "perkara biasa" kerana banyak faktor telah diambil kira. Ismail juga menjelaskan, tidak semua anggota polis yang hadir di situ memakai topeng.
Lepas ini mungkin agaknya semua Polis yang hendak menangkap yang dituduh melakukan kesalahan tak kira kesalahan berat atau kecil, semuanya akan memakai topeng. Ayuh kontraktor dan pengeluar topeng bersedialah dengan stok topeng anda untuk dijual kepada Polis. Masuk tender jual topeng ................

ANWAR DIAIBKAN....MELAMPAU DAN BIADAP - lapor Malaysiakini

Membaca laporan Malaysiakini sebentar tadi berbagai perkara bermain di dalam minda saya. Anwar ditelanjangkan dan ....................Nampaknya matlamat mengHALALkan cara .......apa juga suruhan pihak atasan - 'pengarah filem' mesti dipatuhi ........yes boss.....jangan bangkang, BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN .....itulah 'command' yang biasa kita dengar.

Menurut laporan Malaysiakini tersebut, Anwar diperiksa seluruh badan, termasuk bahagian sulitnya. Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga 'ukur mana yang perlu' dan beliau 'ikut semuanya".
Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambarnya diambil "kerana mereka mungkin disiarkan dalam YouTube".
Menurut matan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan darahnya diambil sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan dibawa ke ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur.
Mereka ditahan semalam untuk dirakamkan kenyataannya dan dibebaskan pagi tadi.
Beliau disoalsiasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar bulan lalu.

PENAHANAN ANWAR : JEPUN DAN AMERIKA PANDANG SERIUS - MALAYSIAKINI.....ANDA BAGAIMANA?

Kalau negara-negara luar memandang serius penahanan Anwar tidak ada sebab mengapa kita sebagai orang Malaysia tidak ambil peduli tentang perkara ini.

Saya mengharapkan rakyat Malaysia berfikir secara matang dan rasional kerana kita bimbang pihak berkuasa akan bertindak sebagaimana peristiwa hitam 1998 iaitu suatu sejarah hitam dalam perundangan Malaysia.

Malaysiakini melaporkan bahawa Amerika Syarikat memandang sangat serius penahanan Anwar.

"Amerika menggesa Kerajaan Malaysia menyelesaikan dalam bentuk yang meyakinkan berdasarkan undang-undang Malaysia" kata Jurucakap Jabatan Negara Amerika Sean McComark.

Jepun pula dilaporkan mengharapkan maklumat yang lebih lanjut tentang penahanan Anwar semalam.

Laporan penuh di Malaysiakini.

GAMBAR TANGKAPAN ANWAR SEMALAM - MALAYSIAKINI














Gambar-gambar semasa tangkapan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Biadapnya Polis.

Gambar Peguam Anwar - Sankara Nair dan YB Sivarasa Rasiah

AJK PUSAT MCA KELUAR PARTI - Malaysiakini....ANDA BILA LAGI?

Ahli Jawatankuas MCA Pusat yang juga bekas Setiausaha Parlimen, Dr Tan Yew Kew mengumumkan keluar dari MCA hari ini. Beliau juga adalah bekas Timbalan Ketua Wanita MCA.
Pengumuman ini memberikan tamparan hebat kepada MCA yang sememangnya sedang bergolak hebat sekarang ini.
Nampaknya sejak akhir-akhir semua parti komponen utama BN iaitu Umno, MCA, MIC dan Gerakan benar-benar berada dalam keadaan goyah ekorang kekalahan teruk BN pada pilihanraya Umum lalu. Pimpinan-pimpinan masing-masing menuding jari kepada satu sama lain yang mendakwa antara mereka menjadi penyebab kepada kekalahan parti mereka.
Lebih memeritkan Presiden parti masing-masing dituduh sebagai lemah, lembap dan suka menggunakan kuasa 'veto' mereka yang menyebabkan rakyat menolak BN.
MCA, Gerakan dan MIC mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah berbanding Umno yang kelihatan masih mendapat kepercayaan orang Melayu terutama di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang.
Sesungguh keputusan Dr Tan ini merupakan suatu titik permulaan kepada dakwaan Pakatan rakyat bahawa selepas ini akan ramai lagi pemimpin parti komponen BN akan keluar parti mereka dan menyertai parti-parti Pakatan Rakyat. Ini tidak mustahil berlaku kerana riak-riaknya semakin kuat sekarang.

ANWAR & RAJA PETRA DITAHAN UNTUK SIASATAN, ROSMAH 'DITATANG' UNTUK KE BALAI POLIS. RPK DITAHAN LAPOR MALAYSIAKINI.

Inilah 'Double Standard' namanya apabila Anwar dan Raja Petra ditangkap secara biadap untuk disoalsiasat. Lambat sikit je terus tangkap. Namun Rosmah Mansor yang dikaitkan oleh Raja Petra dengan kes bunuh Altantuya ditatang bagai minyak yang penuh untuk datang memberi keterangan di Balai Polis.

Inilah Polis negara kita. Takut benar kepada pemimpin negara atau orang kesayangan pemimpin negara. Bila laporan Polis dibuat terhadap pemimpin pembangkang atau penyokongnya secepat kilat Polis bertindak. Namun jika laporan dibuat kepada pemimpin kerajaan dan orang kesayangan mereka belum tentu ianya akan disiasat, kalau disiasat pun bagaikan melepaskan batuk di tangga. Sudah ber'koyan-koyan' laporan dibuat terhadap Khir Toyo, Rafidah Aziz, Pak Lah, Najib, Rosmah Mansor, Samy Vellu dan lain-lainnya namun tidak pernah mereka ini didakwa dan ada antaranya tidak dipanggil untuk disoalsiasat.

Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir pun tidak pernah dipanggil sebagai saksi dalam kes-kes melibatkan beliau umpamanya kes Anwar dan lain-lain.

Begitulah hebatnya dan 'imune'nya pemimpin BN.

Hari ini satu lagi tangkapan di buat iaitu keatas Raja Petra Kamaruddin Penulis Blog yang berani mendedahkan bahawa Rosmah dituduh berada di tempat kejadian semasa wanita Mongolia Altantuya di bunuh denga n bom C4. Cepat betul Polis bertindak. Syabas Polis.

Laporan Malaysiakini seperti di bawah :-

Blogger Raja Petra Kamaruddin ditahan dan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta untuk didakwa.
Beliau dijangka didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung dakwaannya dalam akuan berkanunnya yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor - isteri timbalan perdana menteri - dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra dan peguamnnya tiba di ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.Isterinya, Marina Lee Abdullah, bimbang Raja Petra sekali lagi enggan diikatjamin dan berada tahanan seperti sebelum ini."Ini adalah kesalahan yang boleh diikatjamin. Saya harap dia tidak akan mengejutkan saya lagi dan enggan diikatjamin," katanya.Dua bulan lalu, apabila Raja Petra didakwa dengan tuduhan hasutan kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderres to hell' dalam lamanwebnya Malaysia Today, dia enggan diikat jamin.
Dia bagaimanapun bersetuju diikatjamin tiga hari kemudiannya.

ANWAR DIBEBASKAN 9.45 PAGI TADI - LAPOR MALAYSIAKINI

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan pada jam 9.45 pagi tadi dengan jaminan Polis. Anwar dilihat meninggalkan IPK KL bersama keluarga beliau dan menuju pulang ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Sankara ketika ditemui diluar Pejabat IPK Kuala Lumpur tempat di mana Anwar ditahan semalam memberitahu bahawa beliau bercakap dengan pegawai yang mengendalikan kes ini di mana pegawai tersebut membeeritahu bahawa Anwar akan dibebaskan hari ini jam 1 petang.

"Saya menerima panggilan dari salah seorang dari Pegawai Penyiasat dan mereka bersetuju untuk Anwar dijamin" kata Sankara yang tiba di IPK KL jam 9 pagi tadi.
Anwar dijadualkan memberikan kenyataan akhbar jam 2 petang ini. Anwar tidak didakwa tetapi mesti melaporkan diri semula kepada Polis pada 18 Ogos nanti.
Awal pagi ini, Peguamnya Sankara Nair memberitahu diluar IPK KL, bahawa Anwar akan dibebaskan pada jam 1 petang ini.
Anwar ditahan jam 12.55 tengahari semalam sewaktu dalam perjalanan pulang dari Ibupejabat BPR kerana memberi keterangan tentang dakwaan beliau terhadap Musa Hassan dan Gani Patail.
Sumber : Malaysiakini

ADILI ANWAR SECARA ADIL DAN PROFESSIONAL

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh mengharapkan pihak berkuasa memberikan layanan yang adil, telus dan professional terhadap Penasihat Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh dengan dakwaan liwat bulan lalu.

Menurutnya, ramai pihak sangsi dengan tindakan Polis menahan beliau semalam sedangkan beliau berjanji akan hadir di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebelum jam 2 petang.

“Apa perlu menangkap beliau dengan kasar dan biadap seolah-olah pesalah jenayah berat, sedangkan tuduhan dan dakwaan itu masih belum dipastikan, beliau hanya diminta memberi keterangan sahaja”

“Kita harap peristiwa 10 tahun lepas di mana Anwar dikasari dan dipukul dengan kejam tidak berlaku lagi kali ini, semua orang sudah tidak percaya 100 % kepada Polis, kalau dulu Ketua Polis Negara sendiri jadi kaki pukul, tidak mustahil kali ini ianya boleh berulang, apatah corak tangkapan semalam seolah-olah menjuruskan kepada keadaan yang sama” tegas Khirul.

“Anwar mesti dibebaskan setelah soalsiasat selesai, takkan soalsiasat sampai lebih dari 24 jam, ini nama ‘mental torture’ bukan soalsiasat” tambahnya

Ramai pihak menjangkakan Anwar akan ditahankan untuk soalsiasat dalam jangkamasa lama. Adalah dijangkakan pihak Polis akan memohon perintah mahkamah hari ini atau esok. untuk melanjutkan penahanan beliau.

Khirul seterusnya kesal dengan tuduhan liwat ke atas Anwar kerana ianya seolah-olah dirancang oleh pihak-pihak tertentu kerana takut dengan kepimpinan Anwar yang dilihat mampu menyatupadukan pembangkang dan juga berupaya meraih sokongan rakyat seperti yang ditunjukkan pada Pilihanraya Umum 8 Mac lalu.

Anwar ditangkap oleh sepasukan Polis memakai topeng dan jaket pada jam 12.55 tengahari semalam ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya setelah memberi keterangan di ibupejabat BPR berhubung dakwaannya kepada Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail yang dituduh mencipta bukti palsu semasa kes liwat 1998 dahulu.
-----------------------------------------------------
Laporan Malaysiakini

Anwar bermalam dalam tahanan

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bermalam dalam tahanan polis selepas beliau ditangkap tengah hari tadi, demikian dimaklumkan oleh ketua penerangan PKR Tian Chua.Isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.25 malam.
Naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali, bersama seorang lagi naib presiden Sivarasa Rasiah dan ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff juga masuk ke bangunan IPK - tidak lama selepas Anwar dibawa pulang dari hospital Kuala Lumpur pada 10.35 malam. Sebelum itu, 10 kenderaan polis mengiringi Anwar ke hospital dari ibu pejabat polis itu pada jam 8.35 malam dan sampai kira-kira 10 minit kemudian.Anwar dimasukkan ke wad diraja dengan kawalan kira-kira 40 anggota polis untuk rawatan biasa. Mohamad Azmin dan Yusmadi kelihatan masuk ke wad itu jam 10 malam.
Sebelum itu, Mohamad Azmin bersama ketua perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zaharin Mohd Hashim bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen. Pertemuan bermula jam 9 malam, yang melibatkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berlangsung kira-kira 45 minit. Mohamad Azmin berkata Abdullah memberi jaminan "tiada kejadian mata lebam" seperti 1998.Anwar kelihatan keluar jam 10.20 malam dengan konvoi lima kenderaan polis menuju IPK.
Kira-kira 50 penyokongnya yang berkumpul di hospital melaungkan slogan "reformasi" dan "hidup Anwar" dengan disambut lambaian tangan Anwar.Lebih 30 wartawan dan jurugambar berada di luar wad itu yang dipisahkan oleh garisan polis. Beliau tiba di IPK kira-kira 10.35 malam dan sempat melambai kepada kumpulan penyokongnya di pinggir Jalan Hang Tuah yang menunggu sejak siang.Anwar sebelum ini memberi keterangan kepada polis enam jam mulai 2.30 petang selepas dibawa ke IPK jam 1.11 petang tadi.
Beliau ditangkap sewaktu hampir tiba di kediamannya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur tengah hari tadi selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung isu dakwaan pemalsuan laporan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Kira-kira 500 penyokong penasihat PKR berkumpul di pinggir Jalan Hang Tuah sejak beliau ditahan tengah hari tadi. Awal malam ini, mereka menyalakan lilin dan melaungkan slogan "reformasi."Manakala sekumpulan 50 anggota polis, termasuk berpakaian biasa, berada di seberang jalan - sebelah bangunan IPK.
Mereka bersurai dengan aman sejurus selepas tengah malam ini selepas diarahkan oleh polis.Malaysiakini difahamkan satu mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.Taklimat tentang perkembangan penahanan Anwar disampaikan oleh timbalan presiden Dr Syed Husin Ali.

TONTON VIDEO DI IPK KUALA LUMPUR SEMALAM - SUMBER MALAYSIAKINI

Anda boleh menonton video ini yang menunjukkan suasana di hadapan Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.

http://www.malaysiakini.tv/video/16076.html

16 July 2008

ANWAR DITAHAN DI LUAR RUMAHNYA

Laporan The Star

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar), ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di kawasan berhampiran dengan rumahnya.

Anwar mula memberikan kenyataan kepada polis mulai pukul 2.30 petang - kira-kira 70 minit selepas dibawa ke IPK Kuala Lumpur.

Beliau dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan DNA.

Kata Sankara polis boleh menasihatkan Anwar menjalani pemeriksaan di hospital tetapi tidak boleh memaksanya membekalkan sampel untuk DNA.

"Beberapa minit sebelum ditangkap, DSP Jude Pereira (pegawai penyiasat) menelefon saya dan mengesahkan tentang kedatangan mereka. Mereka kata hendak datang, tetapi (Anwar) ditahan di kawasan selekoh di Jalan Segambut (berhampiran rumah Anwar)," katanya.

PETRONAS MAKIN BANYAK UNTUNG, RAKYAT MAKIN MENDERITA

PETRONAS MAKIN BANYAK UNTUNG RAKYAT MAKIN SENGSARA, itulah ungkapan yang paling sesuai dinyatakan bila membaca laporan media hari ini bahawa Petronas terus mencatatkan keuntungan lebih tinggi dari setahun ke setahun akibat kenaikan harga minyak global.

Media hari ini melaporkan bahawa Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) terus mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh apabila merekodkan keuntungan bersih tertinggi baru berjumlah RM61 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 31.5 peratus berbanding RM46.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Keuntungan sebelum cukai Petronas turut naik sebanyak 25.2 peratus kepada RM95.5 bilion bagi tempoh itu berbanding RM76.3 bilion pada tahun 2007.

Perolehan Petronas juga melonjak sebanyak 21.2 peratus kepada RM223.1 bilion berbanding RM184.1 bilion pada tahun sebelumnya.

Berikutan peningkatan keuntungan itu, Petronas membayar sebanyak RM67.6 billion kepada kerajaan pada tahun ini berbanding RM52.3 billion pada tahun kewangan lalu.

Namun keuntungan ini tidak menjanjikan apa-apa kepada rakyat kerana kerajaan BN yang memerintah sekarang tidak ada belas kasihan dan simpati kepada rakyat apabila terus mencengkam rakyat dengan menaikkan harga minyak.
Jadi apa yang hendak kita banggakan kepada Petronas jika keuntungannya yang bertambah setiap tahun tidak memberikan pulangan apa-apa kepada rakyat.

Semua ini bukan salah Petronas tetapi adalah disebabkan kerakusan dan ketamakan kerajaan BN yang jelas menganaktirikan rakyat. Rakyat merempat di negara sendiri.

Semua ini terjawab pada Debat Anwar-Shabery malam tadi. Kini semuanya ada di tangan kerajaan BN samada ingin membantu rakyat atau ingin menzalimi rakyat.

PAKATAN RAKYAT MELAKA SEMAKIN KUKUH

JASIN : Kawan lama saya semasa belajar dahulu, YB Goh Leong San (kini Pengerusi DAP Melaka) berkata parti-parti Pakatan Rakyat akan mengukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain dalam usaha untuk menjatuhkan BN Melaka. Beliau berkata, DAP Melaka tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PAS dan PKR kerana tujuan parti-parti tersebut adalah sama iaitu untuk menegakkan pemerintahan yang berasaskan keadilan dan kebajikan kepada rakyat.
"Kita memang telah lama mengadakan kerjasama tetapi mungkin tidak secara rasmi sebelum ini, namun pada setiap kali pilihanraya kita sering berkempen bersama dan matlamat yang sama iaitu menjatuhkan BN".

"Memang Umno dan MCA serta MIC sering menuduh kita tidur sebantal mimpin lain-lain, tapi percayalah fitnah dan tohmahan itu adalah tidak benar dan ianya dibuktikan apabila kita berjaya bekerjasama memerintah di lima buah negeri Pakatan Rakyat"kata Goh yang juga merupakan ADUN Kesidang.

Beliau juga gembira dengan kepercayaan PAS yang sering memanggilnya untuk berceramah di kawasan-kawasan Orang Melayu sejak akhir-akhir ini. Malah beliau berjanji akan memenuhi setiap undangan bagi membongkar penyelewegan dan kezaliman kerajaan BN Melaka. Menurut beliau lagi, Pakatan Rakyat di Melaka hanya memerlukan 10 kerusi sahaja lagi untuk memerintah Melaka kerana DAP telah berjaya menawan 5 buah DUN pada Pilihanraya Umum lalu.
"Jumlah 10 kerusi tersebut bukan sesuatu yang mustahil kerana sejak-sejak akhir ini rakyat sudah mula berubah sehingga pimpinan DAP katanya sangat sibuk menerima jemputan rakyat untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan". "Jadi apa yang penting sekarang ialah PAS dan PKR mesti berusaha kuat untuk menawan hati orang melayu supaya menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.
YB Goh berkata demikian pada program ceramah umum anjuran PAS Kawasan Jasin di Kompleks PAS Jasin di Simpang Kemendor di sini minggu lalu.
Nostalgia - Kenangan masa muda-muda
Saya masih ingat sewaktu saya dan YB Goh sama-sama menuntut dulu. Beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) saya bersama-sama dengan Jemaah Islam. Kami dalam kem yang berlainan. Setiap kali Pilihanraya Kampus sudah tentu kami akan berlawan. Dulu tidak ada kerjasama antara pelajar Cina dan Melayu. Malah pelajar pro-kerajaan juga berlawan dengan pelajar Cina. Jadi pertandingan di kampus pada masa itu adalah tiga penjuru. Seringkali pelajar Cina akan menang banyak kerusi jika pertandingan sengit 3 penjuru.
YB Goh sendiri pernah menang Pilihanraya Kampus dilantik menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kalau tidak silap sessi 89/90 atau sessi 90/91 saya kurang pasti. Saya menjadi ahli MPP bagi sessi 91/92. Kenangan lama......YB Goh dah jadi Wakil Rakyat, saya ?????

MUZAKARAH DENGAN UMNO : AHLI PAS SOKONG PIMPINAN PUSAT

Pimpinan dan ahli-ahli PAS akar umbi menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Presiden PAS tentang isu perbincangan PAS-Umno. Bagi mereka tidak ada salahnya pimpinan PAS mengadakan pertemuan dengan Umno apatah lagi untuk kedaulatan Islam dan bangsa Melaka.

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri, Hajah Kintan Man berkata, Presiden PAS dan saf kepimpinan lain sudah matang dalam arena sepak terajang politik di Malaysia. Kita menaruh keyakinan bahawa apa juga tindakan yang diambil oleh Presiden dan kepimpinan atasan tidak akan lari dari prinsip perjuangan PAS iaitu meletakkan Islam sebagai asas dan dasar kerjasama dan perpaduan.

"PAS sendiri sebenarnya sudah lama mencadangkan muzakarah PAS-Umno malangnya Umno sendiri sebelum ini tidak pernah serius untuk mengadakan pertemuan. Sekarang Umno sudah sakit tenat mungkin mereka memerlukan bantuan PAS, maka mereka seolah-olah beriya-iya untuk bertemu" tegas Hajah Kintan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Bagi Ahmad Rafai Hassan dari Ayer Molek pula menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan samada ingin mengadakan pertemuan dengan Umno atau sebaliknya. PAS, katanya bukanlah parti tertutup seperti Umno yang begitu susah untuk berbincang masalah-masalah Islam dan kedaulatan Melayu. PAS sekarang ini sudah diterima oleh semua lapisan masyarakat samada orang Melayu dan bukan Melayu. Jadi PAS boleh bertemu dan berbincang dengan sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit, agama dan ideologi.

"Saya yakin pimpinan PAS mempunyai kebijaksanaan untuk untuk membuat keputusan, malah mereka juga mempunyai pengalaman luas dengan Umno yang jelas seringkali tidak ikhlas dalam apa juga perbincangan" kata Rafai.

Ahli PAS Cawangan Bukit Bayan, Mastura Hassan, pula menyarankan pimpinan PAS supaya belajar dari pengalaman lalu di mana PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional. Kita harap PAS tidak ditipu untuk kali kedua.

"Bila Umno 'sakit' Umno akan cari PAS tetapi bila Umno gagah kembali, PAS dibuang bagaikan penyapu buruk, ini pengalaman pahit PAS masa lampau yang perlu diingati sampai bila-bila. Kena ingat simpulan bahasa jangan dipatuk ular 2 kali dalam lubang yang sama".

"Perbincangan mesti menjuruskan kepada masalah yang dihadapi rakyat dan ianya mesti dibuat secara terbuka di mana rakyat boleh mendengar dan menontonnya. Selain itu kedua-dua pihak mesti berlapang dada menerima kebenaran, jangan nanti perbincangan hanya tinggal nama sahaja tiada tindakan dan hasilnya kosong" tegas Mastura.

Ahli PAS cawangan Ayer Keroh, Alzafir Mohd Nor pula berpendapat pimpinan PAS mesti tegas menyatakan pendirian dan pandangan PAS tentang permasalahan Islam dan orang Melayu jika pertemuan dengan Umno menjadi kenyataan.

"Kita tidak mahu pimpinan kita tunduk dengan kemahuan dan pendirian Umno yang sememangnya cuba menangguk di air keruh dengan menjadikan pertemuan ini medan untuk menonjolkan diri bahawa Umno lah parti perpaduan yang berusaha untuk menjamin kedaulatan Islam dan Orang Melayu.

SEKSA KUBUR

Saya mendengar cerita sahabat saya bahawa terjadi suatu perkara pelik di atas kubur seorang yang dikenali ramai di dalam negeri ini baru-baru ini. Ketika beberapa orang sedang bertahlil dan membaca A-Qur'an di atas kubur itu, mereka terdengar bunyi seperti orang sedang diseksa dari dalam kubur tersebut.

Benar atau tidak cerita ini kita kena selidiki duhulu. Jadi sesiapa yang mengetahui cerita ini secara sahih dari sumber yang sahih sila beritahu saya. Yang pasti kalau Majalah Mastika tahu cerita ini sudah tentu akan dicari siapa yang bawa cerita ini.

Namun ianya TIDAK MUSTAHIL kerana Allah S.W.T berkuasa untuk melakukan apa sahaja.

SHABERY GAGAL !!! SILA LETAK JAWATAN SEKARANG


Sekarang tiba masanya untuk Menteri Penerangan Ahmad Shabery Chik supaya meletakkan jawatannya kerana ternyata beliau gagal meyakinkan rakyat bahawa minyak patut dinaikkan dalam program Debat Anwar-Shabery bertajuk 'Hari ini memerintah esok harga minyak diturunkan'. Sebaliknya Anwar berjaya memberikan fakta-fakta konkrit dan sebab-sebab mengapa minyak memang mampu diturunkan oleh kerajaan.

Debat yang dianjurkan oleh Agendadaily.com dilangsungkan di Dewan Bahasa dan Pustaka disiarkan secara langsung oleh stesyen TV9, Bernama TV dan Astro Awani. Ianya dipengerusikan oleh Johan Jaafar dan dua orang wakil panelis untuk bertanya soalan iaitu Zulkifli Sulong bagi pihak Anwar dan Dr Nordin Kardi bagi pihak Shabery.
Shabery yang sebelum ini dilihat agak cerdik berbanding Menteri lain, kali ini bertindak mengikut adat resam Umno apabila berhujah iaitu suka menghentam peribadi. Sebaliknya Anwar secara terpuji menjawab hentaman Shabery dengan berkata, saya tidak mahu menjawab sindiran Shabery yang menghentam peribadi saya kerana kita berdebat atas tajuk menurunkan harga minyak bukannya tajuk peribadi.

Hujah Shabery sama sahaja dengan hujah Bossnya Pak Lah dan Shahrir iaitu :-

1) harga minyak global naik kita terpaksa naikkan harga minyak.
2) Wang Subsidi minyak digunakan untuk kepentingan rakyat iaitu membina prasarana kemudahan awam, menstabilkan ekonomi, untuk makanan dan sebagainya.

3) Jika subsidi diberi sudah tentu negara kekurangan wang untuk projek pembangunan dan kemungkinan Malaysia terpaksa meminjam wang dari luar.

4) dan lain-lain tradisional.

Anwar dengan 'cool', bersahaja, penuh karisma dan hujah berfakta dengan tenang menjawab dan membentang apa yang boleh di buat oleh Pakatan Rakyat.

Mekanisme yang kita tawarkan ternyata bukanlah satu yang mustahil sebenarnya:

1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.

2. Kita mempunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.

3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.

Anwar juga membidas kerajaan kerana menggunakan istilah iaitu SUBSIDI yang dipandang negatif (seolah-olah rakyat meminta sedekah dari kerajaan) sedangkan untuk pelabur luar dipanggil insentif, untuk syarikat dan kroni dipanggil 'bail out'. Semua ini menggambarkan bahawa peruntukan untuk menurunkan harga minyak adalah belas ihsan kerajaan dan boleh ditarik bila-bila masa sedangkan ianya adalah kewajipan kerajaan seumpama tanggungjawab ayah memberi makan pakai anak-anaknya.

Hujah Anwar ini gagal ditangkis Shabery yang hanya berlegar kepada isu peribadi dan isu minyak global naik serta keperluan menggunakan wang petronas untuk projek prasarana.

Soalan Zulkifli Sulong kepada Shabery juga gagal dijawab beliau apabila beliau cuba mengalihkan tumpuan kepada hal lain sedangkan Zulkifli bertanyakan kegagalan kerajaan menggunakan wang yang ditarik balik dari subsidi minyak sebelum ini yang masih gagal digunakan untuk menyediakan kemudahan awam yang terbaik kepada rakyat contohnya pengangkutan awam yang masih teruk.

Hujah Anwar lagi, pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas iaitu sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah sebuah kerajaan yang cuba sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat seluruhnya. Negara kita berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak secara mendadak. Ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi merencat sekaligus menyusahkan rakyat kerana harga barang seperti gula, tepung, minyak masak dan beras naik.
Oleh itu kita berpendapat sangat penting untuk menurunkan harga minyak agar tidak membebankan rakyat terbanyak. Pendirian kita jelas iaitu korupsi harus diperangi, ketelusan harus menjadi amalan dan ketirisan wajib segera dibaiki!

Sumber : Blog YB dan lain-lain
-----------------------------------------------
Laporan Debat oleh Malaysiakini
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek mengambil bahagian dalam perdebatan bersejarah mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam ini.Perdebatan tersebut yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.
Ia bermula jam 9 malam dan berakhir selama sejam.Orang ramai menonton secara langsung perdebatan tersebut di Internet melalu Global Media Channel dan BernamaTV - atau di TV yang disiarkan oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV.Perdebatan tersebut bermula dengan Anwar dan Shabery, masing-masing diberi masa empat minit sebagai pembuka bicara. Ia diikuti dengan soalan dari moderator, Datuk Johan Jaafar yang juga pengerusi DBP.
Kemudiannya dua ahli panel yang masing-masing mewakili Shabery dan Anwar bertanya soalan kepada kedua-duanyanya. Mereka ialah Editor Siasah, Zulkifli Sulong dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Nordin Kardi.Anwar berkata kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurun harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat. Dengan itu, katanya, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugiaan.
Di samping itu, katanya, lebih banyak lagi dapat diselamatkan jika dapat dikurangkan kebocoran yang berlaku, termasuk RM700 juta akibat kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel.Menurutnya, kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak.Berdasarkan cadangan tersebut, katanya, harga petrol boleh diturunkan sebanyak 50 sen kepada RM2.20 selitar."Saya minta dengan baik dan ikhlas, betulkan ini, kita boleh jimat ini," katanya.

Dalam ucapan pembukaannya, Anwar menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringan beban rakyat akibat kenaikan kenaikan mendakwa harga bahan bakar tersebut.
Menurutnya, pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.Shabery pula menjawab kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.Lagi pula, tambahnya, harga minyak dipengaruhi oleh faktor global.
Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 di mana rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantah, sepertimana yang dilakukannya sekarang.Menurut Shabery lagi, jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntung orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya. Menurutnya lagi, Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.Anwar bagaimanapun berkata, negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.
Menurutnya, kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan yang terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.Tambahnya, Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat inyak tertinggi dari segi keuntungannya.Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu. Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja.

Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi. Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan.Anwar pula menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360 juta kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu.Malah, katanya, Anwar menggunakan kaedah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk cuba menangani krisis pada 1997-98.
Tambahnya, walaupun rakyat dalam kesukaran, tetapi mereka masih cukup untuk makan.Anwar pula bertanya mengapa kerajaan memungkiri janji pilihanraya untuk tidak menaikkan harga minyak. Sebaliknya, kata beliau, kita harus melihat Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport minyak.Shabery kemudiannya menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 peratus keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak negara itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.

Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenai. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan.Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB.Katanya, kebocoran dan kronisme boleh ditangani dan menjimatkan sejumlah RM3 bilion. Malah, kata Anwar lagi, tindakan menaikkan secara mendadak harga minyak adalah preskripsi IMF.
Oleh itu, katanya, adalah satu fitnah untuk mengatakan bahawa beliau tunduk kepada kehendak IMF sewaktu krisis ekonomi pada 1997-98.Anwar berkata, terdapat dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar kepada kerajaan tahun ini, dan mengapa tidak boleh diambil RM1 bilion untuk mengurangkan harga minyak.

15 July 2008

CERAMAH YB SALAHUDDIN AYUB MALAM INI

Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub akan berceramah di Markaz PAS Bukit Lintang malam ini bermula jam 9.00 malam.

Ceramah ini dijangka amat menarik kerana banyak isu-isu nasional yang berlaku sehari dua ini yang sudah tentu akan dikupas dengan hebat oleh YB Salahudin.

Diharapkan Tuan-Tuan dan Puan-puan dapat menyebarkan maklumat ini kepada seluruh kawan-kawan dan jiran-jiran.

SOKONG BINCANG DENGAN UMNO TAPI HATI-HATI

Cadangan Presiden PAS untuk berbincang dengan Umno mendapat perhatian dari ahli-ahli akar umbi.

Salleh Othman dari Taman Merdeka berkata beliau menyokong cadangan tersebut tetapi pimpinan kena berhati-hati dengan Umno yang cuba menangguk di air keroh dari isu pertemuan ini.

Beliau berkata, pengalaman lalu mengajar kita, bagaimana Umno bila mereka 'sakit', mereka akan cari PAS bila mereka sihat dan kuat mereka akan tendang PAS.

Zafer Mohd Nor dari Ayer Keroh berkata, beliau yakin pimpinan PAS matang dalam hal ini. Sudah pasti pimpinan mempunyai perancangan dan strategi jika benar PAS ingin berbincang dengan Umno.

14 July 2008

SEPERTI DIDUGA : USUL TERHADAP PM DITOLAK

Seperti diduga usul tergempar hilang keyakinan pada perdana menteri yang dibawa oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat ditolak sebentar tadi. Yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang difailkan oleh ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail.Usul itu diserahkan untuk dibahaskan Khamis lalu. Gabungan pembangkang - Pakatan Rakyat - mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Antara lain, usul tersebut menyatakan bahawa pilihanraya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Menurutnya, BN mencapai kemenangan tipis dengan memanipulasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan melalui pembohongan.

Harga minyak pula, tambahnya, dinaikkan dengan tiba-tiba selepas pilihanraya walaupun timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak - ketika melancarkan manifesto pilihanraya - berjanji ia tidak akan berlaku.

Manakala ahli-ahli parlimen BN, katanya, yang menolak sikap tidak bertanggungjawab pemimpin mereka, telah diancam dan dipaksa berdiam diri.

Perkembangan tersebut, tambahnya, telah menimbulkan krisis keyakinan terhadap perdana menteri dan anggota kabinetnya. Rakyat, menurut usul itu lagi, berdepan dengan beberapa krisis seperti kenaikan harga bahan bakar makanan.

Menurutnya lagi, keyakinan rakyat terhadap polis, peguam negara dan badan kehakiman telah merosot, dan jenayah dan rasuah semakin meningkat.

Malaysiakini

KERAJAAN TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI

Jelas sekali Kerajaan BN pimpinan Imam Hadhari takut kepada bayang-bayang sendiri apabila terpaksa Polis terpaksa memohon perintah mahkamah mengharamkan rakyat berhimpun 5 km dari kawasan Parlimen.

Polis berkata, dari risikan mereka terdapat kemungkinan berlaku perhimpunan di kawasan terbabit.

Nampaknya Kerajaan begitu takut sedangkan sejak dari dahulu lagi demonstrasi yang dianjurkan oleh rakyat adalah aman dan tiada kekacauan. Jadi tidak ada yang hendak ditakutkan.
Dalam Radio dan TV terutama Stesyen RTM berbuih-buih mulut pengacaranya mengulang-ulang amaran supaya rakyat tidak menyertai perhimpunan yang dikatakan akan dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Lebih malang lagi Polis mengadakan sekatan jalanraya di kesemua jalan raya utama ke Kuala Lumpur yang menyebabkan kesesakan jalanraya yang teruk. Apa perlu sekatan jalanraya ini....??? Adakah negara kita tidak selamat? Bukan negara sebenarnya yang tidak selamat TETAPI BN yang TIDAK SELAMAT.
Anwar nafi terbabit
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan Pakatan Rakyat tidak terlibat untuk menganjurkan perhimpunan di Parlimen esok.
"Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah Majistret yang diperolehi secara ex parte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (hari ini)," katanya.
Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu fitnah dan menyalahguna proses undang-undang. Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan Rakyat untuk memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut. Polis mendapat perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan tersebut. Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata perhimpunan esok adalah perhimpunan haram dan mengingatkan orang ramai yang menyertai, mengambil bahagian atau menganjur perhimpunan tanpa permit itu, akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Polis 1967.
"Kita tak terima sebarang permohonan daripada individu yang ingin membuat perhimpunan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini. Perintah mahkamahBeliau berkata sesiapa yang mengambil bahagian atau menyertai perhimpunan itu akan disiasat mengikut Sekyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan hukuman tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak kurang dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata polis telah menjalankan operasi menampal notis perintah mahkamah bagi melarang orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen itu. Katanya notis itu ditampal di sekitar Kuala Lumpur sejajar dengan arahan bagi memberi amaran kepada orang ramai.
Ahmad Sofian berkata beberapa sekatan jalan yang dikenali sebagai 'Ops Padam' di sekitar Kuala Lumpur turut dilakukan bermula petang ini sehingga tengah malam esok. Pihaknya turut menempatkan beberapa anggota di tempat-tempat strategik dan tumpuan umum. Difahamkan perhimpunan esok yang dianjurkan oleh pihak tertentu bertujuan membantah kenaikan harga minyak.
Malaysiakini

13 July 2008

PENDEDAHAN SEBOL ........KASIHAN INIKAH NASIB MEREKA YANG BERJUANG DALAM UMNO/BN

Sebol menulis dalam blognya :-
Itu bukan cerita utama, Cerita utama ialah nasib beberapa pekerja ADUN UMNO yang ditamatkan kontrak hanya kerana ADUN baru tidak memerlukannya. Ianya terjadi pada P.A. ADUN di Negeri Melaka dimana ADUN telah bertukar atau Kawansan DUN telah ditawan DAP.
Di Negeri Melaka ada Japerun, dimana 1 ADUN akan menggunakan Japerun untuk melaksanakan kerja-kerja ADUNnya. Setiausaha Japerun juga ada yang tidak disambungkan kontraknya akibat pertukaran ADUN. Maka, ramailah P.A. ADUN dan Setiausaha Japerun yang mengganggur di Negeri Melaka ini.
P.A ADUN umpama pemegang diary merah (Anwar Ibrahim) bagi seseorang ADUN.Politik politik juga, tapi kalau ditamatkan kontrak, kemudian terpaksa menempuh saat kenaikan harga minyak tanpa pekerjaan.Seorang bekas P.A ADUN yang menganggur telah berjumpa saya menceritakan masalah ini.
Bayangkan seorang P.A. ADUN telah berkhidmat dengan beberapa ADUN, semudah itu kontraknya tidak disambung kerana ADUN baru tak mahu walaupun telah dicadangkan oleh ADUN lama.
Terdapat juga P.A ADUN yang pernah menjawat jawatan setiausaha Puteri UMNO Bahagian tertentu selama beberapa tahun. Apabila ditanya, siapa yang membayar gajinya, dia menjawap gaji dibayar oleh kerajaan negeri, namun ia sebagai kontrak. Dia juga menceritakan bahawa tiada peruntukan gaji PA untuk ADUN bukan BN (satu diskriminasi.......duit rakyat dibuat macam harta mereka sendiri).
Dia ada sijil "Berjoging Bersama Ali Rustam", gambar Ali Rustam memenuhi sijil itu.Yang menghairankan, Ali Rustam begitu berbangga dengan data yang dibekalkan oleh State Implementation Directorate (versi BM) mengatakan pengangguran ditahap minimum. Maka Bersilatlah Saudara Adly menyanggahnya dengan mengatakan DSAR patut bimbang dengan banyaknya siswazah menganggur.
Bagi saya pula, saya cukup tidak percaya kalau penganggur bukan siswazah hanya 1600 orang.Siapa nak percaya statistik pengangguran Negeri Melaka, kalau Bekas P.A ADUN UMNO pun sudah minta kerja dengan orang PAS?Kembali ke Cerita Bekas P.A ADUN UMNO, saya tanya dia, kalau DAP ambil dia bekerja untuk macam mana? Dia jawap OK, asalkan ada kerja. Tapi dia masih lagi Puteri UMNO.
Hello, Ini soal periuk nasi.Kalau mengikut Ali Rustam, siapa sahaja yang bekerja dengan pembangkang, mahu dipecatnnya dari parti dan digelar optunis. Nampak gayanya, untuk PRU 13, terpaksalah tambah di Manifesto "Bersedia mengambil bekas P.A. ADUN BN bekerja".
Ini ulasan sinis saya :-
Saya harap janganlah Ali Rustam dan ADUN-ADUN menganaktirikan mereka yang ditamatkan kontrak sebagai staff di Japerun tertentu ini. Kasihan mereka ....dah lah minyak naik, barang naik semua benda naik ...tiba-tiba lepas Pilihanraya mereka pula di'buang' kerja. Ini dah kira TAK 'Selamat, Aman dan Makmur' ni.
Takkan kerajaan negeri, Umno/BN tak boleh 'create' jawatan untuk mereka ini.......buatlah apa-apa juga Sekyen atau Bahagian Baru di bawah Jabatan Ketua Menteri .....mungkin Bahagian Karaoke ke, Bahagian Dondang Sayang ke, Bahagian Joget Lambak dan sebagainya.....kan Kerajaan Negeri Melaka banyak duit, tak da duit boleh pinjam Kerajaan Pusat ...apa ada hal. Tak ada kelulusan tinggi pun boleh jadi Pengurus Besar sana, Pengurus Besar ini asalkan bodek pandai, kipas pun pandai. Jadi Speaker boleh, jawatan besar MBMB boleh, malah jadi Pengerusi syarikat kerajaan negeri pun boleh ...........kan semua tu syarikat kita anak beranak bukannya syarikat kerajaan negeri yang sepatutnya kepunyaan rakyat.
Saya yakin Ketua Puteri Umno Melaka boleh fikir nak bantu mereka, terutama Puteri Umno yang ditamatkan riwayat pekerjaan mereka......bukan susah nak bantu mereka ....semuanya ada di dalam tangan.
Kita takut jumlah penganggur di Melaka bertambah disebabkan ramai terpaksa menganggur kerana 'dibuang kerja' selepas Umno, pemimpin Umno, ADUN, Ahli Parlimen dan lain-lain tidak memerlukan mereka.

Bagi kami ahli PAS kami dah biasa susah dan cari kerja sendiri, tak perlu bodek sana, bodek sini.
KEPADA RAKAN-RAKAN KITA PUTERA UMNO, PUTERI UMNO, WANITA UMNO, BAPAK UMNO DAN SEBAGAINYA YANG DIBUANG KERJA TU KALAU NAK MENGADU KEPADA PUSAT ADUAN PAS BOLEHLAH TELEFON KAMI 06-284 1780. MUNGKIN KITA BOLEH SEMBANG-SEMBANG TUKAR-TUKAR FIKIRAN...NAK BAGI DUIT PUN KAMI TAK BANYAK DUIT MACAM UMNO!!!!!!!!

45,000 PEKERJA KONTRAK DALAM SEKTOR AWAM...APA NASIB MEREKA?

Pendedahan Cuepac bahawa terdapat seramai 45,000 pekerja kerajaan yang berstatus kontrak sungguh mengejutkan kita. Lebih mengejutkan kerajaan baru-baru ini menukarkan pula status kontrak kepada status sambilan. (Satu langkah yang lebih zalim. Apakah ini sesuai dengan slogan Selamat, Aman dan Makmur.????)
Kontrak boleh untuk tidak disambung atau ditamatkan, walaupun ada diantara mereka sudah bertahun-tahun kerja.
Cuepacs mendedahkan lagi bahawa ramai pekerja terbabit yang mengadu hal kepada Cuepacs bahawa mereka ada yang telah berkhidmat secara kontrak selama 10 tahun. (Dah kerja 10 tahun pun masih ditukarkan kepada status sambilan.)
Untuk makluman seseorang penjawat awam yang berstatus sambilan tidak dapat apa-apa insentif sebagaimana penjawat awam lain yang berstatus tetap.......pencen tiada, kemudahan pinjaman tiada dan sebagainya ........lebih teruk lagi mereka boleh diberhentikan serta merta .........kesihan mereka ini.
Namun kita terfikir dan patut berfikir malah mesti berfikir........
Adakah ini yang dinamakan kerajaan membela rakyat dan menjaga kebajikan rakyat????

SAMY VELLU MASIH BELUM SEDAR

Walaupun Presiden MIC, Samy Vellu ditundukkan oleh rakyat pada Pilihanraya Umum di kerusi Parlimen Sg Siput pada PRU 12 lalu, namun Samy Vellu belum sedar dari 'mimpi'nya. Semalam beliau terus mahu memegang jawatan Presiden MIC walaupun pemimpin-pemimpin Parti Komponen utama BN yang lain semuanya menyatakan hasrat untuk berundur.
Lim Keng Yaik sudah berundur, Pak Lah berundur 2 tahun lagi, Ong Ka Ting 'confirm' tidak akan mempertahankan jawatannya, namun Samy masih berkeras untuk 'mati berdiri dalam pejabat' MIC.
Inilah Samy, seorang pemimpin politik ala Sami iaitu memegang jawatan seumur hidup.
Semalam S Samy Vellu berkata, beliau menyerahkan kepada perwakilan parti itu untuk memilih bakal penggantinya."Perwakilan yang akan menentukan (siapa presiden), bukan saya," kata Samy Vellu dalam sidang akhbar selepas perasmikan perhimpunan agung MIC di PWTC semalam.
Tegasnya, tidak ada rancangan pemilihan kuasa secara automatik dalam MIC.Sebaliknya, kata beliau, ia akan ditentukan oleh 3,600 pengerusi cawangan di seluruh negara.Pemilihan pucuk pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ketiga terbesar itu, akan diadakan Mac tahun depan.“Akar umbi boleh memilih siapa sahaja yang mereka mahu,"
tambahnya.
Kenyataan Samy Vellu itu menimbulkan persoalan kerana dalam pemilihan parti pada 2006, beliau secara terbuka menyokong Datuk G Palanivel bertanding timbalan presiden.
Palanivel bertanding jawatan tersebut dan berjaya menewaskan penyandangnya Datuk S Subramaniam.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter