Rehlah bersama Bang Mat.
Memenuhi undangan ke rumah walau untuk menikmati secawan teh adalah sebahagian daripada akhlak bersahabat. Ia menjadi lebih istimewa jika sahabat yang hadir adalah salah seorang pemimpin tertinggi dan seorang pejuang Islam sejati. Kehadirannya pasti menjadi kenangan manis bukan hanya kepada keluarga, malah meletakkan pemimpin sentiasa dekat di hati rakyat.
Petang tadi, Tuan Haji Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Bang Mat sudi minum petang di rumah saya. Bang Mat adalah pemimpin yang dikagumi, mudah didekati, celotehnya menggelikan hati dan ceramahnya digemari oleh kami sekeluarga. Turut bersama beliau ialah Sdr Adly Zahari (TPJ 1), Sdr Yuhaizad Abdullah (NYDP Jasin) dan Sdr Aminuddin Ali (Bendahari Jasin) dan Sdr Abdul Halim, usahawan muda dari Shah Alam.
Selepas itu, kami pergi menjala ikan di kolam milik Sdr Adly di Durian Tunggal. Sah, Bang Mat memang pakar menjala ikan dan rezeki beliau pun murah petang tadi. Tidak sampai satu jam, 10 kg ikan dapat dinaikkan. Ikan haruan seberat hampir 1 kg turut menjadi habuan. ‘Yang ini saya nak masak rempah bercuka’, kata Bang Mat.‘Baru-baru ini, ketika memancing di Pontian, lebih 20 kg ikan kurau, jenahak dan ikan merah dinaikkan,’ kata Yuhaizad.
Yang pasti, Bang Mat memang berjiwa rakyat manakala rehlah begini menyihatkan badan, menenangkan fikiran serta meneguhkan ukhwah.

Blog : cikguazrin.blogspot.com
Comments
Mahfuz dan Salahudin Ayub pun sama. Itulah hotel tempat mereka menginap. Salahudin berulang alik dr Kelantan ke KL dengan BAS je.
manisnya bila pimpinan kita sama2 mengamalkan kesederhanaan. Tok Guru Nik Aziz dah berjaya jadi contoh kepada mereka.
ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com