JKKK KELANTAN : SUDAH 18 TAHUN PAS PERINTAH MASIH TAK FAHAM ~ Ref Malaysiakini

Walaupun PAS sudah memerintah kerajaan negeri Kelantan selama 18 tahun sejak 1990, namun BN masih belum faham bidang tugas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Memang dasar bebal dan buta kayu tidak faham kehendak rakyat dan undang-undang persekutuan atau sistem federalisme.

Hari ini Utusan Meloya melaporkan bahawa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dibekukan sejak tahun 1990-an di Kelantan akan ditubuhkan semula dengan fungsinya diubahsuai termasuk namanya akan dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP).

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutau (JPP) Yahaya Mohamad berkata struktur mengenainya sedang dirangka supaya lebih berperanan merancang projek kerajaan Persekutuan bagi pembangunan di setiap mukim Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan Datuk Mustapa Mohamed akan mengumumkan butir-butir lanjut penubuhannya yang dijangka pada awal tahun depan.
Apa yang menghairankan mengapa pihak BN terus menerus tidak mengiktiraf kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam pilihanraya umum.
JKKP ini seperti juga negeri-negeri Pakatan Rakyat lain akan menjadi tempat penyaluran peruntukan dan projek kerajaan pusat kepada negeri-negeri terbabit.
Mereka akan diberi tugas berbincang dengan pemimpin di peringkat akar umbi supaya merangka keperluan projek kecil termasuk yang membabitkan peruntukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan , kata Yahaya kepada pemberita di Pasir Puteh hari ini.

Beliau berkata ini termasuk projek membantu rakyat miskin dan miskin tegar seperti membaiki rumah dan membina rumah baru supaya mereka dan keluarga terbabit dapat tinggal di kediaman yang lebih selesa.
Jelas sekali badan yang dilantik oleh kerajaan negeri yang berfungsi seperti JKKK diketepikan dari menjalankan tanggungjawabnya mentadbir dan membangunkan kampung masing-masing.

Comments

uncle nano said…
salam..
sonang yor enche dato..
rampeh yo kerajaan pusat dari BN sonang kojo..

tu pun kalau PAS masih berjuang dengan Pakatan Ratyat le..tp kalau berjuang sendiri..hampeh le jawapnyer..

Ada sedikit cerita dikawasan saya..
Dun Sg Burung Tg Karang..

PAS dikawasan tersebut memang tak dinafikan kuat pengaruhnya..tetapi kenapa masih sukar hendak merampas kerusi Dun mahupun Parlimen Tg Karang..tapi adalah sekali Hassan Ali dapat dun sg burung sepenggal..tu pun hancorr..kenapa??

Sebab orang-orang PAS ni tidak pandai untuk bercakap baik...seperti saudara..sy minta maaf ye!suka mencerca..maki hamun..dan macam2 lagi ler..cuba lah bagi contoh yang baik kepada generasi muda..sedap telinga mendengar seronok mata memandang..nascaya PAS boleh diterima semua..

enche tuan..maaf nanti saya sambung lagi yerk..