BIAR SAYA JADI POPULIST UNTUK RAKYAT BUKAN IBLIS CURI HARTA RAKYAT - ANWAR ~ Ref Malaysiakini

Simpang Kemendor, Jasin : "Biar saya jadi 'Populist' jaga kebajikan rakyat bukan iblis curi harta rakyat", itulah antara kata-kata sinis yang dilontarkan oleh Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah perdana di Dataran Komplek PAS Kawasan Jasin, di sini malam tadi.

Ceramah beliau yang dihadiri kira-kira 8,000 orang itu bermula pada jam 10.15 malam selepas beliau mengadakan pertemuan dengan masyarakat Tionghua di Cheng.
Menurut Anwar beliau akan terus menentang sebarang percubaan untuk menyumbatnya ke dalam penjara.
"Ini bukan soal Anwar, tetapi ini soal kedaulatan rakyat, saya akan tetap menentang sebarang tekanan untuk menhentikan perjuangan saya".
"Lawan tetap lawan" kata beliau disambut oleh hadirin.
Terdahulu dari itu ketika berceramah di Cheng, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.

"Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.

"Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi," katanya.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.

ketika menyampaikan ceramah politik di Cheng, Melaka malam ini, Bernama melaporkan Anwar berkata, sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.

'Beralas simen'

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya "corrobotive evidence" (bukti yang memberi pengesahan).

"Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil...ingat," katanya bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.

Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lepas.

Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lalu seolah-olah beliau "Osama Laden" .

"Saya telah "diiringi" oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya," katanya.

Katanya semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri.

Comments