Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah berwasiat dengan 7 perkara :-
Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu
pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan
Tanah Melalyu(sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami
benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang,
tasik dan hutan simpan, Tanah
Simpanan Melayusehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu
rebutlah bersama-sama kaum lain;
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu
serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen
Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam
negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja
Melayu memerintah negara ini;
Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada
Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan Kepentingan
sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak
negeri Sabah dan Sarawak).
PERSOALANNYA SEKARANG APAKAH KESEMUA WASIAT RAJA-RAJA MELAYU ITU DIPENUHI DAN DIJAGA OLEH UMNO.
SEBAGAI CONTOH TANAH REZAB MELAYU SEMASA MERDEKA TAHUN 1957 IALAH SELUAS 3 JUTA HEKTAR. TETAPI PADA TAHUN 1995 HANYA TINGGAL 1.7 JUTA HEKTAR - HILANG SEBANYAK 1.3 JUTA HEKTAR.
Comments