.

.

24 July 2010

MELAKA MAJU 2010 : NAMUN KETUA MENTERI TIDAK MAJU

Melaka dikatakan akan menjadi negeri maju pada pukul 20:10, 20hb 10 2010 kelak. Namun belum ada tanda-tanda Ketua Menterinya sendiri menjadi seorang Ketua Menteri yang maju dari segi pemikiran, idea, perangai dan karismanya. Perangainya masih macam budak-budak menganggu ceramah PAS.

Bagaimana mungkin sebuah negeri yang akan dikatakan maju tetapi ditadbir oleh Ketua Menteri yang tidak maju. Malah lebih teruk lagi mundur dari segi integritinya iaitu Pengamal Rasuah.

Rakyat negeri Melaka rata-rata mengaku bahawa Ketua Menteri mereka tidak maju di mana tarafnya lebih kurang sama dengan AJK JKKK sahaja. Manakan tidak lagaknya yang suka menganggu ceramah PR dengan mengadakan ceramah berdekatan sudah cukup membuktikan beliau bukan seorang yang maju.

Kasihan rakyat negeri Melaka kerana mempunyai Ketua Menteri sedemikian yang menurut Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Iskandar Abdul Samad kalau Ketua Menteri Melaka ini bertanding JKKK di Selangor pun nyaris-nyaris nak menang tapi belum menang.

KERJA KUAT KALAU TAK SUKA BN

Semua rakyat Malaysia mesti bekerja kuat untuk menumbangkan BN pada PRU 13 nanti jika tidak suka kepada BN yang menaikkan harga minyak, gas dan gula tanpa belas kasihan kepada rakyat.

Kita mesti kerja kuat jika benci kepada judi, arak dan maksiat lain.
Kerja kuat jika benci riba
Kerja kuat jika benci rasuah
Kerja kuat jika benci kezaliman
Kerja kuat jika benci penyelewengan
kerja kuat ..........

PENYOKONG PAS DIZALIMI

Tuan rumah kepada program aura pulut kuning anjuran MTD Bukit Baru baru-baru ini telah diberikan surat tunjuk sebab oleh majikan beliau.

Sebaik sahaja program tersebut berakhir tuan rumah program tersebut dihubungi oleh ketuanya di mana beliau diminta mengadap ketuanya atas alasan merenggangkan hubungan majikannya dengan kerajaan negeri Melaka.

Penyelia DUN MTD, Cikgu Yusof Wahab dalam kenyataannya baru-baru melahirkan rasa kesal diatas tindakan majikan tersebut yang ternyata bertindak diluar batasan demokrasi dan undang-undang negara. Sepatutnya rakyat diberikan kebebasan untuk bergiat di dalam politik sebagai seorang rakyat yang merdeka

23 July 2010

UMNO GILA TALAK HENDAK RAMPAS SELANGOR

Bagaikan seorang suami yang gila talak, Umno menggunakan apa sahaja untuk kembali berkuasa di Selangor kerana mereka tahu Selangor adalah lubuk duit. Umno tahu lubuk duit ini mesti dirampas balik oleh mereka. Meleleh air liur orang Umno untuk mendapat habuan duit di Selangor.

Pelbagai cara dan taktik mereka gunakan untuk mengujudkan suasana kelam kabut dan tidak keruan di Selangor. Sekarang ini mereka mendedahkan seluas-luasnya isu pasir sedangkan semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar dahulu berkoya-koyan pasir dicuri dan dirompak. Tetapi kini mereka mendedahkan bahawa PR lemah dan tidak berbuat apa-apa untuk memastikan pasir tidak dicuri.

Ternyata selain dari mencipta imej buruk kepada kerajaan PR melalui isu pasir ini, mereka juga sebenarnya ingin mengalihkan isu kenaikan harga minyak, gas dan gula kepada isu pasir supaya rakyat melupakan isu yang mencengkam rakyat.

PERPADUAN : JANGAN LAYAN MEDIA

Untuk kesekian kalinya blog ini memohon jasabaik seluruh pimpinan dan ahli PAS supaya tidak melayan dan membicarakan isu perpaduan PAS-UMNO kerana isu itu hanyalah isu yang digunakan Umno untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu yang lebih besar iaitu isu kenaikan harga minyak, gas dan gula.

Lebih baik kita semua membicarakan isu ini yang melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Jangan dilayan media pengampu yang sentiasa mencari peluang untuk menangguk di air keroh.

22 July 2010

UMNO DAH NAK KARAM, MARI BERSAMA PAS

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 1951 kini mengorak langkah lebih jauh sebagai parti yang berteraskan perjuangan Islam dan membawa mesej Islam yang terbesar dinegara ini.

Kita tidak menafikan sumbangan rakan-rakan NGO lain yang turut sama memperjuangkan dakwah Islamiah dinegara ini dan dari semasa ke semasa PAS turut menjalinkan hubungan yang akrab serta saling bekerjasama dengan mereka.

PAS memilih untuk menyertai politik dan pilihanraya sebagai satu wadah bagi menyumbang kepada penyebaran dakwah serta mengangkat martabat umat Islam dinegara ini disamping kekal menjalankan tanggungjawab mengharmonikan hubungan antara kaum dan agama lain.

PAS parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.

PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.

PAS juga jelas berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain. PAS prihatin dengan nasib umat Melayu akhir-akhir ini yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah Parti Melayu Terbesar.

PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati. Perpaduan umat Melayu atas nama Islam adalah pilihan terbaik berbanding apa yang ditawarkan oleh Umno, kerana dalam Islam kita tegas mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal.

PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana PAS yakin setiap yang lahir kedunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka. Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, dimana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini.

Pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memberikan kesejahteraan kepada semua bangsa dan agama. Tidak cukup dengan itu, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat jelas memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Dan PAS dari semasa ke semasa akan terus menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan yang harus difahami bahawa sesuatu perkara yang ingin dilakukan haruslah bermula dari tangga pertama hingga tangga terakhir secara bijaksana.

Oleh itu, PAS terus menyeru kepada rakyat untuk sama-sama menyertai parti ini, menyokong parti ini dan memberikan kepercayaan untuk parti ini menjadi alternatif kepada Umno menjelang Pilihanraya ke-13.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

21 July 2010

Perpaduan Melayu : Supaya Lupa Isu Negara

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kepada semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat jangan terpedaya dengan tektik media Umno untuk menenggelamkan isu negara yang bertimbun-timbun sekarang yang mengambarkan kerajaan yang ditunjangi Umno di negara ini semakin rapuh dan reput. Ketika gelombang krisis keyakinan kepada Umno dan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang karam, maka perpaduan Melayu dijadikan sebagai benteng untuk menutup bangkai gajah yang terlalu besar. Slogan 1 Malaysia nampak tidak menjadi dengan gelagat Perkasa dan kenyataan Datuk Nasir Safar.

PAS menyedari ini adalah sebahagian daripada tektik media untuk mengalih isu yang sebenar dan melupakan isu pokok yang mencengkam rakyat. Mereka melontarkan isu ini melalui proksi mereka Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantara, untuk menunjukkan bahawa mufti yang mencadangkan perpaduan ini, apabila PAS menolak maka ada peluang untuk menuduh PAS sombong dan angkuh.

Perlu diingat bahawa isu perpaduan Melayu diuar-uarkan ketika rakyat didahulukan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga gula pada 16/7/2010. Pemimpin Umno hendak rakyat leka dan berbincang mengenai isu perpaduan Melayu, yang tidak pernah berbangkit langsung dalam mesyuarat tertinggi PAS. Hajat mereka supaya rakyat tidak marah mengenai kenaikan harga minyak dan gula. Perlu dingatkan bahawa gula, tepung dan minyak akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat kearah untuk menghapuskan subsidi di negara ini dalam masa 3-5 tahun.

PAS hendak mengingatkan kepada rakyat, bagaimana media diarahkan supaya jangan sama sekali meletakkan tajuk berita “harga barang naik”, ketika ditaklimat pada 15 hb Julai 2010. Sebaliknya media perlu meletakkan “subsidi dikurangkan”, “rasionalisasi”, menstrukturkan semula supaya rakyat yang tidak faham dan ada yang faham harga barang turun. Maka tidak hairanlah kepada kita pada hari ini media proksi Umno memainkan isu perpaduan supaya rakyat lupa isu negara yang begitu banyak dan kenaikan harga barang.

PAS hendak memaklumkan kepada semua ahli dan pimpinan PAS supaya fokuskan kerja kita untuk menggantikan Umno di negara ini. Penerangan dan dakwah kepada ahli Umno yang tidak faham perjuangaan PAS perlu dilakukan secara berterusan, usahkan dilayan segala ajakan dan pujuk rayu Umno untuk melamar PAS, kita biarkan cinta Umno tidak berbalas dan biarkan Umno “angau” seorang diri.

Petunjuk ekonomi negara semakin tertekan dengan kadar faedah pinjaman bank dinaikkan. Bank Negara Malaysia pada 8 Julai lalu menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi kali ketiga tahun ini kepada 2.75 peratus. Susulan itu, bank turut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) masing-masing. Maybank menaikkan BLRnya sebanyak 0.25 peratus kepada 6.30 peratus. Semuanya gara-gara pemimpin negara yang boros dan rasuah sehingga amat dirasai oleh rakyat biasa di negara ini.

Begitu banyak isu-isu negara yang mengambarkan Umno sudah tidak mampu mengemudi negara, antaranya peruntukan saham bumiputera lesap sebanyak RM52 bilion, jenayah meningkat, anak luar nikah Melayu sahaja 17,303 orang (2009), enjen kapal terbang hilang, kapal selam berharga RM1.7 bilion tidak boleh menyelam, hutang negara RM362.4bilion, serah telaga minyak blok L dan M pada Brunei yang bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700 tahun), terlepas Pulau Batu Putih pada Singapura, Pos Malaysia rugi RM 227 juta, 217 hektar tanah serah pada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), wang Felda susut daripada RM4.08 bilion 2004 hanya tinggal RM1.35 bilion pada tahun 2009, membazir wang rakyat RM77 juta kepada APCO Israel setahun untuk menjadi penasihat komunikasi.

Isu-isu inilah yang perlu disampaikan kepada rakyat, maka jangan kita hiraukan pujukan Umno melalui proksinya, PAS sudah tegas dengan Pakatan Rakyat. PAS tidak akan mencari nahas untuk untuk mencari pasangan hidup dengan orang yang ada masalah kesihatan yang sukar hendak diubat.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

SELESAIKAN DISKRIMINASI KEPADA PAS SEBELUM BERCAKAP SOAL PERPADUAN

Selesaikan isu pecah belah di bawah ini sebelum bercakap soal perpaduan :-

1)Pastikan lantikan JKKK tidak berdasarkan politik kepartian tetapi atas dasar kelayakan dan pengalaman.

2)Pastikan lantikan AJK masjid tidak berdasarkan politik tetapi atas dasar kelayakan dan pengalaman.

3)Pastikan royalti diberikan kepada kerajaan Kelantan

4)Pastikan kerajaan negeri-negeri PR tidak didiskriminasikan dalam apa juga program, peruntukan dan sistem federalisme betul-betul diamalkan.

5)Pastikan tidak ada diskriminasi kepada ahli dan penyokong PR dalam apa juga peruntukan, subsidi, bantuan dan dalam kenaikan pangkat perkhidmatan awam.

20 July 2010

BARANG TAK NAIK : DENGAR BOLEH, BENARNYA BELUM TENTU

Semalam sebanyak 17 persatuan peniaga yang mewakili 500,000 ahli memberi jaminan tidak akan menaikkan harga barangan jualan mereka ekoran pelarasan harga gula minggu lepas.

Jaminan itu turut diberikan oleh 17 wakil syarikat pengeluar makanan dan minuman utama di negara ini dalam satu pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putra Jaya semalam.

Jaminan seperti ini sudah banyak kali dijanjikan oleh kerajaan kepada rakyat tetapi barangan tetap naik. Yang pasti harga minyak, gas dan gula sudah naik.

Persoalannya mampukah kerajaan memastikan harga makanan yang dijual di pasar malam dan lain-lain tapak perniagaan di dalam negara tidak dinaikkan. Rakyat sudah faham benar jika berlaku kenaikan harga minyak, gas dan sebagainya sudah tentu harga barangan akan naik. Sudah banyak kali rakyat ditipu ....

Apakah kali ini rakyat akan ditipu lagi....

19 July 2010

PERPADUAN : BUBAR UMNO MASUK PAS

Parti Islam Se-Malaysia PAS menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara PAS dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.

PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh. Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus. Sepatutya Tun kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS. Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu PAS diajak bersama dengan Umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada Umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat. PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka Umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa Melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS parti Melayu. Sebelumnya Umno tidak pernah memandang PAS, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk Al-Quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa. Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik Melayu? PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi Melayu, PAS akan lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS menang, PAS Melayu juga. Mana sifir kuasa Melayu terancam.

Apakah Tan Seri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi PAS boleh buktikan banyak tindakan Umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa. Tan Seri lupakah yang menutup surau di Seksyen 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah Umno. Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, al-Marhum Dato Ishak Baharom diburu macam penjenayah kerana hendak menyampaikan ceramah agama ketika Selangor di bawah Umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang

Hakikat yang berlaku Umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo lo' PAS lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman Pas, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar Pas lawan Dr S Vasan (MIC). Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka PAS bertanding di kerusi pengundi Melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.

PAS menyeru kepada ahli Umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar Umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

18 July 2010

BEBERAPA ORANG DITAHAN BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK

Zakaria Abdul Hamid melaporkan dalam Facebooknya bahawa bantahan kenaikan harga barang di Taman Gelora, Kuantan hari ini menyaksikan beberapa orang ditahan.

Antara yang ditahan ialah Kak Nun Raub & Cik Ila Indera Mahkota.

Berita lanjut menyusul kemudian.

MINYAK NAIK : KERAJAAN TIPU RAKYAT

Blog ini setuju benar dengan pendapat AJK PAS Pusat, Dato Husam Musa yang menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Husam berkata, tindakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara.

Menurutnya akibat dari kenaikan barangan tersebut rakyat terpaksa menghadapi kesan berantai seperti inflasi yang nyata cukup menghimpit kehidupan kaum nelayan, petani, peniaga hatta pengguna sendiri yang terpaksa membeli harga barangan keperluan dengan lebih tinggi.

Sehari dua ini rakyat akan berhadapan dengan bala kerana harga barangan sudah pasti naik mendadak tanpa dikawal seperti yang berlaku sebelum ini.

ALI RUSTAM DIMALUKAN OLEH EXCO KERAJAAN SELANGOR

Minggu lalu, sekali lagi Ali Rustam memalukan dirinya sendiri lantaran bertindak macam budak-budak. Setelah beliau menganggu ceramah PAS pada tahun 2004 beliau kembali kepada perangai lamanya menganggu ceramah PAS bermula 29 Jun lalu. Kali kedua 11 hari kemudian iaitu pada 10 Julai di Kg Bukit Pulau. Kali ini beliau menganggu ceramah Exco Kerajaan Selangor, YB Iskandar Abdu Samad.

Jom kita lihat apa komen YB Iskandar tentang Ketua Menteri yang mencemarkan imejnya sendiri ini. Sila Klik di sini.

MINYAK NAIK, GULA NAIK, BARANG NAIK, RAKYAT DARAH NAIK?

Minyak naik, gula naik, barang akan naik, tekanan darah rakyat akan naik sebab 'stress' memikirkan bagaimana hendak mencari rezeki untuk menyara keluarga lantaran semua barang dan caj perkhidmatan juga akan naik.

Harga minyak tinggi, harga gas tinggi, harga gula tinggi, rakyat juga akan ramai yang darah tinggi.

Inilah bahana dan bala Allah terhadap rakyat negara kita akibat memilih kerajaan yang tidak prihatin terhadap masalah rakyat.

Menjelang kita hendak menyambut Ramadhan dan Syawal, kita ingatkan kerajaan akan mengumukan perkara yang baik-baik bagi meringankan beban rakyat rupa-rupanya bala yang menimpa kita semua.

Sedangkan pada masa yang sama pemimpin BN pembesar bersenang-lenang dengan kemewahan yang tidak pernah padam.

Pemimpin tanpa segan silu melakukan pembaziran, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas.

Bayangkan bagaimana orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang pendapatannya kecil kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Berapa ramai anak-anak miskin dan fakir yang akan menjadi mangsa dari setiap kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak, gula dan gas.

Tengah malam kelmarin, kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG).

Menulis dalam blognya semalam, Dr Mohd Asri menempelak
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter