Andaikata Allah mentakdirkan Pilihanraya Kecil Kulim berlaku ianya sudah pasti menjadi medan Rakyat Tertindas lawan Kerajaan Zalim. Kita akan pastikan seluruh rakyat yang tertekan dan tertindas sekarang bangkit menentang kerajaan Zalim yang langsung tidak prihatin masalah rakyat marhaen yang menderita sekarang.
Keputusan samada Pilihanraya Kecil ini berlaku atau tidak akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Alor Star yang akan mendengar kes ini pada Ahad ini.
Petisyen calon BN, memohon supaya dibatalkan keputusan pilihanraya bagi kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, di selatan Kedah.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, calon PKR, Zulkifli Noordin menang dengan majoriti 5,583 undi. Zulkifli mendapatkan 22,255 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.
Hakim Balia Yusoff Wahi telah menetapkan kes itu dengar mulai Ahad hingga Khamis depan, selepas menolak bantahan yang dibangkitkan oleh Zulkifli untuk membatalkan petisyen tersebut.Petisyen tersebut difailkan oleh Aziz atas alasan Zulkifli telah gagal mengemukakan kenyataan perbelanjaannya sewaktu kempen pilihanraya umum 2004.
Mengikut akta pilihanraya, setiap calon yang tidak mengemukakan kenyataan perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya seterusnya.
Apa yang menarik jika kerusi ini diisytiharkan kosong maka akan berlaku pilihanraya kecil. Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di kerusi ini jika ia diputuskan kosong.
Maka jika ini menjadi kenyataan bermakna pertembungan pejuang rakyat yang berjuang sejak dari muda untuk rakyat akan menentang pengampu kerajaan zalim ATAU ringkasnya Rakyat Tertindas VS Kerajaan Zalim.
Comments
insyaAllah tidak kira zulkifli nordin atau DSAI yang bertanding kemenangan milik pakatan rakyat..