.

.

20 December 2008

PRK KUALA TERENGGANU : TERKENANG PRK BUKIT PAYONG DAN KUALA BERANG ~ Ref Malaysiakini

Sepanjang sejarah Pilihanraya Kecil (PRK) di negeri Terengganu saya berkesempatan untuk bersama-sama membantu kempen PAS di dua PRK iaitu Bukit Payong dan Kuala Berang. Namun begitu saya tidak dapat bersama pada PRK Teluk Pasu yang bersejarah.

Memang saya tidak boleh duduk diam di kampus kalau ada PRK. Badan saya sahaja sebenarnya yang ada di kampus tetapi otak, jiwa dan fikiran berada di medan PRK.
Pengalaman pertama saya membantu PAS ialah semasa PRK Pantai Merdeka ketika itu Dato' Muslim Othman bertanding mewakili PAS. Saya bertugas di Pekan Kota Kuala Muda bersama kontinjen Pulau Pinang. Saya ketika itu berada dalam tahun dua pengajian saya.

Sehingga kini saya masih mengingati sahabat-sahabat saya dari kontinjen PAS Pulau Pinang seperti Anuar Rejab, Nurhalim Mat Zin, Rashidi Salim (To'), Pak Mid, Abang Jalil, Abang Jamil, Juhari, Shamsul Kamal, Kamal, Mat Nor Driving School, Buji, Imran Kasyaf, Mae, Mansor, Man Ayam dan ramai lagi yang muka mereka masih saya ingat tetapi namanya saya sudah lupa, minta maaf. Mereka memang merupakan petugas tetap kontinjen Pulau Pinang dari satu PRK ke satu PRK.

Semasa PRK Bukit Payong diadakan saya masih belajar di sebuah IPTA. Saya seorang diri datang dari Utara tanahair menaiki motorsikal Honda Raider saya (PBD 9338 - mana agaknya motor kesayangan saya ini sekarang?).

Saya ditugaskan berkempen di sebuah kampung tidak jauh dari Pekan Bukit Payong tidak salah saya nama kampung itu ialah Kampung Pengkalan Halban. Bersama-sama dengan dua orang sahabat dari Universiti Malaya (UM - dah lupa nama mereka) saya pergi rumah ke rumah bertemu Pok Cik dan Mok Cik.

Seperkara yang saya tidak boleh lupakan ialah apabila salah seorang pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPTA yang saya belajar cuba menjejaki kami. Kebetulan beliau telah berjumpa di sahabat saya di sebatang jalan di Bukit Payong. Beliau bertanya kepada sahabat saya samada ada atau tidak siswa-siswi berkempen di situ. Apa lagi sahabat saya menipu pegawai tersebut dengan berkata tidak ada mungkin ada di tempat lain, katanya.

Pada PRK itu BN menggunakan strategi menempatkan puluhan ribu askar dan polis untuk menakutkan pengundi dan menganggu kelancaran jentera kempen PAS. PAS tewas dengan majoriti kecil.

Sementara itu semasa PRK Kuala Berang pada bulan Ogos 2004, saya bersama-sama kontinjen dari Melaka ditempat di sebuah Peti Undi yang saya pun tidak ingat namanya. Namun semasa pilihanraya tersebut jentera PAS betul-betul defensif maklumlah masih berkabung ekoran kekalahan teruk PAS di Terengganu dan pusat. Saya banyak makan tidur dari berbuat kerja. PAS tewas dengan majoriti yang agak besar.

Peristiwa yang saya tak dapat saya lupakan ialah kesyahidan dua orang sahabat saya iaitu Allahyarham Hisham dan Allahyarham Pak Daud dari Durian Tunggal yang meninggal dalam kemalangan di Muadzam dalam perjalanan pulang dari Kuala Berang. Sementara sahabat saya seorang lagi Saudara Naszuwan Abu Bakar terselamat namun beliau hilang ingatan selama 3 bulan. Tetapi Allah maha kaya mengurniakan keselamatan dan kesejahteraan kepada Naszuwan di mana beliau kini pulih seperti sedia kala. Beliau terus istiqamah berjuang bersama PAS hingga ke saat ini. Insya Allah beliau akan sekali lagi turun membantu PAS di Kuala Terengganu.


PAS DAH UMUM CALONNYA ...BELIAU IALAH ......? ~ Ref Malaysiakini

Setelah nama calon BN diumumkan oleh bakal Presiden barunya petang tadi sekelian mata dan telinga pencinta politik dan pemerhati politik tertumpu kepada PAS. Tandatanya terbesar ialah siapa calon PAS yang bakal menamatkan riwayat calon Umno, Wan Farid dari meneruskan tugasnya di Kabinet jika beliau menang pada 17 Januari nanti.

Teka-teki terus bergentayangan dari seluruh negara tentang siapa calon PAS. Nama-nama besar seperti Pakar Pilihanraya dan orang lama PAS, Dato' Mustafa Ali; Pemimpin berurat dawai dan berkulitkan besi, Haji Mohd Sabu dan mungkinkah Orang Muda dan Pakar Politik, Dr Syed Azman An Nawawi akan diamanahkan oleh PAS untuk membawa panji-panji Parti Islam ini. Atau apakah PAS membuat kejutan sekali lagi dengan mengenengahkan orang baru yang professional, Prof Dr Khazani Abdullah untuk memberi nafas baru kepada PAS Terengganu.
Malam ini jentera pilihanraya PAS dilancarkan secara rasmi di Kuala Terengganu. Namun pemimpin PAS masih tetap menutup mulut dan menyimpan rahsia seolah-olah ianya termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Mengapa begitu susah mereka mengumumkan nama tersebut. Apa strategi dan taktik yang mereka sedang rancang?

Sebuah badan bebas yang menjalankan survey secara rambang di sekitar Parlimen Kuala Terengganu merumuskan bahawa peluang untuk PAS dan BN menang agak seimbang. Di mana 24.8 % responden memilih PAS yang akan menang berbanding BN yang hanya mendapat 20.9% daripada 622 responden yang ditemui. Sementara 50.3 % lagi menjawab tidak tahu atau berkecuali.

Apa yang lebih menarik di kalangan bakal calon PAS, YB Dr Syed Azman mendapatkan sokongan tertinggi, di mana 126 responden memilih beliau berbanding calon-calon lain iaitu Hj Mohd Sabu (73 responden); Dato' Wan Abdul Mutalib Embong (12) dan Dato' Mustafa Ali (3 responden). Manakala sejumlah 349 responden menjawab tidak tahu.

Bagi saya secara peribadi 'survey' atau kaji selidik ini wajar dirujuk kerana jelas ianya dibuat secara professional berdasarkan kaedah statistik dan penyelidikan secara sistematik. Malah dari survey sahabat-sahabat saya (survey kedai kopi) yang berkampung di Kuala Terengganu, mereka menyatakan rata-rata penyokong akar umbi PAS dan pengundi atas pagar lebih menyenangi Dr Syed Azman dari calon-calon lain.

Namun begitu jika PAS memilih Dato' Mustafa atau Mohd Sabu saya yakin PAS tetap menang kerana kedudukan BN sekarang benar-benar dalam keadaan defensif dan tertekan dengan isu setempat dan nasional.

Malah keyakinan saya juga adalah berdasarkan kepada latarbelakang pengundi Kuala Terengganu yang 'educated' dan terbuka tidak seperti pengundi di luar bandar.

BABI DIBIARKAN UNTUK KERAJAAN MENGAUT KEUNTUNGAN POLITIK ~ Ref Malaysiakini

Kepala babi sekali lagi dijadikan isu perkauman ialah puak-puak yang mengaku mereka juara Melayu. Bagi saya ia sengaja diekploitasikan oleh mereka untuk tujuan-tujuan tertentu antaranya :-

1) Mengalihkan tumpuan rakyat Melaka dari isu sebenar iaitu kenaikan harga barang, ekonomi negara yang merudum;
2) Menarik sokongan orang Melayu supaya bersatu atas nama Melayu dan seterusnya terus menyokong parti yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu
3) Mengalihkan tumpuan rakyat Melaka dari isu pembaziran kerajaan negeri
4) Mengalihkan tumpuan rakyat dari kelemahan dan kelembapan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu penternakan babi dan cuba menyalahkan penternak babi 100 %.

Hari ini Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris) membakar empat replika kepala babi yang dibuat daripada kertas, di perkarangan Hotel Samudera Resort Riverside, Masjid Tanah.

Naib Pengerusi Pewaris, Rahimidin Md Harun berkata, majlis membakar replika kepala babi itu diketuai oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman dan disaksikan oleh kira-kira 800 orang.

Dalam kenyataannya juga Rahimidin mengajak PAS dan PKR untuk turut sama menangani isu babi ini. Bagi saya isu ini hanya akan dapat diselesaikan jika kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan serius untuk mengatasi masalah ini. Kerajaan dan agensinya mempunyai kuasa dan kelengkapan untuk mengatasi masalah ini. Namun saya melihat kerajaan seolah-olah sengaja membiarkan isu ini berlanjutan. Mungkin kerajaan merasakan bahawa mereka dapat menggunakan isu ini untuk memainkan sentimen perkauman bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Saya yakin jika kerajaan serius mereka boleh berbincang dengan serius dan bersungguh-sungguh dengan penternak babi bagi menyelesaikan isu yang berpanjangan ini.

Berbalik kepada program anjuran Pewaris hari ini, saya agak hairan mengapa kumpulan ini membisu dalam isu pengajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris; mendiamkan diri bila akhbar tulisan jawi dihentikan penerbitan hairannya; senyap sunyi bila bilangan orang Melayu murtad semakin ramai; mendiamkan diri dalam isu tanah orang Melayu semakin berkurangan saiznya dan banyak lagi isu berkenaan orang Melayu.

Mengapa dalam isu babi mereka ini beriya-iya benar mengambil tahu. Tak lain tak bukan mereka sebenarnya hanyalah pembodek kepada Umno dan kerajaan.

Gambar dari Malaysiakini

WAN FARID BAKAL KEHILANGAN JAWATAN KABINET ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Farid Wan Salleh bakal kehilangan jawatannya jika beliau menerima keputusan BN untuk bertanding pada Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Ini kerana beliau belum pasti boleh menang pada Pilihanraya Kecil tersebut. Bagi saya jika Wan Farid sayangkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri beliau hendak menolak pencalonan tersebut.
Kerusi Kuala Terengganu bukanlah kubu kuat BN atau PAS. Kedua-dua parti tidak boleh mendabik dada bahawa mereka akan menang mudah pada pilihanraya tersebut.
Jadi jika Wan Farid menerima pencalonan tersebut maknanya beliau menolak tuah kerana beliau sudahpun menjadi anggota kabinet. Malah jika beliau tewas maka rekod peribadinya sudah pasti tercemar. Sedangkan beliau sebelum ini mempunyai rekod bersih dalam politik iaitu tidak pernah tewas. Bagi saya jika Wan Farid ingin bertanding lebih baik beliau mencari kerusi yang selamat pada masa akan datang.
Kerusi Parlimen Kuala Terengganu seringkali bertukar tangan antara BN dan PAS serta S46. Pada Pilihanraya 1990 ianya dimenangi oleh Datuk Manan Othman, S46; PRU 1995 di menangi oleh Dato Abu Bakar Daud dari BN; PRU 1999 dimenangi oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad, PAS dan PRU 2004 serta 2008 dimenangi Allahyarham Dato' Razali Ismail, BN.

PAS akan menamakan calonnya esok. Antara bakal-bakal calon yang 'favourite' ialah Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu; ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad An-Nawawi; Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, Datuk Hj Mustafa Ali; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang juga AJK PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong dan tokoh korporat, Prof Madya Dr Mohd Khazani Abdullah.
Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.
Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail di Genting Highland pada 28 November lalu.
Penamaan calon akan berlangsung pada 6 Januari dan hari pengundian bakal diadakan pada 17 Januari 2009.

DR M TAKUT UNTUK DEDAH NAMA PERASUAH UMNO ~ Ref Malaysiakini

Sebelum ini Dr Mahathir dilihat begitu beriya-iya untuk mendedahkan nama pemimpin-pemimpin Umno yang didakwa terlibat dengan rasuah dalam pemilihan Umno. Beliau seolah-olah begitu berani mendedahkan senarai itu walaupun anaknya Mukhriz juga mungkin terlibat.
Ramai pihak memuji langkah berani Dr Mahathir yang bukannya ahli Umno itu. Malah ramai di kalangan pemimpin Umno yang mula takut dan pucat gigi untuk menghadapi keberanian Dr Magathir itu.
Akhirnya kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari. Dr Mahathir dengan selambanya berkata beliau tidak dapat mendedahkan senarai tersebut kerana kekurangan bukti. Saya yakin boleh tidak berani mendedahkan senarai tersebut kerana anaknya kemungkinan besar turut mengamalkan amalan terkutuk itu.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata semalam, beliau tidak dapat mendedahkan senarai calon-calon Umno yang terbabit dalam politik wang berikutan kekurangan bukti.

"Saya perlu meneliti dakwaan itu. Banyak sangat dengar cakap.

"Mereka (perwakilan) boleh beri saya nama-nama itu tetapi tiada maklumat konkrit seperti di mana, berapa banyak dan lain-lain.

"Kita perlukan mereka yang berani untuk tampil dan mendedahkan. Setengahnya mengadu tetapi mereka tidak begitu berani untuk mendedahkan pesalah itu," katanya.

HI-TEA BERSAMA MB PERAK PETANG INI ~ Ref Malaysiakini

Rakyat negeri Melaka berpeluang untuk beramah mesra dengan YAB Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin petang ini di Dataran Hamas, Simpang Kemendor, Jasin jam 2.30 petang.
Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Insya Allah YAB juga akan menyampaikan ucapan.

LAJNAH PENERANGAN NEGERI RANCANG PROGRAM 2009 ~ Ref Malaysiakini

Lajnah Penerangan PAS Negeri merancang untuk mengadakan beberapa program untuk dilaksanakan sepanjang bulan Januari ~ Jun 2009.
Antara program yang akan dilaksanakan ialah :-
1) Road Show ke seluruh kawasan
2) Kursus Penulisan Berita
3) Kursus Gerakerja Penerangan
4) Kempen Jom Sertai PAS
5) Kenyataan-kenyataan Akhbar pimpinan
6) Penerbitan Buletin
7) Dan lain-lain
Keputusan tersebut dicapai pada mesyuarat lajnah penerangan di Semabok malam tadi. Maklumat lengkap program diatas akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

AIRPORT BATU BERENDAM : 'ANAK' MINTA SEDEKAH DUIT 'BAPA' ~ Ref Malaysiakini

Terbukti kerajaan BN negeri Melaka memang layak digelar 'peminta sedekah' kerana semua projek-projek yang hendak dijalankan menggunakan duit pinjaman atau ehsan dari kerajaan pusat. Kerajaan negeri tidak mampu untuk mencari dana dan duit sendiri. Ibarat anak nak kahwin minta duit bapak.
Ini menejelaskan kepada kita semua bahawa pimpinan kerajaan negeri hanya cakap sahaja berdegar-degar tetapi kerja mencari duit tidak menampakkan hasil. Jika inilah caranya tidak hairanlah suatu hari nanti negeri Melaka ini boleh 'digadaikan' oleh kerajaan pusat jika itu yang kerajaan pusat mahu lakukan.
Sepatutnya dalam hal ini kerajaan negeri tidak terlalu bergantung kepada kerajaan pusat. Kerajaan negeri mesti bijak berbelanja dan merancang pembangunan berdasarkan bajet dan 'income' kerajaan negeri sendiri bukannya semata-mata mengharapkan duit 'bapak' iaitu kerajaan pusat.
Semalam Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam berkata kerajaan Negeri akan memohon bantuan kewangan sebanyak RM62 juta lagi daripada Kementerian Pengangkutan bagi projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB).
Kenyataan beliau dipetik dari akhbar Melaka Hari Ini.
Fakta benar-benar memalukan rakyat negeri ini yang sehingga sekarang pun terpaksa menangunng beban hutang kerajaan negeri berjumlah lebih dari RM1 bilion. Dalam keadaan hutang yang sebanyak itu kerajaan negeri terus juga mahu berhutang.

PENGSWASTAAN TANGGUH SEBAB PRK KUALA TERENGGANU ~ Ref Malaysiakini

Saya menjangkakan pengswastaan Institut Jantung Negara (IJN) akan diteruskan selepas Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Terengganu. Memang sudah menjadi amalan biasa kerajaan BN cuba menutup sebarang isu ketika musim pilihanraya, tetapi sebaik sahaja pilihanraya umum atua pilihanraya kecil berlalu perkara kontroversi itu akan disambung semula. Inilah perangai hipokrit BN yang memang menjadi darah daging mereka sejak dahulu, kini dan mungkin selama-lamanya.
Semalam Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak berkata kabinet menangguhkan cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Bhd sehingga satu kajian mendalam selesai dilakukan.

Beliau berkata, kerajaan pada dasarnya cuma memberikan persetujuan kepada cadangan tersebut tertakluk kepada aspek tanggungjawab sosial yang tidak akan dikurangkan sama sekali.
Jadi kepada pengundi Kuala Terengganu, saudara-saudari mempunyai tanggungjawab besar untuk menyedarkan kerajaan BN supaya tidak menswastakan IJN yang sangat penting ini. Undi PAS untuk memberi isyarat amaran kepada kerajaan BN. Anda adalah wakil seluruh rakyat Malaysia, ditangan anda masa depan kita semua.

19 December 2008

ISU BABI : KERAJAAN BN GAGAL ~ Ref Malaysiakini

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan orang Umno merungut kerana babi tidak dihapuskan di Paya Mengkuang. Tidak habis-habis mereka merungut.
Sebulan dua ini ianya kembali hangat berikutan penemuan kepala babi di beberapa tempat di sekitar Masjid Tanah.
Pada 18 Oktober lalu, peniaga dan pengunjung menemui bangkai kepala babi di tepian Pantai Pengkalan Balak.
Pada 13 November lalu, kepala babi dilaporkan digantung di atas pintu pagar rumah seorang ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Masjid Tanah, Md Rawi Mahmud.

Dua hari lepas sekali lagi kepala babi ditemui tetapi kali ini kepala itu milik si babi hutan bukan babi peliharaan. Ia dijumpai disangkut pada kain rentang Pewaris. Siapa punya kerja semua orang tidak tahu. Biar Polis siasat agar si penggemar kepala babi tertangkap.
Babi hutan saya rasa banyak juga di Masjid Tanah di samping babi bandar (peliharaan). Tetapi babi hutan tidak jadi masalah sebab ia tinggal di hutan. Cuma sesekali gerombolan mereka masuk kampung dan memusnahkan tanaman orang kampung. Masalahnya ialah babi yang dipelihara.
Saya sempat melawat 'khemah' babi-babi ini. Ada yang boleh dikatakan terurus dan ada yang sebaliknya. Sahabat saya ada yang termuntah apabila masuk ke kawasan kandang. Saya nasib baik dapat mengawal dan buat selamba. Memang babi-babi ini jinak dan friendly. Cuma kita tak tergamak hendak memegangnya lantaran najis dan juga sifatnya yang sedemikian.
Bagi saya isu ini tidak dapat diselesaikan kerana kelemahan kerajaan BN negeri Melaka sendiri dan juga agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Kerajaan dan agensi kerajaan mempunyai kuasa dan peruntukan undang-undang untuk mengawal dan menghapuskan kandang-kandang babi ini. Tetapi mengapa mereka tidak berbuat demikian. Mengapa lemah dan 'mandom' sangat.??
Setelah 50 tahun babi-babi membiak lebih dari 7 keturunan kerajaan membiarkan sahaja ianya berterusan tanpa kawalan. Malah dilaporkan ada dikalangan penternak yang tidak mempunyai lesen.
Saya tidak menyalahkan 100 % kepada penternak, tetapi yang bersalah dalam hal penguatkuasaan ini ialah kerajaan BN negeri Melaka dan agensi-agensi kerajaan.
Bagi penternak mereka terpaksa menternak kerana itulah pekerjaan mereka untuk menyara kehidupan dan anak bini mereka. Tanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mengawal alam sekitar, perparitan, pencemaran, pelesenan dan sebagainya tertanggung ke atas batu jemala kerajaan dan agensi-agensinya.
  • Persoalannya mengapa selama ini kerajaan tidak mengambil tindakan yang berterusan dan effektif kepada penternak kalau betul penternak melakukan kesalahan. ?
  • Mengapa penternak tidak diberi lesen dan diajar cara menternak dengan betul bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar.?
  • Mengapa kerajaan BN Melaka tidak menghadkan kadar penternakan dari dahulu lagi?
  • Mengapa kerajaan BN Melaka mengenalpasti tempat untuk penternakan secara 'centralised' supaya tidak berlaku pencemaran di kawasan penempatan penduduk?
  • Mengapa kerajaan BN Melaka dan agensi kerajaan tidak mengajar penternak untuk mengamalkan cara penternakan yang betul bagi mengurangkan risiko pencemaran?
  • Mengapa kerajaan BN Melaka dan agensi kerajaan tidak membantu penternak dari segi modal dan bantuan khidmat nasihat teknikal untuk memastikan mereka menjalankan penternakan yang sistematik bagi mengurankan risiko pencemaran alam sekitar.?
  • Mengapa kerajaan BN Melaka tidak berunding secara baik dengan penternak bagi mengujudkan hasil yang baik 'win-win situation'.?
  • Mengapa kerajaan tidak bertindak memberikan pampasan kepada penternak dan pada masa yang mengurangkan jumlah babi di sana supaya ianya diternak hanya untuk bekalan orang Cina Melaka sahaja?
Fikirkan wahai Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Dato' Wira Abu Seman Yusop. Selagi perkara diatas tidak dilakukan selagi itulah ianya akan terus berlarutan.
Seperkara lagi yang ingin diingatkan ialah saya bimbang isu ini sengaja dimainkan oleh puak-puak tertentu untuk menaikkan semangat orang Melayu supaya menyokong Umno kerana orang Melayu sebenarnya sudah mula hilang kepercayaan kepada Umno. Dengan adanya isu ini orang Melayu akan bersatu dan Umno terus mendapat sokongan.

JKKK KELANTAN : SUDAH 18 TAHUN PAS PERINTAH MASIH TAK FAHAM ~ Ref Malaysiakini

Walaupun PAS sudah memerintah kerajaan negeri Kelantan selama 18 tahun sejak 1990, namun BN masih belum faham bidang tugas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Memang dasar bebal dan buta kayu tidak faham kehendak rakyat dan undang-undang persekutuan atau sistem federalisme.

Hari ini Utusan Meloya melaporkan bahawa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dibekukan sejak tahun 1990-an di Kelantan akan ditubuhkan semula dengan fungsinya diubahsuai termasuk namanya akan dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP).

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutau (JPP) Yahaya Mohamad berkata struktur mengenainya sedang dirangka supaya lebih berperanan merancang projek kerajaan Persekutuan bagi pembangunan di setiap mukim Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan Datuk Mustapa Mohamed akan mengumumkan butir-butir lanjut penubuhannya yang dijangka pada awal tahun depan.
Apa yang menghairankan mengapa pihak BN terus menerus tidak mengiktiraf kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam pilihanraya umum.
JKKP ini seperti juga negeri-negeri Pakatan Rakyat lain akan menjadi tempat penyaluran peruntukan dan projek kerajaan pusat kepada negeri-negeri terbabit.
Mereka akan diberi tugas berbincang dengan pemimpin di peringkat akar umbi supaya merangka keperluan projek kecil termasuk yang membabitkan peruntukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan , kata Yahaya kepada pemberita di Pasir Puteh hari ini.

Beliau berkata ini termasuk projek membantu rakyat miskin dan miskin tegar seperti membaiki rumah dan membina rumah baru supaya mereka dan keluarga terbabit dapat tinggal di kediaman yang lebih selesa.
Jelas sekali badan yang dilantik oleh kerajaan negeri yang berfungsi seperti JKKK diketepikan dari menjalankan tanggungjawabnya mentadbir dan membangunkan kampung masing-masing.

ISU TANAH RUNTUH : KERAJAAN PR TIDAK DIIKTIRAF ~ Ref Malaysiakini

Kalau sebelum ini kita sedar dan faham bahawa kelima-lima kerajaan PR sering diketepikan dari menyertai semua mesyuarat-mesyuarat melibatkan kementerian dan sebagainya, kini agensi kerajaan juga mengambil langkah yang sama.

Jelas sekali agensi kerajaan ini turut sama mengamalkan sikap tidak bertamadun.

Semalam, Kerajaan Selangor mempersoalkan keputusan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang enggan memberikan laporan geoteknikal dan siasatan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) berhubung status keselamatan Bukit Antarabangsa ekoran tragedi tanah runtuh dua minggu lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan agensi tersebut bercanggah dengan apa yang dijanjikan JKR kepada kerajaan negeri ketika sesi dialog bersama dua kumpulan wakil penduduk Ahad lalu.

Kerajaan PR yang dipilih secara sah dinafikan hak selaku kerajaan yang memerintah negeri tersebut dan juga kerajaan yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam negeri mereka. Tindakan JKR ini merupakan satu tindakan yang jelas tidak bertamadun dan menghina bukan sahaja kerajaan negeri malah rakyat negeri Selangor juga dihina.

Malangnya jika sesuatu yang buruk berlaku kerajaan pusat dan agensi kerajaan menuding jari menyalahkan kerajaan negeri kerana tidak proaktif kononnya. Sebagai contoh bekas Menteri Besar, Khir Toyo mendakwa kerajaan negeri tidak melakukan pemantauan kepada semua projek tanah tinggi tidak sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaannya sebelum ini.

18 December 2008

MAKLUMAN SEMINAR BLOGGERS 20 DIS ~ Ref Malaysiakini

Penganjur Seminar Blog iaitu Professor Hamirdin Ithnin sekali lagi menjemput semua bloggers, blogawan, blogawati, blogputra dan blogputri untuk sama-sama menghadirkan diri ke seminar yang dianjurkan beliau dan sahabat-sahabatnya.

Anda UMNO, PAS, BN, PR tiada parti, tiada pendirian, ada pendirian tapi tiada parti dan semua yang berminat, dijemput hadir. Seminar akan berlangsung dalam suasana santai sentiasa.

Tarikh : 20 Disember 2008 (Sabtu)
Tempat: Bilik Seminar, Masjid Jamek Hasanah,Bandar Baru Bangi, Selangor

Cara nak sampai: (Rujuk peta) di http://hamirdin.blogspot.com/
1.Ikut lebuhraya PLUS, masuk tol UKM
2. Bayar tol.
3. Jumpa roundabout pertama, lencung jam 9:00
4. Jumpa traffic light 1, 2, 3
5. Pada traffic ke 3, belok kiri.
6. Nampak dah masjid.
7.Parkir kereta
8. Cari Dewan Seminar masjid.

ATURCARA

8.00 pagi : Pendaftaran. Petugas Sdr. Md. Nor, Azlan dan Hj.Amir

8:20 Pembukaan- Master of Ceremony dikendalikan oleh Al Brangi

8:25 Perasmian oleh YB Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat

8:35 Sessi 1 - Tajuk : Menajamkan Idea Anda oleh Prof. Dr. Hamirdin Ithnin
1. Bagaimana nak dapat idea. 2. Bagaimana nak tulis. 3. Etika menulis blog 4. Apa yang hendak ditulis dan Q&A

9:30 Rehat ( take 5)

9:35 Sessi 2 Tajuk : RSS dan Aliran Maklumat Blog Tempatan oleh Hasbullah Pit

10:35 Rehat, minum & berkenalan. Menu : Nasi lemak dan teh tarik

11:00 Sessi 3. Taaruf : Perkenalkan diri, perkenalkan blog anda, bertanya khabar, sessi bergambar

11:30 Sessi 4 Sidang Pleno -Pengerusi Al Brangi
Tiga ahli panel, dipilih pada hari tersebut dikalangan anda yang hadhirseorang ahli panel berucap 10 minit dan sesi diskusi selepas semua ahli panel berucap.

12:55 Resolusi

1:00 Penutup : tentatif: YB Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Serdang
Tamat dan Solat Zuhur.

Makan tengahari di Restoran dan peserta dikehendaki membayar sendiri.

PRK KUALA TERENGGANU : MAT SABU CALON PALING POPULAR ~ Ref Malaysiakini

Para pelawat blog saya memilih Naib Presiden PAS, Haji Mohd Sabu sebagai bakal calon paling popular berbanding dua orang lagi bakal calon lain iaitu ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad dan ahli perniagaan, Prof Dr Khazali Abdullah.
Mat Sabu memperolehi 89 undian (58%) sementara Syed Azman dan Khazali masing-masing mendapat 41 undian (27%) dan 21 undian (13%).
BN akan mengumumkan nama calonnya esok sementara PAS akan mengumumkan nama calonnya kemudian.

PRK KUALA TERENGGANU : PELUANG PAS-UMNO 50:50 ? ~ Ref Malaysiakini

Pakatan Rakyat (PR) dan BN tidak boleh mendabik dada akan menang mudah pada pilihanraya kecil itu nanti.
Kedua-dua parti tersebut dilihat mempunyai peluang yang agak seimbang untuk menang. Antara faktor penting menentukan siapa menang ialah kekuatan jentera, faktor pemilihan calon, penggunaan politik wang/rasuah, penyalahgunaan media dan jentera kerajaan oleh BN.
PAS/PR sudah pasti terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan dan duit yang akan digunakan oleh Umno/BN.
Selain itu SPR juga dilihat mempunyai pengaruh besar kepada kempen kali ini. Jika SPR benar-benar mengikut dan tunduk kepada peraturan dan undang-undang pilihanraya sudah tentu BN akan terkesan dengan tindakan yang akan diambil oleh SPR ini.
Di sinilah rakyat ingin menguji dan melihat kredibiliti dan kesungguhan Pengerusi baru SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam mengendalikan Pilihanraya pertama kendalian beliau.

Apa yang menarik perhatian saya ialah kaji selidik yang dilakukan oleh sebuah badan bebas Ilham Center selama beberapa hari di sekitar Parlimen Kuala Terengganu menunjukkan kekuatan kedua-dua parti agak seimbang dan setara.

Ilham Centre menjelaskan bahawa firma tersebut telah menemui 622 responsden terdiri dari kalangan penyokong PAS, Umno dan tidak berparti. Mereka juga datang dari pelbagai kategori umur, lokasi luar bandar dan bandar, bangsa, Dun berlainan dan sebagainya.

Hasil dari kajiselidik tersebut membuktikan bahawa peluang kedua-dua iaitu PR dan BN untuk menang adalah seimbang.

Salah satu fakta menarik yang ditemui mereka ialah walaupun responden Umno lebih ramai dari PAS/PR iaitu 311 berbanding responden PAS/PR (205) dan lain-lain (106), namun keputusan kajiselidik menunjukkan 24.8% responden berpendapat PAS/PR akan menang berbanding 20.9 % memilih BN dan 50.3 % menjawab tidak tahu.

Ini menunjukkan ramai ahli dan penyokong Umno tidak berapa yakin BN akan dapat mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu.

Kajiselidik mendapati bahawa responden meragui keupayaan kedua-dua parti iaitu PAS/PR dan BN dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Ini terbukti apabila sejumlah 467 responden merasakan Pilihanraya Kecil ini sangat penting untuk mereka menyuarakan masalah setempat atau tempatan.

Responden juga memberikan isyarat jelas bahawa calon BN yang paling mereka sukai ialah Dato' Wan Farid Wan Salleh. Namun beliau sudah pasti tidak dicalonkan kerana telah menerima perlantikan sebagai Senator untuk sepenggal lagi. Calon kedua paling popular ialah Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Kuala Terengganu iaitu Hj Zubir Embong.

Bagi PAS pula calon popular ialah ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman di mana 126 responden memilih beliau berbanding calon-calon lain iaitu Hj Mohd Sabu (73 responden); Dato' Wan Abdul Mutalib Embong (12) dan Dato' Mustafa Ali (3 responden). Manakala sejumlah 349 responden menjawab tidak tahu.

Ilham Centre membuat andaian bahawa Umno kemungkinan besar meletakkan Haji Zubir Embong sebagai calonnya kerana penerimaan masyarakat tempatan yang cukup menyenangi beliau. Ini bermakna PAS sewajarnya meletakkan calon yang juga disukai oleh responden kajian ini iaitu YB Dr Syed Azman yang jauh meninggalkan calon-calon lain iaitu Mohd Sabu, Wan Mutalib dan Mustafa Ali.

Pada pengamatan politik saya, adalah kurang bijak sekiranya PAS tidak meletakkan Syed Azman yang begitu popular di kawasan ini bertanding menentang bakal calon BN iaitu Zubir Embong. Ini kerana dari kajiselidik dibuat oleh Ilham Centre menunjukkan Syed Azman diterima oleh sebahagian besar penyokong Umno dan semua golongan tua atau muda berbanding calon PAS lain.

KERAJAAN TAKUT KEPADA PENUNGGANG BASIKAL ~ Ref Malaysiakini

Biasanya sebuah kerajaan negara tertentu takut kepada pengganas, perompak, penyangak dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.

Di Malaysia ini lain pula. Kerajaan takut kepada penunggang basikal yang terdiri daripada beberapa orang wakil rakyat, rakyat marhaen dan lain-lain. Polis dikerah berkawal dan berjaga di mana sahaja kumpulan pengayuh basikal ini pergi.

Malah Polis juga bertindak menangkap penunggang basikal ini atas apa alasan saya pun keliru. Adakah penunggang basikal memerlukan lesen, basikal perlu road tax atau apa kesalahan mereka.

Begitulah jadinya apabila sesebuah kerajaan sudah tua dan nyanyuk sudah tidak rasional dan tidak berfikir dengan waras.

Polis telah pun menahan penunggang basikal seramai 57 orang termasuk 28 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun di sekitar Sungai Choh, Rawang, Isnin lalu.

Antara yang ditahan adalah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nie daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr, D. Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Mereka adalah antara penunggang basikal yang menyertai program Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang berbasikal di seluruh negara untuk menyemarakkan kesedaran awam tentang isu-isu kekurangan makanan, masalah alam sekitar, penggunaan undang-undang kejam dan krisis ekonomi global yang melanda.

Persoalannya salahkah mereka berbasikal ke seluruh negara dan menyerahkan memo kepada pemimpin politik negara kita?

BN YANG PANDAI PERINTAH ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN memang pandai memerintah. Serba serbi mereka pakar dan hebat. Sebab itulah beberapa anak syarikat kerajaan Terengganu mengalami kerugian keseluruhan kira-kira RM80 juta dalam tempoh tiga tahun lalu.
Ini diberitahu sendiri oleh Menteri Besar nya, Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam.
Syarikat-syarikat berkenaan termasuklah Golden Pharos Sdn Bhd, Syarikat Percetakan Islam Terengganu dan Permint-Suterasemai Sdn Bhd, lapor Bernama.
Saya pasti kalau syarikat-syarikat ini dipunyai oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat sudah tentu satu dunia BN dan media pengampunya canangkan. Tetapi bila anak syarikat kerajaan negeri BN media pengampu kalau boleh sedaya mungkin cuba mereka tutupkan. Ibarat bangkai gajah hendak ditutup dengan nyiru.
Jadi saya mengharapkan rakyat negeri Terengganu khususnya pengundi Kuala Terengganu sedar akan kelemahan dan kelembapan kerajaan negeri di bawah BN. Besarlah harapan saya agar adik kakak, mok ayoh dan tuan-puan di sana mengundi PAS untuk mengajar BN supaya insaf akan tindak tanduk dan perilaku mereka.

GUNA SEBAHAGIAN WANG YANG DITERIMA DARI PAAB UNTUK TINGKATKAN SYIAR ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Saya mengesyorkan kepada kerajaan negeri Melaka supaya menggunakan sebahagian dari wang perolehan sebanyak RM119 juta yang diterima dari Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk meningkatkan syiar Islam di negeri ini. Wang tersebut diperolehi dari PAAB berikutan penstrukturan semula bekalan air.
Semalam Mohd Ali berkata wang tersebut akan digunakan untuk projek pembangunan dan lain-lain. Tidak ada disebutkan tentang mempertingkatkan syiar Islam walaupun sekarang ini Melaka dilanda 'wabak' maksiat dan gejala sosial yang dahsyat.
Beliau membuat kenyataan tersebut pada sidang media selepas menerima 'mokcek' bernilai RM119 juta daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dewan Perdana B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini petang tadi.
Saya telah beberapa kali membuat posting tentang statistik gejala hamil luar nikah, khalwat, zina, bersekedudukan, pelacuran dan sebagainya yang meningkat saban tahun, jadi tidak perlu untuk saya ulangkan.
Apa yang dikesalkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pemimpin Umno negeri ini langsung tidak peka dengan masalah ini.
Pada mereka apa yang penting ialah menjalankan pembangunan fizikal kerana ianya menguntungkan kroni-kroni mereka kerana semakin banyak pembangunan maka banyaklah projek yang mereka dapat. Inilah mentaliti pemimpin kerajaan negeri yang jelas membahayakan masa depan Islam dan umat Islam di negeri ini.
Oleh kerana itulah setiap hari 'wirid' ialah pembangunan, projek dan pelancongan tidak lebih dari itu. Kita menafikan ianya penting kepada rakyat dan negeri ini. Tetapi pembangunan fizikal yang tidak berjalan seiring dengan pembangunan insan dan Islam akan menyebabkan rakyat hanyut dengan arus pembangunan yang akhirnya perkara maksiat dan 'lagha' akan menjadi mainan hidup mereka. Natijahnya kita semua terpaksa berhadapan dengan masalah sosial, gejala maksiat, jenayah dan sebagainya.

HARAPAN BESAR KEPADA PENGERUSI BARU SPR ~ Malaysiakini

Pengerusi baru Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof(gambar) mempunyai tanggungjawab besar untuk mengembalikan semula imej dan kredibiliti SPR yang tercalar teruk di bawah kepimpinan lama yang diterajui oleh Abdul Rashid Abdul Rahman.

Di bawah kepimpinan lalu pelbagai peristiwa pelik, ajaib, aib dan memalukan berlaku pada setiap kali pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil.

Antara perkara tersebut ialah :-

1) Ujudnya nama-nama pengundi hantu di mana pemilih yang sudah mati namanya masih ada dalam daftar pemilih dan terdapat kes di mana 'pengundi mati' datang mengundi.

2) Ujudnya nama-nama pengundi di peti-peti undi berlainan yang memungkinkan mereka mengundi lebih dari sekali.

3) Berlakunya pertambahan pengundi yang tidak normal dan melebihi kadar biasa/purata pertambahan pengundi peringkat kebangsaan. Contohnya di Terengganu sebelum Pilihanraya umum 2004.

4) Terdapat banyak kes di mana nama-nama pemilih hilang dari daftar pemilih atau ianya dipindahkan ke tempat lain tanpa pengetahuan pemilih

5) Berlaku peratusan pengundi yang tidak masuk akal umpamanya di DUN Manir, Terengganu pada Pilihanraya umum 2004 di mana peratusan mengundi lebih dari 95%.

6) SPR telah memanjangkan masa pengundian di negeri melebihi pukul 5.00 petang di Selangor pada Pilihanraya Umum 2004.

7) Terdapatnya pemilih-pemilih yang mengaku bahawa mereka diupah untuk mengundi di tempat-tempat tertentu dengan diberi Kad pengenalan oleh pihak-pihak tertentu.

8) SPR telah menipu parti-parti selain BN di mana sebelum pilihanraya umum 2004 diumumkan bahawa peraturan baru seperti pondok panas tidak dibenarkan dan lain-lain, tetapi pada hari pengundian ianya ditarik balik atas alasan peraturan itu belum digazetkan.

9) SPR sekali lagi menipu apabila membatalkan penggunaan dakwat celupan jari pada pilihanraya umum 2008, sedangkan sebelum itu SPR berjanji untuk berbuat demikian pada pertemuan dengan parti-parti politik

10) Persempadan baru kawasan pilihanraya yang dilakukan oleh setiap 8-10 tahun sentiasa memberikan kelebihan kepada BN dan ada diantaranya langsung tidak munasabah seperti kawasan Baling yang terpencil dan jauh diperuntukan dengan kawasan yang luas dan pengundi yang ramai.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara lain yang cukup meragukan rakyat tentang ketelusan dan keadilan SPR sebagai pengadil dan pengendali pilihanraya yang sepatutnya bebas, telus dan adil.

Rakyat amat mengharapkan Tan Sri Abdul Aziz Yusof dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap SPR dengan mengatasi semua masalah-masalah yang saya senaraikan di atas dan semua rungutan dan 'complaint' parti-parti politik sebelum ini.

Ujian pertama yang akan dilalui oleh Tan Sri Aziz ialah pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.
Rakyat akan menilai kebijaksanaan, ketelusan dan kredibiliti Tan Sri pada pilihanraya tersebut.

17 December 2008

DAKWA CALON TIMBALAN PRESIDEN JIKA ADA BUKTI ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Pesuruhjaya PAS 2, Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek berkata dakwaan bahawa terdapat agen calon Timbalan Presiden Umno melakukan rasuah dengan menyuap perwakilan untuk dicalonkan pada mesyuarat agung bahagian Umno tertentu merupakan dakwaan yang serius dan mesti disiasat.

"Siasatan mesti dilakukan oleh BPR bukan hanya jawatankuasa siasatan dan tatatertib Umno sahaja kerana ianya adalah bersabit dengan kesalahan rasuah. Jika terdapat bukti yang kukuh individu terbabit dan calon Timbalan Presiden Umno tersebut mesti dihadapkan ke mahkamah."

"Saya memang tidak pelik dengan dakwaan itu kerana rata-rata pemimpin dan ahli-ahli Umno memang mengakui akan ujudnya gejala jijik rasuah dan politik wang pada pemilihan Umno baru-baru ini. malah sekarang ini gejala ini berterusan sehingga ke hari persidangan agung Umno Mac 2009 nanti" kata Hj Bakrin

Beliau juga menjelaskan bahawa pemimpin-pemimpin Umno seperti Ahli majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga mendakwa bahawa gejala rasuah didalam Umno sudah sampai ke tahap kronik.

"Rais sendiri mencadangkan supaya pertandingan dalam Umno dijalankan secara tender, di mana sesiapa yang membida lebih tinggi dia akan menang".

"Saya mengharapkan pihak BPR menyiasat segala dakwaan dan laporan yang dibuat oleh sesiapa sahaja samada dari kalangan Umno atau dari luar,ini penting supaya pemimpin Umno yang dipilih nanti yang juga sesetengah menjadi pemimpin kerajaan, adalah pemimpin yang bersih dan telus" .

"Kita bimbang negara kita akan hancur apabila pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan salahguan kuasa diangkat menjadi pemimpin Umno dan kerajaan" kata Hj Bakrin yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

KENYATAAN ALI RUSTAM MAKAN DIRI ~ Ref Malaysiakini

Ramai di kalangan rakyat Melaka hairan dengan sikap pemimpin Umno yang dilaporkan mencemuh tindakan kerajaan Perak yang meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Antaranya pemimpin Umno yang mencemuh kerajaan Perak ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Manong, Datuk Ramly Zahari. Dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar arus perdana Ramly berkata bahawa Kerajaan Perak tidak patriotik apabila sanggup menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

"Penggunaan kereta import berbanding kereta buatan tempatan juga bererti kerajaan negeri sanggup mengalirkan wang ke luar negara untuk membeli kereta-kereta berkenaan"

"Walaupun kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana tinggi, pembelian kereta tersebut menyebabkan mata wang negara mengalir dalam negeri" kata Ramly lagi.

Begitu juga dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyatakan bahawa kerajaan Perak membazirkan duit rakyat sehingga sanggup berbelanja besar membeli kereta Toyota Camry tersebut.

Seorang penduduk Taman Belatuk Emas, Baihaki Ismail, 46 berkata, Ketua Menteri Melaka tidak layak untuk melemparkan tuduhan bahawa kerajaan negeri Perak membazirkan duit rakyat sedangkan terbukti sebelum ini kerajaan Melaka yang sebenarnya selalu membazirkan duit rakyat dengan projek-projek gajah putih yang tidak berdaya maju.

"Lihat sahaja bagaimana kerajaan Melaka menghabiskan wang rakyat dengan melakukan upacara sambutan kepada Shah Rukh Khan sempena penganugerahan pingat kepada bintang Bollywood tersebut".

"Saya mencabar kerajaan negeri supaya membuat kenyataan di akhbar berapa jumlah duit rakyat yang dibazirkan untuk sambutan tersebut" kata Baihaki.

Bagi Rahmat Abdullah, 34 dari Bachang, beliau hairan dengan sikap Mohd Ali yang tidak sedar bahawa tuduhan kepada kerajaan Perak sebenarnya terkena ke atas batang hidungnya sendiri.
Menurut Rahmat, kerajaan Melaka yang sebenarnya suka membazirkan duit rakyat dengan menjalankan projek-projek mega yang langsung tidak memberikan faedah kepada rakyat.

"Projek Eye On Malaysia, Pulau Melaka, Mega Mall, Mini Malaysia, Stadium Hang Jebat dan lain-lain semuanya menjadi gajah putih sekadar menjadi tontonan rakyat".

"Akibatnya Melaka terpaksa berhutang sehingga sekarang sudah mencecah RM1.00 bilion, bila hendak bayar kita pun tidak tahu" kata Rahmat dengan serius.

Sementara itu Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri, Hajah Kintan Man dalam kenyataanya kepada Siasah menyifatkan Ketua Menteri Melaka sekarang ini cuba meningkatkan kepopularitiannya dengan membuat kenyataan yang kadang-kadang cukup menggelikan hati rakyat negeri ini.

"Dalam isu kereta Camry, Mohd Ali sebenarnya terjebak dengan sikap cuba menonjolkan dirinya, apabila sedar bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang pintar dan berpandangan jauh".

"Sepatutnya sebagai seorang calon Timbalan Presiden Umno, beliau mesti berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana tindakan kerajaan Perak membeli Toyota Camry adalah berdasarkan fakta dan bukti-bukti kukuh bahawa Perdana V6 memang mahal kos penyelengaraannya".

Baru-baru ini Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.

Menurut Nizar kerajaan negeri memutuskan untuk menukar kereta rasmi yang diguna pakai Exco dan pegawai kanan daripada Proton Perdana kepada Camry 2.4 kerana kerajaan negeri terpaksa membelanjakan kira-kira RM1.3 juta bagi kos penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan rasmi Menteri Besar serta Exco Perak dari tahun 2004 hingga Mac 2008.

PRK KUALA TERENGGANU : PR DAN BN TIDAK BOLEH MENDABIK DADA ~ Ref Malaysiakini

Pakatan Rakyat (PR) dan BN tidak boleh mendabik dada akan menang mudah pada pilihanraya kecil itu nanti.

Kedua-dua parti tersebut sudah pasti tidak berani untuk menyatakan mereka akan menang kerana kekuatan kedua-dua parti agak seimbang di sana. PAS/PR sudah pasti terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan dan duit yang akan digunakan oleh Umno/BN.

Malah menurut kaji selidik oleh sebuah badan bebas Ilham Center yang selama beberapa hari di sekitar Parlimen Kuala Terengganu kekuatan kedua-dua parti agak seimbang dan setara.

Blog Ilham Centre menjelaskan bahawa firma tersebut telah menemui 622 responsden terdiri dari kalangan penyokong PAS, Umno dan tidak berparti. Mereka juga datang dari pelbagai kategori umur, lokasi luar bandar dan bandar, bangsa, Dun berlainan dan sebagainya.

Hasil dari kajiselidik tersebut membuktikan bahawa peluang kedua-dua iaitu PR dan BN untuk menang adalah seimbang.

Apa yang menarik walaupun responden Umno lebih ramai dari PAS/PR iaitu 311 berbanding responden PAS/PR (205) dan lain-lain (106), namun keputusan kajiselidik menunjukkan 24.8% responden berpendapat PAS/PR akan menang berbanding 20.9 % memilih BN dan 50.3 % menjawab tidak tahu.

Ini menunjukkan ramai ahli dan penyokong Umno tidak berapa yakin BN akan dapat mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu.

Kajiselidik mendapati bahawa responden meragui keupayaan kedua-dua parti iaitu PAS/PR dan BN dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Ini terbukti apabila sejumlah 467 responden merasakan Pilihanraya Kecil ini sangat penting untuk mereka menyuarakan masalah setempat atau tempatan.

Responden juga memberikan isyarat jelas bahawa calon BN yang paling mereka sukai ialah Dato' Wan Farid Wan Salleh. Namun beliau sudah pasti tidak dicalonkan kerana telah menerima perlantikan sebagai Senator untuk sepenggal lagi. Calon kedua paling popular ialah Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Kuala Terengganu iaitu Hj Zubir Embong.

Bagi PAS pula calon popular ialah ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman di mana 126 responden memilih beliau berbanding calon-calon lain iaitu Hj Mohd Sabu (73 responden); Dato' Wan Abdul Mutalib Embong (12) dan Dato' Mustafa Ali (3 responden). Manakala sejumlah 349 responden menjawab tidak tahu.

Ilham Centre membuat andaian bahawa Umno kemungkinan besar meletakkan Haji Zubir Embong sebagai calonnya kerana penerimaan masyarakat tempatan yang cukup menyenangi beliau. Ini bermakna PAS sewajarnya meletakkan calon yang juga disukai oleh responden kajian ini iaitu YB Dr Syed Azman yang jauh meninggalkan calon-calon lain iaitu Mohd Sabu, Wan Mutalib dan Mustafa Ali.

Adalah kurang bijak sekiranya PAS tidak meletakkan Syed Azman yang begitu popular di kawasan ini bertanding menentang bakal calon BN iaitu Zubir Embong. Ini kerana dari kajiselidik dibuat oleh Ilham Centre menunjukkan Syed Azman diterima oleh sebahagian besar penyokong Umno dan semua golongan tua atau muda berbanding calon PAS lain.

Dariblog : ilhamcentrepoll.blogspot.com

ILHAM CENTRE JALANKAN KAJIAN TENTANG PRK KUALA TERENGGANU ~ Ref Malaysiakini

Ilham Centre sebuah firma penyelidikan bebas sedang menjalankan kajian Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Antara kajian yang dijalankan ialah :-

1) Parti akan menang
2) Calon PAS paling sesuai
3) Calon BN/UMNO yang paling sesuai
4) Adakah PR sesuai menggantikan BN
5) Masa depan negara jika diperintah oleh PR
6) Kepuasan terhadap pemerintahan kerajaan BN Terengganu

Setakat ini sejumlah 622 responsden telah ditemui dan keputusan awal tentan kajiselidik tersebut akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Maklumat lanjut akan disiarkan di dalam blog Ilham Centre Poll iaitu ilhamcentrepoll.blogspot.com

SIAPA PENIPU? : POLIS ATAU JERIT ~ Ref Malaysiakini

Masing-masing sudah pasti tidak mengaku bercakap bohong. Tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka bagi mereka.

Namun kita tidak pasti siapa pembohong sebenar antara Jurucakap Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) atau Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar.

Kata Khalid, badan itu menyalahgunakan kanak-kanak dalam kempen tersebut. Lantaran itu Polis menangkap 28 kanak-kanak remaja berusia di bawah 18 tahun yang berbasikal bersama-sama aktivis Jerit.

Manakala Jerit pula dalam satu kenyataan semalam mendakwa Khalid 'berbohong dan telah mengelirukan' rakyat mengenai situasi sebenarnya.

Jurucakap Jerit mendakwa kesemua penunggang basikal di bawah umur itu telah mendapatkan kebenaran ibu bapa mereka untuk menyertai kempen tersebut.

Saya ingin menarik perhatian para pembaca supaya meneliti rentetan sejarah lama tentang kenyataan Polis dalam hal berkaitan politik dan NGO. Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan parti bertemu dengan sikap Polis yang acapkali berbohong dalam banyak kes.

'RETREAT' SIASAH PACU SEMANGAT KAKITANGANNYA ~ Ref Malaysiakini

Saya menyertai 'retreat' akhbar Siasah yang dianjurkan di Pulau Pangkor bermula pada 13 hingga 15 Disember lalu. Terima Kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan Siasah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyumbangkan sedikit sebanyak buah fikiran pada sessi 'brainstorming' bagi menghadapi musim yang lebih mencabar tahun hadapan.

Alhamdulillah saya dapat bersua muka dengan semua kakitangan Siasah terutama kakitangan baru mereka yang tidak pernah saya temui sebelum ini. Siasah kini sudah menjadi sebuah keluarga yang agak besar berbanding umurnya setahun jagung.

Saya bersyukur dan gembira dengan semangat pengurusan Siasah dan kakitangannya yang tidak putus-putus memikirkan idea baru bagi memberikan pulangan yang lebih hebat kepada nilai RM2.00 yang dilaburkan oleh pembaca untuk membeli Siasah.

Satu perkara lagi saya juga bertemu semula dengan sahabat lama saya, Saudara Majdan Yahaya adik Allahyarham Guru saya, Ustaz Kassim Yahaya, yang kira-kira 23 tahun tidak saya temui. Beliau memang cukup berpengalaman dalam arena penerbitan dan persuratkhabaran dimana sebelum ini beliau berkhidmat dengan Karangkraf lebih dari 10 tahun.

Insya Allah Siasah akan menjadi sebuah akhbar tabloid yang digemari sesuai dengan temanya Kebebasan dan Kelainan.

Para pembaca Siasah, Insya Allah akan lebih berpuashati dan gembira dengan beberapa pembaharuan yang bakal dilaksanakan oleh Siasah. Beberapa kejutan juga bakal dilihat oleh pembaca Siasah yang semakin meningkat berbanding semasa ia mula-mula diterbitkan pada Ogos 2005 dahulu.

Syabas Siasah, Insya Allah suatu hari nanti Siasah akan menjadi akhbar Tabliod mingguan nombor satu di Malaysia.

UTUSAN MALAYSIA BUTA KAYU ~ Ref Malaysiakini

Walaupun umur akhbar Utusan Melayu sudah tua bangka dan ganyut namun sekelian Ketua Pengarang dan sidang editornya buta kayu tidak tahu definisi pembangkang dan kerajaan.

Mereka masih melabelkan Pakatan Rakyat yang memerintah 5 buah negeri sebagai pembangkang sedangkan mereka adalah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat.

Contohnya Utusan Malaysia keluaran semalam (16 Disember) memuatkan berita yang bertajuk Pemimpin pembangkang tidak perlu diiringi polis, di mana pemimpin pembangkang yang dimaksudkan mereka ialah pemimpin kerajaan negeri Selangor.

Mentaliti Utusan Malaysia sama sahaja dengan pemimpin kerajaan BN yang masih tidak sedar bahawa BN kalah di 5 buah negeri dan sebenarnya BN lah yang menjadi pembangkang di sana.

Dalam laporan tersebut Utusan Malaysia melaporkan bahawa Para pemimpin pakatan pembangkang di Selangor tidak perlu diiringi polis ketika menghadiri majlis-majlis dan tugasan luar kerana kehadiran pasukan itu hanya akan membataskan kemesraan mereka dengan rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, apabila seseorang pemimpin dikawal ketika sedang bertugas, rakyat tidak akan boleh menghampiri mereka kerana telah disekat oleh anggota polis yang bertugas sebagai pengiring.

Begitulah laporan Utusan dalam 2 perenggan pertamanya.

Mengapa begitu sekali buta kayunya Pengarang dan Sidang Editor Utusan Malaysia.

SEMUANYA HARAPKAN KERAJAAN PUSAT ~ Ref Malaysiakini

Pandai betul kerajaan neger memerintah sehingga hampir semua projek pembangunan samada yang besar atau kecil ditampung oleh wang yang dipinjam atau di'hadiah'kan oleh kerajaan pusat. Hebat betul Kerajaan Negeri Melaka sehingga langsung tidak berupaya untuk memikirkan bagaimana untuk menampung kos pembangunan untuk negeri sendiri.

Saya mengambil contoh bagaimana 'bijak'nya pemimpin negeri ini dalam menangani masalah banjir di Taman Awan Biru, Alor Gajah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam kenyataan kepada akhbar Melaka Hari Ini baru-baru berkata kerajaan negeri akan meminta bantuan kewangan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menanggung kos pembinaan parit di Taman Aman Biru yang menelan belanja RM2 juta bagi mengatasi masalah banjir kilat.

Mohd Ali juga berkata bagi menampung kos pembinaan parit tersebut, Kerajaan Negeri akan membuat pinjaman bank dan kemudian akan mengusulkan rayuan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menanggung kos terbabit.

Itulah hebatnya Mohd Ali Rustam memerintah negeri Melaka sehingga projek berharga RM2 juta pun terpaksa pinjam dari Kerajaan Pusat. Pinjaman itu pula belum tentu akan dibayar sebagaimana hutang kerajaan negeri Melaka sekarang yang mencecah lebih dari RM1 bilion tidak bayar sehingga kini.

16 December 2008

NEGARA 'MAJU' MALAYSIA : NAIK BASIKAL PUN SALAH ~ Ref Malaysiakini

Menunggang basikal di dalam negara Malaysia yang kerajaannya mengaku sebuah negara maju adalah salah. Ini yang berlaku ke atas peserta "Berbasikal Untuk Perubahan" anjuran kumpulan tidak berdaftar, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT).
Mereka diganggu dan diprovok oleh pihak berkuasa semenjak mula mereka melancarkan kempen tersebut.
Semalam di Rawang seramai 28 orang kanak-kanak dan remaja yang berumur 18 tahun ke bawah itu telah dikumpulkan di balai polis Rawang sementara pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghubungi ibu bapa masing-masing untuk membawa mereka pulang.
Kesalahan mereka ialah menunggang basikal dalam kempen tersebut.
Apakah disisi undang-undang negara kita kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ditegah menunggang basikal.???

RAKYAT DAPAT HABUAN DI ATAS KESEDIHAN KELUARGA DATO' RAZALI ~ Ref Malaysiakini

Jelas rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Terengganu mendapat habuan yang banyak di atas kesedihan keluarga Allahyarham Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Razali Ismail.
Saya amat bersimpati denga keluarga Dato' Razali yang sudah pasti bersedih dengan pemergian bapa dan tersayang. Tetapi pada masa yang sama rakyat Malaysia khasnya rakyat Terengganu bergembira pula.
Mana tidaknya dengan kekosongan kerusi parlimen tersebut kerajaan Malaysia tanpa banyak kerenah mengembalikan semula wang royalti kepada negeri Terengganu, menjanjikan projek-projek yang dahsyat dan esok rakyat harga minyak pula diturunkan untuk kesekian kalinya.
Inilah mentaliti kerajaan BN yang cuba merasuah rakyat Kuala Terengganu untuk mengundi mereka bagi mengekalkan kerusi tersebut ditangan mereka.

14 December 2008

PRK KUALA TERENGGANU : 'SURVEY' RAMBANG TUNJUKKAN SYED AZMAN MENDAHULUI ~ Ref Malaysiakini

Sebuah Firma Penyelidikan Bebas, Ilham Centre yang menjalankan 'Survey' di Parlimen Kuala Terengganu telah mengeluarkan keputusannya secara tidak rasmi hari ini. Menurut wakilnya dari tinjauan rambang di seluruh pelusuk parlimen tersebut mendapati ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad mendahului dengan ajak jauh bakal-bakal calon lain seperti Dato' Mustafa Ali, Dato' Wan Mutalib Embong dan Hj Mohd Sabu.
YB Dr Syed Azman menjadi pilihan lebih dari 50 % responden. Secara tidak langsung ianya menggambarkan bahawa pengundi Kuala Terengganu menyukai Dr Syed Azman untuk menjadi calon.
Setakat ini sudah lebih dari 300 responden ditemui dari kalangan pengundi pelbagai latarbelakang pendidikan, pekerjaan, ideologi politik, lokasi dan sebagainya.
Menurut jurucakap Ilham Cente, pihaknya akan meneruskan 'survey' tersebut sehingga kepada 1,000 responden bagi memastikan 'survey' tersebut lebih luas dan dapat menggambarkan kehendak sebenarnya pengundi Kuala Terengganu siapa calon PAS yang mereka sokong.
Saya akan memaparkan angka sebenar keputusan survey tersebut setelah saya mendapat keputusan rasminya dari Ilham Centre sehari dua ini.

DURIAN RUNTUH UNTUK RAKYAT TERENGGANU KERANA KEMATIAN AHLI PARLIMEN ~ Ref Malaysiakini

Di Malaysia sudah menjadi budaya apabila wakil rakyat meninggal dunia rakyat di kawasannya gembira dan 'berhari raya'. Malah mungkin ada diantara rakyat Malaysia yang mendoakan wakil rakyatnya meninggal dunia cepat. Ini kerana mereka sedar bahawa bila wakil rakyat meninggal sudah tentu pelbagai projek, bantuan, subsidi, projek segera dan sebagainya dicurahkan oleh BN.
Saya bimbang jika budaya merasuah, memancing undi dengan projek, habuan dan sebagainya terus diamalkan kemungkinan rakyat akan sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah supaya wakil rakyat mereka cepat mati.
Semalam Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang mendapat jolokan 'Santa Klaus' menyerahkan wang royalti sebanyak RM408.6 juta kepada Terengganu. Saya yakin jika Bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu tidak meninggal sudah tentu wang royalti ini tidak diserahkan.
Bukankah isu wang royalti ini sudah lama diperjuangkan oleh rakyat Terengganu tetapi ianya tidak memberi bekas.
Baru sekarang kerajaan Pusat membuat keputusan untuk menyerahkannya demi untuk memujuk rakyat Kuala Terengganu supaya mengundi BN.

ALI RUSTAM 'JILAT' SEMULA MUNTAHNYA ~ Ref Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka terpaksa menjilat semula 'muntahnya' lapan tahun lalu. Kalau lapan tahun lalu beliau begitu angkuh dan bongkak mengeluarkan arahan supaya jabatan-jabatan kerajaan negeri Melaka supaya tidak membuat sebarang lawatan ke Kelantan kini tidak semena-mena sehari dua lepas beliau 'menjilat' semula muntahnya.

Kita semua tidak berapa pasti mengapa tiba-tiba Ali Rustam menarik balik larangan kelakar yang beliau lapan tahun lalu.

Beberapa pihak membuat telahan bahawa tindakan Ali Rustam ini adalah atas tujuan politik.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh berkata Ali Rustam sedar bahawa kredibiliti beliau terjejas teruk kerana tindakan kurang bijak beliau.

"Sebagai calon Timbalan Presiden, Ali Rustam sekarang cuba sedaya upaya untuk mempamerkan imej nasional bagi menunjukkan beliau layak menjadi pemimpin di peringkat pusat".

"Beliau akan cuba sedaya upaya untuk menunjukkan sikap lunak, prihatin dan peka kepada semua masalah rakyat di seluruh Malaysia termasuk Kelantan".

Khirul berkata, Ali Rustam sedang berusaha untuk menarik semua perwakilan Bahagian untuk mengundi beliau pada pemilihan Umno pada Mac 2009. Sudah pastilah beliau akan membuat apa sahaja untuk menarik sokongan tersebut termasuk memujuk perwakilan dari Kelantan untuk mengundi beliau.

Jadi salah satu cara untuk menarik perhatian Umno Kelantan ialah menarik balik larangan melawat ke Kelantan.

CAMRY VS PROTON PERDANA ~ Ref Malaysiakini

Keputusan Kerajaan Perak untuk menjadikan Toyota Camry sebagai kereta rasmi kerajaan mendapat tentangan dan cemuhan dari pemimpin Umno. Memang perkara ini sudah dijangka. Umno tidak akan bersetuju dengan apa sahaja keputusan kerajaan PAS walaupun keputusan itu mempunyai justifikasi yang kukuh untuk dijalankan atau digunapakai. Ini berlainan dengan PAS yang sememangnya terbuka menerima apa juga program dan perancangan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk Umno/BN.

Namun ini tidak berlaku di dalam Umno. Parti ini sentiasa mencari perkara negatif walaupun ianya hanyalah perkara kecil.

Semalam Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) Manong, Ramly Zahari mengkritik Kerajaan Perak yang disifatkan beliau tidak patriotik apabila sanggup menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Penggunaan kereta import berbanding kereta buatan tempatan juga bererti kerajaan negeri sanggup mengalirkan wang ke luar negara untuk membeli kereta-kereta berkenaan.

Itulah pandangan ADUN tersebut yang jelas tidak memahami tujuan dan objektif kerajaan negeri Perak mengambil keputusan menggunapakai Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi.

Saya bersetuju dengan kerajaan Perak dalam hal ini, duit rakyat semestinya dijimatkan oleh kerajaan dalam apa juga tindakan dan aktiviti. Jadi tindakan kerajaan Perak jelas membuktikan bahawa kerajaan tersebut begitu prihatin dengan duit rakyat. Ini bukan soal tidak patriotik atau tidak. Apa guna kita menjaga patriotik andai duit rakyat dibazirkan.

BANG MAT PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Rehlah bersama Bang Mat.

Memenuhi undangan ke rumah walau untuk menikmati secawan teh adalah sebahagian daripada akhlak bersahabat. Ia menjadi lebih istimewa jika sahabat yang hadir adalah salah seorang pemimpin tertinggi dan seorang pejuang Islam sejati. Kehadirannya pasti menjadi kenangan manis bukan hanya kepada keluarga, malah meletakkan pemimpin sentiasa dekat di hati rakyat.

Petang tadi, Tuan Haji Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Bang Mat sudi minum petang di rumah saya. Bang Mat adalah pemimpin yang dikagumi, mudah didekati, celotehnya menggelikan hati dan ceramahnya digemari oleh kami sekeluarga. Turut bersama beliau ialah Sdr Adly Zahari (TPJ 1), Sdr Yuhaizad Abdullah (NYDP Jasin) dan Sdr Aminuddin Ali (Bendahari Jasin) dan Sdr Abdul Halim, usahawan muda dari Shah Alam.

Selepas itu, kami pergi menjala ikan di kolam milik Sdr Adly di Durian Tunggal. Sah, Bang Mat memang pakar menjala ikan dan rezeki beliau pun murah petang tadi. Tidak sampai satu jam, 10 kg ikan dapat dinaikkan. Ikan haruan seberat hampir 1 kg turut menjadi habuan. ‘Yang ini saya nak masak rempah bercuka’, kata Bang Mat.‘Baru-baru ini, ketika memancing di Pontian, lebih 20 kg ikan kurau, jenahak dan ikan merah dinaikkan,’ kata Yuhaizad.

Yang pasti, Bang Mat memang berjiwa rakyat manakala rehlah begini menyihatkan badan, menenangkan fikiran serta meneguhkan ukhwah.



Blog : cikguazrin.blogspot.com

PROGRAM HI-TEA BERSAMA MB PERAK ~ Ref Malaysiakini

PAS Kawasan Jasin akan mengadakan Program Hi Tea bersama YAB Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin di Dataran Hamas pada 20 Disember 2008 (Sabtu) jam 02.00ptg.

Majlis bertujuan untuk mengumpul Dana Pilihanraya Umum13 PAS Kawasan Jasin.

Tiket berharga RM10 boleh didapatkan daripada Yuhaizad Abdullah (016 6635820) Aminuddin Ali (019 2212250) dan semua YDP kawasan2.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter