PAKATAN RAKYAT MELAKA SEMAKIN KUKUH

JASIN : Kawan lama saya semasa belajar dahulu, YB Goh Leong San (kini Pengerusi DAP Melaka) berkata parti-parti Pakatan Rakyat akan mengukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain dalam usaha untuk menjatuhkan BN Melaka. Beliau berkata, DAP Melaka tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PAS dan PKR kerana tujuan parti-parti tersebut adalah sama iaitu untuk menegakkan pemerintahan yang berasaskan keadilan dan kebajikan kepada rakyat.
"Kita memang telah lama mengadakan kerjasama tetapi mungkin tidak secara rasmi sebelum ini, namun pada setiap kali pilihanraya kita sering berkempen bersama dan matlamat yang sama iaitu menjatuhkan BN".

"Memang Umno dan MCA serta MIC sering menuduh kita tidur sebantal mimpin lain-lain, tapi percayalah fitnah dan tohmahan itu adalah tidak benar dan ianya dibuktikan apabila kita berjaya bekerjasama memerintah di lima buah negeri Pakatan Rakyat"kata Goh yang juga merupakan ADUN Kesidang.

Beliau juga gembira dengan kepercayaan PAS yang sering memanggilnya untuk berceramah di kawasan-kawasan Orang Melayu sejak akhir-akhir ini. Malah beliau berjanji akan memenuhi setiap undangan bagi membongkar penyelewegan dan kezaliman kerajaan BN Melaka. Menurut beliau lagi, Pakatan Rakyat di Melaka hanya memerlukan 10 kerusi sahaja lagi untuk memerintah Melaka kerana DAP telah berjaya menawan 5 buah DUN pada Pilihanraya Umum lalu.
"Jumlah 10 kerusi tersebut bukan sesuatu yang mustahil kerana sejak-sejak akhir ini rakyat sudah mula berubah sehingga pimpinan DAP katanya sangat sibuk menerima jemputan rakyat untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan". "Jadi apa yang penting sekarang ialah PAS dan PKR mesti berusaha kuat untuk menawan hati orang melayu supaya menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.
YB Goh berkata demikian pada program ceramah umum anjuran PAS Kawasan Jasin di Kompleks PAS Jasin di Simpang Kemendor di sini minggu lalu.
Nostalgia - Kenangan masa muda-muda
Saya masih ingat sewaktu saya dan YB Goh sama-sama menuntut dulu. Beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) saya bersama-sama dengan Jemaah Islam. Kami dalam kem yang berlainan. Setiap kali Pilihanraya Kampus sudah tentu kami akan berlawan. Dulu tidak ada kerjasama antara pelajar Cina dan Melayu. Malah pelajar pro-kerajaan juga berlawan dengan pelajar Cina. Jadi pertandingan di kampus pada masa itu adalah tiga penjuru. Seringkali pelajar Cina akan menang banyak kerusi jika pertandingan sengit 3 penjuru.
YB Goh sendiri pernah menang Pilihanraya Kampus dilantik menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kalau tidak silap sessi 89/90 atau sessi 90/91 saya kurang pasti. Saya menjadi ahli MPP bagi sessi 91/92. Kenangan lama......YB Goh dah jadi Wakil Rakyat, saya ?????

Comments