Benarkah Malaysia SOKONG PALESTIN?

Haji Najib Razak berkata, Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada perjuangan Palestin dan pendirian negara terhadap isu-isu melibatkan perjuangan tersebut adalah konsisten.

Menurut Perdana Menteri, walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, Palestin termasuk rakyatnya sedia maklum ia bukanlah pendirian Malaysia secara amnya.

‘‘Saya berpendapat Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) juga tahu bahawa itu (kenyataan Anwar) bukan pendirian kita (kerajaan).

‘‘Rakyat Palestin tahu kerajaan menyokong kuat perjuangan mereka dan akan terus memberikan sokongan padu. Kita sentiasa konsisten dalam menyokong perjuangan itu,’’ katanya.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa Malaysia 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Benarkah kerajaan BN menyokong Palestin.?

Pernahkah Malaysia mengiktiraf kerajaan Hamas yang menang pilihanraya Palestin?

Masih ingatkah anda bagaimana Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf Menteri Luar Palestin dari Hamas yang menang Pilihanraya sebaliknya menyambut wakil fatah dalam satu persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu?

Comments