Pasukan badminton Malaysia mengetepikan kebimbangan peminat seluruh negara apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir pusingan kelayakan Piala Thomas apabila mengalahkan Korea Selantan 3-2.
Dengan kemenangan tersebut Malaysia muncul juara Kumpulan D dan menentang pasukan India melepasi halangan utama sekiranya terpaksa bertemu Indonesia jika tewas kepada Korea Selatan.
Namun kita masih diselubungi kebimbangan dengan prestasi pemain perseorang kedua dan ketiga yang terus tewas pada perlawanan kedua dengan Korea Selatan ini.
Hafiz yang bertemu Shon Wan Ho, tewas 22-24, 16-21.manakala erseorangan ketiga Mohamad Arif Abdul Latif akur kepada Hong Ji Hoon 17-21,15-21.
Mata ketiga negara diperoleh menerusi gandingan Lim Khim Wah-Goh V Shem yang mengejutkan pasangan Korea Lee Yong Dae-Shin Baek Choel, 18-21, 21-19, 21-11.
Sebelum itu, kem Piala Thomas negara sedikit cemas, apabila perseorangan kedua negara Muhammad Hafiz Hashim kandas, sekali gus gagal menambah mata ketiga pada pertemuan menentang Korea menjadikan kedudukan 2-1.
Sementara itu, mata kedua negara diperoleh menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong setelah mengetepikan Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun, 21-14,21-19.
Skuad Piala Thomas mendahului Korea dengan mata pertama yang diperoleh menerusi pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei.
Mengambil masa selama 43 minit, jaguh badminton negara itu menewaskan Lee Hyun Il 21-13, 21-15.
Comments