.

.

18 February 2012

KEADILAN ISLAM SELESAIKAN MASALAH PERKAUMAN

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata keadilan Islam berjaya mengatasi masalah semangat perkauman sempit dalam sesebuah negara.

"Islam mengajar konsep keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan bangsa di mana Allah menjadi manusia berbangsa-bangsa supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain".

"Islam adalah agama yang sesuai untuk semua kaum, agama dan bangsa dan Islam tidak pernah menafikan keujudan pelbagai bangsa dan agama di dunia ini, semuanya dilayan dengan adil" ujar Ustaz Abdul Hadi.

Beliau berkata Rasulullah yang menegakkan pemerintahan Islam di Madinah mengadakan tahalluf dengan semua penduduk Madinah termasuk golongan Yahudi, malah membenarkan orang munafik untuk terus menjadi rakyat negara Islam Madinah.

"Negara Islam Madinah menjadi Negara Madani negara bertamadun yang berjaya menyatukan semua bangsa dan agama"

"Hati manusia tidak boleh disatukan dengan duit tetapi dengan keadilan Islam yang mentadbir negara dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana pihak" ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Presiden PAS itu berkata demikian semasa berucap pada program taklimat penerangan di Pejabat PAS Cawangan Paya Dalam, Ayer Molek, Melaka pagi tadi. Beliau berada di Melaka dalam lawatan sehari menyertai Konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat turun ke seluruh negara.

Tuan Guru juga berkata Melaka adalah sebuah pusat pendagangan Islam dan pemerintahan Islam semasa zaman kegemilangannya sebelum ditakluk oleh Portugis pada tahun 1511.

"Semasa Melaka jatuh ke tangan Portugis para paderi di Vatican City berpesta kegembiraan menyambutnya".

"Penjajah datang ke Melaka bukannya untuk berdagang tetapi bertujuan untuk menakluk dunia Islam yang berkembang pesat di dunia sebelah timur ini"tambah beliua.

Beliau berkata penjajah menggunakan cara pecah dan perintah dalam pentadbirannya untuk kekal menakluk Melaka dan memunggah segala kekayaan yang ada di sini.

"Menjadi tanggungjawab kita untuk mengembalikan semula negeri Melaka kepada Islam yang pernah menjadi didaulatkan di negeri ini."

"Seluruh ahli PAS mesti bekerja kuat untuk memenangkan Islam dan menyelamatkan rakyat dari pemerintahan kerajaan BN yang sudah memerintah lebih dari 50 tahun" tambah beliau.

Turur berucap dalam program tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

17 February 2012

GEMPAR !!! TOK GURU HJJ HADI DAN TOK GURU NIK AZIZ DIPECAT DARI PAS?


Dr Hassan Ali menuduh bahawa antara sebab PAS memecat beliau kerana Adun Gombak Setia itu mengkritik Anwar. Beliau menyatakan PAS mementingkan Anwar dari prinsip perjuangan Islamnya.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh bekas Naib Presiden PAS itu, maknanya PAS akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pimpinan dan ahli yang mengkritik Anwar atau tidak sehaluan dengan Anwar.

Kalau betullah apa yang dinyatakan oleh Hassan Ali kita mungkin menyaksikan bahawa tidak lama lagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan dipecat dari PAS kerana mengkritik Anwar secara terang dan jelas.

Dalam kenyataannya baru-baru Menteri Besar Kelantan itu menyarankan kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan media itu atau menyaman media itu jika laporan berkenaan tidak benar.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga membuat gesaan sedemikian selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

Bahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan parti itu tidak mengiktiraf negara Israel kerana merampas hal rakyat Palestin untuk menubuhkan negara mereka.

Kalau betullah apa yang dikata oleh Hassan JATI maka  Tuan Guru Presiden juga akan dipecat sama. Kedua-dua Tuan Guru Besar dalam PAS ini tidak lama lagi akan dipecat dari PAS kerana tidak sehaluan dengan Anwar dan berlawan dengan parasit PAS.


Begitu dangkal hujah Hassan Ali sehingga anak-anak PASTI pun tergelak mendengarnya. Beliau merendahkan imej dan kredibiliti dirinya sendiri sedangkan beliau masuk PAS di era reformasi dahulu pun ada tempiasnya dari kezaliman Umno terhadap Anwar.

MALAYSIA PELIK : IPTA lantik TNC yang diberhentikan KERJA di IPTA lain.?


Di Malaysia apa pun boleh asalkan ianya direstui oleh kerajaan dan Ah Jib Gor. Hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) mempertikaikan pelantikan Professor Dr. Rugayah Mohamed sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss mendakwa, Rugayah merupakan bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Innovasi) Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang telah ditamatkan perkhidmatannya awal Februari lalu.
“Sumber yang diperolehi mendapati bahawa Rugayah telah mengheret pentadbiran UTHM ke mahkamah termasuk dua TNC dan Dekan-dekan Fakulti.
“Bagaimana seorang yang telah ditamatkan perkhidmatan sebagai Timbalan Naib Canselor disalah sebuah IPTA lain dan menyaman IPTA terbabit boleh dilantik pula ke sebuah institusi lain,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja seterusnya mendakwa,  Kementerian Pengajian Tinggi pernah menyatakan bahawa setiap pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor perlu melalui proses Jawatankuasa Pemilih yang ketat.
Justeru, katanya, DPPM mempersoalkan sama ada tidak ada calon yang mempunyai kredibiliti lebih tinggi untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Malah, dakwanya, pihaknya percaya IPTA tersebut mempunyai ramai bilangan professor yang lebih layak untuk memegang jawatan tersebut.
Inilah yang kita katakan Malaysia pelik ......MALAYSIA BOLEH

ISTERI MUHYIDDIN vs ISTERI NAJIB, SIAPA HEBAT?

Semua orang kenal siapa isteri Najib namanya Dr Rosmah. Perangainya semua orang tahu termasuk masyarakat antarabangsa. Isteri Najib terkenal dengan sikap 'pemurah' kepada dirinya sendiri dengan berbelanja sakan khususnya di luar negeri.

Mungkin oleh kerana kurang mendapat publisiti isteri Muhyiddin ingin menandingi isteri Najib. Tetapi diharapkan isteri Muhyiddin supaya mengawal nafsunya jangan dituruti perangai 'pemurah' isteri Najib.

Harakahdaily hari ini memuatkan satu cerita menarik iaitu sikap isteri Muhyiddin yang dilihat cuba menjadikan isteri Najib sebagai 'idola' shoppingnya.

Dikhabarkan baru-baru ini beliau telah mengunjungi dan membeli belah di sebuah butik terkenal di KLCC. Tidaklah menjadi kesalahan bagi seorang isteri TPM yang sering muncul di khalayak ramai sama ada secara sendirian atau menemani suaminya untuk sesekali membeli belah di butik-butik mewah tetapi yang menjadi persoalan ialah bilamana beliau telah membeli sebanyak 18 pasang kasut di butik itu.

Kalau pun beliau begitu kerap muncul di khalayak ramai dan ingin kelihatan tampil berbeza serta bergaya, pembelian sebanyak 18 pasang kasut sekaligus tentulah agak tidak munasabah. Tidak bolehkah dibeli hanya tiga atau empat pasang saja? Atau tidak bolehkah ditunggu sehingga selepas pilihanraya dan selepas BN menang cemerlang dulu?

Diberitakan juga bahawa selain "memborong" sebanyak 18 pasang kasut, isteri TPM itu juga membeli beberapa beg tangan yang turut mencecah puluhan ribu ringgit jumlah keseluruhannya.

Jika benarlah perkhabaran yang kini mula dibualkan secara meluas ini, ia adalah episod malang bagi UMNO, BN dan rakyat Malaysia kerana dalam suasana negara menghadapi piliharaya dan negara pula berhadapan dengan pelbagai macam masalah serta skandal, kita terus juga dihidangkan dengan cerita-cerita pembaziran dan pemborosan begini.

Rakyat pada umumnya sudah muak dengan berita-berita sebegini dan ia pastinya sedikit-sebanyak makin menghakis kepercayaan rakyat kepada UMNO, BN, kerajaan yang sedang memerinrah sekarang ini. Dalam suasana kesedaran rakyat makin tinggi sekarang ini, apa saja perilaku pemimpin dan keluarga mereka sering menjadi perhatian dan jika keterlaluan, pastinya bahana besar sedang menunggu.

Sebelum ini beberapa siri kemewahan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang banyak didedahkan media dalam dan luar negara, pelbagai skandal dan penyelewengan yang melibatkan pemimpin termausk isu lembu NFC, sudah cukup meletakkan UMNO, BN dan kerajaan terperosok dan begitu hodoh di mata rakyat. Dan perkhabaran mengenai isteri Muhyiddin ini hanya menambahkan lagi titik hitam pada wajah politik negara.

Sebelum ini, di pelbagai negara seperti Filipina, Mesir dan Tunisa, perbuatan isteri pemimpin yang bergaya mewah, membazir dan bernampilan berlebih-lebihan sudah banyak dicatatkan dan menjadi antara sebab kepada penolakan rakyat terhadap sesebuah kerajaan itu dan akhirnya ditolak jatuh oleh rakyat.

Apa-apa pun, sebelum lebih banyak berita-berita lain didedahkan, adalah penting untuk Muhyiddin membuat penjelasan mengenai perkara ini kerana sebelum ini penglibatan anak dan menantunya dalam pelbagai perniagaan yang berkaitan bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri serta dakwaan seorang setiausaha di kementeriannya menerima sogokan, turut didedahkan kepada umum dan menjadi perbualan ramai. (SH 16/02/2012)


Apapun kita mendoakan agar isteri Muhyiddin tidak mencontohi isteri Najib ...............

Hanya Undang-undang Islam boleh CEGAH MURTAD

Bermacam-macam cerita tentang gejala murtad di Malaysia. Beberapa tahun lepas Mufti Perak menyatakan bahawa ratusan ribu orang Islam Malaysia telah murtad. Selepas pelbagai cerita timbul. Namun yang pasti kerajaan BN masih melayan isu murtad ini sebagai isu yang remeh dan tidak membimbangkan. Sebab itulah mereka tidak memandang serius isu ini walaupun pelbagai pihak tampil mendesak dan mengadakan demonstrasi aman membantah gejala ini.

Kerajaan tetap berdegil tidak mahu kembali kepada ajaran Islam dalam menangani isu murtad. Bila kerajaan negeri Kelantan hendak mennguatkuasakan hudud di Kelantan, kerajaan pusat tidak mahu memberi laluan kerana ianya bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

Hari ini sebuah media mendedahkan isu murtad ini sekali lagi.


Menurut media itu terdapat kumpulan tertentu yang menyokong kegiatan murtad ini.

Laporan media tersebut seperti di bawah :-

Biadab. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.
Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Debat Guan Eng vs Soi Lek disiar secara langsung di Astro, RTM mengapa TAKUT


Astro akan menyiarkan secara langsung debat antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Chua Soi Lek, esok.
Debat panas dan sensasi berhubung masa depan politik kaum itu akan dadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur bermula 5 petang.
Ianya akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301) dan akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama.
Rangkaian Astro Awani (501) akan turut menyiarkan debat tersebut dalam bahasa Malaysia melalui alih bahasa.
Sebanyak 600 kerusi telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Asian Strategy & Leadership Institute (Asli) dan Insap yang mana setiap parti - MCA dan DAP diberikan peruntukkan 200 kerusi setiap satu.
Selebihnya adalah terbuka kepada orang ramai.
Namun TV pencacai Umno/BN iaitu RTM tidak berani untuk menyiarkan debat tersebut secara langsung. Setakat RTM masih berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa kenyataan samada akan menyiarkannya secara langsung atau tidak.

PRU 13 : Ah Jib GOR berteka teki lagi


Perdana Menteri, Haji Najib atau nama FBnya Ah Jib Gor berteka-teki lagi tentang tarikh PRU 13. Semalam pada satu program di Sabah Ah Jib membayangkan PRU semakin hampir.

Nampak jelas Ah Jib masih belum yakin untuk membubarkan parlimen. Beliau teragak-agak. Mungkin lampu hijau belum diperolehi dari Dr Rosmah.

NONEMeskipun tidak secara langsung menyatakan bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan tidak lama lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Sabah di Kota Kinabalu malam semalam terus memberi bayangan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Menurut Bernama, ahli parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri yang ditemui selepas perjumpaan itu dipetik berkata pada pertemuan itu Najib mengingatkan para pemimpin dan semua anggota parti supaya bersiap sedia.

"Najib berkata ia boleh menjadi satu lagi lawatan atau tiada lagi lawatan... jadi ia boleh jadi sangat dekat.

“Tetapi, adalah penting bagi semua anggota parti untuk bersiap sedia," kata Abdul Rahim yang juga adalah Timbalan Menteri Pengangkutan dipetik agensi berita nasional itu.

Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan.

Piala Thomas : Kebimbangan Tamat


Kebimbangan peminat yang gusar Malaysia tidak layak bertanding pada Pusingan Akhir Piala Thomas berakhir apabila Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Pusingan Kelayakan di Macau semalam.
Malaysia berjaya menumpaskan India 3-0 pada suku akhir semalam. Kemenangan ini mengesahkan Malaysia ke pusingan akhir. 4 pasukan teratas Pusingan Kelayakan Zon Asia layak secara automatik/
Kecemerlangan negara diperoleh menerusi mata pertama apabila jaguh Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan perseorangan menewaskan Ajay Jayaram dengan 21-12,17-21,21-8.
Mata kedua pula diatasi oleh regu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terhadap lawannya, Rupesh Kumar KT dan Sanave Thomas, 21-14, 23-21.
Mengubat kekecewaan pada perlawanan dengan Korea pada Rabu, Muhammad Hafiz Hashim bagaimanapun berjaya mencatatkan kemenangan bagi mata ketiga dengan mengetepikan Kashyap Parupalli, 21-17, 18-21, 21-11.
Pasukan negara akan bertemu Jepun dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat pukul 6.30 petang.\
Mstar

16 February 2012

ADAKAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU, DIJAGA OLEH UMNO?


Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah berwasiat dengan 7 perkara :-

bullet buttonKami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu(sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

bullet buttonKami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayusehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

bullet buttonBagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

bullet buttonKami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

bullet buttonKami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

bullet buttonKami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

bullet buttonKami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

PERSOALANNYA SEKARANG APAKAH KESEMUA WASIAT RAJA-RAJA MELAYU ITU DIPENUHI DAN DIJAGA OLEH UMNO.


SEBAGAI CONTOH TANAH REZAB MELAYU SEMASA MERDEKA TAHUN 1957 IALAH SELUAS 3 JUTA HEKTAR. TETAPI PADA TAHUN 1995 HANYA TINGGAL 1.7 JUTA HEKTAR - HILANG SEBANYAK 1.3 JUTA HEKTAR.

PIALA THOMAS : MALAYSIA ATASI KEBIMBANGAN PEMINAT


Pasukan badminton Malaysia mengetepikan kebimbangan peminat seluruh negara apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir pusingan kelayakan Piala Thomas apabila mengalahkan Korea Selantan 3-2. 
Dengan kemenangan tersebut Malaysia muncul juara Kumpulan D dan menentang pasukan India melepasi halangan utama sekiranya terpaksa bertemu Indonesia jika tewas kepada Korea Selatan.
Namun kita masih diselubungi kebimbangan dengan prestasi pemain perseorang kedua dan ketiga yang terus tewas pada perlawanan kedua dengan Korea Selatan ini.
Hafiz yang bertemu Shon Wan Ho, tewas 22-24, 16-21.manakala erseorangan ketiga Mohamad Arif Abdul Latif akur kepada Hong Ji Hoon 17-21,15-21.
Mata ketiga negara diperoleh menerusi gandingan Lim Khim Wah-Goh V Shem yang mengejutkan pasangan Korea Lee Yong Dae-Shin Baek Choel, 18-21, 21-19, 21-11.
Sebelum itu, kem Piala Thomas negara sedikit cemas, apabila perseorangan kedua negara Muhammad Hafiz Hashim kandas, sekali gus gagal menambah mata ketiga pada pertemuan menentang Korea menjadikan kedudukan 2-1.
Sementara itu, mata kedua negara diperoleh menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong setelah mengetepikan Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun, 21-14,21-19.
Skuad Piala Thomas mendahului Korea dengan mata pertama yang diperoleh menerusi pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei.
Mengambil masa selama 43 minit, jaguh badminton negara itu menewaskan Lee Hyun Il 21-13, 21-15.

KEDAH JATUH SEMULA KE TANGAN BN?


Setiap kali menjelang PRU pemimpin BN akan bercakap besar. Semalam Timbalan Haji Najib, Muhyiddin dengan yakin berkata Kedah adalah negeri boleh menang.

Memang Kedah negeri boleh menang tetapi yang menang belum tentu samada PR atau BN. Kita tunggu dan lihat.

Sengulas perkara itu Menteri Besar Kedah, DatuK Seri Azizan Razak berkata PAS Kedah tidak gusar dengan kenyataan Umno yang menyifatkan Kedah sebagai "winnable state' atau negeri boleh menang BN dalam pilihan raya umum ke-13.
   
Sebaliknya Ustaz Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berkata semua itu terletak di tangan rakyat.

"Itu hak dia (Umno). Ini negeri bebas...aturlah strategi. Kita dah buat macam-macam...jika rakyat sokong Alhamdulillah...kita dok (dapat mentadbir) lagi, kalau rakyat tak mahu apa boleh buat," katanya sambil ketawa.

Beliau yang ditemui pemberita di Alor Setar hari ini, diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan ke Kedah semalam, bahawa Kedah merupakan "winnable state" BN jika pemimpin parti peringkat negeri terutama Umno, dapat menyelesaikan masalah dalamannya.
   
Mengulas lanjut, Azizan turut menyangkal pakatan pembangkang mempunyai masalah yang jauh lebih besar berbanding Umno.
 
Mengenai desas-desus ada perebutan kerusi antara parti pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, Azizan berkata DAP dilapor meminta tambahan satu kerusi dari PKR.
   
"Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri kita akan bawa ke pihak tertinggi parti," katanya dipetik dari laporan Malaysiakini semalam.
   
Dalam pilihan raya umum lepas, PAS bertanding di 24 kerusi negeri, PKR 11 kerusi dan DAP satu kerusi.

Thaipusam : Harussani kata TAK HARAM PULA

Kehadiran Perdana Menteri, Haji Najib Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
    
Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk perdana menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.
    
Harussani Zakaria"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh perdana menteri hari ini.
    
Harussani yang hadir pada seminar itu berkata perdana menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.
    
Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.


Nampaknya Harussani berpusing 360 darjah dari 'fatwa' yang dinyatakan beliau selepas Najib memaklumkan kepada beliau. Dulu haram sekarang Harus ..........

15 February 2012

Tong Sampah dan Penyapu Buruk kegemaran Umno

Masih ingatkah kita kepada tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo yang menghina seorang Yang Dipertua Majlis Kerajaan Tempatan di Selangor dengan menghadiahkan penyapu. Akhirnya Khir Toyo dihadiahkan dengan malu besar BN tewas teruk pada PRU 12 dahulu dan Khir Toyo juga disabitkan dengan kesalahan rasuah.

2 hari lepas Timbalan Menteri Di Jabatan Haji Najib, Ahmad Maslan pula menghina PR dengan membuat upacara simbolik membuang Buku Jingga PR di dalam suatu majlis, tindakan yang amat hina kerana menghina buah fikiran dan idea orang lain. Kalaupun tidak bersetuju janganlah menghina sampai begitu sekali .............tetapi inilah sebenarnya mentaliti pemimpin Umno yang tidak langsung tahu menjaga kehormatan dan kemuliaan orang lain ............

Benarkah Malaysia SOKONG PALESTIN?

Haji Najib Razak berkata, Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada perjuangan Palestin dan pendirian negara terhadap isu-isu melibatkan perjuangan tersebut adalah konsisten.

Menurut Perdana Menteri, walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, Palestin termasuk rakyatnya sedia maklum ia bukanlah pendirian Malaysia secara amnya.

‘‘Saya berpendapat Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) juga tahu bahawa itu (kenyataan Anwar) bukan pendirian kita (kerajaan).

‘‘Rakyat Palestin tahu kerajaan menyokong kuat perjuangan mereka dan akan terus memberikan sokongan padu. Kita sentiasa konsisten dalam menyokong perjuangan itu,’’ katanya.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa Malaysia 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Benarkah kerajaan BN menyokong Palestin.?

Pernahkah Malaysia mengiktiraf kerajaan Hamas yang menang pilihanraya Palestin?

Masih ingatkah anda bagaimana Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf Menteri Luar Palestin dari Hamas yang menang Pilihanraya sebaliknya menyambut wakil fatah dalam satu persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu?

Pemain Bola, artis masuk PAS, JKKK bila lagi?

Berbondong-bondong rakyat Malaysia pelbagai golongan, kaum dan agama menyertai PAS. Mereka langsung tidak terasuk dengan fitnah, tohmahan dan adu domba Umno dan media pencacainya. Ini kerana rakyat sudah matang dan cerdik memilih wadah politik yang telus, professional dan beragenda.

Terbaru legenda bolasepak 70-an dan 80-an, Abdullah Ali menyertai PAS. Abdullah yang terkenal dengan sepakan sudut inswinger menyertai PAS semalam di Kota Bharu. Pemain sayap yang cukup disegani lawan dan kawan ini bersama-sama dengan bekas pemain kebangsaan lain seperti Salleh Ibrahim dan Kamaruddin Abdullah lebih yakin dengan PAS berbanding Umno yang terpalit dengan najis rasuah yang kronik.

Sebelum ini puluhan artis menyertai PAS antaranya Bob Lokman, Akil Hayy dan lain-lain.

Bila lagi JKKK Umno hendak masuk PAS, elok mereka masuk sebelum 'kapal' Umno karam!

14 February 2012

PIALA THOMAS : MALAYSIA NYARIS DIMALUKAN HONG KONG

Malaysia nyaris dimalukan oleh Hong Kong pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Thomas Zon Asia di Macau hari ini. Pasukan negara hanya mampu menang 3-2. Lebih memeritkan pemain perseorangan kedua negara, Muhammad Hafiz Hashim tewas di tangan pemain kurang ternama Hong Kong, Hu Yun dengan 'straight set' 20-22 dan 19-21.

Nasib Malaysia baik apabila kedua-dua pasangan bergu kita menang di samping kemenangan legenda badminton kita, Lee Chong Wei pada perseorangan pertama.

Prestasi pemain Malaysia ini amat membimbangkan kerana kita bakal berdepan dengan pasukan yang lebih kuat iaitu Korea Selatan pada perlawanan akan datang. Jika Malaysia mara ke Suku Akhir kita bakal berdepan dengan pasukan gergasi Asia yang lain.

Keputusan penuh :-

1. Lee Chong Wei (MAS) kalahkan Wi Wing Ki (HKG), 21-18, 22-20 

2. Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (MAS) kalahkan Lo Lok Kei-Leung Chun Yiu (HKG), 21-9, 21-14.

3. Muhammad Hafiz Hashim (MAS) kalah kepada Hu Yun (HKG), 20-22, 18-21

4. Lim Khim Wah-Goh V Shem (MAS) kalahkan Wong Wai Hong-Lee Chun Hei (HKG). 21-14, 21-16.

5. Daren Liew (MAS) kalah kepada Chan Yan Kit (HKG) 21-17, 16-21, 19-21

GST dilaksanakan selepas BN menang PRU 13?


Kerajaan akan hanya melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) setelah mendapat persetujuan komuniti perniagaan termasuk syarikat industri kecil dan sederhana di negara ini. Sehingga itu, belum ada tarikh khusus bagi perlaksanaan GST tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai.
Lim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 2012 anjuran bersama Johor Coproration, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Kastam Diraja Malaysia dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor di Johor Baharu hari ini seperti yang dilaporkan oleh MStar.
Bacaan kali pertama rang undang-undang tersebut dibuat pada 16 Dis, 2009 dengan kadar GST pada 4.0 peratus, bagaimana pun laporan daripada dewan-dewan perniagaan menyatakan bahawa 80 peratus daripada komuniti perniagaan masih belum bersedia terhadap perlaksanaan GST tersebut.
Blog ini kurang yakin dengan kenyataan Donald kerana sudah banyak kali kerajaan mengambil langkah-langkah tertentu tanpa memikirkan impak terhadap rakyat dan peniaga. Kemungkinan kerajaan akan mengambil hati peniaga tetapi bagaimana pula dengan rakyat terbanyak. Takkan kerajaan hanya akan berbincang dengan peniaga tetapi meminggirkan rakyat terbanyak.
Apa yang dapat kita ramalkan ialah jika BN menang pada PRU 13 sudah tentu GST akan diperkenalkan secepat mungkin.
APAKAH RAKYAT MALAYSIA MAHU GST DIPERKENALKAN.??? JIKA TAK MAHU PASTIKAN PR MENANG PRU 13 NANTI.

KENYATAAN DZAIDDIN SAHKAN BADAN KEHAKIMAN DIPENGARUHI KUASA POLITIK

PAS sudah lama berpendapat bahawa badan kehakiman Malaysia tidak bebas. Lebih-lebih selepas pemecatan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dahulu. Selepas itu banyak lagi kes yang membuktikan bahawa badan kehakiman kita tidak bebas dan dikuasai oleh kuasa politik pemerintah.


Kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Dzaiddin Abdullah berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, didakwa mencampuri badan kehakiman sewaktu pentadbiran beliau, satu pandangan "berat" dan mengesahkan berlakunya campur tangan politik. 

Pandangan memang tidak dapat disangkal lagi kerana Tun Dzaiddin sendiri merupakan orang yang terlibat dengan sistem kehakiman Malaysia samada sebagai majistret, hakim dan Ketua Hakim Negara. Mana mungkin seorang bekas Ketua Hakim Negara boleh mengeluarkan kenyataan yangt seberat itu jika beliau tidak benar-benar pasti akan faktanya.

PAS memang konsisten dengan pendapatnya bahawa sistem kehakiman negara sebenarnya diambang kehancuran kerana campurtangan politik ini. Isu 'correct', 'correct', 'correct', percutian hakim dan sebagainya memang sudah diketahui umum seluruh dunia.

Dr Mahathir tidak perlu pura-pura tidak tahu dan menyalahkan orang lain dalam hal ini kerana umum semua tahu bahawa Perdana Menteri amat berkuasa untuk menasihat Yang Dipertuan Agong dalam apa juga perkara yang melibatkan pentadbiran negara lebih-lebih selepas beliau meminda perlembagaan negara mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu pada era 90-an dahulu.


Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan itu turut mengesahkan bahawa setiap keputusan perundangan dipengaruhi unsur politik.
“Kenyataannya itu sangat berat memandangkan ia mengesahkan bahawa rombakan tersebut memberikan implikasi kepada keputusan awal penghakiman berkaitan politik.



“Sebagai contoh kes yang berlaku seperti krisis di Perak dan penghakiman terhadap diri saya sendiri,” katanya pada sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, semalam yang dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini.



Sehubungan itu, Anwar berkata, PR mahukan sebuah badan kehakiman yang bebas, dan sekiranya berjaya memerintah, pihaknya akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan era Dr Mahathir.
Jumaat lalu, Mohd Dzaiddin dalam ucapan dasarnya di Memorial Tunku Abdul Rahman mengaitkan pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an sebagai langkah yang telah melemahkan sayap badan kehakiman.
Beliau yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara dari 2000 hingga 2003 mendakwa Dr Mahathir merupakan pihak yang bertanggungjawab merombak undang-undang berkenaan dan melemahkan sistem kehakiman dengan meletakkan kuasa Parlimen sebagai penentu kehakiman negara.
Bagaimanapun, Dr Mahathir telah membidas kenyataan Dzaiddin sambil menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

BERSUKAN TIDAK HALANG TUTUP AURAT

Bersukan tidak menghalang untuk kita menutup aurat.

Masalahnya diri sendiri yang sengaja mahu melanggar perintah Allah. Ada yang fesyen rambut kembang, fesyen botak dan sebagainya semata-mata untuk menayangkan 'kecantikan' kepada orang lain (wanita la....lelaki tak pa).

Contohi atlet bolatampar Iran ini yang tetap memelihara aurat mereka walaupun bertanding di pentas sukan.

Kegagalan laksanakan Pendaftaran Pengundi Automatik SATU TRAGEDI

Penganalisis politik berpendapat kegagalan dua juta orang Melayu dan Bumiputera, yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih, ekoran pelbagai sebab dan faktor sebagai satu tragedi kepada pertumbuhan kesedaran berpolitik dan demokrasi negara ini.

Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya menegaskan, kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar minggu lalu menjadi satu "tragedi" dalam sistem demokrasi negara.


Bagi blog itu bukan suatu tragedi tetapi tragedi yang sebenarnya ialah kegagalan kerajaan dan SPR untuk melaksanakan pendaftaran secara automatik yang menyebabkan isu ini tidak akan selesai sampai bila-bila. 

Saban kali bila SPR memperkatakan tentang pendaftaran pemilih mereka kesal dan terkilan dengan sikap rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar. Tetapi mereka tidak pernah menyalahkan diri sendiri yang gagal melaksanakan pendaftaran secara automatik pada zaman ICT ini. Walhal ianya amat mudah dan senang hanya dengan menghubungkan data secara online dengan Jabatan Pendaftaran Negara maka pendaftaran automatik dapat dilaksanakan. 

Malangnya kerajaan dan SPR tetap berdegil tidak mahu menerima nasihat dari NGO, Parti-Parti Politik dan orang perseorangan. Kita pun tidak tahu apa asas yang menyebabkan mereka begitu takut untuk melaksanakan sistem pendaftaran secara automatik ini.


Sementara itu Suhakam mencadangkan kepada kerajaan supaya melaksanakan pendaftaran secara automatik kepada mereka yang layak untuk memilih calon dan parti politik pada pilihan raya umum akan datang kerana tidak melanggar hak asasi manusia.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suha­kam), Muhammad Sha’Ani Abdullah berkata, dipetik dari Sinar Hairan, kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu segera berbuat demikian untuk memberi ruang kepada rakyat negara ini, menentu hala tuju kepimpinan dan masa depan negara.

“Jika dilaksanakan pendaftaran secara automatik, ia seolah-olah menunjukkan semua orang boleh terlibat dalam urusan pentadbiran negara kerana diberi hak untuk memilih wakil rakyatnya secara mudah.

“Bagi kami, malah tidak timbul ia boleh menjejaskan hak asasi seseorang untuk menyertai dan mempengaruhi urusan pentadbiran negara. Begitu pun, kita tidak boleh memaksa seseorang supaya mendaftarkan diri sebagai pemilih,” katanya mengulas kenyataan Bicara Isnin, semalam mengenai 2.1 juta orang Melayu berumur 21 tahun belum mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan SPR.

Beliau berkata, hak membuang undi adalah perkara lain dan tidak ada kena-mengena dengan pendaftaran secara automatik.

Sekiranya seseorang dipaksa untuk mengundi atau dikenakan denda kerana gagal menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih, kata Muhammad Sha’Ani, ia boleh menjadi kesalahan dan dituduh melanggar hak asasi manusia.

“Untuk memastikan ketelusan dalam melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik, SPR perlu menitikberatkan aspek keselamatan untuk mengelakkan berlaku sebarang penyelewengan.

“Kerajaan juga harus membuat satu undang-undang dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara ini supaya tidak timbul keraguan mengenai sistem berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Suhakam mengalu-alukan ia dilaksanakan pada masa terdekat.

“Tanya kerajaan kenapa tidak mahu berbuat demikian kerana bagi kami, ia sepatutnya boleh dilaksanakan,” katanya.

Beberapa orang bekas PEGAWAI KANAN kerajaan SERTAI PAS di MELAKA

Beberapa orang bekas pegawai kanan kerajaan akan menyertai PAS secara rasmi pada 18 Februari nanti sempena lawatan  Tuan Guru Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat ke Melaka. Mereka akan menyerahkan borang menyertai PAS pada sebelah malam iaitu pada majlis ceramah perdana Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Permatang Pasir, Dun Telok Mas.

Setakat ini mereka telah mengesahkan akan menyerahkan sendiri borang tersebut kepada Tuan Guru. Kemasukan bekas-bekas Pegawai Kanan Kerajaan ini memberikan tamparan hebat kepada BN Melaka yang selama ini mendakwa bahawa pegawai-pegawai kerajaan dan bekas-bekas pegawai kerajaan terus setia bersama mereka.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam salah satu posting di Facebook beliau mengesahkan perkara ini. Kita tunggu 18 Feb nanti siapa agaknya bekas Pegawai Kanan Kerajaan tersebut. .....Apakah Umno Melaka akan menyerang mereka dengan pelbagai tuduhan ...........

13 February 2012

FLASHBACK : EYE ON MELAKA YANG SUDAH 'OFF'

FLASHBACK : MONOREL MELAKA YANG 'CANGGIH'

Gambar di sebelah ini menerangkan secara terperinci tentang MONOREL Melaka yang canggih. Akhirnya duit rakyat hangus dan negeri dapat malu ....??? Klik atas imej untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas.

SUBHANALLAH : HUJAN IKAN DARI LANGIT, SEMUANYA KUASA ALLAH

Allah maha berkuasa untuk menjadikan apa sahaja yang ingin dilakukan, Manusia sudah tentu tidak mampu untuk melakukannya. Ada antaranya tidak terfikir oleh manusia.
Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.
Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia.
Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.
Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!
Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.
Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.
Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.
Sumber : Hmetro.


SEJADAH SUJUD : BUKTI KEKUASAAN ALLAH

Sudah banyak kali kejadian sejadah solat dan mengaji di tempat-tempat berlainan. Semua ini kekuasaan Allah yang maha berkuasa yang mampu melakukan apa sahaja.


Namun begitu ada manusia yang seolahj-olah mengejek dan tidak mempercayainya. Macam-macam alasan diberikan hanya kerana tidak mahu mengakui kebenaran dan kesahihan kejadian tersebut.


Seperti juga isu kehilangan ayat-ayat Al-Qur'an pada mukasurat tertentu di beberapa tempat tidak lama dahulu. Macam-macam alasan diberikan antaraya silap cetak dan lain-lain.

Semalam satu lagi kejadian sejadah sujud berlaku di Kelantan.



Sinar Harian melaporkan bahawa beberapa orang penuntut di sebuah sekolah agama mengalami peristiwa tersebut.


 “Sejadah ini seakan sujud dan dengan tidak semena-mena, saya seram menyaksikan apabila ada dua atau tiga sejadah lain turut tegak menghadap kiblat”.

Demikian kata seorang pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, Filza Nur Iffah Rosli, 11, yang menemui sehelai sejadah daripada 43 sejadah didakwa berdiri menghadap kiblat dalam sebuah surau lama di pusat pengajian Islam itu kira-kira jam 7.30 malam semalam.

Filza berkata, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.

“Umi meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.

“Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.

Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.

Pengetua maahad itu, Azizah Khatib Mat berkata, kejadian yang berlaku di dalam surau berusia 69 tahun itu disifatkan sebagai bukti kekuasaan ALLAH SWT dan pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.

Menurutnya, kejadian sebegitu pernah dilaporkan berlaku sebelum ini di tempat lain dan beliau yakin ia bukan perbuatan pelajar nakal.

“Pelajar perempuan yang saya minta menghamparkan sejadah ini bukan pelajar nakal, malah masa diberikan pada mereka untuk menyelesaikan tugas itu terhad kerana mereka perlu berada di dalam surau untuk berzikir sebelum masuk waktu Maghrib.
“Jumlah sejadah juga banyak. Maka saya yakin ini bukti kebesaran ALLAH SWT dan mungkin sebagai satu daripada bentuk hidayah kepada pelajar serta umat Islam,” katanya.

MODUS OPERANDI HOSNI MUBARAK SEBELUM JATUH

Sebelum Hosni Mubarak jatuh tersungkur di kaki rakyat, beliau cuba memecahbelahkan rakyat dengan pelbagai perang saraf dan strategi antaranya ialah dengan membakar gereja. Hosni Mubarak menyangka bahawa dengan membakar gereja rakyat akan berpecah ketegangan agama dan kaum akan memuncak. Tetapi apa yang berlaku pemuda-pemuda Ikhwanul Muslimin sendiri bertindak mengawal gereja.
Di Malaysia kejadi bakar gereja, lempar kepala babi dalam masjid dan sebagainya dilakukan sekarang. Adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan yang ada sekarang akan tumbang?????

12 February 2012

Peruntukan Hal Ehwal Islam antara PR dan BN

Renungkan fakta di bawah :- 


1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA

Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00

5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri

6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun

*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Sumber : FB  Aswadil Azmir III 


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter