GEMPAR !!! TOK GURU HJJ HADI DAN TOK GURU NIK AZIZ DIPECAT DARI PAS?


Dr Hassan Ali menuduh bahawa antara sebab PAS memecat beliau kerana Adun Gombak Setia itu mengkritik Anwar. Beliau menyatakan PAS mementingkan Anwar dari prinsip perjuangan Islamnya.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh bekas Naib Presiden PAS itu, maknanya PAS akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pimpinan dan ahli yang mengkritik Anwar atau tidak sehaluan dengan Anwar.

Kalau betullah apa yang dinyatakan oleh Hassan Ali kita mungkin menyaksikan bahawa tidak lama lagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan dipecat dari PAS kerana mengkritik Anwar secara terang dan jelas.

Dalam kenyataannya baru-baru Menteri Besar Kelantan itu menyarankan kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan media itu atau menyaman media itu jika laporan berkenaan tidak benar.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga membuat gesaan sedemikian selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

Bahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan parti itu tidak mengiktiraf negara Israel kerana merampas hal rakyat Palestin untuk menubuhkan negara mereka.

Kalau betullah apa yang dikata oleh Hassan JATI maka  Tuan Guru Presiden juga akan dipecat sama. Kedua-dua Tuan Guru Besar dalam PAS ini tidak lama lagi akan dipecat dari PAS kerana tidak sehaluan dengan Anwar dan berlawan dengan parasit PAS.


Begitu dangkal hujah Hassan Ali sehingga anak-anak PASTI pun tergelak mendengarnya. Beliau merendahkan imej dan kredibiliti dirinya sendiri sedangkan beliau masuk PAS di era reformasi dahulu pun ada tempiasnya dari kezaliman Umno terhadap Anwar.

Comments

V said…
JOM MENONTON ,TV PAS ,TV SELANGOR TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv ,emastv,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie ,hbo movie,star plus,national geografi, discovery channel ,AXN BEYOND HD,Bloomberg Tv,Cinamax,dan banyak lagi  DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html  menonton secra percuma tak perlu daftar dan x perlu bayar
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,Terdapat juga pelbagai saiaran radio dan tv dari pelbagai negara di sini live hanya untuk anda ,
hussin said…
macam2 ada dalam pas - parasit, liberalisme, anwarisme, dan erdogan (plae) - yang diwar2kan. cuma puak2 ni lupa sentuh satu lagi isme yang wujud dalam pas - umnoisme! yang sensasikan 'plae' dalam pas adalah dari umnoisme. nak cover dia punta keumnoisme maka dijajalah 'plae' dalam pas. umnoisme ni mungkin tak dak 'pelir'.

wallahu'alam
Anonymous said…
Memang dangkal. Lagi banyak dia berucap lagi macam tak keruan. Pernah antar anak kem motivasinya.. wowo mmg hebat ceramah tapi macam mengangkat menyombong diri gaya cakap.Ingat ahli PAS tu bodo ke...