BABI DIBIARKAN UNTUK KERAJAAN MENGAUT KEUNTUNGAN POLITIK ~ Ref Malaysiakini

Kepala babi sekali lagi dijadikan isu perkauman ialah puak-puak yang mengaku mereka juara Melayu. Bagi saya ia sengaja diekploitasikan oleh mereka untuk tujuan-tujuan tertentu antaranya :-

1) Mengalihkan tumpuan rakyat Melaka dari isu sebenar iaitu kenaikan harga barang, ekonomi negara yang merudum;
2) Menarik sokongan orang Melayu supaya bersatu atas nama Melayu dan seterusnya terus menyokong parti yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu
3) Mengalihkan tumpuan rakyat Melaka dari isu pembaziran kerajaan negeri
4) Mengalihkan tumpuan rakyat dari kelemahan dan kelembapan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu penternakan babi dan cuba menyalahkan penternak babi 100 %.

Hari ini Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris) membakar empat replika kepala babi yang dibuat daripada kertas, di perkarangan Hotel Samudera Resort Riverside, Masjid Tanah.

Naib Pengerusi Pewaris, Rahimidin Md Harun berkata, majlis membakar replika kepala babi itu diketuai oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman dan disaksikan oleh kira-kira 800 orang.

Dalam kenyataannya juga Rahimidin mengajak PAS dan PKR untuk turut sama menangani isu babi ini. Bagi saya isu ini hanya akan dapat diselesaikan jika kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan serius untuk mengatasi masalah ini. Kerajaan dan agensinya mempunyai kuasa dan kelengkapan untuk mengatasi masalah ini. Namun saya melihat kerajaan seolah-olah sengaja membiarkan isu ini berlanjutan. Mungkin kerajaan merasakan bahawa mereka dapat menggunakan isu ini untuk memainkan sentimen perkauman bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Saya yakin jika kerajaan serius mereka boleh berbincang dengan serius dan bersungguh-sungguh dengan penternak babi bagi menyelesaikan isu yang berpanjangan ini.

Berbalik kepada program anjuran Pewaris hari ini, saya agak hairan mengapa kumpulan ini membisu dalam isu pengajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris; mendiamkan diri bila akhbar tulisan jawi dihentikan penerbitan hairannya; senyap sunyi bila bilangan orang Melayu murtad semakin ramai; mendiamkan diri dalam isu tanah orang Melayu semakin berkurangan saiznya dan banyak lagi isu berkenaan orang Melayu.

Mengapa dalam isu babi mereka ini beriya-iya benar mengambil tahu. Tak lain tak bukan mereka sebenarnya hanyalah pembodek kepada Umno dan kerajaan.

Gambar dari Malaysiakini

Comments

Seingat PPK1, isu babi khususnya di Melaka sudah berlarutan semenjak zaman merdeka lagi.

Penternakan babi khususnya di Kampung Paya Mengkuang dan kampung2sekitarnya amat memberi masalah kepada penduduk setempat khususnya dari segi pencemaran bau, lalat, pencemaran sungai dan sebagainya.

Yang menjadi persoalan, apa yang Jabatan Alam Sekitar (JAS) buat? Tak cukup lagikah bukti2 nyata di mana sungai2 tercemar dengan najis babi?

Dan yang lebih menjadi persoalan, Ali Rustam yang kononnya Ketua Menteri Melaka ini buat apa? Goyang kaki makan gaji buta? Tak nampakkah masalah yang dihadapi penduduk di Paya Mengkuang?

Kononnya datang dari parti yang membela nasib orang melayu (baca umno), tapi nasib org melayu di Paya Mengkuang masih tak terbela dan terabai sejak sebelum zaman merdeka lagi.

Bebal sangatkah orang melayu paya mengkuang atau 'buta' sangatkah mata mereka sehinggakan tidak nampak bahawa pemimpin melayu yang mereka amanahkan utk jaga orang melayu sedang menginjak kepala mereka dan mempermainkan mereka.

Inikah Ketua Menteri berbangsa melayu yang kononnya nak jadi Timbalan Perdana Menteri itu? Kalau orang semacam ini la jadi Timbalan Perdana Menteri, abislah ummat Melayu di 'jual'nya.

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com