PETRONAS MAKIN BANYAK UNTUNG, RAKYAT MAKIN MENDERITA

PETRONAS MAKIN BANYAK UNTUNG RAKYAT MAKIN SENGSARA, itulah ungkapan yang paling sesuai dinyatakan bila membaca laporan media hari ini bahawa Petronas terus mencatatkan keuntungan lebih tinggi dari setahun ke setahun akibat kenaikan harga minyak global.

Media hari ini melaporkan bahawa Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) terus mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh apabila merekodkan keuntungan bersih tertinggi baru berjumlah RM61 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 31.5 peratus berbanding RM46.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Keuntungan sebelum cukai Petronas turut naik sebanyak 25.2 peratus kepada RM95.5 bilion bagi tempoh itu berbanding RM76.3 bilion pada tahun 2007.

Perolehan Petronas juga melonjak sebanyak 21.2 peratus kepada RM223.1 bilion berbanding RM184.1 bilion pada tahun sebelumnya.

Berikutan peningkatan keuntungan itu, Petronas membayar sebanyak RM67.6 billion kepada kerajaan pada tahun ini berbanding RM52.3 billion pada tahun kewangan lalu.

Namun keuntungan ini tidak menjanjikan apa-apa kepada rakyat kerana kerajaan BN yang memerintah sekarang tidak ada belas kasihan dan simpati kepada rakyat apabila terus mencengkam rakyat dengan menaikkan harga minyak.
Jadi apa yang hendak kita banggakan kepada Petronas jika keuntungannya yang bertambah setiap tahun tidak memberikan pulangan apa-apa kepada rakyat.

Semua ini bukan salah Petronas tetapi adalah disebabkan kerakusan dan ketamakan kerajaan BN yang jelas menganaktirikan rakyat. Rakyat merempat di negara sendiri.

Semua ini terjawab pada Debat Anwar-Shabery malam tadi. Kini semuanya ada di tangan kerajaan BN samada ingin membantu rakyat atau ingin menzalimi rakyat.

Comments