PAS PARTI PALING SETIA DALAM PERSAHABATAN - Ulasan berita malaysiakini

Sehari dua ini riuh rendah Umno memukul canang untuk bertemu dan berbincang dengan PAS demi untuk kedaulatan bangsa melayu dan agama Islam kata mereka.
Sebenarnya gendang inilah yang dipalu oleh Umno oada setiap kali mereka mengalami kekalahan atau kemerosotan undi pada setiap Pilihanraya umum. Semua orang tahu bahawa baru-baru ini Umno dilanda tsunami yang dahsyat sehingga BN kehilangan 4 buah negeri dan gagal merampas Kelantan pada cubaan mereka kali yang ketiga setelah tewas pada tahun 1990.
Seperti dijangka sekali lagi Umno menghulurkan tangan kepada PAS untuk berbaik-baik kononnya demi ketuanan Melayu dan memelihara Islam. Bila pula Umno mengutamakan Melayu dan Islam. Sebelum ini wirid harian mereka hanyalah projek, business dan bagaimana nak menang pada pemilihan Umno?
Seperti dijangka PAS sebagai sebuah parti Islam yang mengamalkan dasar terbuka untuk bekerjasama dengan siapa sahaja menyambut baik 'gendang' Umno tersebut. Namun PAS sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah. PAS mempunyai Lajnah Politik yang sentiasa innovatif dan kreatif memikirkan apa juga langkah ke hadapan.
PAS memang terkenal sebagai sebuah parti yang paling setia kepada rakan-rakan politiknya. Sejarah telah membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengkhianati persahabatannya.

Semasa Perikatan kalah teruk pada pilihanraya umum 1969, mereka menghulurkan tangan kepada PAS untuk bergabung di bawah payung Barisan Nasional. Atas kepentingan melayu dan Islam PAS bersetuju untuk menjadi parti komponen Barisan Nasional. Namun akhirnya PAS diterajang keluar dari BN oleh Umno atas alasan-alasan yang tidak logik pada tahun 1977. Siapa yang tidak setia kepada persahabatan, PAS atau Umno? Sudah tentu jawapannya Umno.

Semasa krisis Ku Li-Dr Mahathir 1987/1988 PAS sekali lagi menjalinkan persahabatan atas nama Tahaluff Siyasi dan bergabung dengan Parti Ku Li iaitu Semangat 46, Hamim dan Berjasa membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Pada Pilihanraya Umum 1990 APU menang bergaya di Kelantan apabila tidak memberikan sebarang kerusi kepada BN di Kelantan. Malah APU hampir membuat kejutan di seluruh Malaysia jika tidak kerana permainan kotor BN yang menggunakan isu Ku Li memakai sigah berlambang salib.

Selepas itu pada Pilihanraya Umum 1995 APU semangat merosot.Ku Li mula resah dan mencipta berbagai alasan yang mula menikam PAS. Akhirnya Ku Li terhegeh-hegeh bersama-sama dengan Ahmad Shabery, Rais Yatim membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno secara beramai-ramai dan parti Semangat 46 dibubarkan. Siapa yang tidak setia kepada persahabatan PAS atau Semangat 46? Sudah tentu jawapannya Semangat 46.

Sekali lagi apabila krisis Dr Mahathit-Anwar memuncak akhirnya Anwar difitnah. Anwar dipecat dari kabinet dan Umno. Parti KeADILan Nasional (PAN) ditubuhkan oleh penyokong-penyokong Anwar dipimpin oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail. PAS menghulurkan tangan untuk bergabung membentuk Barisan Alternatif dengan turut sama disertai oleh DAP dan PRM. Siapa yang lebih terbuka kalau bukan PAS. Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadzil Noor menjadi pencetus kepada gerakan rakyat (GERAK) yang menjadi asas kepada pembentukan Barisan Alternatif (BA). Anwar merengkok dalam penjara 6 tahun atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa.

BA telah mencapai kemenangan gilang gemilang apabila berjaya meraih banyak kerusi parlimen dan merampas Terengganu dari BN dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti kerusi DUN yang besar. Namun DAP merasakan bahawa sokongan kaum cina kepada DAP berkurangan dan mengambil keputusan keluar dari BA. Siapa yang tidak setia kepada BA?

Namun pada pilihanraya 2004, BN mencapai kemenangan yang besar dengan bantuan SPR, media dan penyelewengan. DAP kembali mendapat kerusi majoriti bagi pembangkang di parlimen. PAS dan PKR berkabung kerana tewas dengan begitu teruk. Terengganu terlepas, Kelantan hanya dipertahankan dengan majoriti 1 kerusi. Malah satu kerusi majoriti PAS tersebut dimenangi dengan kelebihan 2 undi sahaja iaitu DUN Kemuning.

Selepas Anwar dibebaskan beliau dan pimpinan PAS terus memperkuatkan BA dan mengatur strategi yang unik bagi menarik sokongan kaum India dan Cina. DAP tidak menyertai BA bagi menghadapi Pilihanraya 2008. Hasilnya BA dan DAP merampas 4 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah selain mempertahankan Kelantan. Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang terpaksa diperintah dengan kerajaan campuran demi untuk memastikan kehendak rakyat dipenuhi iaitu menafikan BN menjadi kerajaan. Akhirnya dengan kesedaran bahawa terdapat banyak persamaan antara BA dan DAP iaitu mewujudkan kerajaan berkebajikan dan kerajaan yang adil, maka DAP, PAS dan PKR akhirnya membentuk Pakatan Baru iaitu Pakatan Rakyat. PAS secara terbuka boleh bekerjasama dengan siapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi. Ini dibuktikan apabila PAS tidak pernah menolak untuk berkawan dengan sesiapa diatas persamaan matlamat perjuangan.

Kini ada pihak mempertikaikan kesetiaan PAS. Saya ingin tekankan bahawa sepanjang sejarah PAS tidak pernah mengkhianati persahabatan. Walaupun PAS terpaksa kehilangan segelintir ahli yang tidak setuju dengan persahabatan dengan Semangat 46, PKR dan DAP namun PAS tetap berpegang kepada janji setia persahabatan kerana perjuangan PAS adalah Islam yang boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja asalkan sahabatnya ikhlas tidak seperti Umno yang pernah menendang PAS dulu. FIKIRKAN.......................

Comments