TAHNIAH ANWAR, ANDA BERTEGAS UNTUK KEBENARAN (Polis : Anwar enggan beri sampel - Malaysiakini)

Saya memuji ketegasan Anwar yang enggan memberikan sampel DNA. Polis dalam kenyataan hari ini memberitahu bahawa Anwar enggan memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA.
Sudah tentu Polis ingin menggunakan DNA Anwar untuk tujuan tertentu yang disangsikan oleh Anwar. Mungkin beliau bimbang sampel DNA itu akan disalahgunakan untuk tujuan memerangkap beliau. Ini bukan cerita baru sebab kes liwat 1998 menjadi bukti bahawa manusia-manusia terkutuk memang tidak takut kepada hukum Allah dan balasan dari Allah. Yang penting yes bosss ...............kami akan buat.
Anwar ditangkap pada kira-kira jam 12.55 tengahari semalam dan terus disoalsiasat di IPK KL. Pada sebelah malamnya beliau dibawa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dan pengambilan sampel DNA. Namun beliau berkeras tidak mahu memberikan darahnya.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis, Ismail Omar berkata bahawa tangkapan terhadap Anwar yang dilakukan oleh Polis bertopeng dan memakai jaket semalam adalah prosedur biasa. Hal ini amat disangsikan oleh orang ramai kerana biasanya pasukan sedemikian digunakan untuk menangkap penjenayah berat sahaja. Apakah Anwar penjahat yang amat ditakuti yang boleh membahayakan semua orang?
Ismail berkata, kehadiran polis bertopeng dalam pasukan yang menangkap Anwar semalam "perkara biasa" kerana banyak faktor telah diambil kira. Ismail juga menjelaskan, tidak semua anggota polis yang hadir di situ memakai topeng.
Lepas ini mungkin agaknya semua Polis yang hendak menangkap yang dituduh melakukan kesalahan tak kira kesalahan berat atau kecil, semuanya akan memakai topeng. Ayuh kontraktor dan pengeluar topeng bersedialah dengan stok topeng anda untuk dijual kepada Polis. Masuk tender jual topeng ................

Comments